kita tahu hidup susah..

:: Pecah Record ::

Posted by A m a l - -

Sebelum ni aku hanya mampu melihat rakan-rakan di sekeliling memecahkan record peribadi masing-masing..

Ada yang berjaya dalam bidang academic...

Sukan...

dan banyak lagi...

Tapi hari ni aku mampu tersenyum...

bangga dan puas dengan diriku sendiri...

kerna hari ni aku berjaya memecahkan record peribadiku sendiri...

walaupun tak sehebat orang lain...

tapi takpelah....

ianya bukanlah satu record untuk ditandingi atau diperbesar-besarkan...

cuma, satu pencapaian hidup yang patut dikekalkan dan diteruskan...

sebelum aku beritahu record peribadiku yang telah aku pecahkan hari ini...

Marilah kita meninjau, sedikit sebanyak record peribadi yang telah berjaya dipecahkan oleh rakan-rakan yang lain...

Encik Bedivi:

Berjaya memecahkan record dalam Monopoly pabila berjaya membeli kesemua tapak rumah yang ditawarkan dalam permainan monopoly...tahniah kepada beliau!!

Encik Mat yie the mUse:

Berjaya memecahkan record peribadi apabila berjaya mendapat First Class 2 semester berturut-turut dalam Module 7: Pharmaceutical Chemistry...tahniah kepada beliau!

Encik Mc the Beruang:

Berjaya memecahkan record peribadi sendiri dalam urusan pembayaran bil...Encik beruang hilang dari pandangan sejak tengah hari...dan hanya kelihatan pulang ke rumah pabila hari sudah lewat malam...
"Beratur panjang..." katanya(sebenarnya balun tengok movie sekali)...apa-apa pun itu adalah record masa pembayaran bil yang paling lama dan paling sukar untuk dipecahkan oleh manusia-manusia lain..Tahniah juga diucapkan kepada beliau!!

Encik BuLoo Ai Yin:

Setelah mendapat 5 Awards daripada World Guiness Book of Record dalam acara makan-makan paracetamol secara paling pantas dan terbanyak tahun lalu, kini Encik BuLoo Ai Yin tampil dengan satu lagi record yang mungkin sukar juga dipecahkan oleh rakyat marhaen iaitu acara Study tanpa tidur selama 6 hari tanpa muntah hijau...(Amaran jikalau anda bukan pemecah record yang professional, jangan tiru aksi Encik BuLoo dalam Recordnya yang Pertama dan juga yang Kedua)...Anyway, tahniah juga kepada Encik BuLoo...kamu memang sungguh mutant!!

Encik Sophy Sepoy2 Lines:

Berjaya membuat jaringan gol dari wing yang terbanyak dalam sejarah pembinaan Fitz Futsal(buat pengetahuan Fitz Futsal baru sahaja berusia 6 Bulan)...Sampai hari ini, Encik Sepoy tengah berusaha gigih dan giat untuk mengekalkan record peribadinya itu...

Encik Nasha Aziz Nasusition:

Walaupun mempunyai nama yang mirip-mirip model cantik Nasha Aziz dan Guru Tuition(diambil dari kata akar Nasusition)...Tapi record Cik Nasha tiada mempunyai sebarang hubung-kait mahupun bau-bau bachang dengan Pertandingan Ratu Cantik atau Ratu kebaya, apatah lagi tentang Tuition...Nasha Aziz Nasusition berjaya memecahkan record peribadinya dalam Permainan PS2 dan PSP...setakat ini Cik Nasha telah berjaya menghabiskan kesemua game-game PS2 dan PSP yang pernah dijual di pasaran...Daripada permainan yang bodoh-bodoh seperti Lego Star Wars sehinggalah ke permainan yang terhebat seperti Star Wars the Force Unleashed...Tahniah juga diucapkan kepada beliau!!

Encik Salleh Walinang-linang Wangkas:

Walaupun mempunyai nama mirip-mirip seekor belangkas yang dijumpai terdampar di selatan laut Filipina...tapi malang sekali record beliau bukanlah berkenaan tentang haiwan laut mahupun hidupan liar...Salleh berjaya memecahkan record peribadinya pabila dia berjaya berhenti sejenak dan berfikir 2 kali sebelum membeli sesuatu barang...Selalunya Salleh hanya akan berfikir sebanyak 78 kali+16 juta penyesalan SELEPAS membeli sesuatu barang dan bukannya SEBELUM barang itu dibeli...Anyway, tahniah juga kepada Salleh..

Aku a.k.a Encik Amaluddin Razali:

Aku??

Walaupun jarang-jarang sekali mengikuti usrah mahupun kembara islamic budak-budak tabligh...harini aku berbangga pada diriku sendiri kerana diizinkan Allah untuk punyai seribu daya dan kekuatan bagi menyempurnakan Sembahyang Fardhu
5 kali di Awal Waktu ...aku bukanmya mahu mendabik dada dan membangga diri atas pencapaian yang tak seberapa ini(kerna ku tahu ade 18 billion umat manusia yang mampu melakukannya setiap hari)...tapi bagi aku, ianya merupakan titik tolak yang besar dalam perjuanganku menuju kecemerlangan dalam hidupku...Moga-moga Allah berikan jalan dan kekuatan untuk aku mengekalkan record ini...Amin2...



7 Responses so far.

  1. cewah....wah,abg buloo sungguh mutant,boleh blakon x-men nih

  2. Anonymous says:

    Bagusla ko ni amal. Aku pon ntah pa per je solat 5 waktu. Subuh subuh gajah.Tabek spring wing wing wing [chicken wing] kat ko! Keep it up!

    Surat cinta drpd,
    Aku yang nak jadik anonymous.

  3. w.a.n.i says:

    alhamdulillah...

    may god bless u always my dear..

    gud lark in ur exam k...

    keep it up...

    love..

  4. Anonymous says:

    lego star wars tak bodo la amaal...dapat review lagi tinggi dari force unleashed...nnti mase cuti aku nak khatam kali kedue plak seme game yg ade kat alam fana ni...n kalo ko nek men game2 best ps2 aku bole kasi list...hahahaha

    - lego darth maul

  5. Anonymous says:

    to my apprentice count amal dooku, this is my bidding..

    lego star wars tak bodo la...haha..dapat review lagi tinggi dari force unleashed. nnti cuti aku pecahkan rekod baru amal..rekod pecahkan ps2 dengan perut...haha..aku tak saba nak beli ps3 kalo dapat fly..IA kte seme fly...

    thats all my apprentice, dark side bears more power than jedi..WAHAHAHA...uhuk2 uhuk2

  6. btol la weyh aku byr bil....bratur pjg smpai escalator tu ha....haha....bgs2....keep it up...pasni blh kejut aku subuh mal...haha...

  7. congrate! bukan senang