kita tahu hidup susah..

Archive for August 2010

Masih segar di ingatan ketika aku duduk baring-baring di waktu malam bersama Arep selepas satu pengisian di Dublin..

Arif Sayadik merupakan Brother yang menjadi kegemaranku dalam bersembang...

Arif yang mesra dengan panggilan arep sahaja ternyata begitu mesra dengan juniors even perbezaan umur kami cukup ketara...

Tapi, arep tak kisah..segala persoalan demi persoalan yang aku lontarkan..dapat arep jawab dengan penuh hemah..

Selalunya Kami akan bersembang hingga ke subuh, kemudian bangun tuk berjemaah di masjid bersama...

dengan hanya berselimutkan sleeping bag bagi menahan kedinginan bayu malam di Dublin, ternyata tidak mampu menjadi pengahalang tuk aku melepaskan peluang tuk mendapatkan ilmu dari seorang Brother yang cukup tinggi ilmunya...

...........................

Aku: Arep Syahadatul Haq tu apa?

..tidak seperti yang lain yang lebih sukakan jawapan 'surprise'.., arep tidak mempunyai masalah langsung tuk share ilmunya tentang Program Tarbiyyah Syahadatul Haq yang bakal berlangsung minggu hadapan...

Arep: aku beritahu kau skit sebanyak yang aku tahu...Actually, Syahadatul Haq tu adalah berpadukan sebuah buku yang dikarang oleh Syeikh Abu A'la Al-maududi...Ianya berkenaan dengan tanggungjawab kita terhadap syahadah yang kita lafazkan,...iaitu keperluan tuk berdakwah seperti generasi para sahabat...

...Aku makin berminat mendengar penerangan dari arep...

Arep: ......bla..bla...bla...nanti di akhir buku tu, Abu A'la akan kata kalau kita bersetuju dengan amalan dan gerak kerja jemaah yang kita ikuti sekarang...Ikutlah mereka.....Jika kita tidak bersetuju dengan amalan dan gerak kerja mereka, kita keluarlah dan cari jemaah lain yang lebih sesuai dengan cara kita....Jika kita masih lagi tidak menjumpai mana-mana jemaah yang sesuai dengan diri kita...Kita tubuhlah satu jemaah baru yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah yang bersesuaian dengan cara kita untuk menggerakkan kerja dakwah kita dan menyempurnakan Tuntutan Syahadah yang kita lafazkan...

......Kemudian aku bertanya lagi tentang perkara-perkara yang lebih santai...yang lebih relaks...seperti perkara sosial kehidupan dan sebagainya....ternyata jawapan dan penerangan dari arep, memang tak pernah menghampakan aku...

................................


TAPI SAYANG SERIBU KALI SAYANG...

Tak lama selepas Irfan dan sahabat-sahabat pulang ke tanah air bagi meneruskan pelajaran di PMC...arep pula mengikuti jejak mereka sejurus selepas menamatkan pelajaran perubatan di Dublin...

Beberapa hari sebelum arep pulang ke Malaysia..aku lihat arep cuba kelihatan ceria...arep lah yang banyak meng-organise beberapa perjumpaan sosial kami seperti Besday Pizu, jamuan makan-makan mingguan, jamuan berbuka puasa dan sebagainya..selain itu kelibat arep, semestinya amat sering dilihat tatkala dalam permainan bola pada waktu petang...

Arep menggunakan sepenuh masa yang ada padanya di bumi dublin ini tuk bersama kami..Arep juga sempat memberikan beberapa tazkirah-tazkirah  dalam beberapa program sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia...

Bagi kami, kehilangan arep seberat kehilangan irfan dan rakan-rakan...Bagi aku, Arep dan Irfan adalah di antara dua Insan yang paling hampir tuk aku menganggap sebagai abang kandung sendiri....ternyata segala ilmu, nasihat dan tunjuk ajar mereka lah yang menjadikan aku Amal yang sekarang....

...................................

Aku sedar pada hari ini, Dua orang insan ini ternyata sedang bersedih...mendengar akan keputusan yang aku ambil baru-baru ni...kerna mungkin doa serta harapan mereka padaku cukup-cukup tinggi menggunung...

Irfan: " Amal, ketiadaan aku ni, aku harap kau terus istiqamah dalam kerja-kerja dakwah ni..bantu senior-senior dan sahabat-sahabat tuk bimbing yang lain...semoga satu masa nanti kita berjumpa lagi di Malaysia dalam keadaan masing-masing masih lagi berada di atas jalan ini.."

.........................

Buat, abang-abangku Arep dan Irfan, sekiranya engkau berdua merupakan di atara 150 lebih pelawat yang membaca laman blog aku ni semalam dan kelmarin...aku ingin katakan, InsyaAllah...aku akan bersama anda semua..setelah, adik aku sembuh...doakan akan kesihatan adik aku..yang makin tidak menentu ini..sudah 6 kali Ramadhan kami menyambut dalam keadaan yang tidak pernah sempurna kerna keadaan adik yang tidak mengizinkan....InsyaAllah, aku akan terus berjuang bersama-sama anda semua setelah Allah perkenankan doa kami agar adik sembuh....

Tahun ini mak dan ayah aku, mendapat panggilan menunaikan haji...InsyaAllah, mungkin kali ini Allah nak beri petunjuk dan bantuan tuk menangani masalah kami...Minta sama-sama doakan kesejahteraan keluarga aku...

...." Pertemuan kita kali ini...
bukan sekadar kawan lama tak jumpa...
Tapi kita bertemu ada satu makna...

KITA PUNYA SATU PERJUANGAN...."

irfan with his sparkling smile.. 

 arep; as mysterious as always..



Semalam, menyaksikan kebanjiran pelawat ke blog aku...

89 visitors to be exact for a day...that's quite a number!

bayangkan aku dah tak buka blog nak dekat 3 bulan..

tapi, semalam punya visitor sahaja mengalahkan visitor yg datang selama 3 bulan...

sekarang mesti tengah hot story yang aku nak tinggalkan gerak kerja dakwah..

......................

Sebenarnya TIDAK..

aku tak pernah sekali terlintas nak tinggalkan gerakan dakwah ni cuma mencari angin yang baru...

aku cuma maksudkan, yang aku nak try masuk jemaah lain yang lebih fleksibel gerak kerjanya dengan masa aku pabila aku di Malaysia kelak...

Tarbiyyah dan Dakwah akan terus subur dalam diri aku, insyaAllah...

banyak comments kawan-kawan yang memberikan support..

Syukur, aku dikurniakan kawan-kawan yang baik...

......................

Di sini,aku ingin menegur ikhlas satu gerakan Dakwah di Dublin yang sepatutnya melakukan perubahan tuk terus menarik minat student-student tuk bersama berjuang di dalamnya:

1. Segelintir approach mereka yang bawa usrah harus diperbetulkan...
 
   Kita haruslah memberikan peluang tuk pelajar-pelajar baru mengikuti apa-apa sahaja program atau event yang mereka kehendaki asalkan bukan yang melibatkan arak dan pergaulan bebas...Janganlah, kita terus halang mereka nak masuk dikir barat or perform dalam Malaysian Night or get involved in any events...Kita selalu rasakan yang adik usrah kita akan berfikir seperti kita..sebenarnya tidak, mereka bukan clear sangat lagi tentang fikrah perjuangan kita...INI tak pasal-pasal kita nak tegur, and halang mereka dengan berkata, " Islam takan naik kalau kita masih ade masa tuk bersuka-ria dalam Malaysian Night!!"...Niat yang betul, akan tetapi maaf..cara anda mungkin tidak kena...
 
 
2. Kalau nak terus mengekalkan minat ahli-ahli usrah...Program kita harus lebih 'R E M A J A'..
 
   Sudah kita tahu, yang aim kita ialah para pelajar oversea first year..yang mana kesemua mereka ini adalah remaja...Kita bukan aim pada postgrad ke aper...SO, aktiviti kita jangalah macam aktiviti orang tua...Ni tidak, setiap program adalah ceramah, tazkirah, dan usrah itu sahaja...Yes, I'm agree with jaulah and so on...But, I would like to concentrate on the regular activities..WHY NOT, bila nak buat program pada sebelah malamnya tu, kita sekalikan program itu dengan aktiviti games or sport yang ringan2 di sebelah petangnya...contohnya kita ajak main volleyball ker..futsal ker...treasure hunt ker..and macam-macam lagi..and pada sebelah malamnya kita selitkan program tarbiyyah...Barulah timbul minat, budak-budak nak join aktiviti kita..Kalau tidak, akan selamanya kita takkan boleh bersaing dengan Gerakan-gerakan lain yang mungkin lebih appealing..
 
p/s-sport tu hanya cadangan..mungkin ada perkara lain yang boleh kita lakukan bersama..seperti kelas masakan dan sebagainya..
 
 
3. Janganlah membuat KERAHSIAAN yang melampau...
 
   Antara masalah yang terbesar yang boleh menghalang orang lain tuk bersama anda semua ialah pabila anda mengamalkan kerahsiaan yang melampau...Sebagai contoh, pabila kita nampak some of our seniors baru balik dari UK..and kita tanya mereka," Buat apa di UK?"..selalunya mereka akan jawab:
 
"Owh, takde apa-apa..belum sampai masa kau lagi tuk tahu.."

" Kau masih lagi berada di bawah, bila kau dah sampai level atas sket, da bawa usrah..kau tahulah kenapa kitorang ke UK"
 
..Susah sangat ker nak cakap yang kitorang pergi sana sebab ade program tarbiyyah sket tuk tambah ilmu or ade syura sket kat sana nak bincang tentang next program...Susah sangat ker??

..Ataupun bila kita tanya tentang program yang kita ter-missed kepada senior-senior kita..."Macamana program semalam?"...

" Eh, mana boleh beritahu..kalau nak tahu..datanglah sendiri..."

...Ataupun bila kita mendengar senior kita berbincang tentang seseorang tentang satu program yang bakal berlangsung...Kita pun menegur tuk mencelah..Program apa ni?

..diorang pun dengan tergesa-gesanya menjawab ringkas, " Err..er..takde apa-apa...nanti korang tahulah bila sampai waktunya"

....Don't get me wrong..aku bukanlah tak setuju dengan konsep kerahsiaan yang berpatutan..tapi, kerahsiaan yang melampau sebegini sebenarnya boleh menimbulkan rasa syak adik-adik usrah tuk terus berjuang dalam Gerakan Dakwah..Kerna kita pun tahu bahawa THE most fundamental PILLAR in TRUSTING SOMEONE is No Secret...So, benda camni kena check balik...

4. Boleh tak kalau kita jangan memisah-misahkan persahabatan orang lain?

    Sebagai contoh, Kita lihat Si Rasyid(Individu A) ada potensi tuk pergi jauh dalam gerakan dakwah......dan kita tahu Si Rasyid berkawan dengan Si Rasyad(Individu B) yang kurang berpotensi dan mungkin melambatkan Si Rasyid tuk terus berjuang...Jadi, kita mengmbil keputusan tuk memisahkan atau merenggangkan persahabatan Si Rasyad dengan Si Rasyid...dengan cara:

1. Tidak membenarkan Si Rasyid berada dalam satu kumpulan Usrah dengan Si Rasyad...

2. Menjemput Si Rasyid ke satu program atau aktiviti..tetapi tidak menjemput Si Rasyad..Jika, Si Rasyad hendak join program yang sama...Kita hantar Si Rasyad pergi ke hari lain agar Si Rasyad tidak berjaya mempengaruhi Si Rasyid dan kawan-kawan lain....even, Si Rasyad tak pernah ade intention pun nak pengaruh orang lain and semangat dia berkobar-kobar nak join program dengan kawan baik dia...akhirnya, Si Rasyad keluar dari circle kita and Si Rasyid pun hilang semangat...

3. Kalaupun Si Rasyid dan Si Rasyad berada dalam program yang sama, Kita akan sedaya-upaya tuk tidak memberi mereka peluang tuk berada berdekatan...Sebagai contoh, Si rasyid akan berada dalam kumpulan Senior A, manakala Si Rasyad berada dalam Kumpulan Senior B...Kumpulan Senior A akan berada jauh dari Kumpulan Senior B, agar mereka susah tuk bertemu dan berada berdekatan...

and macam-macam lagi lah cara yang digunakan tuk kita jauhkan Rasyid dengan Rasyad..Satu perkara yang aku rasa anda semua terlepas pandang is you are dealing with matured and high intelectual individuals..Mereka sangat-sangatlah sedar akan usaha-usaha anda semua yang nak renggangkan mereka ni...Even niat kita baik...tapi harus kita ingat, kadang-kadang Si Rasyid bersemangat join program sebab ada si Rasyad..kalau program tu takde Si Rasyad, kemungkinan besar semangat Si Rasyid akan terus down..So, tentang hal ni, seriously kita kena muhasabah balik...

.........................


Sebenarnya, perkara ini bukanlah dilakukan oleh SEMUA mereka yang berada dalam perjuangan....hanya segelintir kecil sahaja..akan tetapi perkara yang dilakukan oleh segelintir kecil sahaja ini, mampu mencacatkan seluruh institusi Gerakan Dakwah kita..kerna kita memberikan mesej yang salah kepada adik-adik usrah kita tentang konsep dan cara perjuangan kita...

Semoga terus Thabat di jalan yang DiredhaiNya sahabat-sahabatku...
 
 

p/s- Ramai yang suruh saya jangan berhenti menulis cerita hantu...Aku pun sebenarnya memang nak menulis cerita-cerita jin dan alam ghaib...cuma tidak berkesempatan...tengoklah nanti, bila-bila dah takde apa nak buat kat dublin...


"Apa khabar Amal Dakwah?"

"Kenapa tak datang Program?"

"Kau dah jauh tertinggal dalam program tabiyyah"

"Sampai bila pula kau nak hanya menerima..dan bila Pula kau nak Memberi?"

"Medan perjuangan kita di Malaysia,,sementara di Ireland hanya latihan"

"Sila buat itu , buat ini, pergi sana, pergi sini, tolong sana, tolong sini"

......................

Tarbiyyah??

Dakwah??

erk?

aku nak tanya sikit siapa di antara mereka yang berjuang ni..ade tak ditimpa ujian family members sakit? sakit yang kita kena jaga setiap masa?? Sakit yang memerlukan kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tuk membantu dalam penyembuhannya??

Kalau ade, aku nak jumpa...and kalau takde,,,kali ni aku nak bagitahu lagi dan lagi YANG AKU ADA ADIK YANG SAKIT ...

FULLSTOP!!

.....................

Aku nak join program, tapi mak bapak aku tak beri...suruh aku jaga adik aku di rumah...Sebagaimana, kita ketahui...Perintah ibu-bapa kita adalah wajib...Kalau kita tengah solat sunat pun, then suddenly parent kita panggil...kita kena tinggalkan solat sunat tu tuk menyahut panggilan mak dan ayah kita yang WAJIB...INIkan pulak kalau dah terang-terang parent kita suruh dan minta tolong kita..memang kita tak boleh tolak...

...............

So, secara konklusinya, aku nak buat announcement yang aku dah takde hati nak teruskan bersama 'korang' yang push-push aku buat itu, buat ini, pergi sana, pergi sini....and bila aku cakap aku tak dapat pergi sebab ada urusan keluarga...masing-masing tarik muka....

Ah, sudahlah...!

Aku rasa terkilan dengan sikap segelintir korang yang rata-ratanya sibuk nak berfikir tentang perjuangan sana, perjuangan sini...tapi bila nak dealing with issue-issue orang yang tak dapat join 'korang' sebab hal-hal tertentu....masing-masing, cam buat tak paham...

ISLAM itu agamanya SYUMUL...

ISLAM itu bukanlah berkaitan tentang isu perjuangan semata..

Kita sibuk nak perjuangkan ISLAM, sampaikan kadang-kadang kita terlupa nak mengamalkan Islam secara keseluruhannya...

.............

Aku mengambil keputusan ini atas, satu hadith yang aku baca dan fahami:

Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya(keluarganya) dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahliku(keluargaku)”.
...............
InsyaAllah, aku akan tetap jua berjuang dan menyumbang dalam perjuangan menerusi medium-medium yang lain...yang lebih fleksibel dengan tanggungjawabku....

Segala ilmu, ajaran, nasihat serta doa sahabat-sahabat yang berada atas nama perjuangan ketika aku berada di dalamnya, amatlah aku hargai...
Aku rindukan Ikhwah-ikhwah dalam perjuangan ini...tapi apakan daya, kita mengikuti jalan yang berlainan walaupun matlamat kita sama...


InsyaAllah, jumpa lagi rakan-rakan..jika Allah izinkan...