kita tahu hidup susah..

..Semalam aku baca buku tentang Nabi dan buah Limau..macam ni,Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.


Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan: "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."


Begitulah akhlak Rasulullah SAW.Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


p/s 1- tengok bagaimana nabi menjaga hati orang yang berniat jahat kepadanya,even dia bukan seorang muslim pun..

p/s 2- kita sendiri mampu ke menjaga hati sahabat kita dengan hanya memberikan yang terbaik kepada mereka?

...Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan...
.........................

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.






.......................
Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



p/s- kalau nak tahu asal-usul solat asar, maghrib, isyak tunggu post yang seterusnya..


.....Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"

Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"

Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..



p/s-Dan lihatlah Iblis sendiri walaupun dirinya dilaknat oleh Allah, dia masih akur menurut perintah Allah ketika disuruh berjumpa nabi..tapi bagaimana pula kita?? berapa banyak perintah Allah yang telah kita langgar?? Aiseyh, maluu ar kita dengan Iblis camni..




ini adalah result aku main laser gun a.k.a Qzar semalam..

Alhamdulillah, even first time main aku dapat jadi best player semalam dengan berstatus "Elite of the Elite"..

nampaknya penangan paintball aku masih berbisa..

.................


overall point aku ialah 46500

meninggalkan jauh second best shooter iaitu point dia 21300..

Point score aku No 1/11..Top player dalam game semalam..

tapi hit ratio(accuracy hit) aku adalah 3/11..


aku blue team, so opponent aku ialah red team..total shot aku pada red team ialah 276..

and yang selebihnya korang bleyh baca sendiri la..

so, aku rasa aku dah prepare tuk paintball game next week..

moga-moga aku masih tergolong sebagai top shooter..




masih segar di ingatan akan lawak bersahajamu dalam rancangan Ah-Ha, Spontan, Mandi, dan Wuhai beramboi..

tidak kurang juga filem-filem arahan Afdlin yang kau libatkan diri..ternyata nilai tambah lakonanmu terhadap filem itu sendiri memang tidak dapat dinafi..

Din Beramboi..dari kecil ku simpan hasrat tuk bersua denganmu dan dari dulu lagi aku ingin masuk PROGRAM DRAMA SEBABAK di radio era bersamamu..tapi apakan daya Din, Allah lebih menyayangimu..

...............................

Allah mampu menarik nyawa sesiapa sahaja tanpa memberikan sebarang tanda..

Oleh itu selalulah mengingati mati, agar kita lebih bersedia tuk bertemu dengan Ilahi..

p/s- sedih tak dapat ke Spring Camp..


aku baru lepas main bola ar..

memang ler, tak pakai baju cos nak mandi..(jangan pikir macam-macam..)

.............................

aku suka akan comment visitors pada previous post aku..alar, pasal cerita kawen2 tu..

sebenarnya, aku dah muak dengan penulisan blog yang berbentuk dakwah secara terang-terangan..orang bukan nak baca pun, kasi penat jer tulis..tapi tak capai matlamat pun..

so, aku tukar strategi sikit, kasi kontroversi sikit...and letak satu point jer kat bawah..and biar orang ramai2 comment tuk betulkan pandangan aku..secara tak langsung, orang yang terbaca blog aku akan baca jugak comment tu..and di situlah baru mereka sedar bahawasanya pendapat aku sama sekali tidak benar...........menarik bukan?? 

haha..klaka juga cara aku ni..tak pernah-pernah orang buat....

(iya, matlamat tak menghalalkan cara...tapi cara aku takdelah songsang sangat..ok kot..hihi)

..............

semalam, aku lepak dengan budak2 yang berpikiran jahiliyah....aku dapat rasa apa yang diorang rasa..and aku paham mengapa dakwah ni tak sampai pada mereka..so, aku dapat ilham nak buat camtu..sekurang-kurangnya ada jugak yang masuk dalam kepala mereka...

ok-lah malas nak cerita pasal semalam...

.................

hari ni aku nak cerita pasal harini..

ada apa dengan hari ni?? hari ni S E J U K G I L A........

Aku pergi ke class dengan pakai jacket nipis jer, ingatkan panas cos matahari nampak cam cerah..sekali kena tiup angin tak bergerak beskal aku..sejuk mengalahkan winter season..

hari ni class agak heavy..tapi aku bersyukur cos aku dah nak hampir siap kerja Population Health aku(wah, happyaku!!)..

malam ni, aku nak siapkan sikit jer lagi..and nak start study tuk final...

p/s- exam final lebih kurang sebulan..tadi exam renal dapat B-(dalam lingkungan 70 kot),gila sedih..ramai jugak yang dapat B aku tengok..aiseyh camnerlah pulak respiratory aku punyer nasib...


di kala diri sibuk nak buat kerja Population health, tiba2 diri ni rasa terpanggil lak nak bercerita tentang topik ni...

kalau bercakap dengan orang yang kuat agama sikit la kan..rata-ratanya menidakkan cinta sebelum khawin or bahasa pasarnya "COUPLE"...


kalau istilah Couple tu kita tafsirkan  dengan berkepit, berpegang tangan, serta merendek dekat taman berdua-duaan..jelaslah haram..

 tapi kalau istilah couple tu kita tafsirkan dengan berkenalan rapat di antara berlainan jantina, bertukar-tukar pendapat dan masalah serta kita sirami dengan baja ukhuwah, serta masing-masing cuba berusaha untuk menuju ke arah menghalalkan hubungan mereka(nikah)...erm..macam ok jer kot...takkan kita diharamkan mengenal muslimah pula kan?sekurang-kurangnya kita nak juga memperisterikan calon pilihan kita..takkan lah calon tu kita nak biar lepas jer..tanpa ada usaha nak beritahu niat kita...


tapi kat sini, aku rasa ramai ulamak yang mentafsirkan cinta sebelum khawen ni sebagai haram because ianya membawa lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan dek kerana ramai anak-anak muda islam sekarang yang kurang didikan agama..tapi, aku rasa benda ni depends jugak kepada individu tu sendiri..sejauh mane bentuk hubungan mereka itu sendiri..

bagi aku..aku rasa lah untuk diri aku Cinta sebelum khawin ni tak salah asalkan niat kita ikhlas nak ambil calon pilihan yang kita kenal tu sebagai isteri yang sah...bukan cinta monyet, diulang bukan cinta monyet ok?

1. CINTA SEBELUM KHAWIN MENGAJAR ERTI TANGGUNGJAWAB.
-apa kau ingat khawin tu macam makan chewing gum ker? habis manis dia, kau lekat kat bawah kerusi?..khawin itu bermakna telah bermula episod baru dalam hidup kau yg bergelar suami dan bakal bergelar ayah..so, kau ingat mudah2 ker kita nak belajar erti tanggungjawab dan menjaga hubungan dalam masa yang singkat..so, cinta sebelum khawin ni sedikit sebanyak mengajar kita erti bertanggungjawab dalam menjaga hubungan yang lebih serius,,,

2. CINTA SEBELUM KHAWIN MEMBOLEHKAN KITA MEMILIH KESERASIAN DAN MENCAPAI JALAN TENGAH UNTUK SEGALA PERBEZAAN.
-di sinilah kita belajar untuk mencari keserasian, bukan semua girl yang boleh masuk dengan tune kita..sekali dapat yang sosial abes, wah masak kita lepas khawin nanti..kalau dapat yang kuat agama kira ok gak..tapi nanti kita plak yang below standard..so, bila dah kenal2 and tahu hati budi masing-masing..tentulah mudah untuk hidup selepas khawin nanti..

3. CINTA SEBELUM KHAWIN BOLEH DIJADIKAN MOTIVASI UNTUK MAJU KE HADAPAN.
-boleh nak dikatakan ramai lelaki yang ambil positif tentang couple dan khawin mereka ada matlamat sikit jika nak dibanding dengan lelaki yang entah apa2(aku tak compare dengan orang yang dah ade matlamat ek?itu hal lain)..kita boleh nampak, dekat dalam lelaki yang ambil serious dalam relationship dia..dia ade matlamat hidup..contoh nak mendalami ilmu agama, nak belajar rajin2, dapat kerja yang best2, nak jadi lebih bertanggungjwab, taknak buang masa dan sebagainya..

dan banyak lagi la kalau aku nak list kat sini, malas tulis banyak2  korang bukan baca pun(chit poodah!)

....................

tapi selain tu banyak jugak argument orang kata, cinta sebelum khawin ni ibarat sudah tak sweet lagi cos semua benda kita dah tahu tentang pasangan kita..

erm, tentang perkara sweet tak sweet ni..aku rasa sudah menjadi lumrah manusia lah..bila dah kenal mula timbul rasa boring plak kan?

tapi benda ni, bukanlah satu argument yang kuat..sebagai contohnya, kalau kita bercinta lepas khawin pun, 5 tahun dah khawin nanti pun kita dah tahu semua benda tentang pasangan kita so, masalah yang sama juga akan timbul..and lepas tu nak buat apa bila dah bosan?? cerai?? haha, argument ni bagi aku agak kurang munasabah..

aku mengambil pendirian, cinta sebelum khawin ni ade banyak juga kebaikan pada diri aku..selagi aku rasa ianya sekadar berkawan rapat..tapi pada diri korang entahler..walaubagaimanapun, aku tak nafikan bukan senang untuk membentuk hubungan yang benar-benar bersih dari segala perkara yang lagha..




aku dah banyak dengar dan baca artikel, buku, and semua dalil tentang benda ni..tapi bagi aku, aku tetap dengan pendirian...haram or tidak cinta sebelum khawin ni terletak pada individu yang terlibat dengannya..kalau ber-couple ni, menjerumuskan kita membuat benda2 haram, maka jatuh haramlah ia..tapi selagi ianya dijaga dan disirami dengan baja ukhuwah dan taqwa, maka ianya terpulanglah pada individu tersebut(tidak semudah yang dikata)...

and, tolonglah..aku malas dengar cerita tentang orang yang berhujah tentang cinta sebelum khawin ni haram ke halal ke..naik muak aku...seriously, ramai jugak yang bercinta selepas khawin berakhir dengan penceraian..tak caye, bleyh tanya pakcik aku, dia jurunikah..banyak gak dia cerita tentang ni..

so, kalau nak tahu banyak tentang cinta ni..mintaklah doa banyak-banyak kepada PENCIPTA CINTA..WALLAHUALAM...

p/s- pendapat peribadi, tiada dalil AL-Quran, and tiada sumber rujukan yang sah..peace no war..tapi seingat aku Allah ada kata, " La taqribu zina"..yang bermaksud jangan hampiri zina..so, korang rasa kalau couple ni menghampiri zina..jangan pulak berani buat ek? Allah cakap jelas dalam Quran pasal benda ni..

p/s 2- STATUS HUBUNGAN AKU - aku dah bercincin tanda, family dah jumpa AND dah tetapkan tarikh..dalam islam aku sah bertunang...ITULAH ISTILAH COUPLE AKU, ISTILAH COUPLE KORANG, AKU TAK TAHU LER..

gambar khawen aku, jangan marah ek?hihi..

Sekarang subuh dah masuk bukan main awal kat Dublin, 4.24am

seperti biasa aku, bangun ambil air sembahyang meredah kesejukan pagi ke bilik air...

"blurrrrrrrr, gila sejuk pagi ni..apsal pulak? bukan ke winter dah abes?"

aku kemudian solat dan mula nak baca Quran..
 

..........

but then, disebabkan oleh kesejukan yang melampau sehinggakan mulut aku pun keluar asap dalam bilik sendiri, aku pun meninjau-ninjau di tingkap atas bilik aku untuk melihat apa yang ada di luar..

sekali aku tengok adakepulan habuk2 putih turun mencurah-curah dan menutupi sebahagian rumput di bumi Belgrove...

aku bertasbih panjang..."Subhanallah...............snow lagi rupanya, patutlah sejuk"..

.......................

memang aku tak suka sangat snow ni..

cukuplah 3 bulan berada dalam kesejukan snow kat dublin  ni...

baru jer nak rasa bahang matahari sikit di kala musim spring...

tapi Allah turunkan snow balik..mungkin Allah rasa yang kitorang tak layak lagi untuk menerima nikmat panas kot?

entahlah, God works in a mysterious way...but, we must do believe whatever God's decision is the best thing to happen to us..

..............

ok, banyak lagi kerja nak buat ni..salam..

jangan lupa solat kawan-kawan..



jika kita fikir-fikirkan balik...
aku mintak semua benda dengan Allah aku..
dan kau di rumah kau juga minta semua benda dengan Allah kau...
dan semua orang yang beragama islam di dublin ireland ini juga mintak semua benda dengan Allah mereka...
dan semua umat islam dalam populasi dunia ini juga mintak semua benda dengan Allah kita yang satu..

.........................

tapi, kau tak rasa pelik ker?
macamana aku dapat rasa yang Allah sentiasa tengok aku, mendengar rintihan aku dan memberi rezeki pada aku sorang jer...
dan orang lain juga rasa macam tu dengan Allah mereka...
macam Allah tu hanya untuk kita jer, dan bukan orang lain..
macam Allah tak tengok dan tak jaga makhluk lain jer..
macam Allah 24 jam hanya beri perhatian kepda kita sorang jer..
walhal hakikat yang sebenarnya dalam masa yang sama Allah beri perhatian pada kita, Allah juga buat perkara yang sama kepada semua makhluk ciptaan-Nya..


..................

Itulah yang dikatakan sifat Allah, Al-Hasib(Yang maha Mencukupi)
yang membuktikan bahawa Allah itu cukup untuk semua makhluk-NYA..
secara logik akalnya, memanglah Sifat itu sangatlah eksklusif untuk Allah sahaja...
kerna kita manusia tak mungkin mampu buat begitu..
nak bahagikan masa dengan aktiviti dakwah dan study pun dah mengeluh..
Jadi jelaslah,yang hanya Dia sahaja yang mampu membuatkan DiriNya cukup untuk semua makhlukNya..

...........................

p/s- kalau tak caye, cuba doa something sekarang..and aku pun Doa sama2..
ada tak kita rasa macam," Oh , takpe maybe Allah sibuk dengar doa orang lain kot?"
or kita rasa," Sesungguhnya Allah begitu dekat dengan diriku"..

.............................

Katakanlah, " CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, KEPADANYALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERSERAH DIRI"..(39:38)


TAMPARULI,,TEMPURA..TRAMPOLIN..
ah, kalakar rasanya..
apabila aku terdengar saja perkataan-perkataan ni..
otak aku akan seringkali mentafsir ianya sebagai satu objek yang sama...

even, seriously takde langsung persamaan mereka..

cuma jauh dari sudut hati aku..
perkataan-perkataan sebegini

membuatkan aku terbayang sebuah negara..
OH, PATUTLAH..AKU TERLAMPAU RINDU AKAN MALAYSIA..
(p/s-mak, jangan risau..amal masih orang melayu..amal tak bawa girlfren mat salleh nyer..)




no one can ever beat the hardworking. GENIUS..!!!

.....

dalam dunia ni. Allah jadikan dua golongan yang acapkali menempa nama dan kejayaan...

1. HARDWORKING

2. GENIUS

.......

dulu aku selalu menjadi bahan ketawa golongan kedua..

dan dengan itu aku nekad untuk membuktikan golongan yang pertama PASTI mengalahkan golongan yang kedua...
jadi aku keluarkan satu MANTERA..

" NO ONE CAN EVER BEAT THE HARDWORKING.."

sebagai senjata utama..

tuk buktikan pada dunia..
yang masih adanya ruang untuk golongan seperti kita..
.....................

tapi kini setelah 22 tahun aku hidup..aku akur dan percaya..

HAKIKAT YANG SEBENARNYA..

NO ONE CAN EVER BEAT THE GENIUS,rupanya..

.....................

jadi..

SELINCAH MANA PUN AKU BERSILAT

SETINGGI MANA PUN AKU MELOMPAT..

SEPETAH MANA PUN AKU BERDEBAT..

SEJAUH MANA PUN AKU MENDARAT...

SETEGUH MANA PUN AKU MENONGKAT...

SEBUAH IMPIAN DAN MATLAMAT..

UNTUK SAMA-SAMA MENCAPAI SATU PERINGKAT..

YANG MANA AKU DAN GENIUS BERADA SEDARJAT..

TAPI SELAMANYA MEREKA BERJAYA MEMBUATKANKU MENGERTI..

BAHAWA TARAF MEREKA AKAN SELAMANYA TINGGI..

DARIPADA USAHA KERAS INI..

................

ya, GENIUS..KAU DAN AKU TAK MUNGKIN AKAN SEKUFU..

dan aku amat berterima kasih padamu kerna memberikanku mesej itu..

aku kini sedar bahawa kerak itu milik aku...

dan hanya kaulah selayaknya memiliki cream itu...


dan kini aku tersenyum..bila mana aku mengerti hakikat kejadianku..

adalah tuk membiarkan kepala ini dipijak olehmu...

bagi memberikan laluan mudah untuk dirimu..

 berdiri gah dan membuktikan kekuasaanmu..

...................



"if you can't do something correctly..try to enjoy doing it poorly"

terima kasih sahabat...

















Demi jalan dakwah ini..aku korbankan segala kehendakku..

aku dahulukan segala tuntutan agamaMu..

Ketika seruan QC memanggil pengganti, aku bersedia menjulang panji...

Walau banyak yang perlu dibaiki, aku nekad untuk berbakti..

Kerna aku adalah milikMu Tuhan...Pergunakanlah diriku untuk agamaMu..

Kau muliakan diriku dengan agamaMu..

Kau julang martabatku dan ketemukanku dengan 'TUGAS SEBENARKU'

Dan akan ku pikul ia, dengan NYAWAku..

segala syukurku selamanya milikMu..