kita tahu hidup susah..


Dan apabila dipanggil nama bapak aku (Razali-san), oleh sensei japanese(guru bahasa jepun) aku..aku dah mula gelabah:

" Razali-san..konnichiwa..Please come inside"

Aku pun dengan muka 'gulp' yang tak dapat-dapat di-control lagi masuk la dalam bilik Oral Exam..
Aku nampak ade sorang lagi sensei, seorang wanita berumur, berwajah agak tenang seperti wajah novel Isteri hanaoka Seishu..."kalau dia pakai kimono,, masa exam ni..lagi gelabah aku dibuatnya...",getus hati kecil ku sendirian...

Part 1: Jiko-shookai(self introduction)..

Aku: Hajimemashite..(How do you do?)

Sensei berdua: Hajimemashite! (menjawab macam koir serentak..)


Aku memulakan bicara macho: Watashi wa Mohamado Amarudeen desu(Saya ialah Mohd Amaluddin)....mareeshia-jin desu(saya rakyat malaysia)....UCD no gakusee desu(saya pelajar UCD)...
Watashi no senmon wa igaku desu(saya pelajar jurusan perubatan)...Ichi-nensee desu(tahun pertama)...

tiba-tiba aku ter-pause sebentar sebab aku ter-blank seketika...err...err...watashi wa..watashi wa..err..

Muka sensei berdua macam orang dalam rancangan 'REGU' or 'JANGAN LUPA LIRIK'...muka diorang cam berharap giler agar aku sambung lagi self-introducion aku...pastu tiba-tiba idea datang balik...watashi no tanjoobi wa ni-gatsu yokka desu(birthday saya 4 februari)...ni juu ni-sai desu(saya berumur 22 tahun)...

Watashi no Daburin ni sundeimasu(saya tinggal di Dublin)...Watashi no kazoku wa roku-nin desu(ahli keluarga saya ada 6 orang)...chichi to haha to ane ga hitori to ani ga hitori to otooto ga hitori to watashi desu(ayah dan emak dan seorang kakak dan seorang abang dan seorang adik dan diri saya sendiri)...

Chichi wa kaishain desu(Ayah saya pekerja Office-aku bantai je pekerja office sebab nak senang hafal)Haha mo kaishain desu(mak saya pun kerja kat office)....ane wa ni ju nana-sai desu(kakak saya 27 tahun)...ani wa ni juu yon-sai desu(abang saya 24 tahun)...otooto wa juu roku-sai desu(adik saya 16 tahun)...

Watashi wa bareeboruu dai suki desu(saya sangat suke bermain volleyball)...sakka moo suki desu(dan bermain bola juga)....watashi wa Eego ga dekimasu(saya boleh bertutur dalam bahasa inggeris)...Nihon-go ga sukoshi dekimasu(dan saya juga boleh bertutur dalam bahasa jepun sikit-sikit)...Yoroshiku Onegai shimasu(Nice to meet you..)

.......................

Selesai sahaja part introduction, dia pula tanya tentang hobi mak, hobi ayah and macam-macam lagi ar..sampai ar part sensei wanita berumur yg mempunyai wajah seiras isteri hanaoka sishu tu pun bertanya: " otooto-san wa nan sai desu ka?(berapa umur adik kamu)"...

Aku plak blur2 waktu tu, aku just dengar 'Otosan' jer iaitu ayah...aku dengan confident interval nya pun jawab pantas tanpa bersegan-silu lagi...Go juu-sai desu!(50 tahun!)...

Sensei berdua tu pun tiba2 terperanjat beruk: Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! So desu ka?(Owh,really?)


Aku jawab: Hait!! (Benar!!)

Sensei wanita berumur tu pun dengan spontan nya mulalah bercakap bertaburan dan berhabukan dalam bahasa japanese menerangkan kepelikan bagaimana boleh terjadi abang and kakak aku 20 lebih..and adik aku plak boleh berumur 50 tahun!!!..dia siap buat tangan-tangan lagi,tunjuk kecik and besar(part tangan dia tu aku memang tak bleyh blah)..and then, dia sambung explain cakap bahasa japanese pasal tua and muda..adik and ayah...Tiba-tiba,Ha !!!bila dia mention adik dan ayah tu baru aku paham kenapa dia buat muka Ripley's Believe It or Not sebentar tadi..

Aku: Sumimasen(Owh, maafkan saya)...Otooto-san wa juu roku-sai desu(Adik saya berumur 16 tahun)...(bukan ker aku dah cakap masa awal-awal tadi? gi tanya semula kenapa?"chitt punya Isteri hanaoka Sishu", bisik hati kecil ku)

Part 2:

Aku nak beritahu kepada semua budak yang tak ambil Exam oral japanese lagi..format part 2 ni..Korang akan diminta pilih beberapa card, then korang kena cerita apa yang ada dalam card tu..ala, semua yang kita belajar pasal preposition tu..atas,bawah,depan, belakang semua...take note: kalau object tu ade colour, sebut sekali colour dia..nanti dapat markah lebih...


Part 3:

Korang akan diminta pilih beberapa card lagi, and berdasarkan kaji selidik yang aku jalankan..ini dia punya format:

Card pertama: Korang kena bersembang dengan sensei pasal keluarga(kazoku)...soalan-soalan seperti ni sai(berapa umur)...go-kyoodai wa nan nin desu ka?(berapa orang adik-beradik)...shumi(hobi)...shusshin(tempat tinggal)...shigoto(pekerjaan)...dan lain-lain lagi yang berkaitan jangan ditingglkan...

Card kedua: Kitorang melabel card ni sebagai 'Card Kohii to aisukuriimu' cos Card ni kalau dapat memang paling senang la..kau sebagai buyer kena hafal 2 lines conversation jer dalam Part Conversation di Cafe pada buku Japanese and Culture tu...

Card ketiga: Agak mencabar..korang kena menjadi buyer kepada kamera(camera)...semua line as buyer tu korang kena hafal ok?...line yang paling best skali dalam Card Kamera ni ialah...takai desu ne(mahal nyer camera ni)...motto yasui no wa arimasu ka?(takde yang lagi murah ker?)...aku dapat part ni..and nak tahu tak Sensei isteri hanaoka sishu ni jawab ape?..aku tak tahu nak tulis dalam bahasa jepun dia..tapi setakat yang aku paham ialah"eh, memang lah mahal..dah nak beli kamera,takkan harga dia sama macam kohii(coffee) kot?" 
 hahaha...aku nak tergelak bila dia jawab camtu..sumpah line macam tu takde dalam buku..lepas dia pusing2 cakap pasal kamera pastu aku cut terus cakap..sore no o kudasai(saya nak yang itu)...dia tanya,Nani-iro ni shimasu ka?(kamu nak colour yang mana satu?)...kalau ikut jawapan buku sepatutnya, kiroi no o kudasai(yang warna hitam tu)..tapi aku jawab 'up' sket..akai no o kudasai(yang warna merah tu)...selepas tu aku tutup conversation dengan Arigatoo gozaimasu(terima kasih)..

Aku pulang dengan hati yang lega..syukur..walaupun tak se-smooth yang aku jangkakan tapi aku berjaya jawab semua soalan...Alhamdulillah...kepada budak-budak nakal yang tak ambil oral lagi...minasan wa ganbatee kudasai desu(all the best korang semua)...salam...



...Sebenarnya sejak dua tiga minggu ni,aku didatangi makhluk lain..dia dah tak tindih dah..tapi dia suka tarik tangan aku..sebenarnya bukan tarik..dia sentap tangan aku sampai aku terjaga...

Mula-mula tu aku ingat kan Ibrahim Khalilullah;  jin pendamping adik aku...tapi bila lepas 2-3 kali dia buat camtu, aku dapat rasakan yang benda ni bukan Ibrahim...cara dia kasar..dan setahu aku, Ibrahim tidak pernah menyentuh aku pun..paling kasar pun dia main sorok-sorok barang-barang aku or campak-campak barang..paling horror pun dia tulis tulisan cina dekat cermin bilik air aku and dia buat muka macam opera cina masa aku tengah solat..tu jer..tapi benda ni lain...aura yang aku rasa pabila dia  berada di sekeliling aku tidak seperti aura si ibrahim...

Bercakap tentang aura..sebenarnya, kita semua mesti tertanya-tanya mengapa kalau kita jumpa makhluk halus jer kita rase bulu roma kita meremang or menegak...sebenarnya itu adalah tindak balas tenaga yang dipunyai oleh Jin or makhluk halus yang berada di sekeliling kita tu...Hal ini kerana, Jin diciptakan oleh Allah daripada Api...:

“Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (QS Al-Hijr 15:27).
...Oleh kerana Api atau haba adalah salah satu bentuk tenaga..jadi apabila dia bertemu dengan manusia yang jelas zatnya dari tanah..kita akan merasa tenaga itu...dan sebab itulah bulu roma kita meremang apabila dikenalpasti adanya makhluk jin di sekitar kita...tapi kita perlu tahu bezakan meremang yang macam mana...bukannya meremang kejap-kejap macam korang rasa sekarang apabila membaca tentang jin ni..tapi meremang yang lama...dan disusuli satu perasaan yang sangat-sangat tak sedap hati...selalunya nafas kita akan menjadi sedikit sesak, macam orang tua-tua kata, rasa macam ketat dada..ha, kalau macam tu, barulah petanda yang jelas bahawa makhluk Jin ni berada sekurang-kurangnya beberapa jengkal jer mengadap korang!!!



Sebelum tu, aku nak cerita sikit tentang Jin yang bernama Ibrahim khalilullah ni...takut korang kata syirik ke ape ker...camni, beberapa tahun lepas..adik aku terkena sihir dan santau orang..so, dia sakit teruk...sampai bertahun-tahun berubat..Allah turunkan bantuan seorang jin islam yang datang tolong mengubat adik aku dengan izin Allah..nama dia Ibrahim Khalilullah...dia ni kelakar, kebudak-budakan, suka makan kfc dan suka menyakat kucing hitam....dia berikan adik aku nampak alam makhluk halus dengan izin Allah katanya, supaya mudah adik aku mengelak santau yang dihantar kepadanya...secara tempiasnya aku terkena juga sikit-sikit ilmu adik...Ibrahim pernah tanya aku, aku nak lihat ke alam jin..aku pernah tanya adik aku best ker dapat tengok benda-benda ni..adik aku cakap kalau aku berani membuka mata dan terjaga dari tidur serta tiba-tiba melihat ada lembaga mata merah atas almari, ada perempuan berambut panjang berwajah lebih hodoh daripada cerita seram di tv bertenggek sisi katil dan ada toyol botak berbadan hijau bertaring tajam semua merenung tepat ke arah kau pada tengah-tengah malam buta tu dengan wajah yang bengis,,ambil ar ilmu tu...so, aku terus ter'gulp' sebentar dan tobat aku cakap aku taknak nampak..cukuplah adik aku sorang..

So, Ibrahim ni dia selalu lah datang tolong adik aku masa kitorang tengah susah lawan santau ni dulu...and macam mana aku berinteraksi dengan ibrahim? aku pun tak tahu macam mana aku nak jelaskan..tapi aku just faham apa yang dia cakap and dia paham apa yang aku cakap..kitorang bersembang dalam hati dalam kepala..orang tak dengar...hanya aku dan ibrahim jer dengar...macam ala-ala telepati ar...cuma aku belum boleh move object dengan mata jer..haha..so camtu ar kitorang berinteraksi...Ibrahim ni kelibat dia tinggi...kalau dia berdiri di rumah aku, dia kena tunduk even kepala dia dah cecah syiling pun...dia berbangsa cina dari Guangzhou...bermuka berseri bercahaya berkat amalan dia..berjanggut putih lebat dan berjubah putih..muka dia macam manusia tapi agak lonjong sedikit dagu dia macam ala-ala muka hantu scary movie 1...tapi takde la sebijik camtu..sebab dia jin islam..muka dia bersih dan agak hensem juga seperti pelakon hong kong..cuma muka dia putih pucat macam pelakon opera...lebih kurang macam inilah..tapi tinggi lagi..


...Tapi sekarang, bila adik aku dah nak makin sembuh...Ibrahim dah tak datang menjenguk sangat dah..bila ditanya mengapa..dia menjawab ringkas,tugas dia sudah selesai dan Allah tak izin kita bersama(boleh rujuk surah jin kenapa)...dia kata lagi,manusia itu diutuskan sebagai khalifah dan tugasnya besar...manusia tidak boleh minta bantuan pada Jin tanpa izin Allah,takut mendatangkan SYILIK (syirik sebenarnya,tapi sebab dia bangsa cina dia sebut syilik).....bila ditanya Ibrahim, apa yang dia nak buat selepas ni..Ibrahim kata, dia nak merantau ke seluruh dunia dan hendak menjadi seorang pendakwah tuk menyebarkan agama Allah..and kalau kitorang nak panggil ibrahim tuk tanya something tentang benda-benda ghaib ni, kitorang akan baca surah waqiah dan niatkan tuk sampai di telinga ibrahim...nescaya dengan Izin Allah, dekat mana pun kita berada atas dunia ni, dia boleh sampai dekat kitorang..kerna Jin boleh bergerak selaju bunyi...dia bergerak tersangat pantas...tapi tak boleh kalah pergerakan malaikat..malaikat boleh bergerak selaju cahaya..lagi laju...pasal surah waqiah tu, itulah surah yang mula-mula menggetarkan hati Ibrahim tuk peluk islam...just tuk makluman, Ibrahim peluk islam melalui keluarga aku dalam badan adik aku to be specific..masa mula-mula dia datang dekat kitorang dia belum islam lagi...dia kata dia 'free thinker'..korang nak percaya ke tidak lantak ar...tapi lama-lama, dia terbuka tuk peluk islam setelah abang aku selesai membacakan surah waqiah padanya...pada waktu tu dia menangis dengan begitu kuat seperti tangisan seorang bayi..dan bergegar rumah aku dengan suara tangisan dia..dan pada itu rahmat Allah sampai padanya dan dengan lafaz bismilah dia mengucapkan Pengakuan saksi dua kalimah syahadah di hadapan kami...to be continued..aku ade kerja sket..esok-esok la aku update lagi...



..Dan Selepas lampu bilik ditutupkan,aku bingkas merangkak masuk ke dalam duvet tuk tidur..aku dapat menangkap satu perasaan lain macam malam ni..tiba-tiba hati rasa tak sedap...aku rasa macam serba tak kena...

Aku guling-guling kiri dan kanan..mencari posisi yang selesa tuk tidur...aku cuba lelapkan mata...sekali-sekala buat-buat paksa pejam mata..tuk tidur tapi susah benar nak lelap...

Aku pandang ke tingkap atas bilik aku...sesekala limpahan suram-suram pantulan lilin sang rembulan masuk ke dalam bilik aku menerangi satu pertiga bilik...sedang-sedang aku mengelamun kesorangan,aku rasa satu perasaan mengantuk yang amat sangat menangkap terus kelopak mataku...hati mula rasa tak sedap balik..tapi aku biarkan sahaja mainan perasaanku berlalu dan mengikut belaian mata yang kian berat dan akhirnya terlelap...

selang beberapa minit, selepas terlelap..tiba-tiba badanku terasa seram sejuk...dan diikuti dengan satu macam hembusan haba yang naik dari kaki ke kepala dan turun naik semula berulang-ulang...nafasku tersekat-sekat dan tubuhku kaku seperti mayat...tatkala itu mindaku bingkas memberitahuku bahwa 'DIA dah DATANG'...

mulutku terkumat-kamit membaca hafalan ayat kursiy dan satu potongan ayat penghalau jin...kerna sudah bertahun menghadapi kejadian ini...pembacaanku ketika ditindih memang berlaku secara spontan dan fasih...selepas habis dibaca kesemuanya,aku kumpulkan tenaga menghembus ke hadapan mukaku..kerna kebiasaannya menurut kata arwah atukku, jin yang menindih kita memang mukanya betul-betul menghadap si mangsa tindih..sebaik sahaja,aku hembus dengan saki baki tenaga yang tinggal...tatkala itu juga aku 'dilepaskan' dari beban tindihan...
 
Aku terus membuka mata,, dan melompat bangkit dari tempat tidurku...sambil tangan meraba-raba mencapai suis utama bilikku di Rumah 17-6-1 Belgrove...sejurus selepas lampu neon yang tergantung di tengah bilik menerangi kegelapan malam di bilikku..aku nampak sisa-sisa kepulan-kepulan asap betul-betul atas penjuru kepala katilku...Buluku meremang-seremang remangnya sambil aku terjelepuk duduk dan mengucap panjang....Lailahailallah,Muhammadarrasulullah..

Malam itu aku takut nak tidur semula...aku ambil air sembahyang dan solat sunat 2 rakaat...ayat-ayat hafalan pendinding diri amalan nabi dan surah-surah pembakar jin pemberian Ibrahim Khalilullah aku baca ulang-ulang sampai aku mengantuk sendiri dan tertidur di tikar sejadah sampai pagi keesokan harinya...

.............................

Pagi tu aku mengntuk gila ke kelas..aku bank holiday kan jer hari tu sebab aku memang benar-benar mengantuk...tambah pula sakit-sakit badan sebab tidur dekat lantai semalam...

"Amal, kalau amal tidur malam jangan tutup lampu,,benda tu suka datang kat amal dalam gelap"..terngiang-ngiang amanat arwah atukku 10 tahun dulu ketika aku mula-mula berubat di kampung atas sebab ditindih ni...tahun demi tahun...ke mana sahaja aku pergi, akan ada satu dua kali kejadian ini berlaku dekat diriku...paling kerap sekali ianya berlaku di rumah aku sendiri ketika aku tidur sendirian...sampai kadang-kadang tu, benda ni dah menjadi kebiasaan dalam hidup aku...perasaan takut setiap kali ditindih mestilah ada...tapi semakin lama ianya semakin berkurangan...dan akhirnya aku dah mula menerima kehadiran benda tu dalam episod kehidupan seharian aku...

Tapi, yang aku tak puas hati benda ni datang jugak ke ireland..jauh kot...kalau setakat kat malaysia, aku admit lah cam dekat jer...kalau naik bas transnasional pun sampai juge...tapi ni,Dublin Ireland..jauh giler...17jam naik flight...tak ker tersesat kat india ker german ker masa on the way nak sampai Dublin ni...tapi aku rasa agak logik juga dia sesat..sebab first sekali aku ditindih di Dublin ni,adalah selepas 3 bulan aku sampai ke sini...lame jugak benda ni sesat,bisik hati aku..haha..

Well, bercerita sikit tentang benda ni...aku tak tahu sangat...benda ni apa..tapi sebagai muslim, aku percaya dia adalah dari bangsa jin...nak kata dia baik ke jahat wallahualam...tapi menurut pembacaan aku jin islam tak tindih orang..so, aku rasa dia jin kafir....kenapa dia suka tindih aku..ha, tu yang aku tak tahu...aku bukannya sedap sangat tuk ditindih..kadang-kadang tu masa zaman-zaman sekolah dulu, aku suka juga bergiat aktif dalam sukan tindih menindih kat asrama dulu...iaitu di mana akan ada sorang mangsa yang akan dipilih secara random selection tuk ditindih atau di-burgerkan secara berjemaah oleh ahli-ahli dorm yang lain......jadi, berbalik kepada isu best sangat ker tindih-menindih ni..aku dapat rumuskan ianya adalah satu perkara yang tak best...lebih memburukkan lagi apabila menyedari hakikat berdasarkan ilmu medic aku bahawasanya aktiviti yang tidak sihat sebegini mampu merosakkan buah pinggang jika dilakukan tanpa kawalan pihak berkuasa tempatan...

Jadi kenapa benda tu selalu sangat tindih aku pun aku tak tahu...aku tak pernah berpeluang berjumpa dengannya untuk meng-interview makhluk tu secara berdepan bagi bertanyakan asbab yang jelas dia menindih aku bertahun-tahun...Apa yang aku tahu tentang benda ni..dia tak boleh berdiri tegak...dia selalu merangkak dan dia mempunyai tapak kaki dan tangan yang mempunyai tiga jari...sebab tu aku selalu menyakat adik aku dengan perkataan 3 jari..sebab dia pun kadang-kadang kena tindih juga...macam mana aku tahu... 

sebab ada satu masa tu, masa aku kecik-kecik...aku nampak ada kelibat orang merangkak laju masuk ke dalam bilik aku...aku ingat abang aku, so aku slumber berger nya pun pergi kejarlah...tapi bila sampai masuk bilik aku..aku baru perasan takde seorang manusia yang bernama abang pun dekat dalam bilik tu..barulah aku tahu benda yang aku kejar tadi bukanlah abang aku...and berbalik dengan cerita tiga jari ni..aku tahu dia ada 3 jari sebab dia akan tinggalkan tanda bekas tapak kaki dan tangan dia di dinding dan tingkap bilik aku..so, setelah di amati dia memang ade 3 jari jer so aku merumuskan tuk memanggil dia " Si 3 Jari"...

kalau korang rasa cerita aku ni menipu..lantak korang lah..aku bukan tulis tuk buatkan korang percaya...sebab takde gunenya aku menipu di blog dan diari peribadi aku sendiri..sebenarnya ada satu lagi cerita seram berkenaan 3 jari ni..tapi aku tak sempat nak cerita sekarang..kalau korang nak tahu boleh request kat comment...kalau takde request aku malas nak cerita...benda ni aku alami semalam..and aku ade bukti yang aku tangkap semalam pasal kewujudan entiti yang bernama 3 jari ni..ok lah to be continued...


ni sekadar gambar hiasan..tapi asap tu memang macam ni lah lebih kurang...

“Untuk Kami beri cubaan kepada mereka padanya. Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, niscaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.”

Al jin-Ayat 17 


Anda waras Jika:

Anda hanya menonton TV1,TV2,TV3 dan membaca surat khabar Berita harian sahaja kemudian anda memangkah untuk BN

Anda masih lagi waras Jika:

Anda hanya menonton malaysianews, malaysiakini di utube dan membaca sinar harian, suara keadilan dan harakah sahaja kemudian anda memangkah untuk Pakatan Rakyat

Anda ternyata bijak dan reformis jika:

Anda menonton TV1,TV2,TV3 di kaca televisyen serta anda menonton juga malaysianews, malaysiakini di utube kemudian membaca pula surat khabar Berita harian, sinar harian, suara keadilan dan harakah  kemudian anda memilih untuk memangkah sama ada BN atau pun Pakatan Rakyat

tapi ternyata kurang waras jikalau:

Anda hanya menonton TV1,TV2,TV3 dan hanya membaca surat khabar Berita harian sahaja kemudian anda memangkah untuk Pakatan Rakyat.

lebih kronik ketidak warasan anda jikalau:

Anda hanya menonton malaysianews, malaysiakini di utube dan membaca sinar harian, suara keadilan dan harakah sahaja kemudian anda memangkah untuk BN

walaubagaimanapun ANDA JELAS SEORANG HANTU JIKA:

Anda tidak tahu menahu apa itu BN,apa itu Pakatan Rakyat..anda tidak pandai membaca mana-mana akhbar apatah lagi mengetahui kewujudan U-tube, serta anda tidak tahu apakah itu pilihan raya and even anda tidak pun mempunyai kad pengenalan yang sah..tetapi anda diberi RM500 supaya mengundi untuk salah satu parti di Prk Hulu Selangor...

MALANG SUNGGUH JIKALAU ANDA pula DIJADIKAN SEBAGAI HANTU walaupun:

Anda mempunyai kad pengenalan yang sah, anda layak untuk mengundi, anda sudah membuat keputusan, tetapi bila tiba hari mengundi..anda di sahkan sudah meninggal dunia..atau ada orang lain yang sudah membuang undi untuk anda..

...................

sedikit desas-desus...walaupun hakikatnya,BN memang satu parti yang kuat...tetapi kelihatan kini Pakatan Rakyat pula makin bertakhta di hati rakyat...semua sedia maklum,BN adalah parti gergasi tuk disentuh akan tetapi Calon Pakatan rakyat, Dato' Zaid Ibrahim juga bolehlah didbaratkan gergasi yang cukup besar dan gah sebagai seorang calon...

Hakikatnya kalau nak jatuhkan seorang personality yang strong and clean seperti Zaid Ibrahim,BN sekurang-kurangnya perlu meletakkan seorang yang begitu clean dan strong juga seperti Shafie Afdal, Abdul Ghapur dan yang lain-lain yang sekufu dengan personality Zaid Ibrahim...Kali ini, BN menempuh jalan sukar lagi..

sebab semua rakyat tahu trio Ibrahims(Khalid,Anwar,Zaid) dalam PKR bukan calang-calang pemimpin Rakyat...

p/s- pandangan neutral dari hati seorang rakyat..tidak terikat oleh mana-mana parti..SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT...undilah dengan bijaksana..

Kalau memilih tempat mandi,
Yang Pertama teluk,Yang kedua Pantai,
Kalau memilih pemimpin negeri,
Yang pertama Elok, yang kedua Pandai..






Setelah dililit white stripes pada lengan aku, semangat aku terus down..aku nak team kuning, kawan2 aku semua team kuning..aku serious terus takde mood nak main..aku dok tercanguk di tepian bag tanda protes..Masa time briefing tu, otak aku ligat berfikir, cara nak kalahkan team Kuning yang diketuai oleh Saudara hariz on their Top(dahla regular customer Topman pastu jadi orang top plak team dia, alahai abes la aku..)


Aku serious dah hilang semangat tuk bermain dalam team putih...dah la team aku ade ramai muslimah...yang muslimin pulak bukannya member rapat sangat..aiseyh, Aku doa dan doa mintak Allah beri ilham tuk menang...


dan tatkala itu juga kedengaran laungan daripada ahli-ahli team putih..."wey, siapa nak jadi leader".."siapa yang boleh menjadi leader"...masing-masing memandang satu sama lain..tiada siapa yang berani menggalas tugas yang berat itu tuk melawan team hariz..aku pandang muka kawan-kawan dalam team tu, ade yang aku dah pernah kenal, ade yang aku baru kenal, ade yang aku tak pernah-pernah kenal langsung...

Aku pandang mata mereka, dan aku jumpa sesuatu yang tiada pada team sebelah sana(sebab team yellow dah memang power harap maklum)...Aku nampak mata mereka memendam satu harapan...HARAPAN UNTUK MENANG..dan mereka perlukan seorang ketua...AKU BINGKAS BANGUN...perkenalkan diri dengan muka tak malu...menyahut cabaran untuk menjadi Team Leader tuk 'Si Belang Putih'...



1. First Match
Type: team elemination
Area of play: limited in small spaces..
Strategy: None(tak sempat briefing)

-aku mintak dengan marshall tuk discuss strategy barang seminit dua..tapi tiba2 dia emo plak..dia cakap,"Sorry we don't have time for that"..."alah, emo plak pakcik ni, aku karate rusuk kiri dia kang?baru tau"..aku dah mula gentar dengan team lawan ni,ai maklum la...paintball ni strategy game..if U fail to plan ,U plan to fail..aiseyh,camner nak buat ni?...aku tak buang mase..aku gather 5 orang players aku tuk buat taktik biase aku - CONQUER THE FLANK...

-btw, aku just nak inform, main tempat kecik ni memang favourite aku cos aku memang selalu bermain tuk speedball(tempat kecik and peluru laju) masa aku main kat kmb dulu..so, within few seconds aku dah dapat conquer right bunker half mid line of the field...dengan bantuan yahya al bebiri,pali no.10,ee al presidency dan adib kaki letop..aku berjaya ke bunker yang terakhir...seingat aku masa first half aku berjaya eleminate around 5-6 players..sampai bunker last, aku dah abes peluru...alamak, aku mintak dengan sape ntah, dia bagi aku 5 peluru and aku eleminate the last 2 people yang berada di bunker terakhir tuk menjamin kemenangan team putih...

-SECOND HALF-lain pula ceritanya, aku masuk lewat cos aku beli peluru dekat luar..masuk2 jer, dah heavy fire..aku tengok ramai budak2 team aku merangkak dekat right bunker tak dapat target tuk tembak..aku nampak target punya banyak..first aku masuk, aku clear kan 5 players opponent...then, aku clearkan semua opponent player yang berada di bahagian right flank tuk memastikan tiada resistance dari kanan aku..aku tanya muaz, ade peluru lebeyh tak? dia kata, "da abes"..ade sorang girl belakang aku, aku mintak peluru dekat dia, pastu dia terus bagi semua peluru dekat aku...so, aku apa lagi, mula mengatur langkah kemas, menyerang dari belakang starting point team opponent dan satu persatu opponent player gugur di medan team elemination...team aku berjaya menang both set tuk first match...puassssss...



2. Second Match
Match Type: Hut Conqueror
Strategy: Devide team to 4 sub teams, appoint separate leader for each sub team, one sniper team, one centre bunker team, 2 teams run diretly to the huts...

First Half- kali ni strategy mantap...kitorang dapat conquer 3/4 huts pada awal game sampai akhir game...aku control centre bunker team... aku bersama kawan-kawan dalam centre bunker team berjaya prevent opponent team tuk mara ke hadapan...last skali, aku betul2 determine nak dapatkan bunker yang last...opponent asyik keluar muncung barrel jer...aku tak dapat clear target...mask dah mula fogging...marshall jerit..2 minutes left...aku nekad kamikaze...aku berlari terus masuk bunker yang terakhir and aku tembak semua orang yang berada dekat dalam sana....aku tembak semua mati...tapi aku pun mati..bukan saja mati..tapi sakit ya amat..diaorang balas fire dalam jarak less than 1 meter...and lagi meburukkan,team mates aku dari hut yang lain ingatkan aku opponent...so diorang heavy fire kat aku gak...kali ni, aku injured teruk...belakang, tangan, peha aku dah mula lebam2 dan darah...alamak, sakit ler pulak...aku rasa cam nak nanges jer lepas abes game...selamat ade cik murni norina al ipohi dekat base sana..aku tak jadi nanges...muka control macho even sakit dah tak terkata..aku buat2 pinjam dia punya mafla, nak lap mask kata aku..padahal nak lap air mata..haha

Second half- punya strategy lebih kurang sama...cuma kali ni kitorang berada pada terrain disadvantage...meaning that, dari segi bentuk muka buminya kitorang di losing end la...aku masih control bunker tengah...kali ni dengan lebih ramai players tapi tak dapat nak ambil hut yang kedua cos diorang dari awal lagi dah dapat 3/4 hut yang ade...abes game...keputusan draw...tapi kitorang dapat bonus point cos buat takbir pada awal game...mat salleh tak paham takbir ni..diorang ingat kitorang buat war-cry..haha, begitu kuat penangan takbir bila dilaungkan dengan penuh semangat..dapat bonus point free2 jer..



3. Third match
-Match type: Defensing the Hut
-Strategy for Defensing: Aku suruh semua berkawal dalam Hut...sambil aku buat team kecil tuk berkawal di luar..cos, aku tahu diorang akan concentrate pada central hut jer...mula2 aku ajak adib kaki letop tuk menjayakan plan aku...and akhirnya memang kitorang berjaya...tak ramai opponent team players yang berjaya approach hut kitorang...tahniah adib kaki letop..kita memang letop ar!!

-Strategy for Attacking: aku tak nampak sangat camner kitorang bleyh menang untuk attack kali ni...tapi apa yang aku tahu..diorang akan sentiasa berkawal dekat dalam Hut...so, diorang ade limitation in the range of shooting...aku divide group kepada dua...semuanya berada di sekeliling perimeter agar shooting distance tak sampai pada mereka...niat nak abeskan pallet diorang pun ader...aku serang dari left whereas most muslimah serang dari right yang diketuai oleh muaz(aku tak tahu dia 'al' ape?)...pali no.10 diberi amanah membawa bom...kitorang menyusup baik punya sampailah kitorang dah berjaya kepung hut diorang...serangan demi serangan mengena tepat pada diorang....tapi entah diorang taknak mengaku, maybe diorang takut nak keluar kot cos kitorang agak heavy fire waktu tu...dalam kekalutan yang timbul aku berjaya sampai pada bunker yang paling dekat dengan hut bersama khalil al hafiz(nama dia memang ade al-hafiz ek kali ni aku tak main letak jer, harap maklum..)...untuk membuat supporting fire bagi membenarkan Encik pali no.10 meletakkan bom..akhirnya, encik pali no.10 berjaya menyelesaikan tugas sebelum syahid di pintu lawan..kitorang menang both set..syukur...

........................

masa diberikan agak lama tuk rehat, solat dan makan...badan aku dah exhausted giler cos penat menjerit, menembak, mengawal pergerakan team...aku capai sekotak jus epal dalam beg tuk stabilize kan blood-glucose level aku...duit dah abes banyak beli paintball pallets..malas dah nak kluar duit lagi..tapi aku beli gak dalam 200 pallets tuk puaskan hati main game last...

................

4. Final game
match type: King of the hut
Strategy: sama macam previously game king of the hut..

aku malas nak cerita banyak bahagian ni...cuma yang second half masa kitorang attacking tu, aku buat strategy kita gempur dan mara...cos diorang pun dah abes banyak pallets sebenarnya..bom bertukar tangan daripada akmal calculus - pali no.10 - calculus balik and last sekali...ha, ni yang best aku nak cerita...ketika aku cube mara tuk hampir kepada bom setelah encik calculus syahid di pintu hut team opponent..aku ditembak 2 das tepat di bahagian dada(sakit sampai sekarang lagi...)..aku dipaksa pulang ke base sebelum  dibolehkan bermain semula...aku nampak ramai lagi yang dok dekat belakang bunker tuk defense...so, aku jerit 3 kali " SERANG,SERANG,SERANG..DIORANG DAH ABES PELURU"...ramai-ramai pakat bangun and mara ke depan...team opponent tak dapat menghalang kemaraan team kami yang ramai..dan akhirnya, seorang muslimah yang bernama Nur AMALina Osman(sajer highlight part nama dia yang ade iras dengan nama aku..haha)..berjaya meletakkan bom ke dalam hut opponent tuk menjamin kemenangan team kitorang....GAME OVER, jerit marshall yang emo itu...SATU PERASAAN PUAS JELAS TERGAMBAR PADA MUKA WHITE TEAM...kami menang lagi..dan kali ini, kemanisannya jelas terasa...jelas terpancar pada riak muka wajah kami...segala sakit ditembak, busuk lumpur, darah dan bengkak hilang serta-merta...perasaan yang ada hanya satu...iaitu PUAS DAN SYUKUR YANG TAK TERHINGGA..syukur..syukur...syukur...


...................

selepas tamat sesi bergambar dan penyampaian hadiah and tak lupa juga setelah menyanyikan lagu happy birthday pada Saudari Siti khadijah..kami berangkat pulang...ternyata, ukhuwah itu sungguh manis...



hari ini aku kenal ramai kawan yang aku tak pernah kenal...and aku jumpa dengan muka-muka yang aku tak pernah sedar kewujudannya sebelum ini..hari ini aku tersenyum gembira bukan kerana menang..tapi kerana pengalaman dan peluang untuk berjumpa kenalan baru di bumi dublin begitu 'PRICELESS' sekali bagi diri aku...
sekian sahaja kali ini..aku ade banyak lagi tanggungjawab as khalifah AND student yang perlu ditempuh untuk minggu hadapan..moga berjumpa lagi di lain masa rakan-rakan..salam ukhuwah...

"WINNING IS NOTHING..BUT, THE FRIENDSHIP GAINED IS EVERYTHING"...


..Semalam aku baca buku tentang Nabi dan buah Limau..macam ni,Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.


Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan: "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."


Begitulah akhlak Rasulullah SAW.Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


p/s 1- tengok bagaimana nabi menjaga hati orang yang berniat jahat kepadanya,even dia bukan seorang muslim pun..

p/s 2- kita sendiri mampu ke menjaga hati sahabat kita dengan hanya memberikan yang terbaik kepada mereka?

...Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan...
.........................

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.






.......................
Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



p/s- kalau nak tahu asal-usul solat asar, maghrib, isyak tunggu post yang seterusnya..


.....Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"

Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"

Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..



p/s-Dan lihatlah Iblis sendiri walaupun dirinya dilaknat oleh Allah, dia masih akur menurut perintah Allah ketika disuruh berjumpa nabi..tapi bagaimana pula kita?? berapa banyak perintah Allah yang telah kita langgar?? Aiseyh, maluu ar kita dengan Iblis camni..




ini adalah result aku main laser gun a.k.a Qzar semalam..

Alhamdulillah, even first time main aku dapat jadi best player semalam dengan berstatus "Elite of the Elite"..

nampaknya penangan paintball aku masih berbisa..

.................


overall point aku ialah 46500

meninggalkan jauh second best shooter iaitu point dia 21300..

Point score aku No 1/11..Top player dalam game semalam..

tapi hit ratio(accuracy hit) aku adalah 3/11..


aku blue team, so opponent aku ialah red team..total shot aku pada red team ialah 276..

and yang selebihnya korang bleyh baca sendiri la..

so, aku rasa aku dah prepare tuk paintball game next week..

moga-moga aku masih tergolong sebagai top shooter..




masih segar di ingatan akan lawak bersahajamu dalam rancangan Ah-Ha, Spontan, Mandi, dan Wuhai beramboi..

tidak kurang juga filem-filem arahan Afdlin yang kau libatkan diri..ternyata nilai tambah lakonanmu terhadap filem itu sendiri memang tidak dapat dinafi..

Din Beramboi..dari kecil ku simpan hasrat tuk bersua denganmu dan dari dulu lagi aku ingin masuk PROGRAM DRAMA SEBABAK di radio era bersamamu..tapi apakan daya Din, Allah lebih menyayangimu..

...............................

Allah mampu menarik nyawa sesiapa sahaja tanpa memberikan sebarang tanda..

Oleh itu selalulah mengingati mati, agar kita lebih bersedia tuk bertemu dengan Ilahi..

p/s- sedih tak dapat ke Spring Camp..