kita tahu hidup susah..

Archive for February 2010

Kawan saya kata, Kita ni ibarat menaiki satu kapal..Sampai satu pulau, kapal tu berhenti..Kapten Kapal tu kata, Ambillah seberapa banyak bekalan sebelum kita teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi yang sebenarnya...

 

 

...............

 

 Ade satu golongan betul2 ambil seberapa banyak bekalan untuk teruskan perjalanan untuk ke destinasi yang sebenarnya..Ade satu golongan tak ambil bekalan pun, dia stay terus kat pulau tu dan lupa bahawa dia akan teruskan perjalanan semula..  

 

.............

 

Kapten Kapal tu kata, Orang2 yang TAK AMBIL BEKALAN tu ialah orang yang rugi, sebab di destinasi seterusnya kita akan hidup lamee sangat berbanding di pulau ni..manakala, orang2 yang AMBIL BEKALAN tu ialah orang yang beruntung sebab dia tak lupa akan matlamat sebenar kapal tu singgah sebentar kat pulau tu..dan dekat destinasi sebenarnya dia ada ladang, pokok, mahligai, ternakan, dan macam-macam lagi yang dia nak..

...................


Tapi Kapten Kapal ni sangat2 penyayang..even Dia tahu ade yang lupe akan tujuan sebenar kapal tu singgah sebentar kat pulau tu pun, Dia tak terus tinggalkan orang-orang ni..Dia HANTAR beberapa orang pilihan Dia tuk pergi mengingatkan orang-orang yang terlupa ni agar sama2 semua boleh ambil bekalan tuk ke destinasi seterusnya..

 

....................

 

Dia kata dekat orang pilihan Dia..bahawa kamu akan ditentang dan dilawan habis-habisan atas tugas ini..Tapi jangan risau..di Destinasi seterusnya nanti orang2 yang menentang ini akan berterima kasih kepada kamu sebab ingatkan mereka tuk bawa bekalan sikit sebagai kegunaan tuk destinasi seterusnya nanti..

 

 ...................

 

Dia kata lagi pada Orang2 pilihanNya..kalaupun kamu bersedih sekarang dekat pulau ni..nanti dekat destinasi yang seterusnya, Kapten Kapal tu nanti akan sentiasa senyum dan gembirakan hati orang2 pilihanNya.. 

 


Saya ada satu Tuhan..DIA selalu tengok dan jaga saya..Setiap masa dia berikan saya kesihatan untuk belajar dan udara untuk bernafas..setiap kali saya sakit, DIA mesti beri saya sembuh dengan cepat..

 

 .................. 


 DIA kata dalam KITAB DIA......saya ade tugas kat atas dunia ni..dan DIA hidupkan saya pun atas sebab dia nak saya penuhi tugas tu..DIA nak masukkan saya ke dalam syurga..Jadi DIA beri saya kefahaman tentang agama saya untuk saya ambil dunia ini sebagai jalan ke akhirat..

 

 ....................

 

DIA MARAH jika saya tinggalkan tugas dan tanggungjawab dunia semata-mata untuk kejar akhirat..kalau macam tu buat apa DIA jadikan dunia ini, kalau saya terus membuangnya? DIA kata saya mesti belajar bersungguh-sungguh seperti saya akan hidup 1000 tahun lagi dan mesti beribadat juga bersungguh-sungguh seperti saya akan mati esok hari...

 

.....................

 

Tuhan saya sangat sayang pada saya sepertimana DIA sangat sayang juga kepada makhlukNya yang lain..DIA berikan saya macam-macam nikmat dan kelebihan..DIA berikan saya peluang tuk dapat scolarship dan study dekat overseas..Tapi dulu saya tak pernah nak berterima kasih pada DIA..tapi dia sikit pun tak marah kat saya, even saya tak pernah pun nak tunjukkan saya bersyukur pada DIA..


...........................


Tapi kini saya rasa DIA sangat2 sayang pada saya..DIA keluarkan saya dari kejahilan dan tipu daya dunia untuk saya kembali menunaikan tanggungjawab saya yang sebenar..DIA timpakan saya dugaan untuk saya lebih dekat dengan DIA..DIA selalu jaga hati saya dengan tipu daya dunia yang sementara..sebab mungkin DIA nak beri saya masuk syurga yang kekal abadi....


............................


Tapi kini saya takut..kerna mungkin hari ini saya dekat denganNya,tapi mungkin esok DIA balikkan hati saya agar berpaling padaNya..Jadi saya selalu doa agar DIA tidak buang saya lagi macam dulu..Saya nak terus berada di jalan ini, dan ajak kawan2 saya juga untuk sayang DIA..dan oleh sebab itu..
saya sangat SAYANG TUHAN SAYA..


..................


kadang-kadang hati ini rasa sedih..

dan agak terguris...

bila diri mahu kembali kepada ajaran Islam dan berubah..

ada saje suara-suara yang menerjah...

mengatakan kau dulu seperti orang tak tentu arah...

mengamuk, mengutuk sambil bersumpah seranah

" eleh, kau tu mal dulu lagi teruk bergelumang dengan dosa dan jahilliyah"

sambil mengatakan aku ni dulu tak pernah langsung nak beribadah...

sedih....sedih...sedih...ya Allah..


...................

tapi bila aku fikir-fikirkan balik...takpelah..

sekurang-kurangnya aku kini telah cuba berubah...

solat, quran dan sunnah sudah menjadi lumrah...

tidak lagi menjadi orang yang tak tentu arah...

yang dah lepas tu..lepaslah...

mengapa harus kita utarakan ke tengah...

ampun dan minta taubatlah kepada Allah...

dan hanya kepada Dialah kita berserah...

Moga peluang untuk ke Syurga lebih cerah..

moga Allah izinkan malaikat maut tuk cabut nyawaku dengan mudah...

dalam keadaan diriku masih mampu mengucapkan kalimah syahadah..insyaAllah..

..........................



" Jika Allah mahu kurniakan kebaikkan kepada hambaNya..nescaya Allah akan berikan dia kefahaman pada Agamanya "

Hadith Rasulullah (s.a.w)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang:

Eloklah jikalau saya mulakan pemberitahuan gembira ini dengan memetik ayat dari surah Al-Insyirah iaitu Ayat 5-6..

" setiap kesulitan itu pasti ada kesenangan "...

1. Petang tadi saya pergi berjumpa dengan dentist yang merawat saya untuk rawatan susulan mencabut lebihan fragment akar gigi yang hancur serta beberapa prosedur yang perlu diambil untuk persediaan surgery yang dijadualkan minggu hadapan..

2. Setelah beberapa x-ray dibuat dan melihat kepada keadaan gusi saya..Masya Allah, Dentist tersebut benar-benar terkejut...Dia menyatakan kadar penyembuhan gusi saya sangat-sangat cepat dan tiada sebarang tanda-tanda awal infection di kawasan yang luka teruk tersebut seperti yang dijangkakan..

3. Cumanya, yang masih menyakitkan gusi saya adalah beberapa fragment yang masih lagi belum dikeluarkan pada appointment pertama...lebihan frgament gigi itu dikeluarkan dengan mudah sebentar tadi tanpa pendarahan yang banyak..Dentist tersebut juga memutuskan untuk tidak menjahit kawasan yang berkaitan kerana dia percaya dengan kadar penyembuhan yang luarbiasa cepat seperti ini..tiada masalah yang akan berlaku pada luka tersebut...

4. kadar penyembuhan gusi yang tampak positif dan berpotensi untuk hidup itu benar-benar di luar jangkaan Dentist tersebut dan akhirnya dia memutuskan untuk membuat conclusion:

" BY OBSERVING AT THE FAST RATE OF HEALING..THEREFORE THERE IS NO LONGER NECESSARY FOR IMMEDIATE DENTAL IMPLANT SURGERY.."

5. ALHAMDULILLAH..keputusan itu benar-benar melegakan hati saya dan juga rakan-rakan yang turut sama risau akan keadaan saya...

6. Saya hanya perlu membuat rawatan susulan setiap minggu selama beberapa minggu sehingga gusi saya benar-benar sembuh dan terhindar dari sebarang jangkitan yang serius sehingga terpaksa dibedah..

7. menurut kata Dentist..Walaupun, possibility untuk infection pada remaining roots itu masih ada..akan tetapi dengan kadar penyembuhan yang cepat begini dibantu dengan pengambilan antibiotik yang berterusan, peluang untuk sembuh dan gusi itu hidup adalah amat cerah...

8. oleh itu, wang donation yang mencecah 1200 euros itu akan saya gunakan sebaiknya untuk membiayai kos perubatan dan rawatan susulan yang dijadualkan serta membayar perkhidmatan tadi termasuk cost Temporary Dentures yang baru siap dengan kadar segara sebentar tadi juga, bagi menutup bahagian gusi yang terdedah kepada infection, iaitu 540 euros..

9. Dan dengan itu juga saya, dengan ini saya mensarankan agar segala TABUNG AMAL UNTUK AMALUDDIN..yang dbuat atas nama saya, sebaiknya dibekukan serta-merta...kerna sudah tiada keperluan lagi untuk membaiayai cost rawatan surgery yang mahal...ALHAMDULILLAH..

10. Dengan ini, saya mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih di atas segala doa sahabat-sahabat yang berada di sekitar Ireland dan Uk terutamanya Ikhwah MSM serta PPIMI juga PMCSA di atas segala sokongan yang diberikan kepada saya sepanjang saya menempuh dugaan Allah ini..

11. Tidak lupa juga kepada, rakan-rakan di UCD sendiri yang menjual kek, muffin , jemput pisang dan sebagainya untuk membantu membiayai rawatan saya...jasa kalian semua tidak akan saya lupakan bila-bila...terima kasih..juga tidak dilupakan team pembuat bubur..

12. Suka saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan kata-kata seorang Dentist yang merawat saya sebentar tadi..

" IF YOU DO BELIEVE IN GOD, U BETTER THANK HIM FOR THIS.."

Ya Allah..sebentar tadi KAU campakkan aku dalam KESEDIHAN, KESAKITAN DAN KEGELISAHAN ...tapi kini dalam SEKELIP MATA KAU BERIKAN AKU KEMUDAHAN, KESENANGAN DAN KEGEMBIRAAN...aku bersyukur padaMU Ya Allah..

...Demi Allah...takkan saya lupakan gambar-gambar yang membuatkan saya benar-benar terharu hingga mampu menitiskan air mata ini :

 

 


ketika aku tulis post ni bermakna aku baru sahaja habis tercungap-cungap dari berlari...

sambil bersembunyi di belakang pintu yang dikunci rapi..

bersebelahan almari dan lampu meja study..

menggigil-gigil aku kesejukan berlari sendirian membelah kepekatan malam di tengah-tengah kesejukan angin dingin di UCD...

...................

(5 jam sebelum kejadian di atas berlaku)

seperti biasa seorang budak medic yang rajin memasuki computer lab dengan tenang dan bersahaja atas niat mahu print out lecture notes...

kemudian seperti biasa lagi dia buka computer dan check email tanpa sebarang kekok lagaknya...

tiba-tiba si lelaki itu tertarik dengan salah satu email yg masuk dalam inboxnya tentang pembukaan volleyball club for beginners...

3 jam selepas itu, kelihatan si lelaki itu kelihatan berada di perkarangan Sports Centre dengan pakaian sukan yg sesuai tuk bermain volleyball...

(setelah sampai di tahap ini..anda patut tahu bahawa si lelaki rajin yg diceritakan itu ialah aku..)

...................

setibanya si lelaki itu di pintu masuk Hall A Sport Centre UCD...

satu perkataan jer yang mampu lelaki itu ucapkan...

M A S Y A A L L AH...

INI KAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TEAM BEGINNERS??

G I L A   T I P U   P U N Y A   E-M A I L...!!

...........

so, aku terpaksa lah main dengan diorang yang terer tahap dewa ni selama 2 jam...

selamat aku tak bayar registration fees tuk masuk team sebanyak 40 euros...

lepas abes main selama 2 jam...

ok sumpah aku cakap..aku memang kelihatan tak terer bila bermain dengan gergasi-gergasi ni...

pastu coach bagi rehat jap minum air...

then, aku terus cabut berlari sampai bilik...

harap-harapnya..coach tu tak call aku la...

sebab aku beri phone number tadi...

aiseyh.....kalau dia call...mati aku nak jawab aper...

mintak-mintak dia tahu bahawa aku memang tak terer and tak call aku...

ok bye...mahu mandi dan revise subjects hari ni...

salam...