CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, February 1, 2010

:: P E L A R I A N ::

ketika aku tulis post ni bermakna aku baru sahaja habis tercungap-cungap dari berlari...

sambil bersembunyi di belakang pintu yang dikunci rapi..

bersebelahan almari dan lampu meja study..

menggigil-gigil aku kesejukan berlari sendirian membelah kepekatan malam di tengah-tengah kesejukan angin dingin di UCD...

...................

(5 jam sebelum kejadian di atas berlaku)

seperti biasa seorang budak medic yang rajin memasuki computer lab dengan tenang dan bersahaja atas niat mahu print out lecture notes...

kemudian seperti biasa lagi dia buka computer dan check email tanpa sebarang kekok lagaknya...

tiba-tiba si lelaki itu tertarik dengan salah satu email yg masuk dalam inboxnya tentang pembukaan volleyball club for beginners...

3 jam selepas itu, kelihatan si lelaki itu kelihatan berada di perkarangan Sports Centre dengan pakaian sukan yg sesuai tuk bermain volleyball...

(setelah sampai di tahap ini..anda patut tahu bahawa si lelaki rajin yg diceritakan itu ialah aku..)

...................

setibanya si lelaki itu di pintu masuk Hall A Sport Centre UCD...

satu perkataan jer yang mampu lelaki itu ucapkan...

M A S Y A A L L AH...

INI KAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TEAM BEGINNERS??

G I L A   T I P U   P U N Y A   E-M A I L...!!

...........

so, aku terpaksa lah main dengan diorang yang terer tahap dewa ni selama 2 jam...

selamat aku tak bayar registration fees tuk masuk team sebanyak 40 euros...

lepas abes main selama 2 jam...

ok sumpah aku cakap..aku memang kelihatan tak terer bila bermain dengan gergasi-gergasi ni...

pastu coach bagi rehat jap minum air...

then, aku terus cabut berlari sampai bilik...

harap-harapnya..coach tu tak call aku la...

sebab aku beri phone number tadi...

aiseyh.....kalau dia call...mati aku nak jawab aper...

mintak-mintak dia tahu bahawa aku memang tak terer and tak call aku...

ok bye...mahu mandi dan revise subjects hari ni...

salam...



Sunday, January 31, 2010

:: Selamat Hari Khamis malam Jumaat ::

perhatian: aku dah siap post ni minggu lepas tapi aku terlupa publish...

baru lepas mandi daripada Dissection Practical Mediastinum(area in which the heart is located)

Dissect yang kedua tuk minggu  ni...

and esok aku ada satu lagi dissection heart yang terakhir...

Minggu ni antara minggu yang terbanyak ar buat dissection...

normally satu minggu ada satu jer...

so, hidung dan tangan ni dah tegar sungguh dengan bau cadaver yang menusuk-nusuk tu...


..................

tadi pergi dissection tak naik beskal...

macho la katakan...

so, aku memilih tuk berjalan sahaja...

sebenarnya, bukan apa..aku tak tahan dengan angin kuat dan sejuk di waktu petang-petang kat dublin ni...

so, lebih baik berjalan...

excercise lebih sket...

badan pun dah makin gumuk...

....................



tadi jugak aku pergi class dengan Jacket MARA...

inilah kali kedua aku pakai jacket ni...

yang pertama ialah sewaktu aku nak fly aritu...

sengaja juga pakai jacket ni tadi...

kerna jacket ini mengingatkan aku bahawa aku dipilih dan ditaja tuk belajar di sini...

dengan allowance lebih kurang RM 4500 sebulan...

lebih tinggi dari gaji aku sebagai seorang doctor nanti....

so, harap-harapnya aku tidak membazirkan duit rakyat tuk dihantar ke sini...

..........................



tadi dalam dissection room, aku dapat instructor yang superb best...

aku pun banyak jawab...cos dah baca dah before masuk tadi...alhamdulillah...

hari ni bleh ar dikatakan antara dissection yg terbaik pernah aku pergi...

..............


dalam dissection mayat tadi nampak banyak tumour...

and most probbably si mati itu adalah perokok tegar...

lungs dia pun hitam..

sebagai ingatan pada diri sendiri...

untuk katakan taknak kepada rokok...

..........................

minggu ni masuklah minggu kedua aku...bergelar sebagai seoarang pendakwah percubaan...

memang tak nafikan kerjaya sebagai pendakwah ini sukar...

dan tugasnya berat...

tapi aku dah bulatkan tekad tuk berada di jalan ini...

demi menjaga Hidayah Allah yang Allah lahirkan dalam bentuk nikmat iman dan islam..

dan sesungguhnya hidayah itu milik Allah...

sekali ianya datang...harus dijaga dan digenggam seerat mungkin...

kerna, mungkin ianya kali yang terakhir....

...................

hari ni, benda yang tak baik aku buat ialah aku skip class population health...

bukan apa, aku naik bengong dengan semua study-study and research-research yg ada...

so, aku gunakan masa tu tuk study respiratory dan vascular biology...

...............

semalam lambat pergi Quranic circle(usrah)...

kesian Irfan...ketuk2 rumah aku banyak kali...

tapi akhirnya aku terbangun jugak and sempat ber-QC sekali...

dan semalam jugak...

tiba-tiba, ada mat salleh yang mabuk apa ntah...

ajak kitorang pergi birthday party and minum arak...

dugaan..dugaan..

and dia tak nak beralah selagi kitorang tak pergi...

akhirnya it ended up with religious debate...

bukan kitorang nak pun buat debate2 ni..

tapi entah dia nak sangat ber-debate...

so, kitorang berdebate lah dengan dia...

sampai dia give up dan keluar dari rumah tu,...

.............



aku beli bed sheet dan duvet cover baru...

bilik pun dah ader perfume..

harum sungguh bilik sekarang...

tak payah pakai aromatic candle dah...

syukur...Alhamdulillah..

kehidupan makin sempurna since mula memahami islam yg sebenar...

......

Friday, January 29, 2010

:: Tentang Bulan Penuh dan Marikh ::


malam tadi lepas balik dari city...

lepas makan malam...

lepas solat...

lepas mandi...

lepas sembang dengan En. Toyol Syafiq bukan nama sebenar...

lepas tengok status member-member kat facebook suruh tengok marikh dekat sebelah full moon di langit Dublin...

lepas buka tingkap di bumbung...

lepas amek kerusi letak tepi tingkap tu...

dan lepas buka tingkap sambil menahan kesejukan angin malam di Dublin...

lepas tunggu 2 minit mencari Planet marikh tu...

Subhanallah..ianya benar-benar sebuah planet marikh di sebelah bulan mengambang...


 

bersyukur kerna dapat menyaksikan kejadian Allah yang sangat hebat ni...
berita lanjut di sini...



Saturday, January 23, 2010

:: If You Might be asking....::



The answer is YES..

I want you back for real...

not because I don't want to console you...

I just dunno how....

...............

I don't think that you might forgive me for what I've done...

I'm quite preoccupied with my study in this newly-commenced semester...

Hope you'll understand my current situation...

I just don't have much time to do the things I did in the past...

..................

And...if you might be asking the question whether I still want you back...

The answer is ALWAYS A YES...

do come back,dear....

I ALWAYS WANT U TO BE BACK, BY MY SIDE...

......

missing you...

Thursday, January 14, 2010

:: Word of the Day ::

Dah lame dah tak buat motivational quotes ni...

well, dah nak start semester baru ni..

eloklah ade kata-kata semangat untuk dijadikan sumbu pelita ke arah kejayaan semester ni...

so, nilah yang baru cipta tadi...

hope it might benefit u as well...

....

I know I'm not The only One...


But, still I'm the one...


I Know I cannot do everything...


But, still I can do something...


I know I cannot change the world..


But, still I can change myself..



I know the obstacles ahead is big....


But, still my ambition is bigger...


I know that people might not needing me...


But, still I wanna treat them...



I know that studying endlesly is useless...


But, still I need to study....


I know that the salary as doctor is not that much..


But, still I wanna become a Doctor!!...

....