kita tahu hidup susah..

Archive for April 2009

Aku tahu hari ni ader debate...

Aku tahu yang aku tak prepare...

Tapi aku rasa yang cam aku tahu jer nak cakap apa hari ni...

Bila aku jadi Ketua Team Opposition tadi aku rasa macam aku ni Ahli parlimen Permatang Pauh jer...macam Idola aku Dato' Seri Anwar Ibrahim...even aku takdela cakap power giler macam beliau...tapi aku rasa macam diseru semangat reformasi Anwar...

Reformasi!! Reformasi!!! Reformasi!!!

Walaupun badan harini agak penat giler...dan lesu sebab class harini sampai petang...and then ader debate plak bagi group yang tak debate lagi...So, bertambahlah lagi penatnya...

Tapi aku rasa macam excited giler debate hari ni and aku terus stand up tuk speak up my stand...

Tapi, apa2 hal pun aku rasa cam kitorang menang kot...cos banyak point yang kitorang present-kan yang diorang tak bley jawab...

Tapi aku rasa pun team kitorang cam agak bias jugak ar sikit dari segi strength cos semua budak2 kaki letup ader kat situ...

Seperti Encik Sopy Sepoy2 Lines, Encik Mat Yie the mUse, Encik Buloo Ai Yin dan aku sendiri....

Tapi maaflah beb, Encik Mc the Beruang tak sempat tuk record korang semua...tapi selamat dia sempat record time aku speak...

Oo, before that...the Motion is " Should Smokers being denied free access to the Public Healthcare?"...

Bagi aku aku memang tak agree ar...

Sebab macam Sepoy2 kata: " Semokers juga bayar tax, in fact bayar lebih tax lagi(70% ciggarette tax), so apsal tak bagi diorang pergi Hospital Kerajaan pulak?"

Macam Bulu Kata: " Smokers juga terdiri daripada golongan Professional such as Doctors, Ministers, Lawyers, Teachers and in fact Soldiers...ok kalau tak bagi Doctor pergi hospital kerajaan, so camner doctor tu nak treat jutaan orang lagi kan, kalau Minister plak, kalau dia sakit, camner dia nak run country kan? kalau Soldier plak,of courselah mostly semua tentera kita are smokers...kalau nak biarkan diorang mati untreated, so siapa nak defend country kita?...kau??? kau tu perut boyot, lari pun takleh...nak pegang senapang..."

Macam aku kata: "Smokers are also human, they might be your fathers, brothers or people that u love...If we deny free access of this people to get proper a treatment in the public healthcare...so we must also deny the free access to the fat-obes-woman because they eat so much fat and sugar, we must also deny people of hypertension which is not hereditary because they ate so much salt in his diet...am i right?"

Tapi dalam-dalam tu plak ader yang masih berkeras tak paham....jadi bila ditanya, tentang point dia yang mengatakan about Smokers normally take a longer time to heal, we must not agree to treat them with the surgery due to the coronary heart disease because they are smokers and will occupied the bed a longer time than other people required...

Bila aku P.O.I (Point of Information) dia, bertanyakan tentang "So how about people who really need to undergo the surgery of coronary heart diseases, is your father?"...

Dengan selamber Big Show-nyer dia reply.."My father is not smokers, so I don't care.."

Just imagine, kalau lah semua Doctors-to-be think like this 'Round Guy' said??

Kalaulah before jadi Doctor lagi pun dah ader perasaan tak peduli ttg orang lain asalkan ianya bukan keluarga or family sendiri...camner kau nak treat patient nanti yang terdiri daripada criminals, prisoners, rapist, bank robbers and so on and so forth...

Tak boleh ar cakap kalau tu bukan family kau, kau tak kisah..so kau ni jadi doctor semata-mata nak treat family kau sorang jer ker???

Family orang lain???

Family orang yang kau tak kenal???

Aku rasa government do waste their money to the guy like this who never thought of people first in making any decision....

Orang lain pun sakit jugak, and mostly 80% orang yang sakit tu is due to his bad habit like smoking, free sex, lack of excercise, drink too much alcohol and whatsoever...

So, nanti kau jadi doctor nanti, takkanla bila patient datang kat kau and kau tengok dia macam gemuk obes sikit kau cakap " Pergi balik kurangkan gula dan lemak dalam diet and pergi excercise sekarang jugak!!!"

Tak ke bengapnya bakal doctor kalau pikir camtu...

takpelah kau pikir2kanlah sendiri...kau pun dah 'besar' kan?

p/s- harap2 anak-anak aku nanti tak kena treat ngan kau...kalau tak sure kau inject mercury kat anak-anak aku, sebab kau tak kisah about others except family kau...Grow up lah brother...see the world...bukan dok terperap jer kat dalam 'ofis; kau k?

Ini adalah sedikit coretan yang berjaya direcordkan oleh Encik Mc the beruang ketika debate baru sahaja bermula...(p/s lagi- sorry gambar tak clear...hanset murah dan patut dibaling kepada anjing sahaja...)




Amaran keras kerajaan Malaysia: Di atas sebab-sebab confidential yang tidak dibenarkan oleh Pihak InterPol(International Police), dan Pegawai Tinggi FBI...sekutu-sekutu Big Boss adalah diharamkan sama sekali untuk membaca recording interview ini...Jikalau mahu membaca juga, anda mesti jangan memberitahu Big Boss tentang pendedahan interview ini di khalayak ramai...Bagi menjaga airmukanya dan keluarganya...Jika anda rasa anda tidak boleh menyimpan rahsia, sila hentikan sebarang jenis pembacaan sekarang; dan hendaklah anda segera menutup screen laptop anda serta mencabut plug-nya agar segala aktiviti anda tidak boleh di-trace oleh kroni-kroni Big Boss iaitu Big Makcik a.k.a Mama Bossan...Jika anda masih berdegil lagi...terpulanglah....berani baca berani tanggung...Jadi, Selamat menanggung akibatnya...

Tepat pada pukul 12.15 malam waktu tempatan, kelihatan seorang lelaki berbadan gempal berkulit sawo matang dan berusia sekitar lewat 60-an,(walaupun mempunyai sifat sekitar usia 3 hingga 4 tahun) diheret ke dalam bilik siasatan jenayah akta 512 kurungan 3, perenggan 15 baris 3 tahun 1995 iaitu Mencabul Akta Hak Asasi Remaja dengan menonton Filem Upin dan Ipin secara sembunyi-sembunyi bersama 13 orang kanak-kanak yang lain yang tidak berkad pengenalan di Pawagam yang berhampiran...Beliau juga disabitkan kesalahan kerana gagal menunjukkan identiti diri kerana sengaja meninggalkan walletnya di Car Park yang berhampiran atas alasan mahu mengaku dirinya berumur 4 tahun 6 bulan pada hari dan waktu yang sama....ketika kejadian, semua rakan-rakan Big Boss didapati tiada di rumah akan tetapi di atas kerjasama jiran sebelah rumahnya, akhirnya kegiatan Big Boss ini dapat dihidu juga oleh Pihak berkuasa....

Kelihatan juga beberapa orang Pegawai FBI dari Jabatan Kes Juvana bersama-sama seorang Pegawai Ranjer Hutan dari Hutan Simpan Ulu Tembeling, Pahang turut turun padang untuk membantu siasatan...

FBI: Kamu adalah yang bernama Big Boss bin Big Bossman bin Big Show didapati bersalah atas beberapa tuduhan Juvana, adakah kamu mengaku bersalah!!!

Big Boss : Aku, mengaku bersalah??? hello Sorry sikit...kau kenal ker diri kau tu siapa???
Kau ingat Tak masa kau baru sampai sini dulu...siapa yang hantar kau masuk rumah?? Siapa yang carikan rumah untuk kau?? Kalau bukan aku-lah, takkannya kau menjadi Pegawai FBI macam sekarang...Jadi aku ni bukannya apa, bukannya nak berkira...tapi sekurang-kurangnya kau tu ingatlah jasa sikit...Takkanlah, kesalahan aku yang sikit ni pun kau nak berkira...kau memang dasar Lembu yang tak reti kenang jasa betullah...chieeettt!!!(Sambil meludah ke arah muka Pegawai FBI tersebut).

...Pegawai FBI tersebut kelihatan tenang dan bersabar atas segala perilaku Big Boss tersebut.
..dia lantas mengeluarkan sapu tangan dan mengelap ludah Big Boss tersebut yang berbau lolipop perisa Strawberri di Kedai Pak Abu dan Menantunya di hujung jalan sana....

FBI : Jadi adakah itulah alasan kau selama ini untuk tidak membenarkan sesiapa pun menegurmu, apatah lagi meninggikan suara terhadapmu di atas segala perbuatanmu yang begitu menjelikkan dan sungguh 'annoying' itu??

Big Boss: Annoying??? halluuu...Sorri sikit lagi k...nak mencelah ni...Ha, apa ni...di awal-awal interview dah nak buat orang marah ni...ni yang boleh sakit hati ni....ni yang rasa nak hempas segala pintu rumah ni, termasuk pintu Gril sekali...ni yang rasa nak tekan-tekan computer orang and buat perangai budak-budak macam comel ni...ni yang rasa nak datang kat orang buat muka seposen pastu tumbuk dada dia dengan kuat and check nadi dia, nak tengok whether dia still hidup ke tak, and then gelak-gelak macam babi ni...ni yang rasa nak buat semua benda-benda tu ni sekarang....cepat lepaskan ikatan aku...cepat....And one more thing, bout ungkit-menungkit tu....Of Course-lah....siapa suruh korang bodoh sangat termakan budi...selagi aku hidup, aku akan ungkit benda ni sampai mati...dan sebab itulah korang semua kena sujud kepada aku....dan sekarang lepaskan ikatan aku...cepat!! Lembu Bodoh...korang semua hanya sekadar Lembu jer di mata aku...aku adalah Tuan Rimau yang menjaga Wilayah ini dan haruslah selamanya dihormati dan bukannya dilayan seperti Banduan Begini....

...Terdengar sahaja perkataan Banduan tersebut, maka tersentaklah Encik Baddy(bukan nama sebenar), lantas beliau bergegas masuk serta terus sahaja menyanyikan Lagu Banduan di situ juga tanpa segan-silu..."Bertahun sudah ku menunggu dirimu...akhirnya kau menjadi milikku...Tapi Sayang..."...Melihat akan perkara tersebut, beberapa orang Warden Penjara telah dikerahkan untuk membawa Encik Baddy pergi dari situ....

....Interview diteruskan lagi...

FBI : Saya ingin bertanya kepada Encik Big Boss ya...

Big Boss: Ape diaq?

FBI: Selama Big Boss menjaga wilayah ni kan, seperti yang Big Boss mention-kan tadi...cuba Encik Big Boss senaraikan apa perkara-perkara yang Encik Big Boss dah buat?

Big Boss: Oooohhhh, perkara yang saya dah buat semenjak menjadi wakil rakyat di sini bannnyyaaakkkkkk...Berjuutaaa-jutaaa.......tak terkira banyaknya...antaranya, saya masih lagi menjadi 'Ceti' bulan-bulan mengutip duit sewa rumah serta ,membiarkan pintu rumah tak berkunci untuk memudahkan pencuri masuk setiap kali saya keluar rumah...dan yang lain tu bukan tanggungjawab saya...semua tu tanggunggjawab lembu-lembu saya...antaranya Lembu yang paling saya sayangi; lembu JENDOL dan lembu BUDGET PANDAI....yang lain tu semua lembu-lembu bodoh jer, yang kerja dia meragut rumput jer di padang hadapan Universiti nun...(sambil menjuihkan bibirnya ke sedikit hadapan, bagi menunjukkan arah lokasi lembu-lembunya meragut rumput itu)

Renjer Hutan: Jadi kerja-kerja lain seperti menutup suis lampu rumah, mengemas dapur, membersihkan bilik air, menyapu sampah, mengemop lantai, mengira dan membayar bil serta banyak lagi adalah hanya dikategorikan sebagai 'meragut rumput'-lah juga??? Yang mana kau tak perlu buat!!! (Gertak Si Ranjer Hutan dengan nada marah dan geram sambil mukanya merah menyala menahan marah)..

Big Boss : Tepat sekali...itu adalah kerja-kerja bodoh lembu-lembu sahaja...aku yang sebagai Big Boss ini tidak layak untuk disuruh membuat kerja-kerja sebegitu...kalau aku buat habislah bulu-bulu dan lemak-lemak aku ini bertaburan dan bercerai-berai atas lantai...Ewwww(menunujukkan kegelian)...itu semestinya bukan kerja aku k? bukan sama sekali....(sambil menggeleng-gelengkan kepalanya yang tanpa leher itu)..

FBI : Jadi, kalau semua itu kau mengaku perangai kau, kenapa kau masih salahkan kami lagi???

Big Boss : Biasalah, Big Boss memang suka buat begitu...aku kan Big Boss....

FBI : Kalau begitulah kata-kata kau...takpelah...Sarjan, Lepaskan Big Boss ni dan biarkan dia bersembunyi di Ofis dia...kita tiada apa-apa bukti tuk mahu mendakwa dia lagi...di mata dia, hanya kita sahaja yang salah...hanya kita sahaja yang tak kena dan tak betul...tapi pada dirinya, semuanya sempurna...dialah tuhan dialah dewa...kita hanya pacar hina yang menumpang budinya sahaja di sini...

Sarjan : Takpelah Tuan, biarkanlah dia buat sesuka hatinya...kita biarkanlah sahaja lagipun dirinya-kan adalah begitu berharga...

FBI : Iya, betul juga katamu itu Sarjan...tapi sebelum kamu lepaskan dia, jangan lupa ya ajarkan dia cara-cara bercukur dengan betul...jangan sampai dia tercukur lemaknya lagi selepas ini....

Sarjan : Baik Tuan! sambil mendukung Big Boss pergi meninggalkan bilik siasatan tersebut...

Selepas, susuk tubuh bayang-bayang Big Boss hilang dari pandangan mata kasar mereka...Pegawai Renjer dan FBI saling berpandang-pandangan sesama mereka...biru wajah mereka menahan gelak lantas setelah tidak tertahan lagi...Maka, tergelak besarlah mereka di situ...

-TAMMAT-

Notakaki: Cerita ini tidak kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...Cerita ini hanyalh Ehsan daripada Fail Jenayah 999 seperti yang diceritakan oleh En.Karam Singh Walia dan En.Mazidul Akmal Sidek...

Sebelum aku memulakan sebarang kata-kata, aku harap entry ini tidak akan menyinggung mahupun mensigung perasaan mahupun hati kecil sesiapa...ianya adalah mengenai aku, dan pengalaman burukku yang pernah menempuhi pahit-getir zaman membawa perut yang agak berat atas tabiiku yang suka tidur waktu petang dan selalu menolak pelawaan Encik Mc The beruang untuk pergi berjogging petang-petang...

Tapi setelah bersusah-payah melawan takdir itu, aku kini mampu mendabik dada dan mencebik bibir atas kerana keberjayaanku meluruskan semula segala yang pernah bengkok serta membulat suatu ketika dahulu...jadi, bagi mengingati peristiwa-peristiwa yang tragis itu...

Terimalah, satu post yang khas untuk 'bekas' Perutku...
"semoga rohmu dicucuri rahmat, dan bukannya dicucuri udang (cucur udang) kerana ianya akan hanya meburukkan lagi keadaan yang sudah sedia buruk"



Beberapa Kebaikkan Yang boleh didapati daripada 'Berperut Bulan' ini adalah:

1. Mempunyai simpanan lemak yang mencukupi selama beberapa bulan sekiranya Kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat serta-merta dan berkuat kuasa malam ini..
2. InsyaAllah, tidak akan kebuluran sewaktu Perang Saudara.
3. Menjadi tempat perlindungan orang lain daripada panas terik matahari ketika Sesi Fotografi Kelas dan sejuknya angin (Windchill Effect) ketika berjalan pulang ke rumah.
4. Menjadi aset yang beharga dalam permainan Paintball kerana anda mampu menjadi 'Portable Bunker' ataupun Kubu Mudah alih..
5. Mendapat Pahala yang banyak serta besar kerana selalu menjadi bahan kutukan rakan-rakan seperjuangan dan selalu dijadikan bahan ketawa ketika jamuan dan majlis Berbuka Puasa.
6. Senang mendapat duit lebih ataupun extra pocket money dengan bekerja 'part-time' sebagai maskot A&W ataupun berlakon dalam Siri Kegemaran Ramai iaitu 'A.L.O.N.G' di Saluran Perdana.
7. Boleh jatuh dari tingkat 5 tanpa sebarang kecederaan.
8. Boleh bermain Ski tanpa perlu membazir membeli atau menyewa peralatan Ski, kerana kebolehan kita 'sliding'.
9. Boleh memakai baju Kemeja ke class mahupun tempat kerja tanpa menggosok baju, kerana perut kita kini telah mengambil alih tugas dalam men'strecth'kan baju kita tanpa kita sedari.
10. Boleh mencipta aksi break dance yang baru iaitu "Stomach Spin' selain daripada "Head Spin'.
11. Boleh berlakon dalam Filem 'SumoLah 2' arahan Afdin Shauki.
12. Boleh mendapat value of money jika pergi ke Rumah Urut.
13. Boleh memakai seluar abang-abang yang mahal-mahal tanpa perlu menunggu 2 tahun lagi untuk berbuat sedemikian.
14. Tidak perlu khuatir atas kebarangkalian untuk lemas ketika terjatuh ke laut China Selatan mahupun Selat melaka dan Tebrau, atas kebolehan terapung dengan secara semulajadi.
15. Selalu dijadikan tempat berpaut oleh kanak-kanak ketika pergi ke Wet World Shah Alam mahupun Sunway Lagoon bandar Sungai Wei.
16. Selalunya dianugerahkan dengan suara yang merdu gemersik..(Suara Perut)..
17. Tidak perlu risau sekiranya tayar kereta anda terlanggar paku ataupun bocor di tengah jalan kerana anda sentiasa membawa tayar lebih..Ini kejam!!
18.
Mampu menyorokkan hanset tanpa dikesan oleh warden dan prefect ketika waktu spot check dijalankan di asrama.


Beberapa Keburukan yang perlu ditempuhi pula adalah:

1. Selalu disalah-tafsir kerana sering dianggap orang ramai sebagai orang jahat atas ketelanjuran melakukan perbuatan seks luar nikah.
2. Kehilangan beberapa organ penting tubuh seperti pusat dan leher.
4. Selalu disalah erti meminati sukan Sumo walaupun pada hakikatnya kita meminati permainan Sepak Raga.
5. Susah untuk melepasi pintu yang hanya dikuak kecil.
6. Susah untuk berasak-asak dalam Train ketika di town.
7. Sangat leceh ketika hendak membeli talipinggang kerana acapkali perlu menebuk 'extra hole' ataupun lubang tambahan.
8.
Sering terkejut ketika dalam bilik air setiap pagi dihadapan cermin kerana menyangkakan adanya raksaksa Ultraman di dalam cermin tersebut.
9. Seringkali terpaksa berhabis membeli katil yang baru yang lebih utuh.
10. Berasa rendah diri jika berjalan-jalan dengan awek kita yang hot.
11. Anda berasa gusar dan risau sekiranya menyertai larian Amal ataupun membuat kerja-kerja sukarelawan yang membekalkan baju 'Free Size', kerana semestinya anda tahu t-shirt itu bukanlah untuk anda.
12. Anda takut untuk ke ZOO Taiping mahupun Zoo Australia kerana bimbang anda akan selalu diziharkan dengan beberapa binatang-bintang buas yang sensitif kepada diri anda seperti Gorilla, Badak Sumbu, mahupun Gajah Afrika.
13. Selalu disisihkan oleh budak-budak yang kurus.
14. Hanya mampu berkawan dengan golongan-golongan yang senasib ataupun golongan yang datangnya seperti spesies terancam seperti Zorro.
15. Terlampau leceh kerana perlu sentiasa berselindung di sebalik beg mahupun di sebalik beberapa teman-teman yang lain untuk menyembunyikan perut itu ketika bergambar.
16. Perlu berpakaian litup dan menutup aurat semata-mata untuk ke Swimming Pool.
17. Tidak muat untuk memasukkan kesemua tangan ke dalam seluar jeans yang ketat untuk berjalan macho.
18. Selalu diarahkan keluar lif ketika lif berbunyi menandakan 'overweight' walaupun kita adalah antara orang yang pertama memasuki lif tersebut..Perbuatan Kejam ini.
19. Dinafikan hak untuk membeli kereta kancil.
20. Terpaksa berjalan kaki ke class kerana selalu menghadapi sakit pinggul ketika menaiki basikal oleh kerana seatnya yang terlampau kecil.
21. Terpaksa menerima hakikat yang anda bukanlah atlit yang sesuai untuk berlari trek ketika acara sukan sekolah.
22. Dinafikan hak untuk duduk di barisan paling hadapan dalam lecture theater mahupun dalam panggung wayang kerana seringkali dilabelkan sebagai Gunung Tahan mahupun Gunung Everest...isk..isk...
23. Selalu disalahertikan sebagai orang paling berkemungkinan melepaskan gas beracun ketika berada di tempat sempit seperti dalam kereta kawan ataupun pakcik saudara.
24. Jarang menerima pelawaan ke jamuan makan daripada masyarakat setempat, contohnya majlis Hari Jadi ataupun kenduri kecil-kecilan.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika mempunyai perut yang sedemikian:

1. Memakai Baju yang ketat untuk kelihatan lebih cantik.
2. Menyertai group spesies terancam dan merasakan diri hot.
3. Memakai baju yang mempunyai gambar haiwan buas dan raksaksa Ultraman.
4. Memakan secara berlebihan.
5. Menolak pelawaan Encik Mc the Beruang untuk berjogging petang-petang.
6. Menonton rancangan masakan dan memakan secara berlebihan.
7. Selalu berkunjung ke Restoran Fast Food seperti KFC dan McDonald tanpa kawalan.
8. Merasakan diri masih kurus.
9. Mengedit gambar dalam photoshop dengan mengecilkan gambar secara horizontal untuk kelihatan lebih sempurna.
10. Dan meletakkan gambar tersebut dalam Main Photo dalam account Friendster, Tagged, MySpace mahupun Facebook.
11. Tidak mahu bersenam.
12. Melengah-lengahkan Program Diet walaupun telah bersumpah beberapa kali untuk memulakannya minggu depan.
13. Menjangkakan kita akan kurus seperti sediakala dalam masa sebulan..In your dreams! serious2..I've tried and it's not easy...
14. Memakan roti selama beberapa hari untuk mengurangkan nasi. Akan tetapi, memakan roti sebanyak 3 bungkus sehari adalah satu cara yang hanya mebesarkan lagi keadaannya.
15. Mencuba Pil Kurus yang tidak diluluskan oleh SIRIM adalah membunuh diri.
16. Jangan seringkali memikirkan untuk memotong lemak anda bila melihat pisau di dapur kerana sesungguhnya ianya adalah sangat berbahaya.

Sebagai pengajarannya...Kalau kita berperut seperti pengalaman yang saya ceritakan di atas, lakukanlah sesuatu kerana kebarangkalian anda untuk mendapat penyakit seperti tension yang melampau(Hypertension) dan Coronary Heart disease(Sakit jantung) adalah sangat tinggi....

Bagi rakan-rakan yang di luar sana, bagi saya tidak ada masalahnya berbadan besar...asalkan berperangai baik dan mulia....bagi saya janganlah melabelkan seseorang itu kerana rupa parasnya yang tidak sempurna, asalkan dirinya baik dan berbudi pekerti tinggi, itu adalah lebih mulia dari mereka-mereka yang berwajah dan berbentuk badan sempurna tapi mempunyai hati sebusuk nangka busuk yang diperam selama 12 minggu...

Tapi, janganlah pula kalau kita ni mempunyai badan kurang sempurna tapi masih lagi berperangai comel dan mengada-mengada kerana sesungguhnya, percayalah...bahawa orang-orang di sekeliling anda tidak pernah langsung berasa teragak-agak untuk mem'flying kick' anda tanpa banyak soal bicara....

Notakaki: Elakkanlah daripada berperangai sedemikian....


Dulu masa aku kecil-kecil dulu aku pernah dimarahi oleh emak kerana bermain nyorok-nyorok waktu senja dan tak suka makan makanan yang mempunyai klorofil(sayur)...emak aku dulu mempunyai satu tabii atau tabiat(suka hati kamulah mahu guna mana satu, aku tahu aku tak reti bezakannya) iaitu suka memukul tanpa bicara...alar macam sekarang, orang kata tangkap tanpa bicara atau ISA...Iya, emak aku pun begitu juga suatu ketika dahulu...

Maka, berlebamlah tapak tangan atau berbiratlah badan mahupun merah pijarlah muka dek kerana terkena penangan emak..sakit??? tentulah...takkanlah seronok pulak...dan sebenarnya aku mahu bercakap tentang sakit...kerana baru2 ini aku asyik dilanda sakit demi sakit dan demi sakit....semasa aku menulis inipun aku masih lagi sakit yang tak berkesudahan...

Ceritera ini berlaku kira-kira sebulan lalu di mana aku memulakan episod kesakitan aku secara tidak sengaja(sengaja rasanya)...apabila aku menjalani latihan pusat bola sepak bersama senior2 aku yang kini berada di tahun tiga pengajian medikalnya...dan seperti yang telah aku beritahu dulu ketika ringan kaki aku ini mahu melepaskan tendangan padu maut kerana jarak bola hanya satu inci setengah sahaja daripada pintu gol, dengan tidak semena-menanya ada pula satu kaki yang lengkap berBut bola datang menerjah tepat timingnya dengan terajangan kaki aku ini...

Dan oleh kerana aku tidak ingat apa-apa selain aku menjerit macam budak perempuan tingkatan dua yang kena histeria di tengah-tengah padang bola yang dipenuhi umat manusia, rupanya buku laliku bengkak dengan tanpa segan silunya...lalu aku dipapah oleh beberapa senior yang berbadan masam dek peluhnya tapi wangi hatinya, di suatu sudut tepi padang bola untuk aku menyalak seorang diri tanpa mengganggu sesi latihan pusat tersebut...Iya, aku lupa tuk berkata, "Terima kasih ye abang-abang"...

Siri kesakitan aku diteruskan lagi dengan tersuratnya perpisahan aku bersama gigi geraham bongsu aku yang tumbuh secara sesuka hatinya tanpa memikirkan perasaanku yang sabar dan setia menunggu kelahirannya selama 2 tahun lamanya...setelah menjalani beberapa proses yang mebosankan di sebuah klinik swasta yang berjauhan, maka termaktublah sudah satu proses kesakitan yang membuatkan ku tak lupa akan betapa enaknya tuk berkata-kata dan menelan air liur tanpa perlu menangis untuk melakukannya....

Iya semestinya ianya sungguh sakit...bayangkanlah diriku ini yang tidak pernah menangis semenjak daripada kematian labah-labahku yang ku terbunuh secara sengaja kira-kira 18 tahun dahulu, kini amat mudah menangis sepanjang masa...

Hari kedua selepas pembedahan aku masih lagi tidak menjamah apa-apa melainkan beberapa biji antibiotik dan paracetamol yang dibekalkan oleh doktor gigi yang tidak beberapa lawa tapi muda...aku menganggak bahawa semestinyalah gigi aku ini diserang infection; kerna kepalaku berdenyut-denyut hampir setiap masa tanpa mengira waktu dan ketika...dan tengkuk ku merah menyala seperti buah delima serta pipiku bengkak seperti ku tak lepas menelan buah kelapa muda laut afrika...

Begitulah sadisnya kesakitan yang aku alami...tapi dalam sakit-sakit itu ku gagahkan jua pulang ke rumah yang jaraknya jauh seperti mengelilingi dunia selama 16 hari dengan berbasikal sahaja...sakit punya sakit,sampai jua aku ke pintu rumah dan ku pengsan tersungkur di situ juga kerana kesakitan yang sudah tidak tertahan lagi peritnya....

Belum pun sempat ku menyuap bubur nasi, air tangan emak yang baik lagi penyayang, kesakitanku yang ketiga terus menerjah tiba...emak menyuruh aku menutup tingkap di bilik atas kerna hari sudah senja...emak kata nanti setan masuk rumah...iya, aku tak mahu melawan cakap orang tua..jadi, dengan segala kudrat tenaga yang ada ku gagahkan juga kakiku untuk bangun dengan seribu kepayahan untuk menutup jendela di tingkat dua...

Maka, tanpa meragui lagi kesahihan kata-kata orang tua iaitu malang tidak berbau...apatah lagi waktu itu ibuku tengah memasak kari...jadi tentulah hidung aku enak sekali dibuai keharuman kari kepala ikan yang sedap itu tanpa memikirkan malang yang tidak berbau bakal menerjah tiba...memandangkan yang perutku sudah 4 hari tidak terisi, tentulah 12 babi panggang juga mampu ku makan tanpa memikirkan halal-haramnya juadah itu...

Dalam sedap-sedap itu tanganku teraba-raba mencapai jendela...dan...dan...dan....'Chak!! erggghhh!!!'....sakitnya terus menyambar bagaikan gigitan ular tedung selar berkepala dua,tapak tanganku tercucuk paku yang telah ditakdirkan untuk berada di tepi jendela itu untuk merobek tanganku...maka dengan sesungguhnya, perkataan yang mampu ku ucapkan sebelum aku terjelepuk jatuh dengan hormatnya ialah 'Allah'....dan aku pengsan lagi buat kali yang keduabelasnya...

Sedar-sedar emakku tengah membalut tanganku sambil membacakan selawat dan meniupkan ke tempat luka tersebut...'Ah, apalah nasibku', bisik aku sendirian....dan walaupun luka itu dalam dan darah ku memancut-mancut sebentar tadi...tapi ku tak rasa seperti ingin menjerit...iya mungkin kerana ku tak boleh berkata-kata macam biasa ...ataupun kerana luka operation gigiku lebih sakit daripada segalanya dan ataupun kerna ku malu untuk menjerit seperti ku jerit bilamana kakiku disepak oleh senior third year medicine tempoh hari, kerna ku tahu aku kelihatan begitu huduh sekali melakukannya...Jadi ku diam sahaja dan membiarkan emakku meneruskan balutannya...

Selepas semuanya sembuh aku mencium pipi emak dan abah untuk pulang ke perantauan...ku kucup pipi emak dan abah kerana telah menjagaku hingga sihat...

Tapi belum lagi ku sempat untuk memulakan pelajaran yang telah lama tertangguh dek mc operation tempoh hari, badan ku mula terasa panas...seperti tidak selesa...sengal-sengal tulang ayam dan tulang kambing rasanya...uratku terasa berbelit-belit sakitnya...lalu untuk tidak lagi membiarkan si sakit bermaharajalela aku cepat-cepat mencapai 2 butir paracetamol dan menelannya laju-laju dengan doa agar Allah sembuhkan daku dari sebarang sakit-sakit yang bakal menerpa kerna tanggungjawabku masih berat...

Aku rebahkan kepala, badan dan kaki semuanya di katil untuk berehat seketika sambil memejam-mejam mata buat-buat seprti hendak rehat seketika tapi hendak tidur sebenarnya...hihi, ketawa aku sendirian...lepas 2 jam aku lena dibuai keempukan katil dan kedinginan malam, aku bangun untuk melepaskan sesuatu yang terbuku di dada sejak sekian lama..

"Hhaa..hahaachuumm!!!"
dan itulah dia....sakit yang ku cuba elak, akhirnya ditakdirkan untuk singgah jua...aku cepat-cepat bangun tuk bersolat isyak dan melupakan hajat untuk masak pada malam itu...

Pagi itu aku bangun awal(ku tahu kamu semua tidak mahu percaya ini), seawal pukul 7.30 pagi untuk bersembahyang dan menyediakan sarapan pagi...sebenarnya aku ingin mandi awal kerana aku tidak mahu terlibat dalam drama P.Ramlee yang beratur untuk mandi setiap pagi...atau sekurang-kurangnya, aku tidak mahu terlibat dalam watak mahupun perwatakan yang bertengkar sambil menyebut perkataan yang menggelikan hati seperti "aku bangun dulu"..."arh, aku sampai dulu"..."aku dah letak berus gigi aku dekat depan bilik air tadi"..."aku dah bangun awal dah,cuma tadi aku tidur balik jap".....atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya...aku tak mahu k?

Tapi rupanya aku bukan bangun kesorangan...aku bangun berteman...teman yang dari malam tadi asyik memerhatikan aku, setiap sudut gerak-geri tidurku yang datang sekali dengan bunyi "Hacchummm" ku malam tadi...Iya, tak lain tak bukan...ia adalah demam... "Terima kasih kerana menemani ku ya Cik Demam bin Panas..."

Aku demam panas, tapi ku gagahkan diri jua untuk ke kelas kerna sudah lama ku tidak datang ke kelas....Aku tidak mahu menjadi manusia medik yang bodoh berbakul-bakul lagi dengan tidak datang ke kelas sekian lama...jadi aku datang juga....

Masuk-masuk kelas rupanya aku dikehendaki ambil satu test yang aku tak buat last week....dengan sakit badannya dan tak preparenya aku ketika itu; aku mengomel sendirian di suatu sudut yang sunyi dan tenang di pinggiran kesorangan...eh, tidak...aku tidak kesorangan...aku bersama salleh yang tak salah lagi tidak hadir juga ke kelas minggu lepas atas sebab-sebab yang aku juga lupa walaupun dia telah memberitahu aku sekurang-kurangnya 3 kali kerna sebanyak itu juga aku bertanyakan kepadanya....aku tersenyum sipu malu...aku tengok Paper...aku jumpa banyak perkataan yang pelik-pelik seperti...carbonic anhydrase dan glaucoma dan octa peptide apa ntah, aku juga lupa walhal baru saja aku menjawab soalan itu sebentar tadi...

Tapi dalam kebengongan aku itu, masih juga ada insan yang baik hati seperti Encik Bulu Ai yin, Sopi sepoi-sepoi bahasa dan Mat yie the mUse...mereka membuat lakonan ala-ala filem James Bond dengan menyeludup beberapa lecture notes tuk kegunaan ku sepanjang waktuku di sisihkan itu...Sungguh baik hati mereka...aku hampir mengalirkan air mata lagi dek kerana begitu terharu dengan sokongan rakan-rakan yang tidak mahu melihatku berdiri atas meja atau dihalau keluar dari kelas secara terpaksa kerna memberi jawapan yang melucukan hati si pemeriksa jawapan kertas test tersebut....dan aku menyalinnya dengan penuh rasa terharu hinggalah habis segalaya ku salin dari muka ke muka...tapi aku sengaja salahkan satu dua jawapan takut menimbulkan rasa cemas dan was-was pemeriksa atas kecekapan akalku yang begitu bijak yang dapat mengingat bulat-bulat ayat dalam lecture notes tersebut...huish, akhirnya lepas juga satu beban..."terima kasih rakan-rakan,kamu sungguh pandai berlakon filem"...

Aku tahu anda akan berkata "Sabarlah ye Amal, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"...tapi setelah anda membaca kisah ini sudah tentu anda dapat mengagak kan berapa banyak dosa aku sebnarnya kan?...Iya, aku bukan orang baik...tapi sekurang-kurangnya aku tahu mana dosa mana pahala...aku tidak main wanita dan apatah lagi meneguk air kencing syaitan durjana...walaupun diri aku kelihatan jahat seperti Rosyam Nor dalam filem Lenjan ataupun Castello the biskut...tapi hatiku tahu tanggungjawab pada agama dan tahu untuk menunaikan yang lima...

Tapi aku rasa ini adalah akibat aku terlalu banyak musuh-musuh yang gemuk dan selalu menyakitkan hatiku ketika mereka mengumpat dan aku terdengar umpatan mereka...

Seriouly 'ter'...bukan aku segaja pasang telinga...tapi kalau umpatan mereka sehingga boleh didengar di wilayah timur laut Afrika dan sempadan Kandahar, India; itu bukan pasang telinga namanya...itu memanglah terdengar secara tidak sengaja(ataupun sengaja)...dan ianya memanglah menyakitkan hati....tapi, biarlah mereka terjun dengan labu-labu mereka ataupun dengan lemak-lemak mereka...Aku ingin ambil position tidak peduli selepas ini....

Dan aku sedih juga kerna ramai rakan-rakanku(yang aku masih anggap kawan) yang berada nun jauh di sana sudah mula menampakkan bibit-bibit memulaukanku...aku tahu ini adalah disebabkan fitnah-al-kubra sepasang makhluk hodoh yang namanya tak perlulah disebutkan disini..

Tapi Allah itu Maha Adil...semakin ramai yang pergi, makin ramai pula yang mula menunujukkan diri...ramai juga kawanku yang sudah lama menghilang...mencariku sedaya-upaya seperti saudara Amri bin Rahamat dan Saudara Sabri bin Abdul Uloom serta ramai lagi....Dan tidak ketinggalan juga rakan-rakan disekeliling yang kini begitu baik sekali padaku seperti Encik Bulu Ai Yin, Encik Mc De beruang, Encik Mat yie the mUse, Encik Saleh al-Udin, Encik Sopi sepoi-sepoi bahasa, dan Encik Nasarudin Ayubi serta ramai lagi yang tidak sempat kusebutkan namanya...terima kasih semuanya...


Jika benar segala sakit-sakit ini adalah tanda kerna Allah masih sayangkan aku,makhlukNYA yang lemah ini dari disiksa dan dibakar dalam Api neraka aku redhakan segalanya...Moga-Moga kita sentiasa dalam lingkungan rahmatnya....Amin...

tapi aku pikir2 balik, kalau badan aku 'tough' macam sazali samad, sure aku takkan rasa sakit2 macam ni...sure aku relax jer...

Iklan: Marilah sama-sama berdoa untuk adik saya agar cepat sembuh dari penyakitnya,InsyaAllah..."Ya Allah aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar kau sembuhkan dan permudahkan urusan hidup Muhammad Azimuddin bin Razali...Sembuhkanlah dirinya dari sakitnya, Ya Allah...Amin..."






Gambar Hiasan: Kenangan bersama Abang Iman

Firstly, aku nak minta maaf sangat kat readers yang follow blog aku cos aku dah lama tak update...sebenarnya there were a lot of things happened to me lately and aku memang tak dapat nak cari masa yang sesuai tuk update blog...so aku summarisekan beberapa benda yg happened kat aku recently and apa yg aku baru tahu tentang incident2 ni :-

.: #1-Match Bola Senior vs Junior Medicine :.

Perlawanan ni bagi aku adalah match yg terpenting kot cos kali ni batch aku digabungkan dengan batch third year medicine dalam satu group yang bergelar 'Junior' manakala senior fourth and fifth medicine telah bernaung dalam satu group yg bergelar 'Senior'...Even,kakiku masih lagi terseliuh or maybe fracture from the last training aku gagahkan diri gak untuk menyumbangkan tenaga bakti untuk team Junior...Alhamdulillah, even kaki aku sakit sangat tapi ade gak beberapa senior cakap kat aku yg aku masih 'berbisa'...haha, rasa semangat skit diri daripada kekalahan yg amat memalukan iaitu 5-1...
Jadi, from that match apa yg ku tahu?

1. Even kaki aku rasa sakit sangat selepas dribble beberapa kali aku tetap meneruskan permainan walaupun aku rasa ankle aku bakal tercabut bila2 masa.

2. Seberbisa-berbisa pun aku dalam match tu, sebenarnya bisa lagi ankle aku yg menyengat setiap kali aku berlari.

3. Rupanya senior fifth year medicine ader beberapa orang pemain Legend yg aku tak pernah nampak before this(aku one of the footballers college yg selalu turun padang). Seriously, pemain2 legend ni memang power tahap cipan kesembilan ar main bola...ader sorang mamat yg berkulit putih ni(aku tak sure dia ni bangsa apa)...tapi dia dribble sebijik macam david bechkham....aku tengok dia dribble 5 orang sekali macam tak percaya.

4. Senior Third year pun ramai gak yg hebat tapi masih tak cukup hebat tuk beat team 'Senior'.

5. Pali the goalie, first time aku tengok dia dimalukan dengan begitu banyak gol yg bolos disebabkan missunderstanding ngan line defence...

.: #2- Meet the Dentist :.

Actually dah nak dekat 2 tahun aku mendarita sakit 'gigi bijaksana' a.k.a 'wisdom tooth' a.k.a 'gigi geraham bongsu ni'....tapi lately, aku dah tak tahan sangat sakit and aku pergilah jumpa dentist. Aku dah agak dah mesti ader something wrong somewhere nyer, jadi seperti yg dijangkakan oleh cik wani aku, gigi geraham bongsu aku yg baru nak tumbuh rupanya dah lama dah tumbuh cuma dia tumbuh secara abnormal...dalam bahasa medicnyer ialah impacted...dan dalam kes gigi aku ini, ianya dinamakan 'Angular Impacted Growth' maknanya pertumbuhan gigi secara abnormal yg tumbuh secara horizontal...Sakitnya tak usah nak cakaplah....mau nanges tiap2 hari...serious...Jadi, apa yang ku tahu labu?

1. Sebenarnya adalah begitu susah nak cari Dental Clinic.

2. Bila aku sakit gigi ni barulah aku tahu betapa pentingnya Dentist dalam kehidupan seorang Doctor.

3. I have eaten much porridge more than i could even remember...cos it hurts everytime i try to chew something.

4. Dentist juga kadang2 boleh menjadi sangat cantik dan comel....serta mampu mengurangkan sakit operation 12 kali ganda.

5. Dentist adalah sangat pemalu dan rendah diri bila berdepan dengan student medicine...siap panggil aku Doctor lagi...patutnya aku yg panggil dia doctor...dah la bertambah malunya aku yg memang terkenal dengan sikap pemalu dan bersopan-santun ni(ceit!!)..

6. Minor operation for removing the wisdom tooth is damn painfull man...I swear to God, that it was the most horrifying moment of my life where i was in immense pain and i'd been thinking to kill myself a few times to get rid of the pain...seriously...

.: #3- Exam Mid Sem :.

Apa yang ku tahu tentang exam mid sem kali ni?

1. Aku adalah dalam state yg paling tak prepare sekali dalam hidup aku di mana aku menjawab berdasarkan keimanan dan pengetahuan IB(international baccalaureate) aku jer...haha...serious bengap..

2. I think,i'll fail more papers than i think i should pass.

3. Exam ini menyedarkan aku tentang betapa pentingnya tuk aku start pulun study cos final exam tinggal sebulan jer lagi...

4. Baru aku sedar yg brain aku adalah sangat efficient under stress kerana aku mampu menghabiskan 14 presentation slides dalam masa 2 jam...berbanding dalam tak stress di mana aku hanya mampu menghabiskan 2 slide presentation dalam masa 14 hari....

5. Aku dapat hafal banyak benda dalam keadaan tertekan dan terdesak seperti structure of penicillin, paracetamol, beta-lactam ring and banyak lagi...

6. Aku tidaklah sebodoh dan sebengap yang aku sangkakan...cuma aku kena remain focus dalam study.

.: #4- Aku dapat offer UCD :.

Apa pulak yang aku tahu kali ni?

1. Aku gembira sangat cos aku memang suka sangatlah UCD ni.

2. Aku dapat masuk satu college ngan Bulu, Sopi, Pali, Shuren and Khalil....

3. Aku sedih cos Bear, Mat yie, Bedivi dan Salleh serta Nasa dapat RCSI...

4. Aku dengar ramai makcik2 yang dapat offer UCD gak...tapi yg penting zorro(bukan nama sebenar), dapat RCSI...Yahoo!!!!!!

5. Aku nak score final tuk confirmkan placement...

.: #5- Adik aku nak PS2 :.

Apa lah yg ku tahu tentang adik aku?

1. Adik aku nak PMR tahun ni and dia stress skit cos dia sakit.

2. Adik aku comel.

3. Aku lebih sayangkan adik aku berbanding duit MARA yang aku dapat...jadi aku pun membelikan dia PS2 dan aku kirimkan padanya untuk dia release stress dia a lil' bit...

4. PS2 memang best, aku dah maen puas2 before bagi kat dia...

5. Aku main Star Wars the Force Unleashed sebanyak 2 kali sebelum aku bagi kat adik aku PS2 tu...

6. Aku rasa baik beli console daripada beli Gaming Notebook...

.: #6- Relationship aku dengan wani :.

Semenjak berjauhan ni, aku cam dah tak dapat sangat spend masa ngan dia...cos aku banyak kerja kena buat...Final Project a.k.a mini thesis aku tak siap lagi...preparation tuk final pun ntah ke mana...and kadang2 aku kena beri tumpuan lebih kat adik aku cos dia sakit...Jadi apa yang ku tahu tentang wani?

1. Dia masih comel.

2. Dia masih cantik dan masih lagi mampu membuat beberapa telatah2 yang mencuit hati.

3. Dia comel lagi...

4. Dia nak sangat jumpa aku.

5. Dia nak aku spend masa lebih ngan dia.

6. Kadang2 dia rasa lonely and nak sangat cakap ngan aku tapi aku pulak busy waktu tu...

7. nanti kita jumpa kat reunion SMK Seri Tualang k?

8. Don't worry it's still u in my heart.

.: #7- Tentang freindster Group yg bernama SMK Seri Tualang :.

Apa pula benda yang aku baru tahu?

1. Kebanyakan budak2 kat situ mempunyai third class mentality yg mempergunakan forum tuk kutuk cikgu and sekolah habis-habisan.

2. Aku yang cuba membantu merubah pemikiran mereka dijadikan bahan kutukan dan cacian yang berbakul-bakul.

3. Aku rasa sometimes, education background differences do make people become so different in thinking and how they lead their life.

4. Despite banyak pujian dan ucapan terim kasih yg diberikan kpd aku dan rakan2 yang ikhlas membantu dalam usaha murni menjalankan program motivasi kat bekas sekolah aku dulu before MCKK, aku juga telah dikecam hebat oleh beberapa pihak yang begitu cetek ilmunya dan pemikirannya...dan yang lagi best, adalah di antara bekas budak yang aku pernah jaga and bimbing waktu program tu turut mengutuk motivation camp tu...dengan katanya "Ek'eleh setakat hafal lagu Standing In The Eyes of the World jer pun nak kepoh"....Aku jamin this guy memang tak cemerlang langsung dalam SPM dia...kita yang penat2 susah-payah nak bantu anak bangsa, diperlekehkan begitu sahaja....takpelah yang penting niat dan usaha kita ikhlas untuk membantu menyumbang sesuatu pada sekolah...

5. Kawan aku a.k.a Senior aku yang bernama Radzman yang kini belajar di German selalu singgah di blog aku selama ni...Tapi bukan itu yang membuatkan aku kagum dengannya..tapi mentality dia 100% berubah beb....dia open minded and tahu membezakan yang mana satu yang betul and salah...aku ingatkan dia nak support member2 dia yang berpikiran cetek tu...instead dia support aku...seriously kalau aku berada kat tempat dia pun aku taklah seberani macam tu...tapi aku rasa, betullah different education backgound can make people think very differently....

....And aku rasa setakat tu jelah entry aku yang membosankan ni, seriously aku memang tak dapat nak membuatkanentry ni jadi lebih menarik cos aku sakit lepas operate gigi aku ni...serious sakit giler...ok la len kali aku janji aku akan berikan entry yang agak menarik dan tertarik k?...

.:: Thanx for your precious Time ::.