kita tahu hidup susah..

:: Kerna Nila setitik, Rosak Susu sebelanga ::

Posted by A m a l - -



Semalam, menyaksikan kebanjiran pelawat ke blog aku...

89 visitors to be exact for a day...that's quite a number!

bayangkan aku dah tak buka blog nak dekat 3 bulan..

tapi, semalam punya visitor sahaja mengalahkan visitor yg datang selama 3 bulan...

sekarang mesti tengah hot story yang aku nak tinggalkan gerak kerja dakwah..

......................

Sebenarnya TIDAK..

aku tak pernah sekali terlintas nak tinggalkan gerakan dakwah ni cuma mencari angin yang baru...

aku cuma maksudkan, yang aku nak try masuk jemaah lain yang lebih fleksibel gerak kerjanya dengan masa aku pabila aku di Malaysia kelak...

Tarbiyyah dan Dakwah akan terus subur dalam diri aku, insyaAllah...

banyak comments kawan-kawan yang memberikan support..

Syukur, aku dikurniakan kawan-kawan yang baik...

......................

Di sini,aku ingin menegur ikhlas satu gerakan Dakwah di Dublin yang sepatutnya melakukan perubahan tuk terus menarik minat student-student tuk bersama berjuang di dalamnya:

1. Segelintir approach mereka yang bawa usrah harus diperbetulkan...
 
   Kita haruslah memberikan peluang tuk pelajar-pelajar baru mengikuti apa-apa sahaja program atau event yang mereka kehendaki asalkan bukan yang melibatkan arak dan pergaulan bebas...Janganlah, kita terus halang mereka nak masuk dikir barat or perform dalam Malaysian Night or get involved in any events...Kita selalu rasakan yang adik usrah kita akan berfikir seperti kita..sebenarnya tidak, mereka bukan clear sangat lagi tentang fikrah perjuangan kita...INI tak pasal-pasal kita nak tegur, and halang mereka dengan berkata, " Islam takan naik kalau kita masih ade masa tuk bersuka-ria dalam Malaysian Night!!"...Niat yang betul, akan tetapi maaf..cara anda mungkin tidak kena...
 
 
2. Kalau nak terus mengekalkan minat ahli-ahli usrah...Program kita harus lebih 'R E M A J A'..
 
   Sudah kita tahu, yang aim kita ialah para pelajar oversea first year..yang mana kesemua mereka ini adalah remaja...Kita bukan aim pada postgrad ke aper...SO, aktiviti kita jangalah macam aktiviti orang tua...Ni tidak, setiap program adalah ceramah, tazkirah, dan usrah itu sahaja...Yes, I'm agree with jaulah and so on...But, I would like to concentrate on the regular activities..WHY NOT, bila nak buat program pada sebelah malamnya tu, kita sekalikan program itu dengan aktiviti games or sport yang ringan2 di sebelah petangnya...contohnya kita ajak main volleyball ker..futsal ker...treasure hunt ker..and macam-macam lagi..and pada sebelah malamnya kita selitkan program tarbiyyah...Barulah timbul minat, budak-budak nak join aktiviti kita..Kalau tidak, akan selamanya kita takkan boleh bersaing dengan Gerakan-gerakan lain yang mungkin lebih appealing..
 
p/s-sport tu hanya cadangan..mungkin ada perkara lain yang boleh kita lakukan bersama..seperti kelas masakan dan sebagainya..
 
 
3. Janganlah membuat KERAHSIAAN yang melampau...
 
   Antara masalah yang terbesar yang boleh menghalang orang lain tuk bersama anda semua ialah pabila anda mengamalkan kerahsiaan yang melampau...Sebagai contoh, pabila kita nampak some of our seniors baru balik dari UK..and kita tanya mereka," Buat apa di UK?"..selalunya mereka akan jawab:
 
"Owh, takde apa-apa..belum sampai masa kau lagi tuk tahu.."

" Kau masih lagi berada di bawah, bila kau dah sampai level atas sket, da bawa usrah..kau tahulah kenapa kitorang ke UK"
 
..Susah sangat ker nak cakap yang kitorang pergi sana sebab ade program tarbiyyah sket tuk tambah ilmu or ade syura sket kat sana nak bincang tentang next program...Susah sangat ker??

..Ataupun bila kita tanya tentang program yang kita ter-missed kepada senior-senior kita..."Macamana program semalam?"...

" Eh, mana boleh beritahu..kalau nak tahu..datanglah sendiri..."

...Ataupun bila kita mendengar senior kita berbincang tentang seseorang tentang satu program yang bakal berlangsung...Kita pun menegur tuk mencelah..Program apa ni?

..diorang pun dengan tergesa-gesanya menjawab ringkas, " Err..er..takde apa-apa...nanti korang tahulah bila sampai waktunya"

....Don't get me wrong..aku bukanlah tak setuju dengan konsep kerahsiaan yang berpatutan..tapi, kerahsiaan yang melampau sebegini sebenarnya boleh menimbulkan rasa syak adik-adik usrah tuk terus berjuang dalam Gerakan Dakwah..Kerna kita pun tahu bahawa THE most fundamental PILLAR in TRUSTING SOMEONE is No Secret...So, benda camni kena check balik...

4. Boleh tak kalau kita jangan memisah-misahkan persahabatan orang lain?

    Sebagai contoh, Kita lihat Si Rasyid(Individu A) ada potensi tuk pergi jauh dalam gerakan dakwah......dan kita tahu Si Rasyid berkawan dengan Si Rasyad(Individu B) yang kurang berpotensi dan mungkin melambatkan Si Rasyid tuk terus berjuang...Jadi, kita mengmbil keputusan tuk memisahkan atau merenggangkan persahabatan Si Rasyad dengan Si Rasyid...dengan cara:

1. Tidak membenarkan Si Rasyid berada dalam satu kumpulan Usrah dengan Si Rasyad...

2. Menjemput Si Rasyid ke satu program atau aktiviti..tetapi tidak menjemput Si Rasyad..Jika, Si Rasyad hendak join program yang sama...Kita hantar Si Rasyad pergi ke hari lain agar Si Rasyad tidak berjaya mempengaruhi Si Rasyid dan kawan-kawan lain....even, Si Rasyad tak pernah ade intention pun nak pengaruh orang lain and semangat dia berkobar-kobar nak join program dengan kawan baik dia...akhirnya, Si Rasyad keluar dari circle kita and Si Rasyid pun hilang semangat...

3. Kalaupun Si Rasyid dan Si Rasyad berada dalam program yang sama, Kita akan sedaya-upaya tuk tidak memberi mereka peluang tuk berada berdekatan...Sebagai contoh, Si rasyid akan berada dalam kumpulan Senior A, manakala Si Rasyad berada dalam Kumpulan Senior B...Kumpulan Senior A akan berada jauh dari Kumpulan Senior B, agar mereka susah tuk bertemu dan berada berdekatan...

and macam-macam lagi lah cara yang digunakan tuk kita jauhkan Rasyid dengan Rasyad..Satu perkara yang aku rasa anda semua terlepas pandang is you are dealing with matured and high intelectual individuals..Mereka sangat-sangatlah sedar akan usaha-usaha anda semua yang nak renggangkan mereka ni...Even niat kita baik...tapi harus kita ingat, kadang-kadang Si Rasyid bersemangat join program sebab ada si Rasyad..kalau program tu takde Si Rasyad, kemungkinan besar semangat Si Rasyid akan terus down..So, tentang hal ni, seriously kita kena muhasabah balik...

.........................


Sebenarnya, perkara ini bukanlah dilakukan oleh SEMUA mereka yang berada dalam perjuangan....hanya segelintir kecil sahaja..akan tetapi perkara yang dilakukan oleh segelintir kecil sahaja ini, mampu mencacatkan seluruh institusi Gerakan Dakwah kita..kerna kita memberikan mesej yang salah kepada adik-adik usrah kita tentang konsep dan cara perjuangan kita...

Semoga terus Thabat di jalan yang DiredhaiNya sahabat-sahabatku...
 
 

p/s- Ramai yang suruh saya jangan berhenti menulis cerita hantu...Aku pun sebenarnya memang nak menulis cerita-cerita jin dan alam ghaib...cuma tidak berkesempatan...tengoklah nanti, bila-bila dah takde apa nak buat kat dublin...

7 Responses so far.

  1. k.safiah says:

    Aslmkm..

    tgh browse2 blog orang, terbuka pula blog awak.. punya la akak fikir, kenapa lah nama awak dan muka awak ni familiar.. rupanya pernah tgk masa awak beraksi masa debat odechal =D..

    anyway, banyak2 sabar ye dik..

    kalau kita pilih untuk berjemaah kerana manusia, memang kita cepat penat..tapi kalau kita memilih untuk berjemaah kerana Allah, kita takkan kecewa insyaallah..

    anyway, hidup terlalu singkat untuk kita kecewa dan putus asa =)..

    maka teruskanlah kerja dakwah, walau apapun logo jemaah anda :D

  2. Anonymous says:

    assalamualaikum..

    jzkk atas perkongsian daripada satu sudut pandang yang sering terlepas dek mereka yang lama :- wadah baru.

    setuju dengan penghalangan program lain. tarbiyah itu satu perjalanan bukan destinasi. kalau mungkin sesuatu tarbiyah berkesan pada orang lama, belum tentu sesuai dan kene dengan jiwa orang baru.boleh jadi mereka perlukan tarbiyah dengan jalan berbeza yang lebih sesuai dengan diri (mereka lebih kenal dan faham diri sendiri). -apabila dihujahkan ini, pasti kita akan dihujahkan kembali ayat2 al quran dan hadis yang tidak dapat tidak kita tolak.

    cuma, tarbiyah ini adalah diri kita sendiri. hidayah tidak boleh dipaksa. perkembangan takah(level) tarbiyah setiap orang juga berbeza. ada yang lambat. ada yang cepat - iya, seperti kes A dan B tu.

    kepelbagaian orang baru juga sering -terkadang- tidak diambil kira. maksudnya realiti mereka. jiwa mereka. sudut pandang mereka.
    potensi bakat baru juga tidak disokong dengan program pembangunan jiwa dan diri daripada lain dengan alasan takut lari. takut hilang. takut tak lekat.

    sepatutnya mereka yang lama lebih memahamkan pesanan al maududi dalam buku Syahadatul Haq yang mereka sendiri guna sebagai text:-

    " Bagi mereka ini kami ingin seru supaya mereka memilih salah
    satu daripada tiga pilihan yang terbentang di hadapan mereka... tiada pilihan selain
    daripada yang tiga ini:

    1. Jika hati kamu merasa yakin dan selesa bahawa dakwah, prinsip,
    objektif, struktur jamaah kami dan cara bekerja yang kami pilih untuk jamaah
    dan diri kami ini adalah benar, bersumberkan al-Kitab dan sunnah tanpa
    dicemar oleh sebarang unsur jahiliyyah; jika kamu yakin semua ini dan kamu
    sendiri mengakui bahawa segala amalan yang telah kami laksanakan dan
    dakwah kami ini merupakan amalan yang sepatutnya menjadi tumpuan dan
    objektif utama setiap muslim dan muslimat di seluruh dunia, maka marilah
    bersama-sama sertai kami untuk membantu kami melaksanakan tugas ini dan
    bersama-sama kita beramal demi kepentingan kamu sendiri di dunia dan di
    akhirat, dengan izin Allah.

    2. Jika kamu tidak yakin dengan cara kerja kami dan hati kamu tidak
    terbuka untuk bersama-sama kami, carilah jamaah lain yang bekerja untuk
    matlamat agama yang sebenar, jamaah yang berusaha dengan menggunakan
    cara yang islamik. Gabungkan diri kamu ke dalam jamaah tersebut.
    Bernaunglah di bawah panjinya dan sertailah mereka bersama amalan mereka. Demi sesungguhnya, jika kami temui sebuah jamaah seperti ini sudah tentu
    kami akan turut serta bersamanya. Kami adalah golongan yang amat berusaha
    untuk bekerja di bawah satu jamaah. Kami tidak mahu sama sekali berkelainan
    dan berpisah. Kami juga tidak mahu sama sekali berpecah.

    3. Jika kedua-dua pilihan ini masih tidak sesuai dengan diri kamu.
    Maksudnya jika kamu tidak setuju untuk bersama dengan kami dan tidak
    menemui mana-mana jamaah lain yang memiliki ciri tersebut, bentuklah
    sebuah jamaah yang berlandaskan agama yang sebenar, bermatlamat
    menegakkan agama Allah sepenuhnya dan melaksanakan Syahadah Al-Haq
    melalui perkataan dan perbuatan supaya kamu dapat melaksanakan kewajipan
    Islam kamu dan kamu dapat melaksanakan segala kewajipan agama kamu. "

    bagi saya, saya berpegang prinsip biar tidak seangkatan, tapi sejalan. itu lebih baik daripada tidak sejalan, apatah lagi seangkatan.berdoa kita semoga Allah menjaga kita dalam mana kita berada.ukhwah sesama kita lebih penting daripada bendera.

    moga perkongisan kamu ini memberikan impak kepada semua, insyaAllah.

    jaga diri akhi.

    semua, renung2kan dan selamat beramal.

    p/s- aasif terpaksa anynomous. the political situation there makes me have to be without name when expressing this kind of issues.

  3. Anonymous says:

    assalamualaikum..
    Part(i)

    jzkk atas perkongsian daripada satu sudut pandang yang sering terlepas dek mereka yang lama.

    setuju dengan penghalangan program lain. tarbiyah itu satu perjalanan, bukan destinasi. kalau mungkin sesuatu tarbiyah berkesan pada orang lama, belum tentu sesuai dan kene dengan jiwa orang baru.ada orang memerlukan masa dan mempunyai(level) takah yang berbeza dalam tabiah. perjalanan tarbiah setiap orang itu berbeza. sedang logam (kualiti) yang dicanang2kan itu setiap orang berbeza. kalau dia emas, tidak semestinya orang lain emas. mungkin perak, mungkin potassium. setiap logam itu ada cara ekstrak dan tempa.

    kepelbagaian orang baru juga sering -terkadang- tidak diambil kira. maksudnya realiti mereka. jiwa mereka. sudut pandang mereka.
    potensi bakat baru juga tidak disokong dengan program pembangunan jiwa dan diri daripada pihaklain dengan alasan takut lari. takut hilang. takut tak lekat.takut tidak ada tenaga untuk sambung dakwah (legasi jemaah.)

    seharusnya mereka lebih memahamkan gerak kerja yang dipesankan oleh al Maududi dalam kitab Syahadatul Haq yang sendiri digunakan sebagai text:-
    "Bagi mereka ini kami ingin seru supaya mereka memilih salah
    satu daripada tiga pilihan yang terbentang di hadapan mereka... tiada pilihan selain
    daripada yang tiga ini:

    1. Jika hati kamu merasa yakin dan selesa bahawa dakwah, prinsip,
    objektif, struktur jamaah kami dan cara bekerja yang kami pilih untuk jamaah
    dan diri kami ini adalah benar, bersumberkan al-Kitab dan sunnah tanpa
    dicemar oleh sebarang unsur jahiliyyah; jika kamu yakin semua ini dan kamu
    sendiri mengakui bahawa segala amalan yang telah kami laksanakan dan
    dakwah kami ini merupakan amalan yang sepatutnya menjadi tumpuan dan
    objektif utama setiap muslim dan muslimat di seluruh dunia, maka marilah
    bersama-sama sertai kami untuk membantu kami melaksanakan tugas ini dan
    bersama-sama kita beramal demi kepentingan kamu sendiri di dunia dan di
    akhirat, dengan izin Allah.

  4. Anonymous says:

    part(ii)


    2. Jika kamu tidak yakin dengan cara kerja kami dan hati kamu tidak
    terbuka untuk bersama-sama kami, carilah jamaah lain yang bekerja untuk
    matlamat agama yang sebenar, jamaah yang berusaha dengan menggunakan
    cara yang islamik. Gabungkan diri kamu ke dalam jamaah tersebut.
    Bernaunglah di bawah panjinya dan sertailah mereka bersama amalan mereka.
    Demi sesungguhnya, jika kami temui sebuah jamaah seperti ini sudah tentu
    kami akan turut serta bersamanya. Kami adalah golongan yang amat berusaha
    untuk bekerja di bawah satu jamaah. Kami tidak mahu sama sekali berkelainan
    dan berpisah. Kami juga tidak mahu sama sekali berpecah.

    3. Jika kedua-dua pilihan ini masih tidak sesuai dengan diri kamu.
    Maksudnya jika kamu tidak setuju untuk bersama dengan kami dan tidak
    menemui mana-mana jamaah lain yang memiliki ciri tersebut, bentuklah
    sebuah jamaah yang berlandaskan agama yang sebenar, bermatlamat
    menegakkan agama Allah sepenuhnya dan melaksanakan Syahadah Al-Haq
    melalui perkataan dan perbuatan supaya kamu dapat melaksanakan kewajipan
    Islam kamu dan kamu dapat melaksanakan segala kewajipan agama kamu. "

    apa pun, yang lebih utama itu adalah islam, bukan jemaah. islam itu matlamat, jemaah sekadar alat. biar tidak seangkatan, tapi sejalan. itu lebih baik daripada tidak sejalan, takkan mungkin seangkatan. apa pun, ukhwaah tebina itu juga utama. tidak lebih antara satu anak adam dengan anak adam yang lain dengan neraca taqwa. bukan yang lain.


    moga perkongisan kamu memberikan impak kepada semua, insyaAllah.

    semua, renung2kan dan selamat beramal.

    p/s- aasif terpaksa anynomous. the political situation there makes me have to be without name when expressing this kind of issues

  5. A m a l says:

    Kak safiyah: jzkk :)..

    Akhi anonymous: I understand the need to be anonymous..insyaALlah, there's no wrong for that..

    I understand the book of syahadatul Haq..I went to the program..I re-read the book few times..and thanx for re-emphasized...

    I seriously think, I must tell this to you guys..so that, you won't be doing the same mistakes in the year to come...I know I'm no body...not qualified yet to enter the syura...but, this is the best I can do to help our so-called 'perjuangan'...I won't let the flame of dakwah down either..


    jzkk for the thoughts..

  6. X-Class Rep says:

    Salam Amal.

    Hope u're doing well there.
    I wish i could help u but i know my own limit.
    There are something that we can easily share but most of the time, each of us have to face and experience it by our own so that we can understand it perfectly.

    What i can say is be honest and strong in whatever u do.

    p/s: kalu ko lupa sape classrep ko,mmg layak utk diketuk la~ [tak perlu didedahkan identiti aku wpun takde kepentingan politik pape]

  7. A m a l says:

    X-class rep: It's good to have a class reps around like the good old days..btw, i merely forget that I have a class reps..