kita tahu hidup susah..

1. Bil elektrik meningkat...

2. Apabila nak gosok gigi..dan mulut tidak mampu tuk kumur2 air paip...

3. Membuang air besar dan membasuhnya merupakan satu trauma...

4. Tangan akan sentiasa frost bite ketika basuh pinggan..

5. Pergi memasak di dapur ketika benar-benar kebuluran sahaja...

6. Pergi ke tandas dalam keadaan hampir-hampir terkena batu karang...

7. Anda hanya bangun tuk bersolat dan makan sahaja...

8. Pergi ke city merupakan satu misi mustahil kerana semua perkhidmatan bas diberhentikan...

9. Flight tidak akan on time kerana delay because of cuaca buruk...

10. Basikal menjadi perhiasan di luar rumah dan hanya ditunggangi oleh liputan salji2 tebal..

11. Kawan-kawan baik anda hanyalah facebook, YM, Skype dan Duvet anda sendiri...

12. Tidur lebih 12 jam itu satu perkara yang biasa...

13. Perasaan 'rumah-sakit' atau home sick meluap-luap...

14. Mulut tidak akan berhenti menguyah kerana cepat lapar...

15. Bentuk badan seperti beruang kutub itu adalah perkara biasa...

16. Sudah lupa nikmat bagaimana berpeluh...

17. Matahari hanya mengeluarkan tenaga cahaya sahaja dan bukannya tenaga haba...

18. Sindrom demam secara tiba-tiba merupakan kebiasaan...

19. Anda sudah lupa bagaimana rupa lecturer anda kerana seringkali ter-skip class...

20. Tiada lagi kedengaran, suara-suara yang mengajak main bola petang-petang...

21. Sudah lupa bagaimana rasanya menikmati udara segar di luar...

22. Keluar dari bilik air selepas mandi itu merupakan satu tindakan yang boleh mengundang maut...

23. Kalau pergi ke tesco, anda akan membeli barangan makanan untuk simpanan sebulan..

24. Order barangan dari Hibiscus.ie mengmbil masa lebih dari 2 minggu...

25. Kari dan sup yang baru dipanaskan tak sampai seminit sudah menjadi sejuk seperti diletakkan dalam fridge melebihi 11 jam...

26. Setiap hari berjanji kepada diri untuk menghantar baju ke laundry tetapi tidak pernah kesampaian...

27. Perasaan ingin buat snowman di luar begitu meluap-luap tapi apakan daya suhu di luar sudah mencecah -10 degree celcius...


akhir kata..diulang dengan sekeras-kerasnya....

" BELIA BENCI SEJUKKK !!! "







1. makanan yang paling murah ialah berharga 6.50 euros..


2. Anda akan ditertawakan jika memanggil 'Pennys' sebagai 'Primark'...


3. Bas tidak lagi bewarna Merah mahupun Biru...tetapi kesemuanya bewarna Kuning Biru(Dublin Bus)..


4. Anda akan sering melihat makcik-makcik menjual seedless grape 1euro dan anda berkata 'ey, murahnya..'


5. Apabila susu tidak lagi beharga 1-2 pounds...


6. Apabila 1 euro anda kelihatan sangat-sangat tidak beharga...


7. Apabila rakan-rakan anda dari luar Dublin bertandang ke rumah anda..dan meminta anda membawa mereka bersiar-siar ke tempat-tempat menarik di Dublin....dan anda hanya mampu terduduk sambil menggaru kepala...


8. Apabila anda sering terserempak dengan kumpulan budak-budak nakal bernama 'Anak Dol'..


9. Apabila badan anda menggigil  seperti anjing kurap pabila angin sejuk Dublin menerpa ke tubuh anda...


10. Apabila winter dan keadaannya sangat sejuk...tetapi anda hanya mampu melihat salji yang sangat nipis(itupun kalau anda bernasib baik)


11. Apabila hujan turun 3 kali sehari dan jarang berhenti.....


12. Apabila anda hanya mampu menelan air liur sahaja ketika melihat restoran fast food (Mc Donald, KFC,Burger King)..kerna ianya tidak halal...


13. Apabila anda jarang makan sayur sebab mahal...


14. Apabila maggi kari berharga 3.00 euros untuk 5 packets..


15. Apabila anda tidak jumpa kedai aiskrim yang menjual aiskrim Faluda yang yaman...


16. Apabila anda pergi ke supermarket dan tidak berjumpa dengan Honey Star...


17. Apabila ada perkataan SALE tertulis di hadapan kedai...dan anda keluar dengan tangan kosong cos tiada apa yang benar-benar murah...


18. Apabila anda baru sahaja pulang dari UK dan menjejakkan kaki ke Dublin.....lantas anda terus ingin ke UK semula....


aku nak ambil bas ke airport terus nak ke UK balik..

hai...

saya nak mulakan ni dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya nak buat satu post yg barangkali semua orang akan marah...

dan mungkin juga semua orang takkan singgah lagi di sini...

....

tapi takpelah...

saya just nak berbicara sedikit sahaja tentang sesuatu yang saya rasa sangat2 tak kena di pandangan mata saya selama ni....

tapi atas dasar rakan...saya memilih tuk berdiam semata-mata menjaga nilai sebuah persahabatan....

.........................

sebelum itu saya hanya mengingatkan lagi bahawa si penulis juga bukanlah sempurna...

mukanya tak hensem...dan perangainya juga teruk tak terkata...

tapi dia masih juga berdegil untuk berkata sedikit tentang suatu benda..

..........................

Saya dibesarkan dalam suasana dan persekitaran masyarakat sekolah yang mengamalkan islam dan membudayakan islam....(tidak semestinya sekolah agama)...

jadi rata-rata sahabat saya ialah lebih kurang beginilah...


comel-comel bukan??



.......



tapi yang menyedihkan...

ada di kalangan sahabat saya sendiri yang tak semestinya berada dalam gambar ini or bersekolah di sini...

sekarang ini telah berubah menjadi seperti begini....





 

 

 




......................



LAGI CANTIK BUKAN???



......


erm, entah...kalau orang lain yg bukan islam berpakaian sebegini...mungkin KITA tak nampak begitu pelik rasanya...

tapi kalau sahabat-sahabat sesama islam KITA yang memperagakan pakaian dan budaya sebegini....entahlah...



no comment....


......


WAHAI SAHABATKU adakah patut berperlakuan sebegini yang kita banggakan?

dan

WAHAI SAHABATKU sampai bila KITA nak jadi begini?


......


adakah berpakaian islam dan membudayakan islam itu sudah tidak lagi dilihat cantik dan sempurna??


......



Al-Ghuraba': Tersisih dan Terasing Kerana Mengamalkan Islam Yang Tulen






قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ



Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman


.......


p/s- perubahan tidak berlaku dalam satu hari....

dan hasil tulisan ini bukan berniat membenci...

cuma sekadar berkongsi...

kerna hati ini terlalu menyayangi sahabat2 yg pernah dikenali...


(maafkan si penulis..selain tidak hensem dan berperangai buruk,,, si penulis juga tidak mampu menulis kata-kata yang lebih baik daripada ini sebagai santapan hati..)



jawapan bagi soalan di atas:

Tiada apa...inilah kali pertama dalam hidup aku..aku tak plan tuk menempuh tahun baru...

.......................

mungkin sebab aku malas nak plan sebab winter sangat sejuk..so aku takde mood...

mungkin sebab aku memang tiada plan sebab aku memang bangang...

or

mungkin sebab aku perlukan motivation dari wani tuk aku plan hidup aku...

.................

tapi sebagai seorang manusia yang diberikan peluang tuk terus hidup dan bernafas di bumi Allah ini...

aku perlukan Plan...

Plan yang betul-betul berfungsi tuk aku memacu hidup aku pada tahun 2010 ni...

..............................

Secara ringkasnya aku lampirkan beberapa plan a.k.a azam aku tuk tahun 2010 ni...


 :: Plan yang cool...::


1.aku nak jadi student medic yang lebih skema...lebih mat bilik dan lebih kuat membaca buku...

2. aku nak jadikan Quran sebagai movie, ps3 dan buku motivasi yang mana aku akan baca dan hafal hampir setiap hari...

3. aku nak jadi abang yang lebih baik buat adik aku azim serta anak yang lebih baik tuk kedua ibu-bapaku....

4. aku nak jadi teman yang terbaik tuk insan yang bernama Siti Salwani binti Ali...


:: Plan yang tidak beberapa cool tapi aku nak  beritahu jugak...::


1. Aku nak balik malaysia and makan ikan banyak2...

2. aku nak beli x-box 360...

3. aku nak beli motor honda CBR 150cc dan tengah kumpul duit sekarang ni......

4. aku nak berhenti berangan-angan menjadi pandai...tapi betul2 berusaha tuk menjadi pandai....

5. Aku nak buat baik pada semua orang...

6. aku akan berhenti berkawan dengan orang2 yang tak anggap aku kawan or just anggap aku kawan masa aku susah jer...

7. Aku nak jadi President Third Batch dengan lebih baik...

8. Aku nak turun join volleyball club dan menjadi hebat dalam permainan itu


:: Plan yang impossible tapi aku letakkan juga as plan...::



1. aku nak jadi lebih kurus dan mulakan Program diet secepat mungkin

2. Aku nak jadi lebih hensem tuk wani....

3. aku nak jadi orang yang paling pandai dalam batch aku dan mendapat A+ dalam semua subject...

4. Aku nak khawin 2 tahun lagi....

5. Aku nak cari duit poket lebih dengan menjual nasi lemak atau bekerja dengan hibiscus...

6. Aku nak jadi ketua QC(cam usrah) dan menyampaikan amanat Irfan kepada orang lain...


:: Plan jangka masa panjang yang di carry forward dari tahun lepas... ::


1. aku nak jadi Doktor yang terbaik di dunia...dan memberikan khidmat dengan ikhlas kepada semua umat manusia tanpa mengharapkan sedikit pun ianya akan dibalas...

2. Aku nak berusaha mendapatkan syurga Allah...


setelah pulang dari Scotland-Manchester-London...snow turun mencurah-curah di bumi UCD...syukur2...


Akhir kata aku nak sampaikan kepada semua pembaca-pembaca Hujungnya jauh Pangkalnya Belum Tiba bahawa:


"We must stop talking about great personality and how they should be...we must become one of them ourself"




lega, exam da abes...

mungkin exam kali ni bukanlah antara exam yang terbaik yg pernah aku lakukan...

tapi aku harap juga agar aku lulus dengan cemerlang....

...............

ok bercakap tentang kerja gila....

sejak beberapa hari lepas...ade beberapa benda yg aku buat yang boleh la dinobatkan sebagai...

"Kerja Gila"

sebab aku rasa macam takde orang pun buat benda ni...

tapi entah kenapa aku buat...

Kerja Gila 1: Membuat Sup Sotong Kering



ceritanya begini...

pada satu hari...aku bangun pagi...

aku terasa lapar sangat...

dengan segala kudrat..aku gagahkan jua diri ke dapur tuk masak...

mula2 cam biasa lah...

masak nasi...

lepas masak nasi aku dah prepare dah bahan2 tuk buat sup...

tapi, bila nak keluarkan ayam dari peti ais baru aku sedar yang ayam aku dah abes...

so, dengan ligatnya aku mencari pengganti ayam tuk dibuat sup...

namun hampa...takde sebarang daging pun yg ader dalam fridge tuk buat sup...

then, aku selongkar2 rempah aku...

aku terjumpa sepacket sotong kering yg aku sendiri pun tak ingat bila aku beli...

pastu aku masukkan semua sotong tu dalam sup...

last2 bila tiba part makan...

rasa dia cam harammmmm...

Kerja Gila 2: Makan Roti arab dengan perencah bihun goreng..

 

semalam exam kul 6pm tapi gerak dari rumah dalam kul 4.30pm..

lepas solat jumaat..aku singgah sebentar di kedai halal kat bawah masjid clonskeagh..

nak beli ayam niatnya..

masa kat counter tu, aku nampak roti arab yg gebu2 seperti gambar rajah di atas..

aku pun cam geram jer tengok roti ni..pastu aku beli jugak satu tuk makan masa study nanti..

masa nak balik tu dah lambat da tuk study actually...

so aku terpaksa la membatalkan niat nak makan roti arab ni dengan sambal ikan bilis yg aku nak masak nanti..

so, aku makan roti arab tu kosong jer..

disebabkan roti arab ni memanglah tidak enak dimakan begitu shaja..

kepala aku ligat kembali tuk memikirkan sebarang benda yg bleh dibuat pencicah...

pikir punya pikir..aku ternampak perencah bihun goreng adabi...

aku tahu dalam perencah ni ader belacan...

agak2 aku..mesti sedap kan kalau dibuat pencicah..

lantas aku buka perencah tu dan aku taburkan atas roti arab tersebut...

dan rasa dia...ok lah takdelelah teruk sangat...

Kerja Gila 3: Study tuk next semester sehari selepas abes exam..




aku bangun pagi kemas bilik...

dan tak tahu nak buat apa...

sebelum exam..punya lah ligat aku buang masa dengan facebook lah..dengan u-tube lah...

ni lepas exam, aku macam buntu...

sebab tak tahu sangat nak buat apa...pagi ni..aku buka buku baca yg next semester punya subject...

.....

gila bukan?????









MALAYSIA MENANG EMAS MELAWAN VIETNAM DI PERLAWANAN FINAL BOLASEPAK
DI SUKAN SEA LAOS 2009...

malam tadi inilah antara berita yang mengejutkan aku selain daripada snow turun di dublin malam tadi..

aku browse di U-tube dan mencari if there's anyone upload the highlights of this game...

pagi ni aku jumpa full highlights(sila klik)...

wah,, best giler harimau muda(under 23) main...

lincah...pantas..dan bertenaga..

walaupun aku sedih sebab idola aku amri yahyah takde dalam team...

tapi aku rasa bangga dan terharu cos team bola kita menang emas di Laos...

aku tahu memang susah nak kekalkan kejuaraan ni...

tapi aku harapkan ianya berjaya dikekalkan dan menjadi pemacu utama dalam kebangkitan bolasepak negara,,,

........................

p/s- terharu dan sebak rasa hati bila terdengar Lagu NegaraKu berkumandang di Laos...

wah..ni nak balik malaysia cepat2 ni...nak nyanyi lagu Negaraku kat sekolah lama...hihi..



huissh baru jer abes exam Cell-Cell Comm tadi...

Essay...4 soalan besar...

answer dalam 2 hours...

secara jujurnya inilah merupakan module killer dalam exam kali ni...

memang semua orang tensi abis la...pulun sampai nak mati...

nak bertambahkan lagi tensen module ni ialah dengan waktu start examnya ialah pukul 9am..

jadi aku kena bangun seawal pukul 6am (yg aku tak pernah2 buat)...

dan meredah cuaca sejuk membeku Dublin di waktu pagi sambil berbasikal ke RDS...

giler ar...

tadi masa cycling, aku rasa telinga aku sudah hampir2 kena frost bite...

sesampainya aku kat RDS, aku tak rasa pun telinga aku...sebab dah beku sudah...kedua-dua belah cuping telinga aku....

...........................

secara jujurnya juga...aku agak pulun giler exam ni....

since 2 hari lepas aku asyik berkurung jer dalam bilik buat notes dan mentelaah setiap benda yang ader dalam lecture notes....

sice 2 hari lepas,, aku tak dapat tidur...asyik membaca jer....(tapi aku sempat juga facebook dan u-tube)

since, 2 hari lepas....hidup aku tidak keruan....

TAPI

MALAM TADI....

aku sudah hampir2 ingin give up....

mechanism2...mula berterabur dalam kepala otak aku...

signalling molecules mula dah bercampur-aduk dalam kepala aku...

tangan aku sudah mula menggeletar kerna sudah tak daya lagi buat notes...

mata berat giler...and bahu aku rasa sakit giler....

aku betul2 rasa mahu tidur....

tapi aku tetap teruskan juga sampailah jam menunjukkan tepat pukul 4am...

aku terlelap jua akhirnya....

...........................


5 minit.....sebelum pukul 5 am aku terbangun.....

lagu Selamat Hari Raya dari Saloma dari Alarm hanset aku membingit-bingit di telinga aku...

aku betul2 malas...penat sungguh...mata berat giler....dan aku memang tak daya...

aku terlelap balik.....

dan di waktu Alarm yg kedua....

Baru aku teringat yang bahawa ada satu part lagi yg aku belum cover....

takkanlah aku nak gamble sahaja part yg aku tak cover tu...

kalau2 keluar exam pagi nanti...mampus aku dibuatnya....

..................................

dengan langkah terketar-ketar dan mata berat-berat lesu aku mengengsot ke laptop di bucu katilku dan mula membuat notes....

dalam bahagian Activation of Skeletal muscle...activation of smooth muscle dan G-protein couple receptors...

selain tu, sempat juga aku membelek2 sedikit di bahagian Streoids Hormone receptor...

aku buat nota dalam keadaan separuh sedar....pen colour2 aku pun berterabur warnanya dalam notes tanpa mengikut susunan colour priority...

aku hafal...hafal dan hafal....

lantas bila masuk waktu subuh...aku malas2 ke bilik air tuk mandi dan bersembahyang....

kemudian aku bertolak dengan kesatria-kesatria basikal raleigh yg laen ke RDS exam Hall...

...............................

587...

itulah nombor keramat seat aku kali ni di Main Hall...

dan sejurus sebaik aku membuka soalan...


aku seperti mahu melompat ke bumbung RDS....


bayangkan 2 hari punya study...satu pun tak keluar....

tapi pukul 5 pagi tadi punya study....

bulat2 keluar dalam 3 soalan wajib....


wahhhhhhhhhhhhhhhhhh....


(sebenarnya tidaklah bulat2 keluar...tapi main mechanism nya adalah hampir2 sama..)

aku mengucapkan syukur kepada Allah kerna membantuku lulus dalam paper tadi,,InsyaAllah...

bukan aku nak cakap yg aku akan score...

cuma, berbaloi lah dengan understanding yg aku hafal dalam 2-3jam tadi....

at least, aku tak tinggal kosong...

dan chances aku nak pass paper killer tu adalah sangat cerah...insyaAllah...

............................

lepas aku balik dari exam tadi...

aku terduduk sendirian di sofa sambil meratah daging burger yg aku masak tadi...

KALAULAH AKU TIADA SEMANGAT TUK BANGUN PAGI TADI SELEPAS ALARM KEDUA BERBUNYI...
ADAKAH AKU AKAN PASS MODULE CELL-CELL COMM??

p/s-berpantang maut sebelum ajal...berpantang menyerah sebelum kalah...renung-renungkanlah...





 kenal tak siapa dia ni???

mungkin tak ramai yang kenal dia kan??...

sebab dia bukan artis pun...

tapi aku rasa popularity dia dah setaraf ngan artis kot...

nama dia amri...tapi entah ader orang panggil dia lutfi...

tak tahu nama penuh dia apa...

dia dikurniakan bakat menyanyi dan mengubah lirik...

dia banyak translate lagu2 mat salleh kpd bahasa melayu...

and yang paling best skali suara dia juga boleh la dikatakan terbaek..

aku sudah meminati lagu2 dia ni since 2-3 tahun lepas...

among lagu dia yang popular is "I'm Yours malay Version"

..........................

tapi yang membuatkan aku terkejutnya ialah...

bila aku mengetahui dia student medic kat Durham,Uk..

(kagum cos sibuk2 medic pun sempat buat benda2 camni)

bertambah terkejutnya lagi bila dia ader fan's club sendiri....

dan seperti manusia2 popular yang lain...dia juga mempunyai facebook fan's profile...

...................

secara tak sengaja aku di invite oleh kawan aku tuk join fan profile dia...


and aku join jerlah...pastu aku bagi ler comment sket2...

pastu malam tadi...

teruja dan tergezutnya aku bila....

bila dia....

dia akhirnya...

tanpa segan-silu...

serta penuh perasaan rendah diri....




bbbal....







balas comment aku.....





kalau korang jadi aku mesti korang terkejut bukan???

iyalah..macam sorang yang kau cam admire pastu berinteraksi dengan kau...

(ah, sudahlah...aku tahu korang tak paham...malas da aku cerita...)

akhir kata..terimalah lagu raya versi perantauan yang si amri ni nyanyikan...aku rasa best jer...



tak le susah mana...and takle senang mana...

cuma silap aku cos menyangkakan exam ni petang..

rupanya kul 12 tengah hari...bangun pagi kul 8am...

terus nyawa2 ikan bila alarm aku bagitau yg exam kul 12 tgah hari...

mandi separa basah dan breakfast separa kenyang...

aku terus buka buku dengan kupucatan...

bila tgok paper tadi..rasa gembira dan sedih sedikit cos biochem tidak ler sesusah anatomy...

cuma sedih kerna aku tidak menjangkakan ianya akan keluar...

but after all, kena kuburkan ler impian nak score biochem...

ces, tak guna jer score mid sem..

..................

takpela, ader 2 lagi paper...

mahu pulun abis-abisan...

p/s-masih penat lagi ni...

 Chapter 29: Examinacion de RDS..

"Final Destinasi = BIOCHEM di pipi...ANATOMY dipeluki...CELL2 COMM masih di almari...sementara BASIC TISSUE masih dara dan tidak pernah disentuhi...JOM kita pelajari semua benda ini...sebelum ternganga di RDS nanti..... seperti CSI tadi...yang tidak pernah dihafali..."

  memetik kata2 status facebook yang aku baru update sebentar tadi...

aku rasa semua sedia maklum, yang aku kini berada dalam fasa exam final sem bukan?

kalau tak tahu...ok aku beritahu...

aku sedang berExaminasi....

tadi adalah kali pertama aku dan kesatria-kesatria basikal Raleigh mengayuh kenderaan pacuan dua roda kami di Dublin ini iaitu 'Beskal'

bergerak selepas maghrib sekitar 4.30 pm (yg kelihatan seperti 8 malam di Malaysia)..

kami kesatria basikal raleigh bergerak dalam satu Saf seperti orang yang mahu pergi berperang...

seperti biasa konvoi kami akan diketuai oleh GPS kami iaitu either En Sopy Sepoy2 or En Pali Asus..

mereka berdua ini dilantik menjadi ketua tidak rasmi konvoi diatas kecekapan mereka yang tidak pernah disahkan sesat di bandar Dublin ni...(syabas diucapkan kepada mereka)



....................................

Chapter 30: RDS Examination Hall




ini ialah RDS Examination Hall...

B E S A R R... bukan???

iya..memang sangat besar...pertama kali menjejakkan kaki ke RDS aku terpegun dengan kebesarannya dan juga service yg diberikan...

setiap student akan diberikan pisang, pensel dan pen di setiap exam...

menarik...

walaupun aku tahu aku orang malaysia..dan berperangai seperti orang malaysia...tapi kali ni, aku tibai satu jer setiap kategori...aku tak ambil banyak2.....cos malu...mat salleh semua amek satu jer...

Chapter 31: TESCO MARRION....




lepas exam...aku En Sopy Sepoy2, En.Wan Zam Ali kazam dan En.Peon dari kumpulan Eon bersaudara singgah sebentar ke Tesco Marrion..

Antara perkara yg best ttg Tesco Marrion ni is dia buka dari pukul 7 pagi sampai 12 malam...

tak macam kat city...kul 5pm jer, semua dah tutup kedai...pemalas...bandar kuale kangsar pun lagi ok...tutup pukul 8 malam...ape larr...bila lar korang kat city dublin ni nak berubah??

Aku ingat nak cari rumah kat area2 tesco marrion ni next year...harap2 ade la rumah area2 sini..dekat ngan tesco...senang nak beli barang and tak jauh sangat pun dari UCD...

Chapter 32: Wani sakit....

sedih...

sedih....

dan sedih....

bila dengar wani tak gi kerja harini cos dia sakit perut tak boleh tidur...

mengikut symptoms yg dia berikan,,aku telah mendiagnose dia menghidapi food poisoning dan anapylactic reaction(cam allergies ar)


kesian dia...

aku sedih sangat mendengarkan akan hal ni...

nak2 pulak aku nak exam ni...

dahla, aku jauh,,,


dok seberang laut plak tu...


rasa nak berenang jer sampai ke malaysia nak tengok wani...

" dear my princess...i know u're in deep pain...i know it...i can feel it...i hope u are tough enough to endure the pain...and try to eat something dear...try something...i know it's hard...i wish i could be there to take care of u..."


...................
 bila mengalami kejadian food poisoning or in conjunction with food allergies ni...

badan kita akan sesak nafas, sakit perut, cirit-birit, muntah2, terasa seperti sakit jantung, susah nak tidur...dan yang paling siksa sekali ialah tidak boleh menerima sebarang makanan...

hal ini kerana, bila terjadinya kejadian sebegini kepada badan kita...

gastrointestinal tract kita termasuk perut, lidah dan mulut menghantar continuous signal to brain that they don't want any food to go into our mouth...

macam perut kita dah tak trust kat kita untuk menerima sebarang makanan lagi demi menyelamatkan nyawa kita...

so, masa tu kita akan terasa lemah sangat dan lapar sangat serta badan tidak bermaya kerna tiada tenaga...

kesian wani...

" Ya Allah,, kau permudahkanlah dan sembuhkanlah kesakitan yg dihadapi oleh putriku Siti Salwani binti Ali...Ya Allah...Amin2"





Chapter 29: Satu Ungkapan yang sangat2 menenangkan Hati..

Amal: I'm sorry I'm late submitting this workbook...I was at my friend house...we did a study group...bla..bla...bla...(aku nak kelentong staff kat situ)

Staff 1: Oh, nevermind..it's ok..Dr.Flanagan told me that it's ok if there are late submission as long as u handed in by today...

Amal: Oh, really(zhende ma? dalam chinese)...oh, it's grand!!..ok, thanx...so where do i need to sign my name?

Staff 1: U may sign here...


.........................

Tenang..lega...selega dan setenang hembusan bayu meniup sayu-sayu di tepian pantai irama bachok ketika cuaca redup2 di waktu petang...

begitulah rasa hatiku...

kerna walaupun aku terlambat submit 2 jam CAL Histology Workbook aku, tapi aku tidak dikenakan penalty...baiknya hati lecturer aku ni...tak sia2 aku tak pernah skip lecture dia(memang tiada kena mengena cos dia bukannya kenal aku pun)...

Aku harap2 aku dapat "A" lah dalam assignment ni cos dia beri 25% percentage tuk final exam...

Aku dah berusaha gila2 pengantin remaja dah tuk buat cantik2 and kemas2..harap2 aku jadi student contoh dan lukisan aku diambil menjadi SAMPLE A CLASS STUDENT ILLUSTRATION...

Amin2...

Chapter 30: Terserempak dengan Dr.S.Giles dalam perjalanan pulang keluar ke Health Science Building...

Aku menyusuri anak tangga Health Science second floor tuk ke bawah dan seterusnya keluar dari building tu...

Dalam perjalanan keluar tu aku terserempak dengan Lecturer Anatomy aku iaitu Dr.S.Giles yang sangat2 disayangi ramai...

dia melemparkan satu senyuman manis pada aku macam kitorang dah lama kenal(walaupun aku tak rasa yang dia cam aku ni student dia)..

memang takde apa2 sangat2 pun peristiwa ni...

tapi ianya mengingatkan aku tentang exam final anatomy yang sudah sangat2 hampir iaitu dalam 4-5 hari lagi...apa yang telah aku study pun aku tak tahu...

frankly, aku memang tak mula study lagi..aku just concentrate buat histo and sambil2 tu aku cuba hafal essay yang aku tulis tu...so macam aku dah study sket2 histo ar...tu jer...

maybe harini aku nak start study biochem....

Chapter 31: Aku lihat ramai orang pakai Baju Graduation Hari ni...



hari ni aku lihat ramai orang pakai baju Grad...

wah...sangat cantik la baju Grad UCD...

tapi aku tak tahu diorang ni dari faculty apa..

tapi, yg penting waktu tu aku sangat2 kagum dengan orang yg dah grad ni...

mengenangkan diri aku yg hanya akan Grad dalam 4 tahun setengah lagi...

waa...sangat2 lama lagi before aku bergelar doctor dan dapat pakai baju yg diorang pakai sekarang....

takpelah yg penting exam dulu...

oklah rakan2 doakan aku k?

doakan aku dapat jadi doctor..InsyaAllah...

sangat sayang pada kamu semua yg membaca blog ni dan memberikan support pada aku selama ni...salam....




..Akan datang kepada mu satu perkhabaran. ..pabila kamu bertanyakan kpd seseorang yg menghadirkn diri ke QC Mega 2 UCD di white oak malam tadi...Nescaya rijal itu akan tersenyum seraya berkata.."Apakah kamu mampu mencari kebaikan yg lebih gembira daripada SATU MALAM DI MANA KESEMUA AR-RIJAL UCD BERKUMPUL UNTUK MEMIKIRKAN TENTANG MASA DEPAN AGAMA MEREKA DAN MEREKA KEMUDIANNYA DIJAMU DENGAN KELAZATAN KAMBING PANGGANG KORBAN YANG MENGISI RUANG PERUT MEREKA SEHINGGA TIADA LAGI RUANG KOSONG DALAM PERUT MEREKA UNTUK DIISI DENGAN DAGING KAMBING PANGGANG ITU? DAN TIADA LAGI RUANG KOSONG DI HATI MEREKA AKAN KESEDARAN UTK BERSAMA MEMBANGUNKAN AGAMA MEREKA?...kemudian jika ditanya lagi, adakah kamu hadir ke sana semata-mata mahu menikmati juadah yang diberikan sahaja? nescaya mereka menjawab...TANGGUNG JAWAB UTK MEMBENTUK INDIVIDU MUSLIM GENERASI AL-QURAN ITU ADALAH LEBIH PENTING DARI SEGALANYA... insyaAllah. .


Chapter 25: Quranic Circle Gabungan(QCG) 2 UCD..

aku memang looking forward ke QCG ni cos seronok giler dapat berkumpul ramai2 and berfikir ttg agama Allah ni...

Aku tahu memang susah kalau kita nak berjuang sorang2 dalam menegakkan syiar islam dan menyebarkan kefahaman islam seperti mana yang disyorkan oleh pengasas QC iaitu Imam Hassan Al-Banna..


Tetapi jika kita buat sama2 and ramai2...segala perkara yang susah insyaAllah akan menjadi senang dan mudah...

frankly, aku memang sangat2 tertarik dengan QC ni pada awal2 lagi...nak2 pulak ketua QC aku iaitu saudara Irfan Ismail merupakan salah satu ketua QC yang terbaik dalam sejarah QC ni...

Memang setiap ajaran dan kefahaman Al-Quran yg diterangkan itu membuatkan hati aku benar2 terpaut pada setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulut ketua QC aku...

tapi kalaulah nak dibandingkan aku dengan ketua QC aku ni...memanglah aku ni sangat2 jauh lagi perbezaannya tapi InsyaAllah bila aku sudah sampai tahap tuk memegang QC ni..aku akan buat yang terbaik tuk teruskan kerja2 agama ni...InsyaAllah...

Malam tadi kitorang ada QC Gabungan yang terakhir...ia juga merupakan acara penutup tuk QC pada semester ni...maknanya lepas ni dah takde QC dah...(a bit sad)

Speaker malam tadi ialah Abg Haidir dari Cork...

Dia meneruskan kefahaman tentang tanggungjawab membentuk Individu muslim...aku boleh katakan yang aku beri dia 8/10 ar tuk overall slot dia...

Abg Haidir ni adalah among a few Rijal yg sangat2 hebat...kehebatan dia bolehlah diletakkan sebaris dengan Syeikh Ateeq...

......................

Lepas habis QC tu...kitorang dijamu dengan kelazatan daging kambing bakar korban...Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedapnya dan lazatnya juadah malam tadi...aku hampir2 menitiskan air mata kerna tak dapat nak digambarkan betapa seronoknya hati aku sepanjang aku berada di white oak semalam....

Ya Allah kau kukuhkanlah Ukhwah di antara Rijal2 yang hadir ke majlis mu semalam Ya ALLAH...

InsyaAllah...akan berjumpa lagi di Perhimpunan Musim Sejuk(PMS) nanti....


............................

Chapter 26: Final written Exam Chinese...

Exam Final kali ni bolehlah aku katakan sebagai kesusahan peringkat karma...

Hal ini kerana, aku yang sudah hampir habis study ni pun...masih banyak juga vocab yang aku tak tahu kerna banyak yg kluar semalam merupakan sesuatu yang aku tak pernah belajar dalam kelas...siyot betul ar...

nak dijadikan cerita...tahap kesukaran yang paling karma sekali ialah di bahagian akhir paper tersebut kami dikehendakai membuat surat rasmi kepada China Embassy di Ireland for Entrance Visa Application to China...

mak datok susah giler2...

memang aku tak pernah belajar..

malas ar aku nak cerita lagi...aku harap2 kalau abes gempak pun aku bleh dapat B cos midsem aku kira ok gak...

Hal ini juga membuatkan aku telah membatalkan niat aku tuk sambung ke stage 2 jadi aku tukar ke Japanese Stage 1...Alhamdulillah selamat masih ada lagi ruang kosong tuk aku mencelah ke japanese next sem...

................................

Chapter 27: Hellooow...winter sudah bermula beb....



Terkezutnya aku pabila aku mahu bergerak ke Blackrock for Chinese Exam...

aku nampak satu kabus yang begitu tebal sehinggakan pemandangan aku terbatas...

dan pabila aku melangkah saja keluar daripada House 17 Belgrove....kepul2 asap keluar dari mulut aku yg memberitahu aku bahawa keadaan sudah menajdi super duper sejuk...

aku tanya pada pali...pali jawab suhu dah sampai 2 degree celcius...

giler ar sejuk....

malam tu pabila aku ke QCG berbasikal dengan rakan2 yang lain...suhu sudah mencecah ke -2 degree celcius....

wah....giler2 sejuk...tuhan saja lah tahu...

bila sekali angin sejuk bertiup menggigit tubuh badanku...aku rasa cam nak nanges jer cos terlampau sejuk...

tapi QC punya pasal aku gagahkan jua....

Chapter 28: wani dan lain2 perkara...

Wani sudah bayar duit Wimax dia...

so, pasni...connection takde ler masalah sangat...

tapi masalahnya aku memang busy sejak 2-3 hari ni...

so tak dapat nak skype ngan dia lagi...harap2lah dapat skype ngan dia secepat mungkin...

lain2 hal..aku sudah siap lukis cal histo workbook..malam ni aku akan siapkan essay insyaAllah...

by esok aku akan mula study tuk final....doakan aku rakan2...salam sayang pada semua...

bye...