kita tahu hidup susah..

:: Tiada pekerjaan ::

Posted by A m a l - -

Prakata: Entri ini ditulis setelah selesai membaca nota syarahan glomerulonephritis 2(maksud prakata: jangan expect ianya akan menjadi kelakar)

Glosarri Peperiksaan
MEMBUAT NOTA : ADALAH merupakan kegiatan yang tidak berfaedah kerana anda akan menyalin semula hampir semua apa yang ada dalam nota syarahan sambil menambah lebih lagi apa yang ada dalam buku rujukan.

BUKU RUJUKAN: sejenis buku yang hanya dibuka apabila menjelangnya peperiksaan.

ALAT-TULIS: kumpulan beberapa jenis peralatan yang digunakan untuk menconteng kertas A4

NESCAFEE: sejenis drug yang dihalalkan kegunaannya untuk pelajar.

MAKANAN RINGAN: bahan kunyahan yang amat mudah dijumpai di sekeliling meja stadi.

SKYPE: sebuah software yang amat berguna untuk mendapatkan suntikan motivasi ketika rasa nak berhenti buat medic.

KAWAN-KAWAN: kumpulan manusia yang membuatkan anda rasa lebih cuak untuk menghadapi peperiksaan.

PLAYLIST: kumpulan lagu-lagu jiwang yang diulang kerap di laptop dengan harapan berjaya menambahkan motivasi. Tapi sebenarnya menghilangkan konsentrasi.

FACEBOOK DAN YOUTUBE: di waktu exam,merekalah teman sejati.

VITAMIN B-COMPLEX: sejenis botol supplement yang ibu bapa anda sorokkan dalam beg anda sebelum anda fly.

JAM : kelihatan berputar dengan super pantas ketika study week.

TIDOR: sesuatu perkara yang anda buat selalu, tanpa anda sedari.

KEAZAMAN: sejenis perasaan yang lahir ketika study week jika anda jarang kelihatan di kelas.

TARGET: sejenis sasaran yang anda letakkan sebelum exam dan anda rendahkan standardnya hari demi hari.

SOLAT HAJAT: tiba-tiba menjadi amalan.

BERAT BADAN: usah dicerita.

HOMESICK: symptomnya makin kronik pabila anda berani mendendangkan lagu-lagu raya.

 
p/s- selamat berjuang rakan-rakan..




2 Responses so far.

  1. Blog User says:

    Exam? Gud luck.
    Tapi post ni memang menarik. Sebijik kena atas kepala. hahaha. Satu peringatan yang baik juga. Thanks senioran :)

  2. A m a l says:

    sama-sama juniorita..