"Apa khabar Amal Dakwah?"
"Kenapa tak datang Program?"
"Kau dah jauh tertinggal dalam program tabiyyah"
"Sampai bila pula kau nak hanya menerima..dan bila Pula kau nak Memberi?"
"Medan perjuangan kita di Malaysia,,sementara di Ireland hanya latihan"
"Sila buat itu , buat ini, pergi sana, pergi sini, tolong sana, tolong sini"
......................
Tarbiyyah??
Dakwah??
erk?
aku nak tanya sikit siapa di antara mereka yang berjuang ni..ade tak ditimpa ujian family members sakit? sakit yang kita kena jaga setiap masa?? Sakit yang memerlukan kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tuk membantu dalam penyembuhannya??
Kalau ade, aku nak jumpa...and kalau takde,,,kali ni aku nak bagitahu lagi dan lagi YANG AKU ADA ADIK YANG SAKIT ...
FULLSTOP!!
.....................
Aku nak join program, tapi mak bapak aku tak beri...suruh aku jaga adik aku di rumah...Sebagaimana, kita ketahui...Perintah ibu-bapa kita adalah wajib...Kalau kita tengah solat sunat pun, then suddenly parent kita panggil...kita kena tinggalkan solat sunat tu tuk menyahut panggilan mak dan ayah kita yang WAJIB...INIkan pulak kalau dah terang-terang parent kita suruh dan minta tolong kita..memang kita tak boleh tolak...
...............
So, secara konklusinya, aku nak buat announcement yang aku dah takde hati nak teruskan bersama 'korang' yang push-push aku buat itu, buat ini, pergi sana, pergi sini....and bila aku cakap aku tak dapat pergi sebab ada urusan keluarga...masing-masing tarik muka....
Ah, sudahlah...!
Aku rasa terkilan dengan sikap segelintir korang yang rata-ratanya sibuk nak berfikir tentang perjuangan sana, perjuangan sini...tapi bila nak dealing with issue-issue orang yang tak dapat join 'korang' sebab hal-hal tertentu....masing-masing, cam buat tak paham...
ISLAM itu agamanya SYUMUL...
ISLAM itu bukanlah berkaitan tentang isu perjuangan semata..
Kita sibuk nak perjuangkan ISLAM, sampaikan kadang-kadang kita terlupa nak mengamalkan Islam secara keseluruhannya...
.............
Aku mengambil keputusan ini atas, satu hadith yang aku baca dan fahami:
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya(keluarganya) dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahliku(keluargaku)”.
“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya(keluarganya) dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahliku(keluargaku)”.
...............
InsyaAllah, aku akan tetap jua berjuang dan menyumbang dalam perjuangan menerusi medium-medium yang lain...yang lebih fleksibel dengan tanggungjawabku....
Segala ilmu, ajaran, nasihat serta doa sahabat-sahabat yang berada atas nama perjuangan ketika aku berada di dalamnya, amatlah aku hargai...
Aku rindukan Ikhwah-ikhwah dalam perjuangan ini...tapi apakan daya, kita mengikuti jalan yang berlainan walaupun matlamat kita sama...
InsyaAllah, jumpa lagi rakan-rakan..jika Allah izinkan...
salam alayk~
Syafakallah kepada adik anta ya Amal? InsyaAllah.. Anta jaga adik anta di rumah.
Cuma, pada pendapat ana.. Dakwah dan Tarbiyyah itu bukan hanya pada program yang kita hadiri. InsyaAllah.. Lebih kepada output yang dihasilkan.
Lihat sahaja orang yang ke sekolah belajar macam2 tapi akhirnya menggunakan ilmu yang dia pelajari ke jalan yang salah.
Jom buka AQ dan lihat kepada surah At-Tahrim ayat ke 8.
InsyaAllah.. Mungkin Allah nak latih anta jadi doktor muslim yang baik?? Dapat practice jadi doktor awal2 lagi dan praktikkan apa yang anta belajar melalui dakwah + tarbiyyah kepada adik anta?
Moga mampu untuk terus bersabar. Mungkin yang berkata sedemikian itu tidak mengerti apa yang anta sedang lalui. InsyaAllah.. Nanti dah jumpa, beritahulah baik2.. kenapa itu dan kenapa ini..
^_^ Cheer up my bro..
Ramadhan Kareem~
Lil biruny: jazakallahukhairan kathira ya syeik..
Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah...jalan terbaik adalah istiqamah dalam Islam di mana jua, di ketika mana jua...
Semoga tarbiyyah dan perjuangan tidak berhenti dengan 'full stop' kepada program...kerana ia adalah rencah hidup Amal...termasuklah mengambil peduli urusan keluarga...
Dekatkan diri dengan Al-Quran dan As-Sunnah walaupun apa jua keadaannya...
Bukan selamat tinggal, tapi semoga bertemu kembali di bumi Ireland...
Semoga diberkati Allah segala urusan...sembuh dan sihat hendaknya adik Amal nanti...
Wasalam,
Ismail
Waterford
insyaAllah amal...
smoga diberikan kekuatan dan ketabahan dlm mengharungi segala cabaran dan dugaan...
Salam wbt.
Beruntungnya kalu ade abang macam Amal..huhuhu.
Walaupun Amal dah xnak bersama dgn ktorg, tp ikatan ukhwah kite masih teguh kan???
InsyaAllah, jumpa lagi di Ireland.
Teruskan usaha terpuji Amal tu.Aku doakan semoga adikmu tu cepat sembuh.
With love,
Muyih