kita tahu hidup susah..

:: Ramai orang SIBUK tapi LUPA ::

Posted by A m a l - -

Ramai orang sibuk nak mengubah Dunia..tetapi dia lupa nak mengubah Diri Sendiri..

Ramai orang sibuk nak mengejar Dunia..tetapi dia lupa nak mengejar akhirat..

Ramai orang sibuk nak mengejar akhirat...tetapi dia lupakan segala tanggungjawabnya di dunia..

Ramai orang begitu bersemangat nak berjaya..tetapi dia lupa dan malas tuk berusaha

Ramai orang ingin mendirikan rumahtangga..tetapi lupa untuk bersiap menghadapinya...

Ramai orang sayangkan isteri/suami..tetapi dia lupa tuk menyayangi ibu dan bapanya...

Ramai orang cintakan Allah..tetapi dia acapkali membuat perkara yang dilarangNYA..

Ramai orang sayangkan Nabi..tetapi ramai yang lupa tuk berselawat atasnya..

Ramai orang yang memegang jawatan dan tanggungjawab...tetapi dia lupa tuk menyempurnakan tanggungjawab yang sedia ada...

dan sahabat...

Ingatlah...

Ramai orang yang bersiap sedia tuk hidup...tetapi ramai di antara kita yang terlupa tuk bersiap-sedia menghadapai pengakhiran sakratulmaut kita....



Ya Allah, ruginya aku jika berada di kalangan mereka...

p/s- untuk rakan-rakan yang menghadapi exam..saya mengharapkan agar dalam kesibukan anda mentelaah pelajaran ini..jangan pula terlupa tuk memperuntukan masa tuk berdoa kepadaNya..Dia lah Yang Maha Penentu baik buruknya pengakhiran segala cabaran hidup kita.. bitt taufiq wannajah..

4 Responses so far.

  1. Afham says:

    satu persatu kena atas kepala statement ko tuh. haih.

    pengajaran: selalulah bermuhasabah!

    terima kasih atas ucapan utk exam itu, aku sungguh terharu pilu. ko pun selamat memasuki semester baru

  2. amal says:

    nasihat tuk diri sendiri ni ee..sama-samalah kita bermuhasabah tuk kebaikkan bersama...ee, usaha rajin2..insyaAllah kalau ade kelapangan aku buat solat hajat tuk korang semua, agar dipermudahkan urusan...make dua' for me brother..make dua'..

  3. mooooyeeeeeeeh says:

    all the best to my friends!!! insyaAllah, dgn usaha + tawakal, akan berjaya =)