kita tahu hidup susah..

Archive for May 2011

Summer kian menjelang. Ini bermakna junior-junior baru akan datang membanjiri setiap universiti di Ireland. Ini juga bermakna fenomena yang sama akan berlaku saban tahun.


Q: Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan fenomena yang sama itu?


A: Fenomena itu berbunyi 'Pre-school Indoctrination' atau nama glamournya PSI...


Q: Ada apa dengan PSI ini?


A: PSI ini bermaksud, bermulanya sesi CSBTJYPR iaitu akronim bagi 'Cabaran Siapa Boleh Tarik Junior Yang Paling Ramai'..

Q: Siapa yang layak menyertai Cabaran ini?

A: Oh, antara syarat-syarat kelayakan ialah anda kena commit dalam satu-satu pertubuhan dan anda mempunyai jiwa pendakwah pertubuhan..pertubuhan islam favourable..

Q: Bagaimana kalau saya tak commit dengan mana-mana pertubuhan tapi saya cuma nak berkenalan dan menyambut sahaja kedatangan junior-junior yang baru datang?

A: Oh, baguslah..kalau begitu anda boleh teruskan usaha murni anda tanpa mendaftar kepada Cabaran yang bakal berlangsung ini.

Q: Saya ada berkawan rapat, dengan  a few junior di tempat saya ni..tapi takdelah baik sangat sampai hari-hari hantar makanan,,jadi layakkah saya memohon?

A: teeettt !!!! TIDAK ! MAAF ANDA SEMESTINYA BUKAN CALON YANG KAMI CARI..

Q: Bagaimana kiranya saya tidak mengguna nama pertubuhan sangat, tapi saya gunakan nama islam itu dahulu tapi sebenarnya memang saya nak suruh dia commit dalam Pertubuhan saya ni, adakah saya masih layak memohon?

A: TAHNIAH, ANDALAH CALON YANG KAMI CARI !! sila mulakan usaha anda sekarang jika tidak mahu kehilangan junior...

Q: Selaku wakil persatuan, Saya memang ditugaskan untuk menjaga kebajikan dan perumahan junior-junior yang baru datang ni, tapi saya buat atas dasar ikhlas dan tanggungjawab untuk melihat kebajikan dan perumahan mereka terjaga. Ke mana mereka ingin menghala selepas itu, terpulang kepada niat dan minat mereka..Jadi adakah saya layak memohon?

A: Teett !! anda kurang satu kriteria, takpe cube lagi di tahun-tahun hadapan.

Q: Saya memanglah berdaftar atau pun telah ikhlas untuk commit dalam sesebuah persatuan islam yang ada. Saya teringin nak bawa mereka mengenal islam agama yang syumul ni. Walaupun saya akui ada di antara ikhwah-ikhawah saya yang agak fanatik menarik junior sehingga tidak membenarkan langsung mereka mengikuti program-program lain, TAPI IKHLAS SAYA KURANG BERSETUJU dengan cara mereka ni. Yang mengawal dan mengawasi setiap pergerakan junior dari A-Z...Jadi adakah saya layak untuk memohon masuk cabaran ini?

A: Maaf, seperti yang kami nyatakan tadi..anda masih belum layak untuk AFUNDI masuk ke Cabaran ini..Kalau anda masuk pun, percayalah anda konferm kalah cos anda tidak fanatik.

Q: Saya pernahlah masuk usrah masa first year dulu, tapi bila dah besar gedabak ni rasa malas pulak nak pergi...Tapi saya gemar bersukan, dan saya selalu ajak dan rapat dengan junior-junior yang kuat bersukan. Jadi, saya nak tanya adakah masih ade lagi peluang untuk saya memasuki Cabaran ini? Ana mohon pencerahan..

A: Erk, saudara pon nak memohon? takpelah kot, saudara teruskan jer niat murni saudara untuk mengajak lebih ramai orang yang bersukan..ade hadith sahih tentang kebaikan bersukan ni...Qawiyul Jismi pun merupakan salah satu ciri muwasafat tarbiyyah..teruskan usaha mengajak lebih ramai junior/rakan untuk bersukan ok?

Q: Salam, maaf saudara saya nak menegur sikit. Saya ni bukanlah dari persatuan ke ape ker. Cuma saya rasa tak manis lah saudara guna Perkataan Junior untuk kawan-kawan kita yang baru datang ni. Kan lebih manis kalau guna perkataan Sahabat/Kawan/Rakan dan sebagainya. Barulah mereka rasa diri mereka ni dah besar dan matang sikit. Ni asyik panggil junior jer, sampai mereka diri mereka rasa diri mereka tu kecil sangat. Maaflah,sekadar menegur..

A: Oh, terima kasih saudara atas teguran..InsyaAllah sama-sama kita baiki diri untuk tidak mendoktrin sahabat-sahabat baru kita ni dengan pelbagai jenis 'kemewahan hidup' ketika mereka berada di Ireland agar mereka lebih matang dalam menempuh ranjau dan pahit jerih kehidupan yang sebenar di bumi orang ini. 

Q: Maaf ye saya dari Cheras, ingin bertanyakan satu soalan, masih bukak lagi ke Q & A ni?

A: Maaf ye kami dah tutup sesi Q & A ni sejam tadi. Mungkin lain kali kita boleh sambung lagi. Ini pun dah panjang sangat ni. Penat orang nak membacanya...harap maklum,sekian..