kita tahu hidup susah..

:: Pengakhiran kepada sebuah pengUjian ::

Posted by A m a l - -

EXAM ~ 10/11/2010 merupakan tarikh yang agak melegakan bagi hampir kesemua pelajar-pelajar UCD kerna tarikh itu menandakan tamatnya satu penyeksaan yang dilakukan secara berterusan oleh lecturer-lecturer kami yang begitu tidak berhati perut(or mungkin terlebih perut) kepada kami...

mid sem exam yang berlarutan hampir-hampir sebulan cukup-cukup menyeksakan jiwa dan batin kami yang manja dan penuh emosi ini(apatah lagi bagi kedua-dua President Club Emo kami;hakim de walrus dan pzu patel)...status-status emo dan berbaur racism kepada exam saban hari di update tanpa mengira saat dan waktu cukup2 membuktikan akan betapa tertekannya kami dengan exam yang berlarutan ini..



bagi aku, ianya tersangatlah menyeksakan...lebih-lebih lagi pabila ianya meningkatkan keinginan aku kepada makanan setiap kali aku melihat buku dan tulisan-tulisan yang bercorak keMedikan...lantas terhapuslah sudah segala impian tuk menjadi kurus seperti sediakala...

bercakap pula tentang PENGURUSAN BERAT BADAN..aku rasa kalau perkara sebegini berlarutan ditambah pula dengan cuaca di dublin yang sejuk cam tak hingat ni...aku rasa aku akan menajdi gemuk seperti gadis bunting dalam video DALAM 10 CAKAP 1 NOMBOR(sila klik) ni...ataupun seakan-akan seiras dengannya..

.........................

ACUTE ABSENTEEISM SYNDROME atau ABS kini menjadi pandemik dan barah yang makin menjadi-jadi di UCD...bila bercakap tentangnya, tentulah aku salah seorang dari pelajar yang dijangkiti olehnya...semakin kuat keinginanku ke kelas...semakin lambat pula aku bangun tuk ke kelas...bukan apa,  selalunya mood study aku datang selepas pukul 12 tgah malam dan ianya berlanjutan hingga ke pukul 3-4pagi..jadi memang lepas subuh tu aku hibernate sampai lebam la jawabnya...tapi aku cuba nak pastikan agar perkara-perkara jahilliyah ni dapat aku atasi dengan kadar yang segera...

.........................


RELATIONSHIP ~ mood relationship aku agak terumbang-ambing lately..aku rasa penat nak menjaga hubungan yang sedia ada...bukannya bosan bukannya malas..cuma adalah beberapa kes-kes yang berbangkit yang masih tak selesai-selesai lagi walaupun usia hubungan kami dah mencecah 6 tahun...so, aku rasa selagi isu-isu asas relationship ni tak diselesaikan selagi tu aku takkan ambil keputusan tuk khawin..ah, aku malas la nak pikir pasal AMANI buat sementara waktu ni..biar lah masa yang mengajarnya..bagi aku, matlamat aku jelas..aku tak tahu plak bagi dia...

.................................

malam ni merupakan MALAM KEMERDEKAAN bagi sesetengah dari kami...bagi aku..masih ada lagi satu paper minggu depan...nak kena tumpukan pada VOLLEYBALL TRAINING plak...esok adalah kali terakhir kami berlatih...bermula pukul 3-5pm...harap semua boleh punctual...ingat nak ajak budak RCSI tapi Sport Manager kata budak perempuan baru nak start training..so, tak jadi la training dengan RCSI...harap-harap ada harapan la tuk menang kali ni lawan BUDAK-BUDAK SURGEON...

........................

AKHIR KATA~ tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang tetap gigih mengharungi pahit getir exam..suka duka tangis tawa asam garam dalam perjuangan ini...selamat study tuk final exam rakan-rakan...