kita tahu hidup susah..

Archive for April 2011

Prakata: Entri ini ditulis setelah selesai membaca nota syarahan glomerulonephritis 2(maksud prakata: jangan expect ianya akan menjadi kelakar)

Glosarri Peperiksaan
MEMBUAT NOTA : ADALAH merupakan kegiatan yang tidak berfaedah kerana anda akan menyalin semula hampir semua apa yang ada dalam nota syarahan sambil menambah lebih lagi apa yang ada dalam buku rujukan.

BUKU RUJUKAN: sejenis buku yang hanya dibuka apabila menjelangnya peperiksaan.

ALAT-TULIS: kumpulan beberapa jenis peralatan yang digunakan untuk menconteng kertas A4

NESCAFEE: sejenis drug yang dihalalkan kegunaannya untuk pelajar.

MAKANAN RINGAN: bahan kunyahan yang amat mudah dijumpai di sekeliling meja stadi.

SKYPE: sebuah software yang amat berguna untuk mendapatkan suntikan motivasi ketika rasa nak berhenti buat medic.

KAWAN-KAWAN: kumpulan manusia yang membuatkan anda rasa lebih cuak untuk menghadapi peperiksaan.

PLAYLIST: kumpulan lagu-lagu jiwang yang diulang kerap di laptop dengan harapan berjaya menambahkan motivasi. Tapi sebenarnya menghilangkan konsentrasi.

FACEBOOK DAN YOUTUBE: di waktu exam,merekalah teman sejati.

VITAMIN B-COMPLEX: sejenis botol supplement yang ibu bapa anda sorokkan dalam beg anda sebelum anda fly.

JAM : kelihatan berputar dengan super pantas ketika study week.

TIDOR: sesuatu perkara yang anda buat selalu, tanpa anda sedari.

KEAZAMAN: sejenis perasaan yang lahir ketika study week jika anda jarang kelihatan di kelas.

TARGET: sejenis sasaran yang anda letakkan sebelum exam dan anda rendahkan standardnya hari demi hari.

SOLAT HAJAT: tiba-tiba menjadi amalan.

BERAT BADAN: usah dicerita.

HOMESICK: symptomnya makin kronik pabila anda berani mendendangkan lagu-lagu raya.

 
p/s- selamat berjuang rakan-rakan..




..Kemudian Gua buat-buat tak kisah. Gua tahu gua sedih. Tapi korang bukan paham pun. Korang mat bola. Gua bukan mat bola. Gua bukan tahu apa lu orang cakap pasal bola. Kalau lu orang tanya gua pasal Ronaldinho. Gua mati-mati ingat mamat brazil tu still main kat barcelona. Gua tahu korang akan ketawa berdekah-dekah. Tapi,ade gua kisah. Gua bukan mat bola.

Gua tak tahu pasal bola. Gua tak tahu pun main bola. Bola yang gua tahu main ialah bola tampar dan hiperbola. Iya, gua pakar hiperbola semua cerita. Gua boleh buat cerita tipu jadi real. Tapi gua tak suka menipu. Jadi cerita yang gua hiperbola semestinya cerita kisah benar. Ah, gua malas la nak cerita pasal hiperbola. Gua nak bagitau korang pasal politik malaysia. Dan cerita pasal politik malaysia ni gua janji gua tak buat sampai hiperbola.

Gua ekceli tak minat sangat politik ni. Yelah korang kata politik ni kotor dan jijik. Tapi gua rasa politik tu tak kotor dan jijik. Cuma orang yang masuk politik tu buat politik ni nampak kotor dan jijik.

Gua mula minat pasal politik ni bila anwar ibrahim masuk penjara. Gua satu famili memang minat Anwar Ibrahim. Abah gua lagi minat pasal Anwar Ibrahim ni. Perkara yang boleh buat gua sembang-sembang sempoi dengan bapak dan abang gua ialah tentang PAS dan Anwar Ibrahim. Kitorang boleh berbicara berjam-jam tentang dua perkara ini di rumah.

Gua masih ingat pada PRU 12 yang lepas, Gua dan abah gua tunggu dari pagi sampai ke malam tuk tahu keputusan PRU ni. Dan bila tahu 'Team' yang kitorang sokong menang besar pada PRU 12 yang lepas, gua satu keluarga meloncat macam budak-budak sebab terlampau excited dengan kemenangan 'Team' kitorang itu.

Alar, macam korang support team bola. Apa yang korang rasa bila team korang menang? mesti korang happy giler kan waktu tu. Sampai korang tidur pun still tersenyum gembira sampai ke telinga. Begitulah aku dan politik malaysia. Rasa seronok akan kemenangan 'team' kitorang tu melebihi keseronokan bermain bola tampar dan paint-bola.


Korang mungkin tak rasa ambil tahu tentang politik ni penting. Sebab korang tak rasa politik ini ada boleh ade effect dalam life korang dan awek korang. Tapi ironinya, nanti korang jugak bakal melenting. Jika harga barangan, tol dan minyak petronas naik melambung. Korang terpaksa pakai modenas cabuk pulak tuk balik kampung. 

Itu contoh mudah la gua bagi. Kalau korang nak gua bagi contoh yang hiperbola seperti isu ekonomi dan free education tuk semua. Mau korang termuntah pening kepala.

Jadi nak dijadikan cerita. Hari ni gua sedih la pasal sarawak. Kalau korang rasa,dalam diri tu ada sedikit rasa patriotik rakyat malaysia. Korang tak perlu lah nak buat nasi lemak sambal belacan tuk santapan sarapan seharian. Tapi korang boleh la google tentang kisah sedih politik 30 tahun di sarawak. Dan kalau korang dah paham dan hadam tentang corak pemerintahan di sana, korang kan paham kenapa hari ni gua ucapkan 'tahniah' kepada Taib Mahmud dalam keadaan hati masam mencuka..