kita tahu hidup susah..




malas nak tulis..buat video jerlah..

nak tengok2..tengok ar...

taknak tengok pun takpe...



Chapter 20: PMCSA Sports Day

hari semalam ialah PMCSA Sports Day..

Aku masuk volleyball...

dan dilantik jadi Kapten...

Tapi masalah team aku is ader ramai sangat orang hebat2...

masalah dengan orang hebat2 ni is diorang taknak turun training...

jadi benda ni memanglah masalah sikit cos bila game..benda nilah yg menjadi problem cos orang yg hebat2 ni lagi banyak buat masalah daripada aku...

aku pun ader juga buat silap...yelah...memang semua tak pernah main bersama...

tengah game barulah dapat first team...jadi memang teruklah kami kena belasah...

first game ialah tahap kesayuran yang paling tinggi sekali iaitu kami dibelasah 19-25...

second game dah hampir menang...tapi kami kalah jua dengan sangat tipis iaitu 24-25....

sangat sedih juga...tapi aku dah expect dah aku kalah memandangkan dua faktor ni...

yang pertama...team RCSI lebih kuat berdasarkan info yg aku dapat dari Encik Beruang...

yang kedua...Team UCD sangat2 kurang latihan dan terlampau underestimate team RCSI..

jadi secara natijahnya...aku menerima kekalahan dengan hati yg berat tapi redha dengan ketentuan takdir...

ok end of story...

Chapter 21: Pulang ke bilik degan hati yg sedih dalam keadaan hujan...

Pertama skali aku tak kisah pulang ke bilik dengan hati yg sedih...

tapi masalahnya...pulang ke bilik dalam keadaan hujan yg lebat, lebih2 lagi dalam waktu onset of winter is memang sesuatu benda yg boleh mengakibatkan demam...

dan seperti yg dijangka...aku demam jua...

even aku dah mandi, basuh muka,rambut, kepala semua...tapi aku still demam...dan tidak dapat dikawal kepanasan aku...

Chapter 22: Bertarung dengan demam seorang diri....

Aku cuba Call wani...tapi dia tak angkat...maybe dia tidur...yelah hari ni dia grad kat uitm, mesti dia perlukan tidur yang cukup....

dan waktu tu pulak dah pukul 8.pm lebih di sini....lebih kurang pukul 4am am ar kat malaysia...

so, aku dapat rasakan yang wani takkan bangun cos maybe dia penat....dia cakap dia pergi cari baju kurung tuk Grad harini....

so, aku berlwanlah dengan demam sorang diri...

aku gagahkan badan tuk makan nasi and panaskan sardin pagi tadi...tuk isi perut...pastu aku makan vitamin c and makan panadol...

serta selebihnya aku rehat di atas katil di dalam duvet....

memang susah bila demama cos bila di dalam duvet haba badan daripada demam tak dapat keluar so dalam duvet menjadi super duper panas...

jadi, sekali sekala aku kena merangkak keluar duvet tuk sejukkan badan...tapi memandangkan sekarang dah nak winter memang aku keluar kejap2 jer cos bilik aku dah menjadi macam mini peti ais...sangat2 sejuk...


memang susah...memang susah...

...............

Chapter 23: Wani call pabila pukul 11.45 malam...

aku rasa dah pagi dah kat sana....dia call guna skype and tanya akan kesihatan aku...

aku kata lah aku demam teruk tapi sekarang rasa dah better skit dari tadi...

and then kami besembang seketika (aderlah nak dekat sejam)..tanya tentang grad dia, tanya tentang azim...tanya tentang volleyball tanya tentang macam2 lagi...

aku suka bersembabg ngan wani kerana dialah satu-satunya insan dalam dunia ni yang akan merasa lebih sakit jika mengetahui aku jatuh sakit...

jadi secara tak langsung aku rasa macam seronok bila ade orang yg concern akan aku...

and aku rasa ke-concern-nan dia terhadap kesihatan aku membuatkan aku seperti diberi sedikit injection anasthetics yg bisa menymbuhkan dan menenangkan diri yg dalam keadaan sakit...

jadi pastu, aku rasa lega lah sedikit...

Chapter 24: Oklah aku nak sambung study

Aku tak study langsung weekend ni...sedangkan thursday ni aku ader exam...

so, bila dah segar skit ni aku nak sambung study ar...

aku nak score next exam...

harap2 aku dapat jadi pelajar cemerlang dalam semua subjek...

doakan aku...rakan2...


Aku ader exam biochem next wednesday...

jadi, sekarang ni aku dah jadi macam separa tak betul ar study tuk exam ni...

(p/s-biochem sememangnya satu subject yg paling tough)

aku study jap..pastu buka u-tube...

study jap...pastu buka facebook(aku sudah hampir addicted juga skit pada facebook ini)

aku study jap..pastu maen keyboard yamaha yg aku baru beli last week...

last2..aku study jap...pastu terus tertidor...

dan lena dibuai mimpi...

tadi aku termimpi...

aku lihat rumah aku terbakar...

teruk juga terbakarnya...

bermula dari bilik ayah aku...

aku glabah giler cari baldi or besen tuk padamkan api tu dengan sorang sahabat yg aku takpernah kenal...

dia juga tolong aku tuk padamkan api ni...

aku kejutkan ayah aku and adik aku...tuk sama2 padamkan api...

dan akhirnya api itu padam juga...

tak sempat tuk bakar rumah aku...

aku tarik nafas lega...

Alhamdulillah....

pastu tiba-tiba aku terjaga sebab aku tersentak dengan kata2 ayah aku...

"sudah-sudah lah dengar mp3 tu...pergilah belajar..."

seperti tahu2 jer aku tengah tidur sembil dengar mp3...

.....................

pastu aku terus terbangun....

beristighfar panjang....

dan terus buka laptop tuk cari tafsir mimpi ni menurut Al-Quran dan Al-hadith...

lantas aku dah buka 2-3 page, tapi jawapannya masih sama...


aku pun terus beristighfar panjang lagi....

meremang bulu roma aku memikirkan tafsirannya...

.........................

Lantas aku terpikir..apakah yang dimaksudkan dengan Ilmu Kebajikan??

aku google jap, dan aku jumpa maksud dia ialah sesuatu ilmu yang kita pelajari yang dapat memberi manfaat kepada orang lain...

aku pun, lantas terduduk dan merenung dalam-dalam...

Aku datang dublin ni belajar medic...

iya, aku tahu medic ni susah...tapi ianya mampu memberikan manfaat yang besar kepada orang lain di kemudian hari....

dan aku bukan sahaja hanya mendapat ganjaran di dunia malah di akhirat kelak...

jika aku benar-benar ikhlas tuk mempelajarinya dan menggunakannya ke jalan yang betul....

.......................

Lepas tu, aku terus mengambil wudhu' tuk menunaikan fardhu asar dan terus buka balik buku biochem yang still tak lepas2 page 3 pun....

Aku yakin akan maksud mimpi itu adalah benar jika aku benar-benar mengambil iktibar dan pengajaran darinya....

InsyaAllah, aku kini sedar...bersusah aku sekarang, adalah demi kesenangan orang lain di masa-masa mendatang....

mungkinkah tangan dan akal ini berjaya menyelamatkan seseorang nyawa dan berjaya mengembalikan sinar harapan dan cahaya kebahagiaan kepada keluarga insan lain tuk terus menjalani kehidupan....


jika inilah 'bayaran'nya yang perlu ku bayar tuk menjadi seorang Doctor...insyaAllah, aku akan teruskan jua dengan segala tenaga dan daya usaha yang ada demi nyawa ribuan insan yang dalam kesusahan di masa hadapan...

InsyaAllah, aku akan teruskan.....

Alhamdulillah...Thank You Allah



 

Aku dah menulis nak hampir setahun...

selama nak hampir setahun tu aku berjaya pengaruh dan paksa 13 orang budak2 nakal supaya follow blog aku...

at least,dengan kehadiran korang..aku tahu ader pembaca setia...

Jadi terima kasihlah kepada Cik Tyrah kerna berjaya dipengaruh oleh aku tuk follow blog aku...

pasni aku dah tak paksa orang dah follow blog aku..aku UGUT jer..

hahaha...

hurm, tak silap aku dia ni junior aku kat tualang dulu...

so, pasni dia selamat lah daripada terus kena paksa tuk follow blog aku..

p/s-kepada yg lain tu..bila lagi?? selagi anda tak follow blog aku..anda tak akan selamat daripada paksaan tuk follow blog aku..jadi, cepat2 lah follow...klau tak aku malas menulis lagi(sebenarnya aku agak sibuk sekarang..maybe weekend ni aku tulis la serba-sedikit k?)

Jantung berdegup Deras...

Darah mengalir Pantas..

Tangan dan muka menjadi Panas...

Hati seperti diRamas..

Perut rasa Memulas

.....................

Masanya kian Hampir...

Bersemuka dengan cadaver yang Leper...

........................

Akal dan tangan menjadi Saksi...

Merungkai misteri Ilahi Pada Diri...

Segalanya sudah ku Study...

Harap semuanya Ok Nanti...

.................

Ya Allah...

Hati ini kau Tenangkanlah.......






Pinjam 2 minit jap...

tak lama...

2 minit jer...

2 minit masa korang...

tuk rehat...

tuk bersembang...

tuk masak maggi..

tuk maen facebook...

tuk tengok u-tube..

Pinjam 2 minit jer tuk sedekahkan 3 Qul tuk adik aku..

dia tengah sakit sekarang...

tapi dia nak exam PMR beberapa hari lagi...

so, pinjam 2 minit jer tuk minta sedekahkan kepada..

Muhammad Azimuddin bin Razali...

dengan iringan doa...

" Ya Allah kau permudahkanlah urusan Muhammad Azimuddin bin Razali dan bantulah serta redhakanlah kejayaan tuk dirinya dalam peperiksaan PMR nanti....Ya Allah kau sembuhkanlah dirinya daripada sebarang sakitnya..Amin!"

...................

terima kasih semua kerna pinjamkan 2 minit tadi...

kalau ader masa lebih, bolehlah aku pinjam 2 minit lagi tuk sedekahkan tuk adik aku lagi...

terima kasih rakan2...

Yes, it's  you..

I use to make one entry for anyone who followed my blog..

It's just like a tradition that i think any followers of mine, deserves it...

and this entry is for you..

........

You don't know who i am...

and i also didn't know u for sure...

I'm in Dublin...and u in Shah Alam..

separated by giant seas..

but, we're connected in this blogosphere with our words and thoughts...

joy and tears that we shared....
........

and thank you...for the willingness to follow this blog...

I'm not in the mood of writting anything...so, I just try to make it as simple and sweet as possible...

enjoy your reading....

salam...

...................

Apa itu babi?




babi ialah sejenis binatang berkaki empat yang telah disyariatkan haram kepada umat islam..

Kerna babi itu haram, sesetengah orang di Malaysia terutamanya Guru Bahasa Melayu telah menukar namanya menjadi khinzir, bagi mengurangkan sifat ke'babi'an binatang ini..

tapi bagi saya..memanggil babi sebagai khinzir sama sekali tidak mengurangkan tahap dan sifat kebabian binatang ini..

........................

Hal ini kerana, kita masih lagi tidak boleh memakan binatang ini walaupun setelah namanya ditukar kepada khinzir dan kita masih lagi perlu menyamak atau menyertu diri dengan air tanah sekiranya kita tersentuh binatang ini..

.................................

Jadi khinzir bukanlah nama yang tepat bagi babi...biarlah babi dikenali sebagai babi sahaja kerna ianya memang babi dalam apa jua rekabentuk sekalipun..

....................

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa babi itu haram dimakan kan?

selain cara pemakanan dan cara hidup babi ini yang memang kotor, babi juga adalah host kepada seribu satu macam microb...

kepada sesiapa yang telah khatam matapelajaran medical microbiology tentu anda semua tidak boleh melupakan perkataan 'taenia solium' kan?

taenia solium merupakan pork tapeworm, atau pun cacing pita babi yang selalunya terdapat dalam najis babi...

.........................

Jadi, kalau dijumpai dalam najis babi..maka tidak berbahayalah kepada kita kan?
sebab kita bukan hendak makan najis babi, kita nak makan daging babi..

ha, jawapannya terletak kepada cara pemakanan babi itu sendiri...

babi merupakan haiwan rhodensia di mana ia memakan kembali najis nya yang pertama kali diberaki untuk menyerap saki baki nutrient yang ada pada najis tersebut...

dan secara tak langsung, babi juga telah memakan taenia solium yang berada pada najisnya..

dan jika manusia memakan babi..taenia solium ini akan  menembusi saluran usus dan bergerak ke striated muscle di mana ianya akan tinggal di situ...

jika tidak dirawat ianya boleh menyebabkan maut kerana taenia solium ini berupaya memasuki nervous system manusia dan menggangu sistem saraf tunjang dan seterusnya membunuh host nya iaitu manusia..

selain itu, babi juga merupakan host kepada cacing ascaris yang tinggal di usus babi serta seribu satu macam lagi jenis microb yang berupaya membunuh manusia..

dan sebab itulah babi itu haram dimakan...

kerna ianya membawa banyak mudarat kepada manusia..

..........................

memang tidak dinafikan, bahawa parasit ini boleh dibunuh dengan memasak babi pada jangkamasa yang lama pada suhu yang tinggi, tetapi selama mana babi mahu dimasak dan setinggi mana pula suhu yang sesuai untuk membunuh parasit ini tidak diketahui kerana sesetengah cacing yang dewasa berupaya menahan suhu yang ekstrim...

jadi, konklusinya babi itu haram dimakanlah...

....................

tetapi di sini, sebenarnya saya cuba tekankan bahwa babi juga berupaya berubah bentuk dan sukar dicam oleh manusia melainkan kita telah mempunyai pengalaman dengannya...

Seperti contohnya Mesin Dryer di Belgrove, UCD ni...

ia juga merupakan sejenis BABI..

hal ini kerana, sifat-sifat kebabiannya telah teserlah semenjak dari kecik lagi sampailah sekarang masih lagi berperangai seperti babi yang tidak berubah-rubah..

di antara sifat-sifat babi yang dapat dikenalpasti berada dalam diri Mesin Dryer di Belgrove ini ialah:

1. tidak menerima coin 10sen..
walaupun harganya adalah sebanyak 1.50euro..tetapi jika anda tidak mempunyai duit 50sen ngam-ngam anda mungkin terpaksa membayar sebanyak 1.60 euro, kerana mesin ini tidak menerima duit 10sen...Walau dengan apa cara sekalipun anda cuba memaksa mesin dryer ini menerima duit 10sen anda, sebanyak itu jugalah mesin ini berusaha memuntahkan kembali duit 10sen anda...(diharap anda tidak mencuba sebanyak 20kali seperti saya..tolonglah..)

2. Sentiasa rosak...
Kerana mesin ini mempunyai perkaitan yang jelas dengan makhluk bernama babi..jadi tak hairanlah jika perangainya juga seperti babi..contohnya, sentiasa merosakkan diri...jadi, bagi anda yang dah biasa terkena dengan dryer yang rosak...anda akan dapat mengelakkan daripada dosa mencarut pada mesin dryer secara free2...

3. tidak pernah kering dengan betul-betul kering...
hal ini ternyata jelas lagi bersuluh...walaupun telah diprogramkan untuk mengeringkan pakaian manusia, mesin dryer yang berperangai babi ini tetap jua berdegil tidak mahu mengeringkan pakaian umat manusia...mesin ini lebih suka menyeksa manusia dengan memaksa manusia menunggu lama untuk mendapatkan pakaian yang kering tetapi akhirnya setelah habis mesin ini berpusing...pakaian anda tidak pernah-pernah kering secara total..

4. Selalu disumpah dan disifatkan HARAM oleh manusia berbangsa malaysia di serata ireland...
hal ini telah cuba dibawa beberapa kali kepada majlis fatwa ireland, tetapi ditolak secara mentah-mentah...Hal ini kerana secara puratanya, mesin dryer di Belgrove telah menerima sumpahan yang berbunyi seperti "Menatang haram betul la kau ni dryer" atau " Natemu Dryer" dalam bahasa ibunda kelantan, sebanyak sekurang-kurangnya 65 kali saban hari...Jadi saban hari kita lihat sifat keharaman dan kebabian mesin dryer ini makin teserlah dari masa ke semasa...

Sekian...

Say no to babi in this form..




P/s-Aku demam panas...tolong jangan bikin aku lebih PANAS ya, wahai Cik Dryer..aku sembelih kau jap lagi...




kehadapan blog aku yang tercinta lagi dikasihi..

aku rasa aku tak pernah cerita pada kamu tentang adik aku kan??

so, aku nak story telling la sikit2..

ini adik aku..



nama dia sama cam nama aku cuma diubah perkataan Amal jadi Azim..

nama penuh dia Muhammad Azimuddin bin Razali..

dia bercita-cita mahu menjadi pilot..and aku yakin dia dapat jadi pilot melihatkan kesungguhannya...

dan dia baru masuk 15 tahun satu hari..

maknanya besday dia semalam la kan..

iaitu 23 September 2009..

dia lahir tahun 1994, kalau tak silap..

masa tu aku darjah satu..

.....................


sebelum adik aku lahir..aku selalu minta ngan mak bahawa aku nak sorang adik..

aku selalu janji ngan mak..kalau aku dapat adik..aku nak jaga dia baik2..

aku nak sayang dia baik2..

aku nak didik dia sampai aku mati...

bayangkan waktu umor aku 7 tahun, aku dah janji ngan mak aku benda2 yang serius macam ni..

so, mak ngan abah pun 'berilah' aku adik seawal usia aku 7 tahun a.k.a darjah satu..

..................

masa tu aku macam happy giler-giler rasa cam nak melompat...

masa adik aku baru lahir and mak aku nak bawa adik aku masuk rumah..

aku tutup muka dia dengan kedua tapak tangan aku, supaya cahaya matahari tak merosakkan kulit and mata dia..

masa, dia kecik2..aku yang buatkan nestum dia before pergi sekolah agama..

and masa dia masuk tadika, aku yang hantar dia pergi tadika even dia selalu jer nanges2 and membuatkan aku terpaksa hantar dia balik rumah semula sampaikan aku selalu kena marah ngan ustazah sebab datang sekolah lambat..

tapi aku tak kisah cos aku sayang adik aku...

aku bersumpah di atas nyawa aku yang aku akan lindung dan jaga dia sebaik mungkin..

kalau ader sesiapa berani 'sentuh' adik aku..aku akan patahkan tangan dia..

kalau ader sesiapa yang berani kacau or buli adik aku..aku akan pastikan aku akan belasah dia sampai lumat..

lantaklah kau senior ker, cikgu ker, anak datuk ker, anak polis ker...aku tak takut...

tuk pertahankan adik aku, aku sanggup taruhkan nyawa dan diri aku...

kalau ader kereta nak langgar dia pun, aku sanggup biarkan diri aku dilanggar dahulu...

............................

masa dia kecik2 aku selalu nyanyikan dia lagu2 pengakap tuk buaikan dia sampai tidur...

aku selalu janji kat dia yang aku akan belikan barang yg dia nak, even aku sendiri terpaksa ikat perut tuk belikan dia barang tu...and aku masih buat lagi benda ni sampai sekarang..

tapi takpelah...aku kan abang dia...

dah tu dia nak minta kat siapa lagi kan..

...............................

masa dia baby..

aku bersumpah dengan sebenar-benar sumpah..bahawa adik aku lah baby yang paling comel sekali kat dunia ni waktu tu....

tak percaya??

ni gambar2 dia yang aku masih simpan lagi dalam hanset aku sampai sekarang...





nilah gambar2 azim..

waktu ni, dia pertama kali belajar berjalan..

semangat dia kuat..

even, banyak kali dia jatuh..

dia still tak pernah give up tuk berusaha lagi sampailah dia penat..

and, aku rasa perangai dia masih lagi camtu kot sampai sekarang..

that's one of the thing that i'm proud of him..

..........................

kadang2 tu, ramai orang tanya aku kenapa aku rapat and sayang giler ngan adik aku..

ader orang cakap.. kalau diorang kat rumah, main sepak2 jer adik2 diorang

....................

jadi tulah bezanya..korang ader 3-4 adiks..aku cuma ader sorang jer adik..

sorang jer adik yang membuatkan aku dipanggil 'abang'...

kalau aku hilang sorang adik ni..

aku kehilangan title 'abang' kat dlam dunia ni..

aku kehilangan insan yang aku jaga dari kecik sampailah umor dia sekarang..

insan yang mengajar aku erti tanggungjawab seawal usiaku 7 tahun sampailah sekarang..

and bertambah pulak..adik aku tengah sakit sekarang..

aku selalu menangis lepas solat minta Allah kurangkan ujian terhadap adik aku..

kadang2 tu sampai aku minta agar aku dapat menanggung sedikit daripada beban dia..

sebab aku dah tak sanggup lagi menderita melihat adik aku tersiksa..

........................

azim...


di sini abg ingin berpesan...


tabahkan hatimu menempuh dugaan..


kuatkan semangatmu merentasi cabaran..


bulatkan tekadmu tuk menggapai impian..


sesungguhnya percayalah..mungkin sekarang kau terseksa menderita dengan cubaan..


tapi percayalah dik...bahawa satu masa nanti kau akan bisa terbang tinggi di awan..


dengan kepuasan melangkaui jangkauan fikiran...

.......................

Jadi dengan bersempena hari Jadi Azim yang ke-15 ni..

abg nak ambil kesempatan masa ni, tuk wish happy birthday kat azim..

dan semoga Allah sentiasa sayang dan selamatkan Azim dari sebarang musibah dan malapetaka...

Amin2..

......................

Allah Selamatkan Azim..

Allah Selamatkan Azim..

Allah Selamatkan Azimuddin Razali..

Allah selamatkan Azim...


gambar azim selepas terjaga dari koma hampir sebulan..


azim ketika aku bawa dia ke bukit bendera penang

Chapter 15: Menghadiri kelas Mixed martial art buat kali pertama..

ceritanya bermula pabila aku datang sedikit lewat daripada waktu yg ditetapkan..

(biasalah..nama pun amal kan?)

aku datang pada pukul 4.15pm (class start at 4.00pm)

sesampainya aku dia Hall C Student Sport Center..

aku dikejutkan dengan aksi2 gay hampir kesemua orang disitu seperti ini...


dan juga sebegini..



......................

serta dengan bau peluh yang agak tengik...

kesemua orang-orang di situ berbadan seperti bagini..


dan aku pula berbadan seperti biasa2 sahaja..tidak gemuk, dan tidak juga kurus..

mula2, aku diperkenalkan oleh seorang trainer yg juga sangat fit tapi agak boroi sedikit..

dia menyuruh seorang senior mengajar aku basic2 nak escape from submission and armbar..

...................


perghhhhhhhh....sikit punya penat..

macam nak putus nafas aku...

dahla senior tu tough giler dari aku...

setelah nak dekat sejam aku berlatih macam nak mati, aku minta diri untuk keluar daripada Hall C untuk beli air...

sesampainya kat vendor machine baru aku sedar yg aku tak bawa coins..

jadi aku pun minum air paip je dekat tepi toilet..

(peringatan: air paip di dublin adalah sangat bersih serta selamat diminum serta rasanya lebih sedap daripada air mineral water lembah klang..)

Chapter 16: Escape Training Mixed martial Art..

..selepas itu aku tidak masuk2 langsung ke Hall C..

aku pergi nyorok kat tempat budak archery..

aku nampak pali pakai baju pmc and tengah tunggu turn nak memanah..

Chapter 17: Berjumpa sorang Mamat UK yang bernama 'jostwacthwachxk"

sedang aku lepak kat archery..

aku ternampak satu advert yang mengatakan ninjutsu class tuesday pukul 6-8 pm..

aku pun apa lagi..terus angkat barang tuk pergi kat ninjutsu class..

cos waktu tu dah nak dekat pukul 6.00 pm

..then aku, terjumpa ngan sorang mamat uk ni yg bernama ntah, aku susah nak sebut..

and, aku malas nak tanya dia 3 kali...

dia kuat giler bersembang cam nak mati...

daripada cerita dia masuk taekwondo, akido, karate do sampailah cerita dia kena buli ngan budak2 main bola and cerita dia jatuh beskal sebab mabuk malam kelmarin..

aku asyik gelak jer cerita dia and aku reply skit2 bila perlu...

dia cakap macam haram jugak la laju dia..

tapi ntah lama2 macam aku dapat follow pace kata2 dia..

and lama2 kitorang macam jadi kawan baik pula..

aku cakap, aku datang dari Malaysia..

dia cakap dia nak datang Malaysia cos dia pernah belajar bahasa cina kat shanghai tahun lepas and dia rasa nak pergi thailand tahun ni cos nak langgan pelacur asia..

aku pun...angguk2, geleng2 sahaja kata2 dia..

...

Chapter 17: Belajar basic Ninjutsu..

Mula2 masuk class tu, semuanya macam fresh lagi..ader la beberapa orang senior yang pakai baju ninjutsu and aku rasa diorang dah boleh terbang..

sebab diorang masuk gelaggang ninjutsu tu dengan melompat jer dari atas..

sumpah aku cakap...inilah kali pertama aku becakap benar dalam blog..

aku pun macam .."walaweiiiiiiiiiiii..phewitt...are these guys really flying???"

ternganga and kagum sikit cam nak mati..

ninjutsu ni best...

sebab masuk2 jer kitorang dah diajar untuk berlawan...

tak macam martial art lain...

ader buah la, bunga la, tumbuk angin la, sepak layang la..

macam bodoh jer..

satu lagi aku kagum akan ninjutsu ni ialah dia mengajar teknik2 serangan yang pantas dan deadly...

memang benarlah mengikut history ninjutsu ni, sebenarnya martial art ni telah diasaskan oleh sekumpulan doktor2 di jepun untuk melawan pihak atasan yang zalim...

this is because, most of the technique ninjutsu ni, semuannya berkaitan dengan mencengkam tulang, mematahkan tulang, menyerang nerve dan juga menyerang tempat yang paling sakit pada anggota badan...

dalam masa 2 jam sahaja, aku telah belajar lebih kurang 5 teknik yang begitu berkesan, pantas dan berbahaya...

so, aku telah membuat keputusan untuk join ninjutsu untuk tahun ini..

satu lagi yang best tentang ninjutsu ni is uniform ninjutsu adalah seakan2 dan semirip-mirip pakaian silat aku...

tak percaya, cuba tengok baju2 ni..

ninjutsu

ni silat..

hampir2 sama kan?

..............

Chapter 18: Menyertai Ninjutsu beerti aku akan rugi sebanyak 20 euro..

aku dah bayar fees tuk mixed martial art sebanyak 10 euro..yang mana aku tak akan pergi dah..

dan juga aku dikehendaki bayar fees tuk ninjutsu sebanyak 10 euro lagi..

jadi secara totalnya aku akan rugi sebanyak 20 euro..

mula2 tu aku pikir memang lah rugi..

tapi bila aku pikir kan dalam2, yang sebenarnya ninjutsu ini punyai banyak kelebihan yang akan aku gunakan dalam life nanti, aku rasa..takpelah kot..

maybe bagi sesetengah orang better masuk club2 lain seperti archery dan sebagainya..

tapi bayangkan, kalau lah nanti bila2 masa nanti, kau berada dalam situasi di mana kau kena pertahankan diri kau and orang2 yang kau sayang..

sempat ke kau nak ambik anak panah, and panah orang tu??

tak sempat kan..??

so, aku pikir better aku belajar martial art ni..

sekurang-kurangnya aku boleh gunakannya bila perlu nanti...

so, sekarang ni aku dah tahu silat..

and aku dah belajar sikit mixed martial art...

and aku akan belajar ninjutsu dengan lebih banyak lagi..

and aku akan juga berhasrat tuk masuk class akidoo or kick boxing..

so, lepas ni mungkin orang akan pikir 2 kali before dia decide nak hayun penumbuk kat aku..

sekian...

p/s- siapa ader plaster dan minyak panas?? aku sedang menderita sakit di ankle, bengkak di peha..sakit di pinggul serta luka di siku...semuanya adalah gara-gara mixed martial art dan ninjutsu..





Ini bukanlah baju pinjam, mahupun baju yang dibeli..

tapi, ini adalah baju yang aku dapat masa main bola tuk House 23 Merville petang tadi..

fisrt match menang..3-2..

second match menang 5-0..

tapi sebenarnya boleh score lebih lagi..

maybe takde stamina kot..

dahle lawan ngan irish plak tu..

nasib baik, team diorang ader ramai girls..tu yang bleh menang tu..

but then, team diorang ader 2 orang players gaelic..giler hebat..

main laju nak mati..

but, after all maybe today is our day..

alhamdulillah..menang...

esok ader mixed martial art training plak..

tak sabar rasanya nak berm-mix martial art ni..

nantikan pengalaman hari esok pula k?

salam..



Hari ni hari raya kan??

tapi mana lemang?

mana ketupat?

mana kuah kacang?

mana lotong?

mana mak?

mana abah?

mana wani?

mana azim?

mana ibrahim?

mana cerita raya?

mana salam lebaran?

mana semua tu??

mana?? mana?? mana??

...........................


semua takde...hilang...takde di hadapan mata..

yang ader di sini adelah masjid clonskeagh..

dublin mosque....

malaysian hall...

kawan-kawan...

senior-senior...

pegawai mara..

pegawai jpa...

attache student..

dan bilik yang bersepah...

..............................

malam ni sejuk..macam biasalah dublin kan..

tapi sejuk malam ni, macam lain macam jer sejuknya...

sejuk yang lebih sejuk...

gelap yang lebih gelap...

dan deruan angin yang lebih lembut, sayu, sepi...

ibarat mengetahui rintihan hati ini yang ingin mencari sinar lebaran di hari suci...

...............................

mana semua orang??

mana orang2 yang ku sayang??

mana?? mana?? mana??

....................................

sedih rasa hati...aku berjaga sampai pukul 2.00 pagi ni semata-mata mahu online dengan keluarga and wani..

tapi maybe kali ni aku tidak berkesempatan kot, tuk online dengan mereka..

nak call international pun, aku dah takde credit...

sedih...sedihh...

.........................

teringat raya tahun lepas...pada waktu2 begini aku berada di hospital menemani azim yang patah kaki..

masa tu azim masih sakit teruk lagi...

aku tertidur di surau hospital...tak jauh dari katil azim...

sedih...sedih...

azim, abang sentiasa doakan agar kau cepat sembuh dik...

.......................

pada hari daya yang mulia ni, amal nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...

atas segala salah dan silap amal selama ni...

harap2 mak dan abah maafkan...

...................

kepada azim, di hari raya ni..

abang nak minta maaf juga atas segala kekasaran mahupun teguran yang selama ni, sekiranya ada yang mengguris hati kecil azim..

dan begitu juga dengan ibrahim...

....................

kepada wani si cumils...

di hari raya ni, abang nak sangat jumpa awak..

nak tengok awak pakai baju raya yang sama colour ngan abang...

nak tengok kereta Getz baru awak...

nak pergi beraya dengan awak...

tahun ni abang pakai baju raya color purple yang awak gosokkan hari tu..

tadi masa abg gosok baju tu, tengok kesan2 awak gosok baju tu..rasa sayu jer hati ni..

rasa nak jer suruh awak gosokkan lagi...

hihi...

............................

takpelah kan, maybe semuanya tak dapat nak online ngan aku pada pagi raya ni..

takpelah...harap2 semuanya ceria di hari raya ni...

salam...

kepada semua pembaca...

"Selamat hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin"


salam perantauan dari saya,
Dr Mohd Amaluddin Razali