"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah/Al-Hadis) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ( 2:129 ) "
...Dan sekarang kita sudah tiada Nabi, Rasul apatah lagi khalifah...jadi maksud Rasul ini mengikut kefahaman ulamak sekarang ialah Orang-orang yang datang kepada kita untuk mengajak kita kepada ajaran islam yang sebenar...mungkin usrah, mungkin Quranic Circle (QC), mungkin R&R, mungkin tabligh, mungkin iluvislam, mungkin KITA production, mungkin kuasa politik, mungkin ustaz dan ustazah...dan sesiapa sahaja yang datang kepada kita yang melakukan 3 perkara di atas:
1. Membacakan Ayat-ayat Allah(Al-Quran)
2. Mengajarkan kita tentang Al Quran dan Al hadith
3. Serta mensucikan kita dari dosa..
......................
aku rasa dah banyak kali korang singgah ke blog Hujungnya Jauh Pangkalnya belum Tiba ni dengan membaca entry-entry yang penuh dengan gelak ketawa mahupun kisah-kisah kehidupan aku yang mungkin tiada maknanya itu...
Jadi, hari ni...entry kali ni kita bagilah yang agak ber'content' sikit...ai, amklumlah nabi kata, Hati yang tak terisi dengan hidayah selama 40 hari akan jadi keras...jadi sebelum hati kita keras, jom kita lembutkan dia dengan sedikit pengisian...
................
Aku nak beritahu, aku pun bukan budak usrah...aku jahat...pernah mengutuk orang sampai dia masuk hospital sebab tak tahan dengan kutukan aku...dan macam-macam lagi la kejahatan aku...kalau korang nak tahu betapa jahatnya aku...korang tanyalah kawan-kawan yang pernah mengenali diri aku...
Namun begitu, sebagai seorang muslim...selemah-lemah iman dalam diri seorang muslim pun pastinya dia akan membuat kebaikkan...kerna muslim itu umpama cahaya, sekuat mana pun dia cuba menyembunyikan dan menutupi cahaya dalam diri mereka...pasti akan terpancar juga sedikit cahaya itu untuk menerangi orang lain...
..........................
Jadi entry kali ni adalah untuk memberi sedikit pandangan kepada mereka-mereka yang bergelar BUU...ataupun dalam bahasa pasarnya BUDAK USRAH UNITED!!
Mereka inilah sekumpulan manusia di kalangan kita yang berpenat lelah siang dan malam memikirkan tentang masalah agama kita, masalah umat kita, merangka strategi dan program untuk kita semata-mata mahu menunjukkan kita jalan ke syurga...walaupun diri mereka sendiri tidak pasti sama ada mereka berpeluang atau tidak mencium bau syurga itu...
.............
dan sudah sunatullah bagi mereka yang membawa ajaran islam ini...mereka akan mendapat tentangan..sebagaimana janji Allah dalam Al Quran...
“ dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)"
....................
Jadi tidak haridanlah, kerjaya mereka ini seringkali dipandang serong oleh masyarakat...mereka dianggap jumud, berfikiran unta padang pasir, menganggap semua orang lain ahli neraka dan mereka adalah golongan confirm syurga dan sebagainya...
Adusss....kalau kita duduk tempat mereka..agak-agaknya macam mana lah perasaan kita ek??
aku pernah melihat seorang sahabat menangis di hadapan laptop tatkala golongan usrah ini diperkecilkan dan dikutuk dengan bebasnya di laman blog mahupun facebook...
tapi mereka tetap kuat dan utuh kerana mereka percaya dengan janji Allah dalm surah Al Mujadalah ayat 20-21:
20. Sudah tentu, orang orang yang menentang Allah dan rasulNya akan bersama
sama dengan orang orang yang paling rendah.
Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Kuat.
memang amal sgt jahat dulu....
sape ingat dier penah potong sluar akmal...
siyez sgt jht2.....
sori bro gurau sajer...
but you still da bez....
prihatin terhadap orang sekeliling....
isma ker??
haha...macam kenal jer si anonymous ni...
saya pernah pergi ke program ISMA, MSM dan PPIMI..
dan semuanya bermanfaat..alhamdulillah..saya bukan ahli berdaftar mana-mana persatuan..
tapi selalu join aktiviti mereka..best!!
amal jahat!!
haha
weyh kau bila nak datang..aku dah masak nasi spesel tuk kau ni...plis jangan makan dulu before datang rumah aku...kalau kau tak abes makan kali ni..memang siap la kau..aku buat nasi kandar..
Alhamdulillah..
For me, jahat ke tidak orang tu.. Mungkin kita boleh nilai seseorang dari masa lampau dia tapi lebihkan kepada melihat dia yang sekarang. Kerana yang lebih penting itu apa yang dilakukan dan akan melakukan.
Budak Usrah?? ^_^ Saya budak surau, budak bola, budak skema(study pon kene kutuk T_T), budak cemerlang.. pendek kata.. "budak" yang baik tu semua ada.. (anggap ia sebagai doa bukan membangga diri.. Thanx doakan!!).. People will always say something about us.. Well, jealousy is ugly rite?
lil biruny: komen yang sangat membina..
Habis, awak nak menerima je ke dari diorg ni? bila awak nak jadi golongan yang memberi? You are no longer a junior! Masa berdetik,umur bertambah..
Anyway,suka dgn entry awk ni! Terasa keikhlasannnya..
-senior Uni-
haha
akupn camtu gak dulu..tp takder la aku rendah2 kn diorang...pasal aku tau keje diorang ikhlas nk betulkn kita, penah diorang masuk umah sewa dulu, aku buat2 tido smpai diorang kuar huhu...
pasal 2 aku x brapa btul smpai skrang kot isk3
Good entri. Sokongan yg sgt diperlukan.
amal jahat..haha..xpe2..aku pn jahat jgk..