.:: Suatu hari di pagi Ahad, kira-kira 3 tahun lalu....Ayah aku mengajak aku pergi ke pasar membeli barang-barang mentah dan barang-barang dapur...Dalam kesibukan dan kebusukan suasana pasar tani itu, ayah aku menyuruh aku membeli ketam untuk dimasak belada atau dimasak sos...
Abah
"Amal pergi beli ketam jap, abah nak beli ikan dan buah"
Amal
"ermm, ketam tu macamananer plak nak pilih yang elok bah?"
Abah
"Beli yang kecik-kecik, isinya manis...tengok kulit dia yang masih cantik dan cari yang lincah bergerak, kalau yang dah tak bergerak tu dah nak mati, mungkin isinya tak fresh lagi"
Amal
"ok..ok..roger-roger..."
Abah
"nanti dah siap beli nanti, tunggu abah kat motor k?" Amal "ok!"
...abah pun meninggalkan aku, terkapai-kapai dalam ketengikan pasar itu kesorangan dengan misi membeli ketam untuk dimakan lunch ni sebelum mak balik kerja...So, aku pun pergilah memulakan langkah untuk membeli ketam buat pertama kalinya dalam hidup aku...Sesampainya di suatu tempat penjual ketam, aku pun memulakan conversasi dengan Si Penjual Ketam...Dirinya nampak sibuk dengan urusan memindah ketam dan memecahkan ais bagi menjamin kesegaran ketamnya...Raut wajahnya kelihatan letih tapi bertenaga, berumur sekitar awal 30-an, berbangsa cina dan mulutnya yang petah bercakap tak henti-henti dalam usahanya mempromote ketamnya itu...
Penjual
"Yaa...Mari-mari, abang-adik-kakak-makcik2-pakcik2.....mari beli ini ketam, sedap,segar isinya manis....sekilo 4ringgit,sekilo 4ringgit,sekilo 4ringgit...."
Amal
" Ello, tokey...wa mau beli ketam, tokey..."
Penjual
"Ok, abang mau ketam melayu ker ketam cina?"
Amal
"Aikk...tokey bila masa plak ader ketam melayu dan ketam cina ni, saya tak pernah tahu pun?(aisey, abah ni...tadi dia tak cakap plak ader ketam cina or ketam melayu, mana satu aku nak pilih nih...adus...kang pilih salah kang, abah marah...hanset plak tak bawa, nak call pun tak bleh...) ...alar tokey, apa macam ader ketam melayu, ketam cina...tak pernah dengar pun before this tokey?"
Penjual
" Ooo..tak pernah dengar ka...lu nampak itu ketam dalam baldi terbuka itu, itulah ketam melayu...and lu nampak itu ketam yang dalam baldi tertutup tu, itulah ketam cina..."
Amal
" Aiikkk..apa pasal itu ketam melayu itu dibiarkan terbuka, and apa pasal itu ketam cina mesti ditutup(pada waktu itu, otak aku berputar ligat memikirkan any reasonable scientific explaination about the matter such as the oxygen demand, ventilation flows and etc.)
Penjual
" Oooo, lu nampak masih tak paham lagi...macam nilah...itu ketam melayu, wa biarkan terbuka kerna, dia takkan lari punya...kalau ader satu ketam pijak, pijak badan ketam lain untuk keluar, ketam-ketam yang lain akan berlumba-lumba untuk tarik ketam itu jatuh, masuk balik dalam baldi; jadi finally, tiada ketam lain yang dapat keluar melepaskan diri...
Tapi itu ketam cina dalam bekas tertutup itu manyak bahaya woo...kalau wa biar itu bekas terbuka, ketam-ketam itu akan berlumba-lumba untuk keluar...and bila ada satu ketam yang sudah dapat lepas, dia takkan pergi terus macam itu sahaja...dia akan tunggu, tarik dan ajar ketam-ketam lain macamana mahu lepas juga...jadi lama-lama semua ketam akan dapat melepaskan diri dan habis ar, wa banyak rugi laa itu macam"
......terdiam aku seribu bahasa mendengar penjelasan apek itu tadi...ku tidak marah dan tidak pula suka dengan penjelasan tokey itu tadi...tapi ku kagum dengan kata-katanya dan terfikir sejenak tentang nasib dan masa depan bangsa aku sendiri yang bergelar M.E.L.A.Y.U....bangsa keturunan bangsawan, pendekar, pahlawan berani Hang Tuah yang mempertahankan tanah pusaka ini selama berkurun lamanya, bangsa yang berdarah diraja Sultan Melaka yang mentadbir bumi melayu dengan gemilang sehingga Melayu tersohor di nusantara....bangsa yang dulunya pernah berikrar bahawa akan selamanya bersatu menentang musuh yang mendatang demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat tanah yang bertuah ini...itulah bangsaku...bangsa Melayu yang telah diseru sumpah oleh Laksamana Tuah bahawa takkan ianya lenyap atau hilang di Dunia!!!...
..Tapi kini, lihatlah dan sedarlah bangsaku, apa telah terjadi pada nasib bangsa kita?? sifat hasad dengki, pentingkan diri, tikam belakang, makan kawan telah bermaharajalela di hati dan benak fikiran bangsa kita....lihat saja kancah politik kita...ramai di kalangan pemimpin-pemimpin melayu yang bongkak, lupa diri, rasuah, dan lupa diri....setelah berada di atas, tak pernah ingat langsung siapa yang mengangkat mereka dari bawah....tak pernah langsung rintihan rakyat bangsa darah daging sendiri ini diberi perhatian....bila nak dekat pilihanraya, barulah terhegeh-hegeh mak nenek najis datang turun padang melawat rakyat bawahan golongan marhaen yang bersusah sejak sekian lama...barulah timbul rasa kesian dengan rakyat, dan dengan sekeping note RM 100 ringgit undi kita dibeli atas laungan dan sorakan "HIDUP MELAYU" yang bergema dan berkumandang lebih kuat daripada azan solat fardhu di masjid yang berdekatan...
....Lihat sahaja di institusi-institusi pengajian rendah, menengah mahupun tinggi....rata-rata pelajar melayu sombong, pentingkan diri dan kedekut ilmu....bawa buku kesana-kemari...study sorang diri dan mendiskriminasi golongan lemah yang kurang pandai....jarang sekali dapt kita lihat golongan cerdik pandai volunteer untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka yang dikurniakan Allah untuk mengajar golongan yang lemah....Saya sendiri pernah ditengking oleh rakan sekelas sendiri kerana tidak pandai membuat soalan Pure Maths Higher level waktu di Kolej Mara Banting dulu..."woi kau tak pernah belajar langsung ke? bengap betul, buang masa aku jer mengajar kau.."...adus, pedisnyer bahasa sahabatku itu hinggakan kepedihannya masih terasa lagi hingga sekarang...
...Lihat sahaja dalam perniagaan, kalaulah ader restoran sorang tu maju sket, habislah disantaukan dan dibomohkan oleh restoran-restoran yang lain...amalan sihir-menyihir ni adalah amat sinonim dalam bangsa melayu...yang dah berjaya ni pun satu, bukannya nak ajar orang lain macammaner nak berjaya macam diorang, dibuat tak tahu jer....takde langsung perasaan tanggungjawab dan belas ikhsan untuk berkongsi rezeki yang dikurniakan Allah kepada orang lain....
.:: Itulah bangsaku, BANGSA MELAYU yang kaya dengan sifat hasad dengkinya yang sudah TERSOHOR DI NUSANTARA, dan sifat itu TAKKAN HILANG DI DUNIA buat selamanya....aduhai Melayuku...jangnlah engkau terus layu dibuai arus bayu zaman ::.
Jadi, rakan-rakan sahabat....marilah sama-sama kita renungkan tentang masa depan serta nasib bangsa kita yang satu ini....kalau boleh, marilah kita berusaha untuk membuangkan sifat dengki yang berada dalam kita sendiri dalam usaha kita mewujudkan Neo Malay ataupun bangsa Melayu Baru yang lebih terbuka fikirannya dan panjang akalnya serta kaya dengan nilai sopan-santun,hormat-menghormati dan jauh dari sifat hasad dengki serta benci-membenci...
...rasanya, itu sahajalah untuk Post kali ini...harap kita renung-renungkan, fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan dalam-dalam kebenaran yang tersirat dalam sedikit bingkisan cebisan pengalaman saya suatu ketika dahulu...
...................................................
...lepas beli 2kilo ketam daripada tokey tu...aku pun bergegas berlari mendapatkan abah yang sedang menunggu di motor modenas kesayangannya itu...sesampainya aku, abah pun bertanya...
Abah
"amal, kenapa lambat sangat? Dah beli ketam yang abah suruh beli tadi?" Amal
"dah...amal beli KETAM CINA...."
Abah
"haaa? apa tu?"
Amal
"takpela, balik kang amal citer kat abah..."
.:: The End ::.
:: Ketam Melayu dan Ketam Cina (4 minutes)::
Posted by A m a l
-
-
salam ziarah,
tahniah entry yang bagus..
mantap sekali perumpamaan apek tuh..
aduish.. aku igt ketam cina tu ketam yang 2 alam tu.. org melayu xleh makan.. huhu..
sedih aku bace kisah ketam ko tu..
perjuangan kite kembali kepada Islam.. Islam untuk sume,
jgn salah paham pulak..
hehe.. naseb ko xkene marah ngan pakcik KFC ko tu,.
haha.. merah2 heart ko.. aku punye mcm kurang merah je,
aku potong sendirik dari cadaver..
bau mayat lagi busuk kot.. ramai je yang pengsan dalam anat room.. marilah datang cepat.. rindu la sama kamu.. kem salam budak2 sume.. dlaam gmaabr tu syaza ke?
xtau plak aku die kat penang.
selamat la wei..
nanti kite jalan sesame ye kat dublin ni..
ko twinning ucd ke rc?
seingat aku ucd kan?
ntah la sory salah..
regards,
ferdaus
mtpleasant rathmines, dublin
http://ibnutoha.blogspot.com/
(blog ni xsiap aku igt nak bt travelog) blog sebenar aku ader link kat blog umah aku.
nanti tolong ajar aku bt blog blgspot ye, xreti la)