...di suatu malam di bulan ramadhan, Cik Yah hendak bergegas ke solat tarawikh, kemudian dia terserempak dengan jirannya Cik Nab yang bertelekung juga bergegas menuju ke arah yang bertentangan darinya..
Cik Yah: ke mana tu Cik Nab?
Cik Nab: Ke surau hujung kampung kita..(jawabnya ringkas)
Cik Yah: Ya Allah jauhnya tu..kenapa tak solat dekat surau depan kampung kita ni jer..
Cik Nab: Taknaklah, tak berkenan sangat la dengan imam dekat sini, bacaannya panjang-panjang..Lagipun Imam belah sana lagi baguss..
Sedang mereka bersembang..datang lah seorang imam muda..kita berikan nama dia..Imam Muda Nadzir..
IM Nadzir: eh, akak berdua..tak manislah satu kampung ada dua surau...kenapa tak kita gabungkan ke dua-dua surau ni jadi satu..kan lebih ramai jemaah...lagi banyak pahala..nak buat sebarang program keagamaan pun senang..lagipun kita boleh mengeratkan hubungan antara semua penduduk kampung..kan bagus begitu...
Cik Nab: tapi ustaz, saya suka nak berimamkan Imam yang hujung kampung tu..Imam yang belah sini saya tak berapa gemar sangat..lagipun nanti bila dah bergabung...siapa pula nak jadi imam..takut kedua-dua nanti tak serasi...saya nak juga berimamkan imam sana...
(kemudian Cik Yah pula menyampuk)
Cik Yah: Yelah ustaz..nanti susah jadinya...sana buat tarawikh 8 sini buat tarawikh 20...nanti ada yang tak puas hati..sebab cara kita berlainan..
IM Nadzir: Ish, cik nab,cik yah...kenapa pulak begitu...kita kan masing-masing mengaku kita ni Islam..mengapa nak berpecah-pecah? siapa Imam tu tidak menjadi masalah...kita buat la gilir-gilir...minggu ni Imam hujung kampung jadi Imam..kemudian minggu depan kita tukar Imam depan kampung ni pulak...yang penting kita dapat berjemaah sama-sama dalam beribadat kepada Allah..barulah Islam tu nampak kuat dan teguh...
Pasal cara tarawikh yang berlainan tu biarlah...kita cari kesepakatan dalam satu mesyuarat terbesar masjid kampung..kalau ada yang nak buat 20, teruskanlah...kalau ada yang nak berhenti setakat 8 pun tak mengapa..kita kena sedar...yang Allah ciptakan manusia tu berbeza-beza...mesti ada berlainan pendapat terhadap satu perkara..kita kena sama-sama korbankan ego kita dalam mesyuarat tu nanti..jadi bagaimana, Cik Nab dan Cik Yah?
Cik Nab: errr..saya tak tahulah ustaz..lagipun saya dah janji dengan imam sana tuk tarik ramai orang ke sana supaya bersolat tarawikh 8 rakaat..
Cik Yah: saya pun begitu ustaz..saya pun dah janji dengan Imam kampung depan macam tu...lagipun surau kami tu besar...kami pun dah gabungkan banyak surau-surau kecil tuk berjemaah bersama...
IM Nadzir: apa sangat la janji kamu tu dengan Imam-imam kamu berbanding janji kamu dengan Allah yang lebih mahal harganya...kita berjanji nak lihat islam tu naik, bersatu dan tidak berpecah bukan? jadi jom kita gabungkan kedua-dua jemaah ni sekarang...
kalau tidak sampai bila kita nak bekerja tarik orang ke sana..tarik orang ke sini setiap tahun tuk cukupkan jemaah kita...kita tak ke mana akhirnya...saya khuatir, ramai orang kampung kita memilih tuk tidak pergi ke mana-mana surau langsung..mereka solat di rumah jer..sebab taknak lukakan hati mana-mana jemaah surau..
Jadi, jom hari ni jugak kita hentikan semua ni...kita sama-sama kerahkan kesemua jemaah yang kita ada berkumpul dalam satu syura tuk bahagi tugas dan kita sama-sama, ramai-ramai bekerja tarik orang solat di masjid baru yang bakal kita bina nanti...amacam?
Cik Nab: tapi tak silap saya, Imam saya tu..dari mesir, ustaz...khutbah dan kesemua bahan tazkirah pun kami dapat dari jemaah sana...nanti kalau dah bergabung dengan jemaah sini, macam mana dengan kesemua program-program yang kami disuruh tuk buat nanti? kena tinggalkan terus jerlah dan putuskan terus hubungan dengan jemaah mesir ke ustaz?
IM Nadzir: siapa kata begitu...kalau ada input-input program dari mesir..Subhanallah bagus...tak semua kita terima..tapi tak semua kita tolak...dengan tenaga kerja yang ramai ni..lagi meriahlah kerja dakwah kita ni...barulah kita boleh buat macam-macam perkara lain yang lebih besar...
Cik Yah dan Cik Nab: OooOoo begitu, pahamlah kami...ok, ustaz..sekarang jugak kami sampaikan berita gembira ni kepada Imam-imam kami...
IM Nadzir: alhamdulillah...
.............................
p/s- amacam, anda dah berani tuk bergabung?? sampai bila kita nak kerja tarik orang ke sana tarik orang ke sini..ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak..malah merugikan...anda kata tak bermakna kami tak bersatu bermaksud kami berpecah dan bertelagah...tapi anda juga yang sering mengatakan " Biar mereka buat kerja mereka, kita buat kerja kita"...bukankah itu berbaur perpecahan??
Sedarkah kita, secara tidak langsung..saban tahun kita mengajar perpecahan demi perpecahan kepada generasi baru...adakah mungkin itu salah satu sebab, usaha dakwah kita masih lagi berada di takuk yang lama??
akhir kata, jom kita renungkan maksud tersirat ungkapan ini, " BAGAIMANA KITA PASTI KITA AKAN AGREE DALAM MELETAKKAN BUMBUNG NANTI..JIKALAU DALAM NAK BINA BAHAN ASASNYA PUN KITA SUDAH TAK SERASI? "
fikir-fikirkan dan selamat beramal...
imam yang baca pendek tu boleh je lead 8 pertama dan imam yg pjg tu lead selebihnya.
tapi kan, gabung-gabung ni bukan 100% orang kt bumi ni suka/mahu/rela.
malah masjid-masjid/surau-surau yang menjadi pusat latihan ahli politik, nampak sangat perbezaannya, beralasankan budaya, bahasa dan bangsa.
sedangkan di malaysia, daerah/kampung kita sendiri nampak ada pecah walaupun bangsa sama.
luar negara? erm... mcm susah ja.
wahai encik amal yang ku ingati......
KENAPA NAMA AKU NAIK??!!!! aha~~
ainan: nak taknak, kita kena bersatu bukan..hendak seribu daya...taknak seribu dalih..
IM Nadzir: aku rindu kau weyh..sebab tu aku letak nama kau..haha..lagipun kau kan artis..ikon anak muda lgi tu..