..Dan setelah tak sampai 2 jam mengemas, aku pun duduk atas kerusi study ku..mungkin ianya buat kali yang terakhir...dengan bertemankan lagu OST Adamaya,perasaan hiba dan sedih bercampur-baur..aku mengusung keluar deretan kotak, beg dan plastik sampah di hadapan bilik aku agar memudahkan proses memindahkan semuanya dalam kereta nanti...
Aku tahu ianya berbunyi kurang macho,jika aku mengatakan aku sedih nak tinggalkan Belgrove 17-6-1..tapi begitulah hakikatnya....bilik ini adalah tempat yang pertama aku bermastautin since aku menjejakkan kaki ke bumi Dublin al-Shamrock..
Di sini aku belajar mengenal erti hidup di negara orang, aku belajar berkawan dengan housemate Irish, aku belajar berkongsi ruang dapur, toilet dan bilik mandi dengan Pali..dan aku belajar bagaimana untuk pergi ke kelas sedikit lewat(sebab Student Residences dengan Faculty sangatlah dekat)..dan macam-macam lagi...
Setelah beberapa sesi mengemas, memasukkan dalam kotak dan menyusun barang-barang aku dalam bilik ni, aku sedar beberapa perkara yang aku tak sedar sebelum ni:
1. 1/10 daripada barang-barang yang ada dalam bilik ini ialah kategori sampah(termasuklah sampah domestic dan kertas-kertas peperiksaan+lecture notes).
2. Aku lebih suka menyimpan barang-barang yang tak berguna seperti kotak-kotak dan bungkusan plastik barang-barang e-bay dan sampul surat dari Bank dan Mara..
3. Aku mempunyai bilangan T-shirt dan Jacket yang terlampau banyak hinggakan aku sendiri tak daya nak angkat semua baju-baju yang bersangkut pada hangar dengan sekali angkat sahaja..
4. Aku ada 7 helai seluar jeans, tapi selama ni aku asyik rotate pakai 4 helai sahaja..
5. Aku baru tersedar yang aku ambil duvet dan bantal dari bilik Paul dan aku tak tahu camner nak pulangkan pada dia...sebab masa aku ambil barang-barang tu, Paul tak masuk lagi dalam bilik..
6. Aku sedar yang Pali suka juga menonton Adamaya sebab dia menyanyi ikut lagu Adamaya yang aku pasang dari bilik aku sekarang..
7. Aku sangat-sangat sedih nak tinggalkan housemate aku Paul dan Pali Asus..
8. Aku sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang duduk di sekitar rumah aku, seperti Toyol al Vietcong, Abu Ala Al-banjari cinapi, Nayen the Sage, Yahya al LMT, Pzu de Walrusi, Pok al oldiesi, dan Khalil al-Hafiz(nama dia memang Khalil Al-Hafiz)..
9. Aku juga sedih nak tinggalkan kawan-kawan di Merville Residences seperti Helmi Amimac Smart, Mozac al pharmacy, Luqman bieber, Fitri Hakim Lady Gaga, Baith al Engstein, Kheon dari Syarikat Eon bersaudara, Wan Zam Shah Wan T, Fakhry al Cikgu Pjk, Sophy Sepoy2 lines, Bulu albab dan ramai lagi...
10. Aku dah tak boleh melalak di tingkap atas bilik aku sambil buat video yang tiada motif di facebook..
11. Aku dah tak boleh jerit dari tingkat 3 sambil cakap 'Puyuuuuuuuuuuuuuuu' dekat Farid Al puyuwi..
dan banyak lagi sebenarnya yang aku baru sedar tadi..dan disebabkan perkara inilah aku sedih hiba dan sebak nak tinggalkan Belgrove ni...oklah setakat ini sahaja..Aku dengar bunyi Hon kereta Fakhry ni, kang dia mengamuk sebab lambat mengemas..so aku gerak dulu ar kawan-kawan...mungkin lepas ni korang dah jarang mendengar apa-apa dari aku sebab rumah baru aku takde internet connection lagi so, aku harap korang bersabar menunggu sambungan episod Si 3 jari...cos aku tengah sibuk dengan urusan pindah memindah ni...
And, satu lagi semalam..aku jual Keyboard aku pada student bernama Farah Salha dengan harga 85 euros di atas Consultation dari Syarikat Datin Zahida-al bayan dancing...masa aku nak jual semalam,aku cakap aku nak main buat kali terakhir..tapi alangkah sedihnya,aku dah tak berapa nak ingat apa-apa lagu pun...ok, semoga jumpa lagi...
p/s-insan yang cemerlang datang dari akal, hati yang tenang dan jiwa yang mantap...jadi selamat berAmal...salam ukhuwah dan jumpa lagi..
Post a Comment