kita tahu hidup susah..

Archive for November 2010

~ K E B A H A G I A A N~

adalah

~ k e N I K M A T A N ~

tidak memerlukan dokongan material dan financial..

yang penting adalah..
 
to K N O W that

your  B E L O V E D - O N E  is

H A P P Y..

it's M O R E than E N O U G H...


...........................

1. mak dan abah sudah selamat sampai daripada tanah haram menunaikan haji..oh itu R A H M A T..

2. kaklong finally dapat tukar ke semenanjung dan boleh jaga mak dan abah serta azim..
oh, itu N I K M A T..

3. wani ambil mc 2 hari tuk jumpa keluarga aku dan menguruskan hal-hal family..
oh itu S Y U K U R..

4. AZIM kelihatan semakin sembuh..ya Allah..
itu sangat-sangat S Y U K U R...

5. Wani tolong buka kan skype agar aku dapat melihat wajah-wajah family-ku yang tersayang..
oh, B A H G I A nya..



6. dapat juga bersembang dengan wani membincangkan tentang hal-hal semasa keluarga dan perancangan khawin..
oh jom sama-sama D O A K A N..

7. Aish Izzudin (anak kaklong yang kecil), buat flying kiss kat aku through skype..wah sangat2 C O M E L..

8. Abah dan mak, doakan aku selamat tuk exam through skype sampai menangis-nagis..
oh, itu sangat2 S W E E T..

9. Salji turun dengan lebatnya di Dublin...
oh, itu sangat-sangat S U B H A N A L L A H..

10. ade kemungkinan aku akan menamatkan zaman remaja summer ni..oh, macam tak percaya, tapi kalau Allah izinkan...
oh, A L H A M D U L I L L A H...

11. owh terlupa..abang iman akan selamat menjadi ketua keluarganya sendiri tahun depan..
oh, itu S Y U K U R..

12. ibrahim berkemungkinan besar akan meninggalkan kami sekeluarga ....sekiranya azim benar-benar sembuh...
oh itu S E D I H..semoga berjumpa lagi di akhirat kelak wahai 'adik ku'...
 
....
 
 
p/s- aND sO..there's so many reasons to thank Allah for every S W E E T thing happened to us..we just need to find it..and with a S M I L E,
we says A L H A M D U L I L L A H, thank you my A L L AH...

AMARAN : Entri kali ini mengandungi unsur-unsur racism dan hatred kepada Class, Class Rep, Class Timetable, dan Class Trip...kepada sesiapa yang mempunyai jiwa yang lemah dan lembut kepada class anda sendiri, anda disaran untuk meninggalkan blog ini dengan kadar yang segera..

.......

ADAB TIDAK HADIR KE CLASS ~ juga dikenali dengan nama-nama saintifik lain seperti Adab Tuang Kelas, Adab ponteng class, Adab Skip Class(jangan confius dengan ADIB skip class, itu sudah perkara syubhah) dan lain-lain yang sama suku dengannya bergantung kepada lokaliti si Pelaku pemontengan class...

Bila bercakap tentang tindakan tidak hadir ke class...Ramai yang berambiguiti tentangnya..Saban hari kita lihat begitu banyak serangan dan gerakan Pro-Mahasiswa yang dilancarkan terhadap mereka yang sering ter-skip class ini...

Ada yang mengatakan tak pergi class ini berdosa, Allah marah, sponsor marah, merugikan duit rakyat..duit mak bapak diorang bayar cukai kerja penat-penat(macam mak bapak diorang jer yg bekerja dan bayar cukai)...merugikan diri sendiri dan macam-macam lagi...

DAN TIDAK KURANG JUGA...yang mempunyai beberapa reason tuk tidak hadir ke class...yang agak relevan tuk diterima pakai sebagai hujah yang kukuh bagi mempertahankan tindakan mereka yang skip class tadi...

Apa-apa pun..jom kita tanya diri kita balik..TUJUAN ASAL kita dihantar ke luar negara...Tujuan asal kita ialah untuk menuntut ilmu dan lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang kita duduki..itu MATLAMATNYA...dan antara usaha yang harus kita lakukan tuk capai matlamat tersebut adalah dengan STUDY...

Tak kiralah bagaimana sekali pun kita STUDY, dengan pergi lecture ker, dengan tak pergi lecture tapi study di bilik ker...dengan pergi library sahaja tapi tak pergi class ker..or apa sahaja cara yang membuktikan kita STUDY tuk mencapai matlamat CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN dan MENUNTUT ILMU...

......................
Jadi kepada Geng-Geng ter-skip class ini tadi..JOM KITA LIHAT, ADAB-ADAB yang perlu kita patuhi sebagai Peng-Skip Lecture yang Tegar..:

1. Mempunyai alasan yang benar-benar kukuh untuk tidak ke class..terlampau mengantuk kerna study lewat malam, tidak sihat, emotionally unstable, keadaan cuaca yang membimbangkan, mempunyai prioriti yang jauh lebih penting pada waktu tersebut dll...

2. Memastikan diri di-update dengan pelajaran yang terlepas pada hari ini dan tidak membiarkannya bertimbun sehingga membebankan.

3. Bertanya kepada rakan tentang apa yang telah kita tertinggal pada hari ini, dan bahagian mana yang perlu kita fokuskan tuk membuat self-revision...dan minta rakan-rakan membantu kefahaman kita...

4. Berazam untuk sedaya-upaya memenuhi jadual waktu yang telah diberikan pada hari-hari yang mendatang.

5. Tidak dengan sengaja tuk tidak pergi class yang mempunyai markah kepada attendance..eg: Language Class, CAL class and etc...

....

jadi itu sahajalah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya sharekan pada kali ini...

HAL YANG SEBENARNYA~ saya masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan saya tuk pergi ke Hospital St Vincent hari ini...kerna terpaksa pakai kemas-kemas...mengayuh basikal dalam keadaan yang sejuk membeku dan angin ganas menggila...lecak terkena pada seluar dan mengotorkan hampir keseluruhan superficial fascia pada seluar slack yang cun melecun...tersesat dan mempunyai probability tuk digilis kereta yang amat tinggi...semata-mata untuk mendengar 1 hour lecture yang taklah best sangat...

akhir kata: AKU MENYESAL KE CLASS HARI INI...semua ini adalah salah Nia Nabila a.k.a Nea teysco kerna meletakkan aku dalam keadaan guilty kerna tak pernah pergi Hospital Visit...

p/s- BELIA BENCI CLASS di Hospital !!!!



EXAM ~ 10/11/2010 merupakan tarikh yang agak melegakan bagi hampir kesemua pelajar-pelajar UCD kerna tarikh itu menandakan tamatnya satu penyeksaan yang dilakukan secara berterusan oleh lecturer-lecturer kami yang begitu tidak berhati perut(or mungkin terlebih perut) kepada kami...

mid sem exam yang berlarutan hampir-hampir sebulan cukup-cukup menyeksakan jiwa dan batin kami yang manja dan penuh emosi ini(apatah lagi bagi kedua-dua President Club Emo kami;hakim de walrus dan pzu patel)...status-status emo dan berbaur racism kepada exam saban hari di update tanpa mengira saat dan waktu cukup2 membuktikan akan betapa tertekannya kami dengan exam yang berlarutan ini..



bagi aku, ianya tersangatlah menyeksakan...lebih-lebih lagi pabila ianya meningkatkan keinginan aku kepada makanan setiap kali aku melihat buku dan tulisan-tulisan yang bercorak keMedikan...lantas terhapuslah sudah segala impian tuk menjadi kurus seperti sediakala...

bercakap pula tentang PENGURUSAN BERAT BADAN..aku rasa kalau perkara sebegini berlarutan ditambah pula dengan cuaca di dublin yang sejuk cam tak hingat ni...aku rasa aku akan menajdi gemuk seperti gadis bunting dalam video DALAM 10 CAKAP 1 NOMBOR(sila klik) ni...ataupun seakan-akan seiras dengannya..

.........................

ACUTE ABSENTEEISM SYNDROME atau ABS kini menjadi pandemik dan barah yang makin menjadi-jadi di UCD...bila bercakap tentangnya, tentulah aku salah seorang dari pelajar yang dijangkiti olehnya...semakin kuat keinginanku ke kelas...semakin lambat pula aku bangun tuk ke kelas...bukan apa,  selalunya mood study aku datang selepas pukul 12 tgah malam dan ianya berlanjutan hingga ke pukul 3-4pagi..jadi memang lepas subuh tu aku hibernate sampai lebam la jawabnya...tapi aku cuba nak pastikan agar perkara-perkara jahilliyah ni dapat aku atasi dengan kadar yang segera...

.........................


RELATIONSHIP ~ mood relationship aku agak terumbang-ambing lately..aku rasa penat nak menjaga hubungan yang sedia ada...bukannya bosan bukannya malas..cuma adalah beberapa kes-kes yang berbangkit yang masih tak selesai-selesai lagi walaupun usia hubungan kami dah mencecah 6 tahun...so, aku rasa selagi isu-isu asas relationship ni tak diselesaikan selagi tu aku takkan ambil keputusan tuk khawin..ah, aku malas la nak pikir pasal AMANI buat sementara waktu ni..biar lah masa yang mengajarnya..bagi aku, matlamat aku jelas..aku tak tahu plak bagi dia...

.................................

malam ni merupakan MALAM KEMERDEKAAN bagi sesetengah dari kami...bagi aku..masih ada lagi satu paper minggu depan...nak kena tumpukan pada VOLLEYBALL TRAINING plak...esok adalah kali terakhir kami berlatih...bermula pukul 3-5pm...harap semua boleh punctual...ingat nak ajak budak RCSI tapi Sport Manager kata budak perempuan baru nak start training..so, tak jadi la training dengan RCSI...harap-harap ada harapan la tuk menang kali ni lawan BUDAK-BUDAK SURGEON...

........................

AKHIR KATA~ tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang tetap gigih mengharungi pahit getir exam..suka duka tangis tawa asam garam dalam perjuangan ini...selamat study tuk final exam rakan-rakan...

harini, aku bangun agak sedikit lewat berbanding hari-hari yang sebelumnya...Cuaca di Dublin semakin hari semakin sejuk..dan aku pula semakin hari semakin lewat bangun tuk ke kelas...jadi, conclusionnya class yang pertama or kedua dalam jadual aku, telah dipastikan tuk menjadi korban pada hari persekolahan tersebut...

aku, bangun panaskan lauk kurma semalam and makan breakfast...sedang-sedang makan tu aku skype sebentar dengan cik wani tersayang tuk bertanya khabar berita esp tentang kesihatannya(dia sudah batuk teruk lebih kurang 2 minggu,dan dia memang takut ke klinik even bekerja di hospital)....aku sempat meng-wish 'take care' tuk dirinya yang akan bercuti ke Pulau langkawi weekend ni...semoga selamat semuanya..

petang balik agak sedikit penat...2 jam class neurology sudah cukup obvious menggambarkan level kepenatan aku...badan aku takdelah terasa penat sangat memandangkan aku hanya attend class 2 jam sahaja hari ni...tapi kepenatan yang ditanggung oleh nerve cell bodies cerebellum aku amat-amat jelas dirasakan...sebelum pulang aku sempat 'tapau' sisa-sisa baki-baki makanan di Astra Hall bersempena dengan Malaysian food Festival harini...Alhamdulillah rezeki...

basically mungkin tiada apa yang particular tuk diceritakan pada kau blog tentang life aku harini...cuma, aku tengok DOCUMENTARY : Road to Guantanamo tadi dengan Mozac...a true story based on the experience of some group of muslims who had been detained and totured for 2 years in Guantanamo prison because had been accused to be linked to Al-Qaeda; in which they never knew of....TERTEKAN AND SEDIH giler tengok macam mana diorang kena torture selama 2 tahun tanpa belas kasihan...subhanallah..bersyukur aku berada di negara yang selamat bebas dan aman...thanx Allah for this comfort..



esok adalah hari mengundi di 2 Pilihan Raya Kecil iaitu DUN GALAS and DUN BATU SAPI...kawan baikku yang telah pulang ke malaysia sedang berjuang di Galas..Moga Allah tetapkan kemenangan berpihak kepada yang benar..InsyaAllah.....

Harini,aku rasa badan aku bertambah kurus sedikit...adalah kurang 500gram agaknya, sebab aku tak makan supper semalam(note the word supper)...memang takde significant..tapi mengambil kira kehidupan di musim sejuk ini, yang meng-induce nafsu makan seperti raksaksa dan pertambahan berat badan yang luar biasa...ianya merupakan milestone dalam kehidupan aku yang bergelar warga dublin ini...semoga pengurangan berat badan adalah berkadar songsang dengan pertambahan iman, insyaAllah...

..................

sedikit mutiara kata tuk semua pembaca hujungnya jauh ni:

" the problem with doing NOTHING, is u just don't have enough time to do EVERYTHING"

renung-renungkan and selamat beramal...

p/s- oh ya...sebelum terlupa..terima kasih kepada Bloggers Astonishing az(i hope i spell it correctly)..for following this blog...u know, without u guys..i don't think i have enough motivation to write...cheers and salam perkenalan...