kita tahu hidup susah..

:: Al-Kisah Kapten Kapal dan Sebuah Pulau ::

Posted by A m a l - -

Kawan saya kata, Kita ni ibarat menaiki satu kapal..Sampai satu pulau, kapal tu berhenti..Kapten Kapal tu kata, Ambillah seberapa banyak bekalan sebelum kita teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi yang sebenarnya...

 

 

...............

 

 Ade satu golongan betul2 ambil seberapa banyak bekalan untuk teruskan perjalanan untuk ke destinasi yang sebenarnya..Ade satu golongan tak ambil bekalan pun, dia stay terus kat pulau tu dan lupa bahawa dia akan teruskan perjalanan semula..  

 

.............

 

Kapten Kapal tu kata, Orang2 yang TAK AMBIL BEKALAN tu ialah orang yang rugi, sebab di destinasi seterusnya kita akan hidup lamee sangat berbanding di pulau ni..manakala, orang2 yang AMBIL BEKALAN tu ialah orang yang beruntung sebab dia tak lupa akan matlamat sebenar kapal tu singgah sebentar kat pulau tu..dan dekat destinasi sebenarnya dia ada ladang, pokok, mahligai, ternakan, dan macam-macam lagi yang dia nak..

...................


Tapi Kapten Kapal ni sangat2 penyayang..even Dia tahu ade yang lupe akan tujuan sebenar kapal tu singgah sebentar kat pulau tu pun, Dia tak terus tinggalkan orang-orang ni..Dia HANTAR beberapa orang pilihan Dia tuk pergi mengingatkan orang-orang yang terlupa ni agar sama2 semua boleh ambil bekalan tuk ke destinasi seterusnya..

 

....................

 

Dia kata dekat orang pilihan Dia..bahawa kamu akan ditentang dan dilawan habis-habisan atas tugas ini..Tapi jangan risau..di Destinasi seterusnya nanti orang2 yang menentang ini akan berterima kasih kepada kamu sebab ingatkan mereka tuk bawa bekalan sikit sebagai kegunaan tuk destinasi seterusnya nanti..

 

 ...................

 

Dia kata lagi pada Orang2 pilihanNya..kalaupun kamu bersedih sekarang dekat pulau ni..nanti dekat destinasi yang seterusnya, Kapten Kapal tu nanti akan sentiasa senyum dan gembirakan hati orang2 pilihanNya..