1. KESILAPAN PERTAMA : Membawa Troli di IKEA
...Dan kitorang berlari lagi bergegas ke kawasan showroom meja-meja perabot rumah..kami kehulu-kehilir membawa troli dari bawah dan berlegar-legar di kawasan showroom di tingkat atas Ikea..
Kami hairan, apsal semua orang tak bawa troli pun..masing-masing hanya bawa pen dan kertas sahaja..eh diorang ni nak pi shopping ke taknak? apsal tak ambil apa-apa barang pun...
Mereka semua memandang kami dengan rupa paras yang aneh..dan akhirnya setelah beberapa ketika sesi muhasabah diri dilakukan sambil memerhati gerak-geri manusia sekeliling, barulah kami mengerti yang bahawa di IKEA ini, kita tak perlu bawa troli..
kerna kita hanya perlu menulis nombor code dan location barangan yang dihajati sahaja..dan kemudian pergi ke kawasan collection barangan tuk mendapatkan barang itu...
Oleh kerana kedaifan kami dalam selok-belok di IKEA ini, ianya telah pun berjaya mengheret kami kepada berlakunya kesilapan teknikal yang kedua..IAITU...
2. KESILAPAN KEDUA: MENGAMBIL BARANG DISPLAY(DISPLAY ITEM)
Mula-mula tu aku cakap kat Cinap, "eyh murahnya periuk besar ni..agak-agak cukup kot kalau kita nak makan 5 orang satu rumah ni"
..Cinap kata, " ha, serious muat, ok angkat jerlah periuk ni.."
Lantas kami pun tanpa segan silu mengangkat barangan Display itu ke dalam troli kami yang masih kosong dari tadi walaupun sudah ternyata kami jelas-jelas salah kerana mengambil barangan display itu...takpelah kami tidak tahu...
Kesilapan hanya disedari apabila cinap mengamati dengan curiousnya pada pusat periuk itu tertera SATU NOTIS BESAR..' DISPLAY ITEM ONLY, PLEASE DON'T TAKE IT(WARRANTY: 10 YEARS)...lantas kami berpandangan di antara satu sama lain dan tergelak besar, bukan diatas dasar kerna mengambil periuk Display tapi disebabkan Warranty Periuk itu 10 tahun..yang bermakna kami masih lagi boleh menukar periuk itu walaupun kami sudah sampai di Malaysia nanti(haha..bengap betul kami waktu tu)..
3. KESILAPAN KETIGA: Mentertawakan Warranty Periuk yang mempunyai 10 YEARS WARRANTY..
Masalah sebenar yang timbul kerana mentertawakan periuk yang mempunyai warranty selama 10 tahun jelas menimbulkan malapetaka kerana kami masih lagi tidak sedar bahawa kami membawa Periuk Display dalam troli kami...dek kerana sibuk menggelakkan warranty periuk tersebut yg terlampau lama iaitu 10 tahun, kami gagal memberi perhatian pada ayat yang awal sebelum warranty tersebut iaitu ' DISPLAY ITEM ONLY, PLEASE DON'T TAKE IT'...
Kami dengan perasaan selamber badak nya pun terus berlegar-legar ke hulu-hilir dengan membawa periuk tersebut tanpa sikit pun rasa bersalah..Alangkah memalukan sungguh perilaku kami pada kawasan kejadian...
4. KESILAPAN KE-EMPAT: Bertemu Nisha Hayden dan Datin Hayden..
Memanglah tiada apa-apa salahnya jika terserempak dengan classmate anda sendiri di IKEA pada waktu yang sama anda ingin bershopping...tapi masalah yang sebenarnya timbul kerana, kami melihat mereka juga membawa troli..dan oleh sebab itu kami pun terikut-ikut jejak langkah mereka tuk turut bersama mengusung troli di IKEA...
Memandangkan troli di IKEA tidak perlu dimasukkan coin..jadi kami bebas melakukan kesalahan mengusung troli ini tanpa sebarang tentangan dari Pihak Berkuasa IKEA..
5. KESILAPAN KELIMA : Cinap nak beli kaki meja bewarna merah..
...Sesampainya kami di tempat meja Study tersebut, kami mempunyai 2 pilihan yang sukar dibuat..iaitu meja single yang beharga 20 euros sorang dan dibeli sebanyak 5 buah....ataupun...satu meja panjang yang beharga 69 euros yang muat tuk 5 orang...
Bincang punya bincang kami behasrat tuk mengambil meja single kerana ianya memberi keselesaan yang cukup baik kepada si penggunanya...akan tetapi setelah sahaja kami mahu mengambil nombor code meja tersebut(kali ni kitorang dah tak bawa troli dah..sebab dah paham selok-belok membeli di IKEA..haha)....timbul pula rasa memilih di hati kami akan warna kaki meja tersebut...
Pilihan Colour yang diberikan ialah red, black, white and gray...kami agak membuang sedikit masa membincangkan akan kombinasi kaki meja yang bewarna apakah yang mampu menghasilkan pemandangan yang menarik serta berjaya menimbulkan minat si pengguna untuk study di meja tersebut dan mengurangkan masa melayari facebook..
Sembang punya sembang....tiba-tiba si Fakhry al Driver pun call, bertanyakan lokasi kami dan menyuruh kami menyegerakan urusan sebab dia dah kesuntukan masa tuk memulangkan kereta sewa yang kami rent pada hari tersebut...kami pun menggelabah tak cukup tanah mencari tempat exit...
6. KESILAPAN KEENAM : Dalam keadaan yang gelabah-gelabah pun sempat berhenti sebentar singgah di tempat carpet..
..Kami bergegas ke tempat Exit kerana sudah kesuntukan masa...Wanita IKEA di information counter telah berulang kali menyuruh para pembeli agar segera ke tempat exit kerana IKEA akan ditutup lebih kurang 15 minit lagi...
Dalam, keadaan tergesa-gesa itu pun, kami sempat lagi singgah sekejap di tempat Carpet..dan berguling-guling di situ beberapa kali sebelum mengangkat karpet besar tersebut tuk membelinya bagi kegunaan ruang tamu rumah baru kami nanti...
Lantas, aku dan cinap pun mengangkut karpet tersebut laksana 2 orang SAUDAGAR KARPET PAKISTAN YANG berniaga dari rumah ke rumah...
7. KESILAPAN KETUJUH: kesilapan yang berada pada tangga ketujuh keseluruhan adalah pabila Cinap hanya sempat memakai slipper jepun Sophy sahaja ke IKEA..
Sebenarnya hal ini bukanlah salah cinap..kami pun baru sahaja pulang dari solat jumaat sebelum hal-hal shopping di IKEA ini diuruskan..Cinap dalam keadaan yang tergesa-gesa tanpa sempat makan tengah hari,, terpaksa bekorban ke IKEA demi membeli meja study tuk rakan-rakan kami yang lain..besar betul Pahala cinap di akhirat nanti...
Akan tetapi masalah yang paling rumit kerana memakai slipper jepun Sophy ke IKEA ialah Cinap tak boleh berlari.!!
walaupn dalam keadaan yang super tergesa-gesa sekali pun, cinap tidak mampu membuka langkah tuk membuat larian kerana dikhuatiri slipper jepun sophy yang dipercayai dari kualiti pasar malam Uptown Shah Alam akan terputus dengan sendirinya ketika cinap berlari...Oleh itu, cinap mengambil pendekatan untuk hanya melangkah cepat dan tidak memasuki fasa berlari sepanjang tempoh kecemasan kami ke kereta sewa Fakhry..
8. KESILAPAN KELAPAN: Menekan button di Touch Screen Computer bagi mendapatkan barangan secara automatik walaupun sepatutnya barangan tersebut haruslah diambil secara Self-Service!!
Aku dan cinap hampir-hampir menangis menitiskan air mata apabila sampai di tempat exit...kerna rupanya, kami dikehendaki mencari dan mengambil sendiri barang tersebut mengikut ITEM CODE dan LOCATION barangan yang kami tulis di Showroom tadi secara self-service...
Pada awalnya, kami mati-mati mengingatkan bahwa di IKEA ini, sistem yang digunapakai ialah seperti di Argos..di mana kami hanya perlu menulis code barangan dan memberikan barangan tersebut pada petugas di tempat item collection IKEA...namun pun begitu, segala telahan kami meleset sesampainya kami di Section Item Collection tersebut...
Dan, dalam keadaan yang gelabah itu pun, Cinap masih lagi berkeras dan berdegil bahawasanya mugkin ada sistem Item Collection Automatik yang masih digunapakai dengan menekan-nekan code barangan yang kami mahu di Kawasan Check Item Code pada touch screen computer yang disediakan...tapi, sepeeti yang dijangka..ianya tidak membuahkan hasil..kami pasrah...
9. KESILAPAN KESEMBILAN : Cinap membuat keputusan Drastik tuk tidak membeli apa-apa kerana kesuntukan masa...
Dan semestinya dalam keadaan kecemasan, apa-apa pun boleh berlaku...begitu juga perihalnya dengan situasi yang dihadapai oleh aku dan cinap ketika waktu kecemasan tersebut...
Fakhry sudah call bertalu-talu supaya cepat ke kereta..Announcement yang memberitahu bahwa IKEA akan ditutup beberapa minit sahaja lagi kerap berkumandang di setiap corong pembesar suara di IEKA...lantas cinap dengan pasrahnya mengambil keputusan tuk tidak membeli apa-apa supaya kita boleh terus bercargas ke kereta Fakhry...
aku pun hampir-hampir nak mengikut idea cinap tersebut...tapi setelah aku pikir yang bila lagi kita nak beli meja study ni,, aku pun membantah idea cinap tersebut dan terus berlari ke bahagian 26 iaitu kawasan yang menempatkan meja-meja kami....Cinap pun setelah kembali kewarasannya pun, turut membantu aku mengangkat meja yang kami mahu ke dalam troli tuk dibayar...
10. KESILAPAN KESEPULUH: antara kesilapan yang cukup memalukan kami di IKEA ialah mengambil Kaki Table sebanyak 5 buah........tapi Table Top sebanyak 4 buah sahaja!!!
Dialog ringkas di Counter bayaran:
Cashier: Hello Sir, how much of table leg that you take in this trolley?
Aku dan Cinap: Table Leg for 5 tables..(dengan confident yang tinggi)
Cashier: You take table Leg for 5 tables but how come you just take only 4 Table Tops??
Aku dan Cinap: errrr....errrrrrrrr...a'ah la 4 table top jer kita ambilrupanya(terkeluar Bahasa Melayu terus!!)
...lantas aku pun bergegas ke tempat kami mengambil table Top tersebut tuk mengambil satu lagi Table Top bagi melengkapkan 5 study tables tuk 5 orang ahli rumah kami...
dan seterusnya pembayaran dibuat menggunakan Laser Card Cinap..dan kami pun menamatkan Epik Pengembaraan Kami yang penuh kesilapan di IKEA dengan perasaan penat, letih, dan rasa bersalah pada Fakhry,,,
tetapi kesilapan-kesilapan ini meninggalkan satu lagi memori yang manis bagi aku yang pertama kali bergandingan secara tag team dengan Cinap atau nama sebenarnya Abu A'la al- Banjari dalam menyelesaikan sesuatu urusan bersama...
'Sekian Harap menjadi Iktibar'
dan
'Majulah Cinap demi Negara Pinoy'
sedikit pose pasrah aku dan cinap yang ditangkap oleh CCTV IKEA..