Erm…entah…kadang2 aku rasa macam nak citer jer kat orang tentang apa yang dah aku alami semenjak 2 menjak ni…Sesuatu yang telah merubah pandanganku, kefahamanku dan keyakinanku tentang agamaku sendiri…tentang kekuasaanMu, Ya Allah…
Rasanya, eloklah dimulakan dengan sedikit latar-belakang aku sejak beberapa tahun kebelakangan ni..
..Dulu, aku ni seorang yang pencinta agama and boleh ar dikatakan sebagai seorang ‘mat surau united’ ar jugak…dari kecik aku memang minat dengan wirid2, selawat nabi, hafazan, nasyid, azan dan membaca Quran…ditambah pulak start dari form 1, aku duduk kat asrama…so, memang suka ar belajar2 benda ni…akhirnya, bila kau mencecah form 3…aku boleh ar digambarkan sebagai seorang yang mempunyai asas agama yang kukuh…aku suka mengajak orang bercerita tentang kebesaran-kebesaran Allah dan bercakap tentang agama, kerana aku merasakan bahawa keberkatan dari tuhan itu adalah penentu kejayaan hidup seorang insan…Pastu bila masuk MCKK, aku juga berjinak-jinak dalam nasyid dan meneruskan kerja-kerja kerohanian….Masa aku form 5, kerana kredibiliti aku sebagai seorang prefect dan komitmen yang aku berikan kepada surau, aku diberikan mandat untuk menganggotai Ahli Majlis Syura’ Badan Nahdhah Islamiyah MCKK sebagai ketua Syukbah Penerangan….seriously waktu dulu, aku bukan sengaja nak join badan-badan agama ni sebab aku nakkan jawatan(walaupun sebenarnya, komitmen yang aku berikan pada surau telah memberikan aku kepercayaan dari rakan2 dan guru untuk memegang jawatan)…tetapi waktu tu aku begitu kagum dan bersemangat untuk ke surau kerana aku merasakan hanya Allah sahaja yang akan melindungi aku dari sebarang musibah dan malapetaka dalam menjalani kehidupan yang penuh mencabar kat MCKK nie…ditambah pulak waktu tu, Surau MCKK pun, MasyaAllah…..hebatnya!!! senibina dan saiznya merupakan surau yang terbesar dan tercanggih di mana2 sekolah mahupun kolej2 di Malaysia ni aku rasa…Therefore, bertambah-tambah ar minat aku untuk ke surau pada waktu itu…
Selepas masuk kmb(Kolej Mara Banting,selangor), aku bertekad untuk melupakan kisah dan zaman2 hitam di MCKK(cos, aku dan rakan-rakan selalu ditindas dan diasingkan oleh sekumpulan insan-insan yang berbadan tengik dan berhati busuk(they know who they are)) serta memulakan life dan personality baru…aku nak jadi Amal yang lain, tapi yang peliknya aku mengambil keputusan untuk tidak lagi bergiat dalam kegiatan agama dan kerohanian…aku dah mula menjauh-jauhkan diri dari surau cos orang kata,
"tak macho ar kalau join mat surau"
….aku mula menjadikan azan Maghrib itu sebagai indicator aku masuk bilik air dan mandi, bukan untuk ke surau…BILIK pula, telah ku isytiharkan sebagai tempat sujud aku, bukan lagi surau…aku, tak seronok langsung dengan aktiviti usrah yang dijalankan+mengatur strategi dengan hazrul dan mukhlis(member usrah aku) untuk melarikan diri dan mencari alasan setiap kali usrah…kesian abang Azri yang menjadi naqib aku terpaksa berkejar-kejar dengan Muhaimin mencari kitorang….aku solat pun ikut dan jer….takde ar kata tak pernah solat langsung, tapi sembahyang macam chipsmore ar(sekejap ada dan sekejap takde)….lebih-lebih lagi time homework and presentation tengah banyak, memang aku jarang menjengukkan muka di surau!!!…Time bulan puasa lagi ar teruk, aku tak kisah pun orang bwat aper time puasa…aku juz tido…tido…dan tido…sampai waktu, aku berbuka…sekadar menahan lapar dan dahaga jer…tapi, ok jugak ar…dalam bulan puasa aku dah mula jaga solat balik…terawih??? hurm, ikut keimanan arr…kalaw rasa nak pergi; pergi…kalu rasa taknak; aku tidur jer kat dalam bilik….tapi dulu memang iman aku fluctuate giler2…sampai satu tahap aku rasa aku dah hampir2 murtad kerana banyak mempersoalkan tentang kekuasaan Allah dan Qada’ dan Qadar…
1. Ok, kalau benar Allah itu Maha Penyayang dan Maha Berkuasa, kenapa Umat Islam di Palestin dan ditempat2 lain disiksa, dibunuh, ditindas, diperkosa dan diperlakukan sesuka hati????
2. Ok, kalau benar Allah itu Maha Adil, kenapa manusia dilahirkan dengan berbeza-beza kepandaian dan bakat???? Mengapa sejak azali lagi, jahat baik kehidupan dan pengakhiran kehidupan manusia itu telah di’pre-determined’???
3. Kenapa umat Islam yang dikatakan sebagai umat yang terpilih, diciptakan lebih kurang pandai daripada bangsa Yahudi??? Musuh Islam????? Kalau macam tu, bagaimana untuk Umat Islam akan menang???Bila kita akan menang semula???? katakan bila????
………sebenarnya banyak lagi yang ku persoalkan dan rasanya tak perlu ku tulis semuanya….dan hari demi hari iman dan ketaqwaanku makin parah, makin tenat dan makin berkurangan dalam dada ini….Aku mula membenci mereka-mereka yang datangnya dari golongan 'Mat Surau United'…aku tidak mahu berimamkan mereka2 yang pada diriku waktu itu, kuanggap sebagai mereka yang munafik+berpura-pura baik…lantas, aku mengambil keputusan untuk solat sendirian di bilik sahaja….Aku benci kepada mereka-mereka yang melakukan ziarah dari bilik ke bilik…kalau mereka masuk, lantas aku cepat2 keluar dan tinggalkan roommateku Aladin sorang jer kat dalam bilik…Aku menjadi semakin bongkak dan takbur kepada Yang Maha Pencipta…sehinggalah sampai waktu dan ketikanya, Yang Maha berkuasa merampas dan mengambil kembali sesuatu yang telah dikurniakan padaku selama ini….2 aset yang paling beharga buat diriku….Yang telah mengangkat darjatku daripada orang lain…iaitu
-KEBIJAKSANAANKU serta SIFAT RAJINKU-…
…Pelajaranku makin merosot….Susah untuk focus study walaupun selama sejam…segala yang aku hafal dari buku, hilang terus dari ingatan setiap kali exam mahupun test….Aku tidak lagi menjadikan buku sebagai teman karibku tetapi kugantikan dengan membuang masa menonton movie, bermain game, tidur, bersembang dan banyak lagi…Aku seperti layang-layang yang terputus tali….Aku hilang arah….Guru-guruku dan keluargaku makin gusar dan bimbang akan masa depanku sebagai seorang pelajar tajaan MARA ekoran dari resultku yang semakin gelap dan merudum….Aku sedar akan semua itu tetapi setiap kali aku cuba untuk study kembali, otakku seperti tepu….tidak boleh menerima sesuatu ilmu pun….Ku rasakan lebih banyak ilmuku yang keluar daripada ilmu yang masuk….lantas aku mengambil langkah drastik untuk meninggalkan segala tabiat burukku yang suka membuang masa dan mula mengambil buku sebagai teman rapatku .kembali..Tetapi kupunya penyakit baru…badanku mudah letih dan cepat mengantuk…Aku seringkali ditegur kerana banyak tertidur dalam kelas….Aku seperti tidak berdaya…Aku rasa sungguh lemah, tetapi aku kuatkan juga usaha…aku gandakan masa study dan lebihkan membuat latihan…TETAPI, tidak semudah yang ku jangkakan…Aku masih berada di takuk yang lama…Keputusan aku ada menunjukkan peningkatan…tetapi peningkatan itu terlalu sedikit dan seperti boleh diabaikan…Seperti biasa mak dan abah bising2 di rumah kerana MARA menghantar surat amaran lagi….Mak menangis di tikar sejadah mengenangkan nasibku…Aku tidak terdaya untuk menjawab melainkan mengatakan kepada mereka bahawa aku telah berusaha…berusaha sedaya-upaya…tetapi kurasakan seperti ada sesuatu yang menahan kejayaanku…aku tidak tahu….Ku hanya dapat mengatakan bahawa KUASA itu sungguh kuat…Aku tidak mampu melawannya…walau sekuat manapun aku berusaha…Lantas, aku akur dengan takdir yang telah ditentukan dan terus lagi mencuba dan mencuba sampai entah berapa juta kali aku membaca mukasurat yang sama dalam buku2 pelajaranku tetapi keputusan dan kefahamannya tetap juga begitu…ramai cikgu2 mengatakan perkataan begini padaku…
" Amal, it seems that u still cannot understand the repeating similar question.." dengan nada yang kesal mereka memandangku seperti memandang satu product yang gagal, yang tidak mungkin dipulihkan, yang menunggu masa untuk ditendang keluar dan diberhentikan tajaan pelajarannya…Itulah Aku, seorang manusia yang telah banyak melukakan hati guru2 dan ibu-bapaku….Akulah manusia yang paling tak berguna sekali dibiarkan hidup di atas muka bumi ni…Akulah cita-cita agama(maksud nama amaluddin) yang tak mungkin dikecapi impiannya kerana otakku sudah tidak lagi berguna bagi seseorang yang ingin bergelar doctor…
Pada satu hari yang diizinkan Allah , naqib aku balik KMB dari Uni.Galway…accidentaly terjumpa dia…First thing yang dia kata kat aku, "MasyaAllah, Mal…Aurat tu"…hehe, alar aku kalau nak pegi toilet tu memang berboxer sahaja…SBP’s style lar katakan…Lepas solat Jumaat dia ader bwat meeting kecil for anyone tuk tanya dia bout the interview preparation…aku pun dok dengar ar apa yang dia cakap tu…memandangkan apa yang dia cakap tu smuanya yang aku dah tahu…tiba2 fikiran aku melayang-layang dalam kelunakan suara Abg Azri dan teringat tentang nasihatnya yang pernah diberikan padaku setahun dulu…
"Mal, mal selalu cakap ngan abang takde masa, takde mase…and takde mase…Tiap kali nak usrah jer takde masa….nak solat jemaah jer takder masa…nak dengar ceramah pun takde masa…abang pun sama macam amal gak, budak medic, pegang banyak jawatan walaupun tak sebanyak Amal…tapi, Alhamdulillah…Allah beri abg cukup masa…cukup masa solat, masa study, bwat homework, meeting, hadir usrah and sebagainya….Tak cukup dari tu, Allah permudahkan urusan Abang tuk belajar kerna Nabi S.A.W pernah bersabda ”Barangsiapa yang menolong dan membantu menegakkan agama Allah, InsyaAllah…Allah akan bantu untuk permudahkan urusannya”….Jadi Yakin dan selalulah berdoa pada Allah…Insya Allah, Allah akan bantu kita dalam study….dan ingatlah cerah-gelap masa depan kita adalah di atas ketentuanNya…"
Kemudian,Fikiranku teringat juga tentang result dia selalu jer gempak and siap dapat 3 offer university lagi…PMC,IUMC,Manchester….
Lepas tu aku bagaikan dikejutkan dari satu khayalan yang lama…seperti tersedar dari lamunan dan mainan duniawi yang cukup panjang…..lidah aku terkedu….hatiku sebak sesebak-sebaknya….mengenangkan dosa2 lalu yang telah aku lakukan yang tak terhitung banyaknya….
"Ya Allah besarnya dosaku tak dapat ku tanggung semuanya, Ya Allah…"
Lantas aku meminta diri untuk pergi dan meninggalkan Abg Azri yang nampaknya lebih berminat untuk bercerita tentang nasyid dengan kumpulan Munawwar(Kumpulan Nasyid Kolej) di situ daripada melayan persoalan-persoalan aku….Aku bingkas bangun dan mencari satu sudut di tepi surau dan kemudiannya aku menangis, menangis dan menangis semahu-mahunya….aku pegang Al-Quran yang telah lama ku tinggalkan, ku tekap rapat-rapat pada dadaku, kukucup Kalimah Allah itu dan kugenggam ia sekuat-kuatnya….dalam kesyahduan dan keesakan tangis hibaku, aku buka mata, kulap tangis mataku dengan lengan tangan…Ku buka satu persatu mukjizat terbesar nabi junjungan itu untuk mencari rakan-rakan lamaku a.k.a surah-surah kegemaranku….Ku cari lembaran 531,Surah Ar-Rahman…..Ya Allah begitu sedap sekali didengar dan membaca kembali ayat2 Mu ini Ya Allah…Ku teruskan bacaan Surah Al-Waqiah(Surah hafalan bibirku dahulu)…..Ku baca dengan sepenuh hati….Ya Allah, sungguh sempurna sekali ayatMu ini, Ya Allah…begitu tenang dan khusuk sekali aku membaca kalamullah itu….Dan selepas itu aku tertidur di situ….
Dalam tidurku….AKu bermimpi, yang ku berada di tengah2 lautan luas, airnya deras,kuat dan laju menghempas tubuhku yang kerdil ini…Aku berenang mencari daratan….Ku renang ke hadapan, belakang, dan hampir semua arah….Tapi aku tidak terjumpa pun tanda2 daratan di kejauhan… kepala ku terasa semakin pening dan berat sekali kerna terlampau banyak tertelan air masin,agaknya….ku rasa ku takkan mampu lagi tuk melawan pukulan ombak sebesar ini…ku biarkan badanku hanyut,dibawa arus, tenggelam dan karam….aku lemas….
Dapat kurasakan dengan jelas bagaimana badanku tenggelam menghala ke perut lautan yang bergelora itu, bunyi pukulan ganas sang ombak juga masih terngiang-ngiang di telinga, aku tidak lagi bernafas, dadaku rasa pedih dan sakit…jantungku tidak lagi berdegup….aku tahu….aku sudah tidak punyai nafas dan nyawa lagi….Aku akur dengan waktu ajalku yang pasti….
Tiba-tiba dalam kesakitan menahan tekanan dari dalam dada sepeti hendak meletup…kurasakan satu pancaran cahaya dari atas tepat menuju ke arahku….cahaya itu sangat2 cerah….Dapat kurasakan bagaimana hangatnya kulitku disimbahi dan dimamah oleh cahaya yang begitu cerah dan terang itu….badanku terasa diberi suatu ketenangan yang menusup-nusup masuk dari ubun-ubunku…seperti ada suatu tiupan angin yang meniup pangkal ubunku lembut-lembut…..
Dan dalam sayup-sayup kudengar laungan azan berkumandang….
"Seperti biasa ku dengar azan ini,"getus hati kecilku
…Aku tahu walaupun aku tidak bernafas, tapi aku rasa ok….tak sakit dan tak pedih lagi pada waktu itu….lalu, tubuhku terasa ditarik ke atas, ke permukaan laut untuk kembali rapat kepada punca cahaya itu….Tiba-tiba ku rasakan ada satu tangan yang menyentuh tubuhku dengan lembut dan menggoncangkan tubuhku perlahan-lahan…Kemudian……
"Bang, bang….bangun….orang da nak start solat asar da ni….,"badan aku digerakkkan oleh seorang junior first year yang biasa ku lihat wajahnya berjalan ke surau…Astraghfirullahalazimm….mengucap panjang aku…Bermimpi rupanaya…Aku bingkas bangun, mengambil air sembahyang dan menyertai saf jemaah hadapan solat asar pada hari itu….Selepas bersalam-salaman….rakanku, Wafi bangun dan mengajak sahabat-sahabat yang lain yang mempunyai kelapangan masa untuk tunggu sebentar mendengar sedikit tazkirah pada petang itu….Aku segera menyertai kawanan manusia di kelompok itu sambil fikiranku melayang jauh terawang-awang….memikirkan akan maksud mimpiku sebentar tadi….Yang benar2 mengganggu benak fikiranku…..Ku dapat rasakan yang ketenangan itu bertambah-tambah dalam dadaku……Ku lantas bersalam dengan sahabat-sahabat di sekeliling dan bangun menuju ke bilik dalam keadaan yang penuh rasa keinsafan dan kehinaan seorang hamba….
Malam itu, aku tak study langsung….aku habiskan masa sepanjang malam tuk merenung ke dinding…memikirkan akan masa depanku, dosa silamku, keangkuhanku kepada Tuhan, rakan2ku yang sudah menghilang, buku-bukuku yang banyak yang menjadi perhiasan almari buku….
Ku renung dan fikir semuanya jauh-jauh dan dalam-dalam….Kenapalah aku dipilih untuk hidup di atas muka bumi ini…Ya Allah….
Musim interview dah tiba….aku dapat interview PMC yang sememangnya dari dulu lagi aku inginkan….hatiku melonjak-lonjak girang….setiap hari, akan ku pastikan aku spend masa lebih kurang 15minit untuk baca bahan2 interview….Sampai Harinya, aku berdoa dengan Allah agar ditenangkan hati dan dipermudahkan urusan untuk menjawab segala soalan dengan tenang dan yakin….Alhamdulillah, setiap soalan yang ditanya hampir 85% menepati jangkaan aku dan aku jawab segalanya dengan penuh berhemah dan tersusun…Sampai Dr.Jack Lambert cakap camni kat aku..
"Mm, ok….i don’t have anymore question to ask u…your answers has satisfied my expectation…so, before u go, do you have any question to ask anyone of us?"
Pastu aper lagi, aku pun bantai tanya pasal Patient Based Learning(PBL) yang University College Dublin(UCD) implement kat diorang nyer Uni, aku puji cakap yang PBL UCD adalah yang terbaik di dunia…mendapat ramai pengiktirafan dan pujian University laen kat dunia and aku kluar ar fakta2 yang aku baca…
Dia pun cam impress giler dengan pengetahuan aku, pastu dia criter ar pasal PBL sampai 10minit…pastu dia salam ngan aku…and aku pun hulur tangan tuk salam ngan Prof.Dr.Amir(the other interviewer)….Tunggu punya tunggu…result PMC pun kluar….aku dah dapat rasakan 180% da aku dapt conditional offer…
Unfortunately, aku tak dapat….aku just diletakkan di bawah waiting list jer….Bilangan yang dapat pun dah dikurangkan kepada separuh…yang separuh lagi dapat waiting list….aku tergamam dengan apa yang aku lihat….aku rasa nak nanges…
" Ya Allah, apa yang aku nak beritahu family aku nie…mampos ar aku…takkan pergi India kot?"
…To add to my grievance, Pn Sharifah(Placement Manager), cakap yang dia pun tak sure whether waiting list ni akan dapat offer ke tak…dia cakap Mr Damien(Manager RCSI M’sia) will try his best tuk dapatkan conditional offer tuk kitorang…
Sejak dari hari tue, hari2 aku berdoa…aku solat hajat…baca Quran mintak dengan Allah supaya diberi placement untuk aku dan rakan2 yang lain….Walaupun aku tahu, yang chances tuk aku dapat dah makin tipis…dan mungkin tak dapat langsung…aku masih lagi meletakkan keyakinan bahawa Allah Maha Berkuasa atas sesuatu….
Nak dipendekkan cerita, satu hari lepas IRP(intensive revision programme), aku nak pergi lunch and ‘tapau’ makanan utk ee dan nabil cos masa tu dia berpuasa….tiba2 Syukur, bagitahu aku yang nama aku beserta 4 rakan yang lain dah dikeluarkan dari waiting list…Pn.Sharifah nak jumpa sekarang….Urgent!!
Ya Allah…..kenapa jadi sampai macam ni sekali.….elok2 dapat 50% chances dah tak dapat langsung….cos, before this aku ade dengar desas-desus yang mengatakan bahawa hanya sebilangan orang sahaja dari waiting list yang akan dipilih semula…manakala yang lain, akan disingkirkan….
Erm, aku letak makanan yang aku pegang dan terus menuju ke bilik Pn.Sharifah…ku lihat saudara Bulu(Ungku Naim) tengah cuak macam nak nanges tunggu kat luar pintu Pn.Sharifah…
"Bulu, masuk jom?" tanya aku ringkas..
"wei, taknak ar….buatnyer kita kena buang…tak semangat langsung nak pergi irp petang ni…."Bulu jawab dengan perasaan yang bercampur-baur…
Dengan Lafaz Bismillah, aku kumpul tenaga tuk beranikan diri melangkah masuk…Aku ketuk pintu Pn.Sharifah…
Tok…Tokk…Tok…
"Erm, excuse me teacher…is it true that u call us to meet you today…Erm, may i know, actually..err..it is regarding to what matter (ceh, bwat2 macam innocent and tak tahu…padahal semua orang tahu, kalau masuk bilik Pn.Sharifah mesti ar pasal placement)….
"ha, ni pun dia budak yang selalu tanya pasal placement tu….congratulations, u guys just receive the firm conditional offer letter…"kata Pn.Sharifah separuh serious and separuh maen-maen…
Aku tengok atas meja, ader 5 offer letter…And nama aku atas sekali…aku pegang offer letter tu…ku baca nama yang tertera di atasnya…
"MOHD….AMAL..LUDDIN…RAZALI…
WE ARE PROUD TO ANNOUCE THAT YOU HAVE BEEN OFFERED A PROVISIONAL PLACE IN OUR UNIVERSITY(University College Dublin, Ireland) COMMENCING THIS SEPTEMBER"..bla…bla…bla…
"Yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!"
Aku bersorak kegembiraan…dalm perasaan yang bercampur suka, sedih, sebak, pilu dan ceria itu, aku lafazkan ucapan "Alhamdulillah…" tanda syukurku terhadap kekuasaan Allah…cos, yelah dalam 15orang yang ader dalam waiting list tu hanya 5 orang jer yang dapat…and dalam 5 orang tu nama aku berada atas sekali….Aku sangat2 bersyukur kepada Rahmat yang Allah turunkan kepada aku…Allah itu Maha Mendengar…Setelah memberitahu wani,ibu, ayah dan kesemua ahli keluargaku yang lain…malam itu kuhabiskan dengan membaca Al-Quran, berzikir dan bertasbih memuji kebesaran kekuasaan Tuhan semesta alam…malam itu aku menangis lagi…aku malu kepada Allah kerana walupun diri ini seringkali melupakanmu, Ya Allah…tetapi kau tidak pernah sedikitpun melupakan hambaMu….Bulan dan bintang pada malam itu menjadi saksi kepada pembentukan keyakinanku kembali kepada kekuasaan dan kebesaran Allah, keimanan yang tidak berbelah bahagi kepadaNya dan kembali menyuburkan ketaqwaan terhadap Allah serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenar…sejak malam itu aku yakin dengan kata2 seorang sahabatku yang mengingatkan bahawa SETIAP YANG BERLAKU ITU, PASTI ADA HIKMAHNYA dan JIKA ALLAH TIDAK TUNAIKAN APA YANG KITA MINTA, PASTI ALLAH ADA RANCANGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA….dan aku yakin kepadaMu Ya Allah kekuasaanMu, kebesaranMu, sifat kasihMu, sifat penyayangMu menjangkaui batasan sifat2 makhlukMU….dan aku tunduk malu dan terhina dengan penuh rasa keinsafan dan ketawadukkan seorang hamba…Pada malam itu aku tertidur dan menangis di atas tikar sejadahku sehinggalah subuh menjelang………………
Jadi, Pada rakan-rakan yang sudi meluangkan masa untuk membaca kisah hidup saya ini, suka untuk saya ingatkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa untuk memilih sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA untuk menerima hidayah dan rahmatnya….ada seorang rakan yang agak rapat dengan saya pernah memberitahu bahawa, dia tidak pernah bersembahayang dari sekolah rendah sampai arr dia masuk SBP masa form 4, tapi sekarang…keimanannya YA ALLAH,,, cukup hebat dan ibadahnya MasyaAllah cukup istiqamah dan kuat sekali berbanding saya…dia pun punya cerita tersendiri di sebalik keimanan yang dia perolehi sekarang tetapi demi menjaga rahsia rakan, eloklah kiranya saya simpan sebagai cerita peribadi….Jadi, marilah sama2 kita mencari keredhaan dan keberkatan Allah di muka bumi ini, bagi membuat persiapan di akhirat kelak….Ingatlah, sahabat2….JIKA KITA KEJAR DUNIA, NESCAYA APA YANG KITA DAPAT HANYA DUNIA manakala JIKALAU KITA KEJAR AKHIRAT, NESCAYA ALLAH BERIKAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT SEKALI….MasyaAllah, begitu sekali pemurahnya Allah yang Maha Esa……sebenarnya cerita ini bersambung kepada Bahagian kedua yang lagi jelas ceritanya tentang bagaimana Allah menolong permudahkan dan berikan kepada saya yang terbaik untuk disenangkan urusan saya di muka bumi ini….Satu lagi, bagi menjawab persoalan2 yang dilontarkan di atas…saya rasa Umat Islam ditindas di Palestin dan di tempat2 lain adalah mungkin kerana Allah nak berikan petunjuk kepada kita…bahawa kalau kita tak bersatu dan kumpul tenaga melawan golongan musyrikin, kita mungkin akan menerima nasib yang sama seperti, mereka2 yang berada di Palestin…Yang kedua, memanglah Semuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi…tetapi, segala yang berlaku terbahagi kepada dua iaitu Qada’ dan Qadar…Qadar adalah sesuatu yang telah ditetapkan dan ianya adalah pasti seperti ajal maut dan jodoh….Manakala, Qada’ pula adalah sesuatu yang telah ditetapkan tetapi bergantung kepada tindakan makhluk itu sendiri…Katakan, kita pilih Jalan A, kita pasti akan beroleh sesuatu yang lain berbanding dengan kalau kita pilih jalan B…tetapi, apa yang akan berlaku dalam jalan A dan B itu adalah pasti dan telah ditetapkan jua…Jadi, ianya terletak di atas kebijaksanaan akal dan pertimbangan iman setiap makhluk…dan akhir sekali, bout Yahudi tu….hikmah kita dijadikan kurang cerdiknya dari bangsa Yahudi adalah kerana jikalau umat islam, senang-senang sahaja diciptakan pandai dan bijaksana dari bangsa Yahudi…tentulah makin ramai umat islam yang kufur dan bongkak serta lupa diri…Kita tidak akan merasakan susah untuk melawan Bangsa Yahudi, dan harus diingat; tanpa kesusahan, keperitan dan kepayahan…kita tak mungkin berjaya berjuang membentuk satu ikatan dan pakatan persaudaraan yang kukuh dan bersama bersatu menegmbeling tenaga, usaha dan kepakaran bagi menentang musuh islam itu..jadi, itulah hikmahnya kita ditakdirkan dijadikan sebegini rupa…Maka, Bersyukurlah atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan oleh Maha Pencipta kepada kita dan janganlah sesekali meragui kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T Sekian, akhir kalam….
"AllahuAkbar…AllahuAkbar…AllahuAkbar..Walillahilhamd...."