kita tahu hidup susah..


"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah/Al-Hadis) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ( 2:129 ) "
 ...Dan sekarang kita sudah tiada Nabi, Rasul apatah lagi khalifah...jadi maksud Rasul ini mengikut kefahaman ulamak sekarang ialah Orang-orang yang datang kepada kita untuk mengajak kita kepada ajaran islam yang sebenar...mungkin usrah, mungkin Quranic Circle (QC), mungkin R&R, mungkin tabligh, mungkin iluvislam, mungkin KITA production, mungkin kuasa politik, mungkin ustaz dan ustazah...dan sesiapa sahaja yang datang kepada kita yang melakukan 3 perkara di atas:

1. Membacakan Ayat-ayat Allah(Al-Quran)
2. Mengajarkan kita tentang Al Quran dan Al hadith
3. Serta mensucikan kita dari dosa..

......................
aku rasa dah banyak kali korang singgah ke blog Hujungnya Jauh Pangkalnya belum Tiba ni dengan membaca entry-entry yang penuh dengan gelak ketawa mahupun kisah-kisah kehidupan aku yang mungkin tiada maknanya itu...

Jadi, hari ni...entry kali ni kita bagilah yang agak ber'content' sikit...ai, amklumlah nabi kata, Hati yang tak terisi dengan hidayah selama 40 hari akan jadi keras...jadi sebelum hati kita keras, jom kita lembutkan dia dengan sedikit pengisian...

................

Aku nak beritahu, aku pun bukan budak usrah...aku jahat...pernah mengutuk orang sampai dia masuk hospital sebab tak tahan dengan kutukan aku...dan macam-macam lagi la kejahatan aku...kalau korang nak tahu betapa jahatnya aku...korang tanyalah kawan-kawan yang pernah mengenali diri aku...

Namun begitu, sebagai seorang muslim...selemah-lemah iman dalam diri seorang muslim pun pastinya dia akan membuat kebaikkan...kerna muslim itu umpama cahaya, sekuat mana pun dia cuba menyembunyikan dan menutupi cahaya dalam diri mereka...pasti akan terpancar juga sedikit cahaya itu untuk menerangi orang lain...

..........................

Jadi entry kali ni adalah untuk memberi sedikit pandangan kepada mereka-mereka yang bergelar BUU...ataupun dalam bahasa pasarnya BUDAK USRAH UNITED!!

Mereka inilah sekumpulan manusia di kalangan kita yang berpenat lelah siang dan malam memikirkan tentang masalah agama kita, masalah umat kita, merangka strategi dan program untuk kita semata-mata mahu menunjukkan kita jalan ke syurga...walaupun diri mereka sendiri tidak pasti sama ada mereka berpeluang atau tidak mencium bau syurga itu...

.............

dan sudah sunatullah  bagi mereka yang membawa ajaran islam ini...mereka akan mendapat tentangan..sebagaimana janji Allah dalam Al Quran...

“ dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)"
....................

Jadi tidak haridanlah, kerjaya mereka ini seringkali dipandang serong oleh masyarakat...mereka dianggap jumud, berfikiran unta padang pasir, menganggap semua orang lain ahli neraka dan mereka adalah golongan confirm syurga dan sebagainya...

Adusss....kalau kita duduk tempat mereka..agak-agaknya macam mana lah perasaan kita ek??

aku pernah melihat seorang sahabat menangis di hadapan laptop tatkala golongan usrah ini diperkecilkan dan dikutuk dengan bebasnya di laman blog mahupun facebook...

tapi mereka tetap kuat dan utuh kerana mereka percaya dengan janji Allah dalm surah Al Mujadalah ayat 20-21:

20.     Sudah tentu, orang orang yang menentang Allah dan rasulNya akan bersama
       sama dengan orang orang yang paling rendah.
21.     Allah telah berjanji bahawa: "Aku dan para rasulKu sudah pasti akan menang."
       Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Kuat. 


.................

Jadi sebagai kesimpulannya, aku rasa...tak mengapalah kalau kita rasa kita dah cukup mantap untuk mengamalkan ajaran islam tanpa perlu mengikuti usrah, kita tidak rasa perlunya kewajipan berdakwah kerna kita ada medan dakwah kita sendiri(keluarga, kawan-kawan dan lain-lain)..yang kita rasa kita pun ada membantu dan menyumbang kepada agama kita...tidak mengapalah..tidak mengapalah sahabat-sahabat...

tapi, jom lah kita berhenti daripada merendah-rendahkan budak-budak usrah ni...tak kiralah mereka ni dari mana PPIMI ker, MSM ker, mahupun ISMA ker...mereka semua menggalas tugas yang berat untuk agama kita...

kalau kita tak mampu menyokong, membantu dan memberikan semangat kepada mereka...eloklah kita berdiam diri daripada melemah dan melunturkan semangat mereka dalam melakukan kerja-kerja agama yang menyambung tugas nabi dan para sahabat...

kalau kita merasakan ada yang tidak kena atau kurang berpuas hati dengan tindakan mereka...sebagai seorang mahasiswa yang berfikiran matang dan dewasa...kita berjumpalah dengan mana-mana rakan kita yang mengikuti usrah untuk menegur dan memperbetulkan kesilapan mereka...kerana mereka membawa imej agama...dan muslim itu adalah CERMIN kepada muslim yang lain...

Jadi tak salah untuk kita menegur mereka dengan cara baik...kerna kita kena paham mereka juga manusia seperti kita, bukannya nabi yang maksum dan terhindar dari sebarang kesalahan dan kesilapan...

wallahualam...

.............

p/s- hari ni sahabat saya Yunus Tauhid Ahmad akan dibenarkan keluar dari hospital setelah melakukan pembedahan appendiks...jadi kepada sesiapa yang mengenali Yunus sahabat saya ni...jom kita melawat dia...kerna tanggungjawab menziarah orang sakit adalah sangat-sangat di titik beratkan dalam agama kita...

.................




1. KESILAPAN PERTAMA : Membawa Troli di IKEA

...Dan kitorang berlari lagi bergegas ke kawasan showroom meja-meja perabot rumah..kami kehulu-kehilir membawa troli dari bawah dan berlegar-legar di kawasan showroom di tingkat atas Ikea..

Kami hairan, apsal semua orang tak bawa troli pun..masing-masing hanya bawa pen dan kertas sahaja..eh diorang ni nak pi shopping ke taknak? apsal tak ambil apa-apa barang pun...

Mereka semua memandang kami dengan rupa paras yang aneh..dan akhirnya setelah beberapa ketika sesi muhasabah diri dilakukan sambil memerhati gerak-geri manusia sekeliling, barulah kami mengerti yang bahawa di IKEA ini, kita tak perlu bawa troli..

kerna kita hanya perlu menulis nombor code dan location barangan yang dihajati sahaja..dan kemudian pergi ke kawasan collection barangan tuk mendapatkan barang itu...

Oleh kerana kedaifan kami dalam selok-belok di IKEA ini, ianya telah pun berjaya mengheret kami kepada berlakunya  kesilapan teknikal yang kedua..IAITU...

2. KESILAPAN KEDUA: MENGAMBIL BARANG DISPLAY(DISPLAY ITEM)

Mula-mula tu aku cakap kat Cinap, "eyh murahnya periuk besar ni..agak-agak cukup kot kalau kita nak makan 5 orang satu rumah ni"
..Cinap kata, " ha, serious muat, ok angkat jerlah periuk ni.."

Lantas kami pun tanpa segan silu mengangkat barangan Display itu ke dalam troli kami yang masih kosong dari tadi walaupun sudah ternyata kami jelas-jelas salah kerana mengambil barangan display itu...takpelah kami tidak tahu...

Kesilapan hanya disedari apabila cinap mengamati dengan curiousnya pada pusat periuk itu tertera SATU NOTIS BESAR..' DISPLAY ITEM ONLY, PLEASE DON'T TAKE IT(WARRANTY: 10 YEARS)...lantas kami berpandangan di antara satu sama lain dan tergelak besar, bukan diatas dasar kerna mengambil periuk Display tapi disebabkan Warranty Periuk itu 10 tahun..yang bermakna kami masih lagi boleh menukar periuk itu walaupun kami sudah sampai di Malaysia nanti(haha..bengap betul kami waktu tu)..

3. KESILAPAN KETIGA: Mentertawakan Warranty Periuk yang mempunyai 10 YEARS WARRANTY..

Masalah sebenar yang timbul kerana mentertawakan periuk yang mempunyai warranty selama 10 tahun jelas menimbulkan malapetaka kerana kami masih lagi tidak sedar bahawa kami membawa Periuk Display dalam troli kami...dek kerana sibuk menggelakkan warranty periuk tersebut yg terlampau lama iaitu 10 tahun, kami gagal memberi perhatian pada ayat yang awal sebelum warranty tersebut iaitu ' DISPLAY ITEM ONLY, PLEASE DON'T TAKE IT'...

Kami dengan perasaan selamber badak nya pun terus  berlegar-legar ke hulu-hilir dengan membawa periuk tersebut tanpa sikit pun rasa bersalah..Alangkah memalukan sungguh perilaku kami pada kawasan kejadian...

4. KESILAPAN KE-EMPAT: Bertemu Nisha Hayden dan Datin Hayden..

Memanglah tiada apa-apa salahnya jika terserempak dengan classmate anda sendiri di IKEA pada waktu yang sama anda ingin bershopping...tapi masalah yang sebenarnya timbul kerana, kami melihat mereka juga membawa troli..dan oleh sebab itu kami pun terikut-ikut jejak langkah mereka tuk turut bersama mengusung troli di IKEA...

Memandangkan troli di IKEA tidak perlu dimasukkan coin..jadi kami bebas melakukan kesalahan mengusung troli ini tanpa sebarang tentangan dari Pihak Berkuasa IKEA..

5. KESILAPAN KELIMA : Cinap nak beli kaki meja bewarna merah..

...Sesampainya kami di tempat meja Study tersebut, kami mempunyai 2 pilihan yang sukar dibuat..iaitu meja single yang beharga 20 euros sorang dan dibeli sebanyak 5 buah....ataupun...satu meja panjang yang beharga 69 euros yang muat tuk 5 orang...

Bincang punya bincang kami behasrat tuk mengambil meja single kerana ianya memberi keselesaan yang cukup baik kepada si penggunanya...akan tetapi setelah sahaja kami mahu mengambil nombor code meja tersebut(kali ni kitorang dah tak bawa troli dah..sebab dah paham selok-belok membeli di IKEA..haha)....timbul pula rasa memilih di hati kami akan warna kaki meja tersebut...

Pilihan Colour yang diberikan ialah red, black, white and gray...kami agak membuang sedikit masa membincangkan akan kombinasi kaki meja yang bewarna apakah yang mampu menghasilkan pemandangan yang menarik serta berjaya menimbulkan minat si pengguna untuk study di meja tersebut dan mengurangkan masa melayari facebook..

Sembang punya sembang....tiba-tiba si Fakhry al Driver pun call, bertanyakan lokasi kami dan menyuruh kami menyegerakan urusan sebab dia dah kesuntukan masa tuk memulangkan kereta sewa yang kami rent pada hari tersebut...kami pun menggelabah tak cukup tanah mencari tempat exit...

6. KESILAPAN KEENAM : Dalam keadaan yang gelabah-gelabah pun sempat berhenti sebentar singgah di tempat carpet..

..Kami bergegas ke tempat Exit kerana sudah kesuntukan masa...Wanita IKEA di information counter telah berulang kali menyuruh para pembeli agar segera ke tempat exit kerana IKEA akan ditutup lebih kurang 15 minit lagi...

Dalam, keadaan tergesa-gesa itu pun, kami sempat lagi singgah sekejap di tempat Carpet..dan berguling-guling di situ beberapa kali sebelum mengangkat karpet besar tersebut tuk membelinya bagi kegunaan ruang tamu rumah baru kami nanti...

Lantas, aku dan cinap pun mengangkut karpet tersebut laksana 2 orang SAUDAGAR KARPET PAKISTAN YANG berniaga dari rumah ke rumah...

7. KESILAPAN KETUJUH: kesilapan yang berada pada tangga ketujuh keseluruhan adalah pabila Cinap hanya sempat memakai slipper jepun Sophy sahaja ke IKEA..

Sebenarnya hal ini bukanlah salah cinap..kami pun baru sahaja pulang dari solat jumaat sebelum hal-hal shopping di IKEA ini diuruskan..Cinap dalam keadaan yang tergesa-gesa tanpa sempat makan tengah hari,, terpaksa bekorban ke IKEA demi membeli meja study tuk rakan-rakan kami yang lain..besar betul Pahala cinap di akhirat nanti...

Akan tetapi masalah yang paling rumit kerana memakai slipper jepun Sophy ke IKEA ialah Cinap tak boleh berlari.!!

walaupn dalam keadaan yang super tergesa-gesa sekali pun, cinap tidak mampu membuka langkah tuk membuat larian kerana dikhuatiri slipper jepun sophy yang dipercayai dari kualiti pasar malam Uptown Shah Alam akan terputus dengan sendirinya ketika cinap berlari...Oleh itu, cinap mengambil pendekatan untuk hanya melangkah cepat dan tidak memasuki fasa berlari sepanjang tempoh kecemasan kami ke kereta sewa Fakhry..


8. KESILAPAN KELAPAN: Menekan button di Touch Screen Computer bagi mendapatkan barangan secara automatik walaupun sepatutnya barangan tersebut haruslah diambil secara Self-Service!!

Aku dan cinap hampir-hampir menangis menitiskan air mata apabila sampai di tempat exit...kerna rupanya, kami dikehendaki mencari dan mengambil sendiri barang tersebut mengikut ITEM CODE dan LOCATION barangan yang kami tulis di Showroom tadi secara self-service...

Pada awalnya, kami mati-mati mengingatkan bahwa di IKEA ini, sistem yang digunapakai ialah seperti di Argos..di mana kami hanya perlu menulis code barangan dan memberikan barangan tersebut pada petugas di tempat item collection IKEA...namun pun begitu, segala telahan kami meleset sesampainya kami di Section Item Collection tersebut...

Dan, dalam keadaan yang gelabah itu pun, Cinap masih lagi berkeras dan berdegil bahawasanya mugkin ada sistem Item Collection Automatik yang masih digunapakai dengan menekan-nekan code barangan yang kami mahu di Kawasan Check Item Code pada touch screen computer yang disediakan...tapi, sepeeti yang dijangka..ianya tidak membuahkan hasil..kami pasrah...

9. KESILAPAN KESEMBILAN : Cinap membuat keputusan Drastik tuk tidak membeli apa-apa kerana kesuntukan masa...

Dan semestinya dalam keadaan kecemasan, apa-apa pun boleh berlaku...begitu juga perihalnya dengan situasi yang dihadapai oleh aku dan cinap ketika waktu kecemasan tersebut...

Fakhry sudah call bertalu-talu supaya cepat ke kereta..Announcement yang memberitahu bahwa IKEA akan ditutup beberapa minit sahaja lagi kerap berkumandang di setiap corong pembesar suara di IEKA...lantas cinap dengan pasrahnya mengambil keputusan tuk tidak membeli apa-apa supaya kita boleh terus bercargas ke kereta Fakhry...

aku pun hampir-hampir nak mengikut idea cinap tersebut...tapi setelah aku pikir yang bila lagi kita nak beli meja study ni,, aku pun membantah idea cinap tersebut dan terus berlari ke bahagian 26 iaitu kawasan yang menempatkan meja-meja kami....Cinap pun setelah kembali kewarasannya pun, turut membantu aku mengangkat meja yang kami mahu ke dalam troli tuk dibayar...

10. KESILAPAN KESEPULUH: antara kesilapan yang cukup memalukan kami di IKEA ialah mengambil Kaki Table sebanyak 5 buah........tapi Table Top sebanyak 4 buah sahaja!!!

Dialog ringkas di Counter bayaran:

Cashier: Hello Sir, how much of table leg that you take in this trolley?

Aku dan Cinap: Table Leg for 5 tables..(dengan confident yang tinggi)

Cashier: You take table Leg for 5 tables but how come you just take only 4 Table Tops??

Aku dan Cinap: errrr....errrrrrrrr...a'ah la 4 table top jer kita ambilrupanya(terkeluar Bahasa Melayu terus!!)

...lantas aku pun bergegas ke tempat kami mengambil table Top tersebut tuk mengambil satu lagi Table Top bagi melengkapkan 5 study tables tuk 5 orang ahli rumah kami...

dan seterusnya pembayaran dibuat menggunakan Laser Card Cinap..dan kami pun menamatkan Epik Pengembaraan Kami yang penuh kesilapan di IKEA dengan perasaan penat, letih, dan rasa bersalah pada Fakhry,,,

tetapi kesilapan-kesilapan ini  meninggalkan satu lagi memori yang manis bagi aku yang  pertama kali bergandingan secara tag team dengan Cinap atau nama sebenarnya Abu A'la al- Banjari dalam menyelesaikan sesuatu urusan bersama...

'Sekian Harap menjadi Iktibar'

dan 

'Majulah Cinap demi Negara Pinoy'

sedikit pose pasrah aku dan cinap yang ditangkap oleh CCTV IKEA..


..Dan setelah tak sampai 2 jam mengemas, aku pun duduk atas kerusi study ku..mungkin ianya buat kali yang terakhir...dengan bertemankan lagu OST Adamaya,perasaan hiba dan sedih bercampur-baur..aku mengusung keluar deretan kotak, beg dan plastik sampah di hadapan bilik aku agar memudahkan proses memindahkan semuanya dalam kereta nanti...

Aku tahu ianya berbunyi kurang macho,jika aku mengatakan aku sedih nak tinggalkan Belgrove 17-6-1..tapi begitulah hakikatnya....bilik ini adalah tempat yang pertama aku bermastautin since aku menjejakkan kaki ke bumi Dublin al-Shamrock..

Di sini aku belajar mengenal erti hidup di negara orang, aku belajar berkawan dengan housemate Irish, aku belajar berkongsi ruang dapur, toilet dan bilik mandi dengan Pali..dan aku belajar bagaimana untuk pergi ke kelas sedikit lewat(sebab Student Residences dengan Faculty sangatlah dekat)..dan macam-macam lagi...

Setelah beberapa sesi mengemas, memasukkan dalam kotak dan menyusun barang-barang aku dalam bilik ni, aku sedar beberapa perkara yang aku tak sedar sebelum ni:

1. 1/10 daripada barang-barang yang ada dalam bilik ini ialah kategori sampah(termasuklah sampah domestic dan kertas-kertas peperiksaan+lecture notes).
2. Aku lebih suka menyimpan barang-barang yang tak berguna seperti kotak-kotak dan bungkusan plastik barang-barang e-bay dan sampul surat dari Bank dan Mara..
3. Aku mempunyai bilangan T-shirt dan Jacket yang terlampau banyak hinggakan aku sendiri tak daya nak angkat semua baju-baju yang bersangkut pada hangar dengan sekali angkat sahaja..
4. Aku ada 7 helai seluar jeans, tapi selama ni aku asyik rotate pakai 4 helai sahaja..
5. Aku baru tersedar yang aku ambil duvet dan bantal dari bilik Paul dan aku tak tahu camner nak pulangkan pada dia...sebab masa aku ambil barang-barang tu, Paul tak masuk lagi dalam bilik..
6. Aku sedar yang Pali suka juga menonton Adamaya sebab dia menyanyi ikut lagu Adamaya yang aku pasang dari bilik aku sekarang..
7. Aku sangat-sangat sedih nak tinggalkan housemate aku Paul dan Pali Asus..
8. Aku sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang duduk di sekitar rumah aku, seperti Toyol al Vietcong, Abu Ala Al-banjari cinapi, Nayen the Sage, Yahya al LMT, Pzu de Walrusi, Pok al oldiesi, dan Khalil al-Hafiz(nama dia memang Khalil Al-Hafiz)..
9. Aku juga sedih nak tinggalkan kawan-kawan di Merville Residences seperti Helmi Amimac Smart, Mozac al pharmacy, Luqman bieber, Fitri Hakim Lady Gaga, Baith al Engstein, Kheon dari Syarikat Eon bersaudara, Wan Zam Shah Wan T, Fakhry al Cikgu Pjk, Sophy Sepoy2 lines, Bulu albab dan ramai lagi...
10. Aku dah tak boleh melalak di tingkap atas bilik aku sambil buat video yang tiada motif di facebook..
11. Aku dah tak boleh jerit dari tingkat 3 sambil cakap 'Puyuuuuuuuuuuuuuuu' dekat Farid Al puyuwi..

dan banyak lagi sebenarnya yang aku baru sedar tadi..dan disebabkan perkara inilah aku sedih hiba dan sebak nak tinggalkan Belgrove ni...oklah setakat ini sahaja..Aku dengar bunyi Hon kereta Fakhry ni, kang dia mengamuk sebab lambat mengemas..so aku gerak dulu ar kawan-kawan...mungkin lepas ni korang dah jarang mendengar apa-apa dari aku sebab rumah baru aku takde internet connection lagi so, aku harap korang bersabar menunggu sambungan episod Si 3 jari...cos aku tengah sibuk dengan urusan pindah memindah ni...

And, satu lagi semalam..aku jual Keyboard aku pada student bernama Farah Salha dengan harga 85 euros di atas Consultation dari Syarikat Datin Zahida-al bayan dancing...masa aku nak jual semalam,aku cakap aku nak main buat kali terakhir..tapi alangkah sedihnya,aku dah tak berapa nak ingat apa-apa lagu pun...ok, semoga jumpa lagi...



p/s-insan yang cemerlang datang dari akal, hati yang tenang dan jiwa yang mantap...jadi selamat berAmal...salam ukhuwah dan jumpa lagi..

I was living in one of those house in Kim Keat Avenue. During my school days, I would study late into the night in the tiny little kitchen. There were only two bedrooms in those flats and as they were all occupied by my brothers and sisters and my mother, I didn't want to disturb them by studying there.

But the awful thing was that even if i was studying at about 1 am in the morning, someone in my family, would stay up and potter around the kitchen.


Of course this was distracting but i didn't want to say anything because there were being sweet and keeping my company. However, sometimes if they made to much noise, like washing the dishes at 12.30 or even 1 am, i would scold them, and tell them they should think of the neighbors.


They would continue to wash the dishes or whatever, but do it more quietly. However, they would not go to sleep until I did. This went on for the whole of my study years. If you're wondering how come i could stay up so late and still go to morning school, well, i got into trouble several times for being late. The teachers never believed me when i said i was up studying because there always thought i was something of a rowdy.


When we finally moved out of that Kim Keat flat and into Bandar Botanic. Several years later one of my sisters spilled the beans. She said in those days our Kim Keat flat was haunted. There was aspirit that would wander around all the time and everyone in the family had seen it except me. They assumed i had not seen it because i never mentioned it.


Actually that was a pretty good assumption. I really had no idea of such a thing. Anyway, when they had stayed up with me, it was more than just keeping me company. My family had loyally stayed up to protect me from ghost(even though they themselves are terrified of such things) but had never said a word. Really, there is nothing like a family that cares.


(362 words)
...................

ni karangan adik aku azim tuk exam english dia next week...

inilah kali pertama aku rasa dia berani menceritakan tentang 'Penglihatan Sebenarnya' kepada orang lain(even not in the direct way)...

And just in case if u might wondering...generally the whole thing is the make up version..we are not living in Kim Keat Apartment(aku ingat ni mesti dia dapat idea dari biskut Hup Seng ni..), our kitchen is not that small and my brother is seldomnly study in the kitchen(based on the story, you can guess why)...

but the most important fact and the only truth about this story is just on the last part..

"Anyway, when they had stayed up with me, it was more than just keeping me company. My family had loyally stayed up to protect me from ghost(even though they themselves are terrified of such things) but had never said a word. Really, there is nothing like a family that cares..."
 I dropped down to tears when I read these very last line...yes dear..it's so true...we never ever dare or even pretend to be brave enough to see what you see....to fight the enemy that we can't see...to challenge the thing that can make our heart stop just by staring right to it...But TO PROTECT YOU...THE MEMBER OF THIS FAMILY,,WE ARE MORE THAN READY AND WILLING TO SACRIFICE EVEN OUR VERY OWN LIVES TO PROTECT YOU FROM THOSE EVIL...
we live together, we die together and we support each other...and when we are together as one to protect our aqidah form being taken away by those evil jinn..trust me Allah said in Quran, We Already Won The War(58:21)...insyaAllah...insyaAllah...

Azim, if you are reading this...I just want you to be strong..I will be back, and I will prepare myself to fight 'them' again...and this time by Allah wills, they will suffer and be gone forever..If Allah allow it, You can take that as promise...I will be back,,and they will know this time..I'm prepared...


Satu hari aku call rumah..sebab nak tanya pasal 'benda' ni...pada adik aku...cos dia adalah orang yang paling rapat dengan ibrahim..furthermore,dia bleyh nampak ibrahim dengan jelas...aku, tak dapat kelebihan macam tu...So, aku call la rumah aku tanya pendapat adik aku...

tutt..tutt..tutt..(takde jawapan)..

tutt..tutt...tutt...(masih lagi sunyi)

then, ade orang angkat...

Aku: Assalamualaikum, nak cakap dengan azim...

Azim: waalaikummussalam...ha, azim ni..kenapa bang?

Aku: zim.....(mengambil nafas)...pasal mesej abang tentang 3 jari tu dah datang balik, azim dah tanya ibrahim dah ker belum?

Azim: belum...dia takde kat sini..dia dekat jurusalem, tolong orang islam dekat sana..and kadang-kadang kalau dia datang pun...dia tak bercakap..dia senyum jer...bagi salam, tanya khabar and beri pesan supaya jangan tinggal solat camtu..memang takde mase nak tanya tentang 3 jari tu...
abang rasa betul ker 3 jari tu dah sampai sana??

Aku: abang tak tahu la zim..tapi sejak 2-3minggu ni dia asyik kacau abang jer...abang takde la takut sangat..kalau takde physical contact..tapi ni dia main,sentap-sentap tangan abang..kadang-kadang tu abang rase...(belum sempat aku habis cakap tiba-tiba aku dengar satu hembusan bunyi angin seperti seseorang sedang menyedut..)

Suara di talian berubah: Allo,assalamualaikum..abang ama(abg amal)..abang ama apa khabar dekat sane?

Aku: (aku dapat agak dah siapa yang sedang bercakap ni)...waalaikummussalam ibrahim!!!!! ya Allah,rindunye dengan Ibrahim...ibrahim apa khabar??..'kawan-kawan kita' semua apa khabar?? sihat??

Ibrahim: (suara dia agak lemah sedikit dan tak seceria dulu)...erm, tale ape..macam biase saje la...macam itu juge..cume,sikalang ni manyak sakit-sakit..itu sake tale gune(saka tak guna), manyak antar itu benla-benla(benda2) jahat datang mau kacau sama atik(adik)...jali sikalang manyak susah mahu tahan, mahu negotiate sama itu benda agar jangan kacau sama atik and ini family...abang ama(abang amal)sana apa macam, itu hali saya singgah..sana manyak sijuk!! force(tenaga) saya manyak abes woo, kalau singgah sane...kalang2,saya rest dekat itu masjid besar sana before bole balik...sana masjid manyak syeikh-syeikh alab yang sangat2 tak friendly(jin-jin berbangsa arab penjaga masjid yang tegas)...saya mahu tumpang lehat sikijap saja pun,macam tak suke..tapi apa moleh(boleh) buat, memang perangai jin memang begitu abang ama..dia tak se-friendly saya..the iron syeikh..the most hensuai(handsome dalam kantonis) jini in the world..manyak baik punya jin,saya ini(jin memang suke cakap besar.so korang kena layan jer..)...

Aku: (aku suke dengar ibrahim ni merapu and aku suka juga sakat dia)..hahaha..ibrahim..ibrahim...kau masih sama cam dulu...dah lame tak jumpe perangai kau masih lagi macam ni..hahaha..weyh itu adik punya kesihatan, apa macam? ok ke ibrahim?(aku klau cakap dengan dia,akan ubah gaya cakap macam cakap dengan orang cina juga)

Ibrahim: erm, ok la..kite same2 doa pada God..Dia sulah kasi sinang manyak sangat..God sudah bagi atik kesihatan makin ok...jadi,jangan lupe,hali-hali misti mau doa..abang ama(abg amal), jangan simayang lambat-lambat la..kasi masuk waktu telus simayang(sembahyang) and doa sama God..

Aku: erk(ces, mane dia tahu ni? kadang2 aku terlambat solat) ...bukan tunggu2 ibrahim, kadang2 balik class penat semua..rehat sekejap la...(erk, kena tegur dengan ibrahim,,,agak malu di situ)

Ibrahim: main facebook tu rehat ape pule? jangan ingat saya tala nampak abang ama buat ape silalu?

Aku: (ades, terkantoi lagi)..alar itu pun rehat juge...kadang-kadang mahu dakwah gune facebook ibrahim..hari-hari mahu update status yang berbentuk nasihat...kan nabi kata, agama itu ialah nasihat..jadi kena bagi nasiat la hari-hari..itu macam la...

Ibrahim: itu saya tahu...fazakkir in nafaatizzikro(dia bagi ayat Quran)..tapi saya takut kadang-kadang abang ama kena tipu dengan itu syaiton nirrrojim...

Aku: eh,ape pasal pulak cakap macam tu ibrahim..

ibrahim: iyelah, saya nampak itu syaitan lamai-lamai kasi bisik dekat telinga abang ama suloh update status kasi nasihat pada olang..tapi, abang ama sendili terlambat solat,kadang-kadang..itu kerja syaitan semua...jangan masuk pelangkap meleka(mereka),abg ama...

Aku: astarghfirullahalazim...(beristighfar panjang atas kelalaian aku selama ni)...alamak, macam mana saya boleh tak perasan benda ni ibrahim...lailahaillallah...terima kasih ibrahim...apa pasal lu tak kasi hentam sama itu syaitan, ibrahim..kata lu dulu ketua kungfu shaolin guangzhou, sudah belajar dengan ajajil(Azazil a.k.a Ifrit) sampai pangkat 13, apa macam takut mahu hentam itu syaiton nirronim??

Ibrahim: mane bole,abang ama..itu keja meleka,saya mana boleyh kacau..itu janji meleka..meleka telah besumpah tuk menyesatkan anak adam abg ama...lagipun, meleka semua tu dalam dimension lain...saya dimension lain..kalau hentam pun tale gune...macam pukul angin saje..tapi tale kene meleka...jadi, abang ama..kena selalu beware la setiap kali..tahu, abang ama mahu jadi pendakwah macam saya juge..tapi diri sendiri kena jage tulu, abang ama...itu sulah as-soff abang ama sulah abes bace belum?? 

Aku: sudah ibrahim..(aku paham,ayat mana yang dia tujukan pada aku dalam surah As-soff tu)..

Ibrahim: bagusla macam itu..God tale suke, kita cakap saje..perbuatan mesti sama juge dengan cakap,abang ama...tapi bagus la, abang ama sikalang..darjat manyak tinggi....since, abang ama masuk ini jalan dakwah punya...saya yang sangat tinggi ni pun,sometimes kalau tengok abang ama, sampai kena dongak juge tuk tengok muke abang ama..bagusla itu macam..semua 'kawan-kawan' kite suka tengok abang ama jadi baik like this...and itu hali mase abang ama kena ujian sakit gigi semua itu, duit abes semua..saya tau semua tu masa tu abg ama sangat susah...family jauh..blood keluar tale henti semua sakit, tak bole makan cakap semua...mase tu darjat abang ama sangat tinggi woo...doa abang ama dali Guanzhou sana pun saya bole dengar lagi(entah betul entah tidak si ibrahim ni)...mase tu God kasi uji sama abang ama..nak tengok abang ama, bole jadi pendakwah ke or tale boleh...tapi mase tu doa abang ama sangat makbul...saya bole dengar itu nama abang ama,manyak orang doa waktu itu tuk abang ama..

Aku: eh betul ker ibrahim??

Ibrahim: buat ape saya mahu tipu abang ama..saya bukan tapat(dapat) ape2 pun...tapii..(dia pause sekejap)...saya tengok itu hati abang ama sikalang ade hitam sikit ar,abang ama...ade benda abang ama buat yang abang ama tak bole tinggal kan lagi...so, itu benda kena kasi buang abang ama..nanti benda tu boleh prevent kite mahu buat baik...

Aku: ape benda tu ibrahim?

Ibrahim: saya malas mahu celita la abg ama..abang ama mesti discover sendili, apa itu benda,,apa yang abang ama buat tale baik punya hali-hali...contoh buang mase, tito manyak macam2 lagi..itu semua kena kasi implove(improve)..

Aku: erk...owh yeke?? masih tengah cube lagi ni ibrahim..kasi doa sama saya ibrahim...kasi buang itu perangai buruk semua..

Ibrahim: ok2...sama-sama doa..

Aku: eh, Ibrahim itu 'benda' yang slalu ganggu saya punya..siapa dia ibrahim??

Ibrahim: Owh? itu benda..haiya..manya susah mau cakap...(to be continued)
mereka ada di sekeliling kita..dan melihat segala perilaku kita..Apatah lagi Allah yang Esa di atas sana..jadi, adakah kita masih rasa senang pabila membuat dosa?sekadar renungan...

Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.
Maha Suci Allah setiap pagi dan petang.
Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi,
dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam gulungan orang musyrik.
Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.
Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam.


Dan apabila dipanggil nama bapak aku (Razali-san), oleh sensei japanese(guru bahasa jepun) aku..aku dah mula gelabah:

" Razali-san..konnichiwa..Please come inside"

Aku pun dengan muka 'gulp' yang tak dapat-dapat di-control lagi masuk la dalam bilik Oral Exam..
Aku nampak ade sorang lagi sensei, seorang wanita berumur, berwajah agak tenang seperti wajah novel Isteri hanaoka Seishu..."kalau dia pakai kimono,, masa exam ni..lagi gelabah aku dibuatnya...",getus hati kecil ku sendirian...

Part 1: Jiko-shookai(self introduction)..

Aku: Hajimemashite..(How do you do?)

Sensei berdua: Hajimemashite! (menjawab macam koir serentak..)


Aku memulakan bicara macho: Watashi wa Mohamado Amarudeen desu(Saya ialah Mohd Amaluddin)....mareeshia-jin desu(saya rakyat malaysia)....UCD no gakusee desu(saya pelajar UCD)...
Watashi no senmon wa igaku desu(saya pelajar jurusan perubatan)...Ichi-nensee desu(tahun pertama)...

tiba-tiba aku ter-pause sebentar sebab aku ter-blank seketika...err...err...watashi wa..watashi wa..err..

Muka sensei berdua macam orang dalam rancangan 'REGU' or 'JANGAN LUPA LIRIK'...muka diorang cam berharap giler agar aku sambung lagi self-introducion aku...pastu tiba-tiba idea datang balik...watashi no tanjoobi wa ni-gatsu yokka desu(birthday saya 4 februari)...ni juu ni-sai desu(saya berumur 22 tahun)...

Watashi no Daburin ni sundeimasu(saya tinggal di Dublin)...Watashi no kazoku wa roku-nin desu(ahli keluarga saya ada 6 orang)...chichi to haha to ane ga hitori to ani ga hitori to otooto ga hitori to watashi desu(ayah dan emak dan seorang kakak dan seorang abang dan seorang adik dan diri saya sendiri)...

Chichi wa kaishain desu(Ayah saya pekerja Office-aku bantai je pekerja office sebab nak senang hafal)Haha mo kaishain desu(mak saya pun kerja kat office)....ane wa ni ju nana-sai desu(kakak saya 27 tahun)...ani wa ni juu yon-sai desu(abang saya 24 tahun)...otooto wa juu roku-sai desu(adik saya 16 tahun)...

Watashi wa bareeboruu dai suki desu(saya sangat suke bermain volleyball)...sakka moo suki desu(dan bermain bola juga)....watashi wa Eego ga dekimasu(saya boleh bertutur dalam bahasa inggeris)...Nihon-go ga sukoshi dekimasu(dan saya juga boleh bertutur dalam bahasa jepun sikit-sikit)...Yoroshiku Onegai shimasu(Nice to meet you..)

.......................

Selesai sahaja part introduction, dia pula tanya tentang hobi mak, hobi ayah and macam-macam lagi ar..sampai ar part sensei wanita berumur yg mempunyai wajah seiras isteri hanaoka sishu tu pun bertanya: " otooto-san wa nan sai desu ka?(berapa umur adik kamu)"...

Aku plak blur2 waktu tu, aku just dengar 'Otosan' jer iaitu ayah...aku dengan confident interval nya pun jawab pantas tanpa bersegan-silu lagi...Go juu-sai desu!(50 tahun!)...

Sensei berdua tu pun tiba2 terperanjat beruk: Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! So desu ka?(Owh,really?)


Aku jawab: Hait!! (Benar!!)

Sensei wanita berumur tu pun dengan spontan nya mulalah bercakap bertaburan dan berhabukan dalam bahasa japanese menerangkan kepelikan bagaimana boleh terjadi abang and kakak aku 20 lebih..and adik aku plak boleh berumur 50 tahun!!!..dia siap buat tangan-tangan lagi,tunjuk kecik and besar(part tangan dia tu aku memang tak bleyh blah)..and then, dia sambung explain cakap bahasa japanese pasal tua and muda..adik and ayah...Tiba-tiba,Ha !!!bila dia mention adik dan ayah tu baru aku paham kenapa dia buat muka Ripley's Believe It or Not sebentar tadi..

Aku: Sumimasen(Owh, maafkan saya)...Otooto-san wa juu roku-sai desu(Adik saya berumur 16 tahun)...(bukan ker aku dah cakap masa awal-awal tadi? gi tanya semula kenapa?"chitt punya Isteri hanaoka Sishu", bisik hati kecil ku)

Part 2:

Aku nak beritahu kepada semua budak yang tak ambil Exam oral japanese lagi..format part 2 ni..Korang akan diminta pilih beberapa card, then korang kena cerita apa yang ada dalam card tu..ala, semua yang kita belajar pasal preposition tu..atas,bawah,depan, belakang semua...take note: kalau object tu ade colour, sebut sekali colour dia..nanti dapat markah lebih...


Part 3:

Korang akan diminta pilih beberapa card lagi, and berdasarkan kaji selidik yang aku jalankan..ini dia punya format:

Card pertama: Korang kena bersembang dengan sensei pasal keluarga(kazoku)...soalan-soalan seperti ni sai(berapa umur)...go-kyoodai wa nan nin desu ka?(berapa orang adik-beradik)...shumi(hobi)...shusshin(tempat tinggal)...shigoto(pekerjaan)...dan lain-lain lagi yang berkaitan jangan ditingglkan...

Card kedua: Kitorang melabel card ni sebagai 'Card Kohii to aisukuriimu' cos Card ni kalau dapat memang paling senang la..kau sebagai buyer kena hafal 2 lines conversation jer dalam Part Conversation di Cafe pada buku Japanese and Culture tu...

Card ketiga: Agak mencabar..korang kena menjadi buyer kepada kamera(camera)...semua line as buyer tu korang kena hafal ok?...line yang paling best skali dalam Card Kamera ni ialah...takai desu ne(mahal nyer camera ni)...motto yasui no wa arimasu ka?(takde yang lagi murah ker?)...aku dapat part ni..and nak tahu tak Sensei isteri hanaoka sishu ni jawab ape?..aku tak tahu nak tulis dalam bahasa jepun dia..tapi setakat yang aku paham ialah"eh, memang lah mahal..dah nak beli kamera,takkan harga dia sama macam kohii(coffee) kot?" 
 hahaha...aku nak tergelak bila dia jawab camtu..sumpah line macam tu takde dalam buku..lepas dia pusing2 cakap pasal kamera pastu aku cut terus cakap..sore no o kudasai(saya nak yang itu)...dia tanya,Nani-iro ni shimasu ka?(kamu nak colour yang mana satu?)...kalau ikut jawapan buku sepatutnya, kiroi no o kudasai(yang warna hitam tu)..tapi aku jawab 'up' sket..akai no o kudasai(yang warna merah tu)...selepas tu aku tutup conversation dengan Arigatoo gozaimasu(terima kasih)..

Aku pulang dengan hati yang lega..syukur..walaupun tak se-smooth yang aku jangkakan tapi aku berjaya jawab semua soalan...Alhamdulillah...kepada budak-budak nakal yang tak ambil oral lagi...minasan wa ganbatee kudasai desu(all the best korang semua)...salam...



...Sebenarnya sejak dua tiga minggu ni,aku didatangi makhluk lain..dia dah tak tindih dah..tapi dia suka tarik tangan aku..sebenarnya bukan tarik..dia sentap tangan aku sampai aku terjaga...

Mula-mula tu aku ingat kan Ibrahim Khalilullah;  jin pendamping adik aku...tapi bila lepas 2-3 kali dia buat camtu, aku dapat rasakan yang benda ni bukan Ibrahim...cara dia kasar..dan setahu aku, Ibrahim tidak pernah menyentuh aku pun..paling kasar pun dia main sorok-sorok barang-barang aku or campak-campak barang..paling horror pun dia tulis tulisan cina dekat cermin bilik air aku and dia buat muka macam opera cina masa aku tengah solat..tu jer..tapi benda ni lain...aura yang aku rasa pabila dia  berada di sekeliling aku tidak seperti aura si ibrahim...

Bercakap tentang aura..sebenarnya, kita semua mesti tertanya-tanya mengapa kalau kita jumpa makhluk halus jer kita rase bulu roma kita meremang or menegak...sebenarnya itu adalah tindak balas tenaga yang dipunyai oleh Jin or makhluk halus yang berada di sekeliling kita tu...Hal ini kerana, Jin diciptakan oleh Allah daripada Api...:

“Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (QS Al-Hijr 15:27).
...Oleh kerana Api atau haba adalah salah satu bentuk tenaga..jadi apabila dia bertemu dengan manusia yang jelas zatnya dari tanah..kita akan merasa tenaga itu...dan sebab itulah bulu roma kita meremang apabila dikenalpasti adanya makhluk jin di sekitar kita...tapi kita perlu tahu bezakan meremang yang macam mana...bukannya meremang kejap-kejap macam korang rasa sekarang apabila membaca tentang jin ni..tapi meremang yang lama...dan disusuli satu perasaan yang sangat-sangat tak sedap hati...selalunya nafas kita akan menjadi sedikit sesak, macam orang tua-tua kata, rasa macam ketat dada..ha, kalau macam tu, barulah petanda yang jelas bahawa makhluk Jin ni berada sekurang-kurangnya beberapa jengkal jer mengadap korang!!!



Sebelum tu, aku nak cerita sikit tentang Jin yang bernama Ibrahim khalilullah ni...takut korang kata syirik ke ape ker...camni, beberapa tahun lepas..adik aku terkena sihir dan santau orang..so, dia sakit teruk...sampai bertahun-tahun berubat..Allah turunkan bantuan seorang jin islam yang datang tolong mengubat adik aku dengan izin Allah..nama dia Ibrahim Khalilullah...dia ni kelakar, kebudak-budakan, suka makan kfc dan suka menyakat kucing hitam....dia berikan adik aku nampak alam makhluk halus dengan izin Allah katanya, supaya mudah adik aku mengelak santau yang dihantar kepadanya...secara tempiasnya aku terkena juga sikit-sikit ilmu adik...Ibrahim pernah tanya aku, aku nak lihat ke alam jin..aku pernah tanya adik aku best ker dapat tengok benda-benda ni..adik aku cakap kalau aku berani membuka mata dan terjaga dari tidur serta tiba-tiba melihat ada lembaga mata merah atas almari, ada perempuan berambut panjang berwajah lebih hodoh daripada cerita seram di tv bertenggek sisi katil dan ada toyol botak berbadan hijau bertaring tajam semua merenung tepat ke arah kau pada tengah-tengah malam buta tu dengan wajah yang bengis,,ambil ar ilmu tu...so, aku terus ter'gulp' sebentar dan tobat aku cakap aku taknak nampak..cukuplah adik aku sorang..

So, Ibrahim ni dia selalu lah datang tolong adik aku masa kitorang tengah susah lawan santau ni dulu...and macam mana aku berinteraksi dengan ibrahim? aku pun tak tahu macam mana aku nak jelaskan..tapi aku just faham apa yang dia cakap and dia paham apa yang aku cakap..kitorang bersembang dalam hati dalam kepala..orang tak dengar...hanya aku dan ibrahim jer dengar...macam ala-ala telepati ar...cuma aku belum boleh move object dengan mata jer..haha..so camtu ar kitorang berinteraksi...Ibrahim ni kelibat dia tinggi...kalau dia berdiri di rumah aku, dia kena tunduk even kepala dia dah cecah syiling pun...dia berbangsa cina dari Guangzhou...bermuka berseri bercahaya berkat amalan dia..berjanggut putih lebat dan berjubah putih..muka dia macam manusia tapi agak lonjong sedikit dagu dia macam ala-ala muka hantu scary movie 1...tapi takde la sebijik camtu..sebab dia jin islam..muka dia bersih dan agak hensem juga seperti pelakon hong kong..cuma muka dia putih pucat macam pelakon opera...lebih kurang macam inilah..tapi tinggi lagi..


...Tapi sekarang, bila adik aku dah nak makin sembuh...Ibrahim dah tak datang menjenguk sangat dah..bila ditanya mengapa..dia menjawab ringkas,tugas dia sudah selesai dan Allah tak izin kita bersama(boleh rujuk surah jin kenapa)...dia kata lagi,manusia itu diutuskan sebagai khalifah dan tugasnya besar...manusia tidak boleh minta bantuan pada Jin tanpa izin Allah,takut mendatangkan SYILIK (syirik sebenarnya,tapi sebab dia bangsa cina dia sebut syilik).....bila ditanya Ibrahim, apa yang dia nak buat selepas ni..Ibrahim kata, dia nak merantau ke seluruh dunia dan hendak menjadi seorang pendakwah tuk menyebarkan agama Allah..and kalau kitorang nak panggil ibrahim tuk tanya something tentang benda-benda ghaib ni, kitorang akan baca surah waqiah dan niatkan tuk sampai di telinga ibrahim...nescaya dengan Izin Allah, dekat mana pun kita berada atas dunia ni, dia boleh sampai dekat kitorang..kerna Jin boleh bergerak selaju bunyi...dia bergerak tersangat pantas...tapi tak boleh kalah pergerakan malaikat..malaikat boleh bergerak selaju cahaya..lagi laju...pasal surah waqiah tu, itulah surah yang mula-mula menggetarkan hati Ibrahim tuk peluk islam...just tuk makluman, Ibrahim peluk islam melalui keluarga aku dalam badan adik aku to be specific..masa mula-mula dia datang dekat kitorang dia belum islam lagi...dia kata dia 'free thinker'..korang nak percaya ke tidak lantak ar...tapi lama-lama, dia terbuka tuk peluk islam setelah abang aku selesai membacakan surah waqiah padanya...pada waktu tu dia menangis dengan begitu kuat seperti tangisan seorang bayi..dan bergegar rumah aku dengan suara tangisan dia..dan pada itu rahmat Allah sampai padanya dan dengan lafaz bismilah dia mengucapkan Pengakuan saksi dua kalimah syahadah di hadapan kami...to be continued..aku ade kerja sket..esok-esok la aku update lagi...