kita tahu hidup susah..

Archive for January 2011

Ramai orang sibuk nak mengubah Dunia..tetapi dia lupa nak mengubah Diri Sendiri..

Ramai orang sibuk nak mengejar Dunia..tetapi dia lupa nak mengejar akhirat..

Ramai orang sibuk nak mengejar akhirat...tetapi dia lupakan segala tanggungjawabnya di dunia..

Ramai orang begitu bersemangat nak berjaya..tetapi dia lupa dan malas tuk berusaha

Ramai orang ingin mendirikan rumahtangga..tetapi lupa untuk bersiap menghadapinya...

Ramai orang sayangkan isteri/suami..tetapi dia lupa tuk menyayangi ibu dan bapanya...

Ramai orang cintakan Allah..tetapi dia acapkali membuat perkara yang dilarangNYA..

Ramai orang sayangkan Nabi..tetapi ramai yang lupa tuk berselawat atasnya..

Ramai orang yang memegang jawatan dan tanggungjawab...tetapi dia lupa tuk menyempurnakan tanggungjawab yang sedia ada...

dan sahabat...

Ingatlah...

Ramai orang yang bersiap sedia tuk hidup...tetapi ramai di antara kita yang terlupa tuk bersiap-sedia menghadapai pengakhiran sakratulmaut kita....



Ya Allah, ruginya aku jika berada di kalangan mereka...

p/s- untuk rakan-rakan yang menghadapi exam..saya mengharapkan agar dalam kesibukan anda mentelaah pelajaran ini..jangan pula terlupa tuk memperuntukan masa tuk berdoa kepadaNya..Dia lah Yang Maha Penentu baik buruknya pengakhiran segala cabaran hidup kita.. bitt taufiq wannajah..

Oh ya sebelum tu kalau ade yang tak tahu lagi..pada winter 2010 ni aku telah pergi ke PUISI yang merupakan pelengkap kepada misi melihat struktur organisasi dan gerak kerja keseluruhan Persatuan yang dikenali sebagai PPIMI (Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland)..

Amal pergi PUISI?? 

ya..aku pergi puisi...kau tak percaya apa lagi labu?

ketika rakan-rakan seangkatan ramai yang futur dalam gerakan dakwah kerana fed up akan cara pendoktrinan persatuan yang lain...aku memilih tuk tidak futur, tapi lebih berhati-hati dalam memilih jemaah pada kali ni...

jadi Persatuan yang berada dalam fikiran aku pada kali ni ialah PPIMI...

sebenarnya aku dah lama dah dok perhati gerak kerja PPIMI ni, cumanya tidak berpeluang tuk melihat dengan lebih dekat...jadi aku pun mengambil keputusan tuk ke PUISI tuk lihat bagaimana cara mereka bekerja...

1. Kecekapan dalam menyelesaikan masalah



Iya, aku memang fed up cos tak dapat bilik pada awal datang(sebenarnya memang salah aku cos baru daftar pada malam sebelum PUISI)...tapi  ketidak puashatian aku pantas di selesaikan oleh comittee yang bertugas..dan tak lama selepas itu aku terus diberikan penempatan...SYABAS kerna CEKAP!!!


Tak lama selepas pembukaan kami terus diberi makanan...nyum..nyum...lazat plak tu..MANTAP cos tak lambat serve makanan....

Masalah tandas lelaki diselesaikan dengan baik, walaupun tidak dapat mencari jalan penyelesaian yang baik...ok lah, aku malas complaint tentang tandas...aku harap next time korang ade solution yang better la...

2. Modul PUISI yang mantap...



PUISI ni tak seperti program yang lain...yang mana peserta di tauhu sumbatkan dengan content yang berat-berat selama berjam-jam(hello, orang lepas exam nak relax-relax..ape yang kau expect dari budak-budak yang nak berholiday di musim sejuk???)

PUISI ni menampilkan modul yang lebih ringan dan banyak menekankan Individual Development dan Self Motivation, sebelum disedarkan dengan kewajipan berdakwah di akhir modul...Ianya amat bersesuaian dengan kesemua tahap lapisan iman dalam diri individu yang berlainan tahap...aku yang lemah iman ni pun merasakan ianya merupakan Program yang terbaik tuk permulaan kepada kehidupan mahasiswa muslim...

Di samping itu, Penceramah Modul pula merupakan Ustaz-ustaz yang popular dan memang berpengalaman dalam menyampaikan Modul program...wah,,hebat2...setahu aku takde sorang pun peserta lelaki yang tertidur waktu ceramah...first time aku tengok takde orang yang tidur waktu modul ceramah disampaikan...THUMBS UP...

3. Banyak games dalam LDK



sebelum ni aku pernah tertipu dengan program yang lain yang mana kami di gula-gula kan dengan Perhimpunan Main Salji..tapi main salji kejap jer...tapi Puisi bolehlah dikatakan perhimpunan main salji yang sebenar kerana memang kami betul2 pun main salji....

aku tertarik dengan cara PUISI handle SNOW FIGHT...begitu tersusun dan teratur...nampak lebih adil dan sistematik(even fasi main salji dengan cara yang kurang telus..haha)....

dan LDK-LDK yang lain, aku rasa begitu menyeronokkan....bukannya macam perhimpunan yang lagi satu di mana, dalam aktiviti LDK diulang semula ceramah yang telah disumbatkan selama berjam-jam...tak ke muntah hijau...

4. Perkara remeh-temeh dititikberatkan..




i. makanan di Puisi adalah melebihi rating 5 star...dan alhamdulillah kenyang....

ii. Penempatan katil yang sangat selesa....

Masa aku pergi ke perhimpunan yang lain pada tahun lepas...Dua perkara yang penting ni di remeh-temeh kan....dengan alasan, " kite pergi program bukan nak pikir makan dan tidur"...

barangkali comittee yang organised program tu perlu menambah bacaan pada syllabus Motivational theory agaknya...

memanglah content program tu lebih penting...tapi bagaimana kita nak meningkatkan motivasi dan semangat peserta program jika tidak diberi makanan yang cukup dan penempatan yang selesa...maka amat sukarlah objektif program itu nak dicapai....

tapi saya bersyukur rakan-rakan saya di PUISI amat-amat menitikberatkan perkara sebegini..SYABAS INSPEKTOR SAHAB...


5. Adanya Malam Apresiasi Islam(MASAI) di malam akhir program...



aku rasa benda ni wajib la tuk setiap program...cos kita nak lihat sejauh mana, peserta program mampu menghadam setiap content dalam modul yang disampaikan....di samping itu ianya mampu mengeratkan ukhuwah di antara peserta-peserta program...

6. Ok ni aku nak comment sikit tentang PUISI...

i. Aku tak tahulah orang lain..tapi bagi aku yang ade pengalaman serba sedikit handle program dan jadi fasi...aku nampak sangat kelemahan sesetengah fasi waktu handle LDK...

salah satu cara nak atasi kelemahan fasi waktu handle LDK ni ialah dengan memastikan setiap fasi telah melalui dahulu LDK tersebut sebelum program PUISI ni dijalankan....

so, fasi takdelah macam baru mula2 buka instruction LDK....tapi aku takleyh nak comment banyak la cos waktu ni pun budak-budak UCD baru jer abes exam..so camner nak buat fasi punya training kan?? so next time kena improve la tentang ni...

ii. Aku rasa perkara satu lagi ni pun korang dah aware kan? iaitu pembahagian kumpulan yang tak sistematik dan kucar-kacir cos ramai peserta UK tak dapat datang sebab flight delay

....memang seriously nampak serabut la waktu awal-awal tu....aku tahu korang memang dah siap2 planning tuk peserta2 UK yang sedia ada kan? tapi yang aku kesal is korang ade lebih dari 3 jam tuk selesaikan masalah pembahagian kumpulan ni before event pembahagian kumpulan dibuat

...tapi takde tindakan yang proaktif tuk menangani masalah ni...so bagi aku,,,agak upset la...next time please la improve..cos, ramai mata-mata dan mulut-mulut yang memerhati korang pada program tu...so kena BE CAREFUL sikit...

7. In Overall, PPIMI, PPIMG dan PPMC mempunyai gerak kerja yang begitu tersusun dan kemas..



Aku melihat kehebatan sesebuah organisasi tu bukan pada ketuanya..tapi pada ajk nya...jika ajk nya pandai dan bertanggungjawab dalam tugasnya..maka hebatlah sesebuah persatuan itu..tak kira sekecil mana pun jawatan ajk itu....

aku mengambil contoh Sahabat saya Nuruddin...jawatan AJK keselamatan jer...in which kalau takde ajk ni pun, aku rasa Puisi still mampu bejalan dengan baik

...tapi hebatnya ajk Puisi...jawatan sekecil ajk keselamatan ni telah digalas oleh Nurudddin dengan begitu serius sekali sehinggakan dia memikirkan tentang probability kami tergolek jatuh dalam tasik dan diculik serigala sepanjang perjalanan pergi dan balik ke tempat Modul ceramah...

even agak kelakar..tapi, kalau korang pandang dari kacamata seorang pemimpin, korang akan nampak betapa hebatnya sesebuah organisasi itu kerana mempunyai barisan committee seperti Nuruddin...

Jadi, aku rasa PPIMI, PPIMIG dan PPMC telah melepasi expectation aku sebagai sebuah badan dakwah yang cekap dan mempunyai saf kepimpinan pelapis muda yang juga mantap saban tahun...SYABAS bette!!





p/s- saya tidak mewakili pihak PPIMI dalam membuat opinion ini...so, don't give any bad image to PPIMI for my writting..we are separate legel entity...

-kepada organiser persatuan yang lain, saya meminta maaf kerana agak laser menegur program anda...tapi, berfikirlah secara positif tuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada..

-so, sebab aku berpuas hati dengan program PUISI ni, aku telah pun mendaftar sebagai ahli PPIMI pagi tadi...harap borang aku diproses dengan kadar yang segera...