ketika aku tulis post ni bermakna aku baru sahaja habis tercungap-cungap dari berlari...
sambil bersembunyi di belakang pintu yang dikunci rapi..
bersebelahan almari dan lampu meja study..
menggigil-gigil aku kesejukan berlari sendirian membelah kepekatan malam di tengah-tengah kesejukan angin dingin di UCD...
...................
(5 jam sebelum kejadian di atas berlaku)
seperti biasa seorang budak medic yang rajin memasuki computer lab dengan tenang dan bersahaja atas niat mahu print out lecture notes...
kemudian seperti biasa lagi dia buka computer dan check email tanpa sebarang kekok lagaknya...
tiba-tiba si lelaki itu tertarik dengan salah satu email yg masuk dalam inboxnya tentang pembukaan volleyball club for beginners...
3 jam selepas itu, kelihatan si lelaki itu kelihatan berada di perkarangan Sports Centre dengan pakaian sukan yg sesuai tuk bermain volleyball...
(setelah sampai di tahap ini..anda patut tahu bahawa si lelaki rajin yg diceritakan itu ialah aku..)
...................
setibanya si lelaki itu di pintu masuk Hall A Sport Centre UCD...
satu perkataan jer yang mampu lelaki itu ucapkan...
M A S Y A A L L AH...
INI KAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TEAM BEGINNERS??
G I L A T I P U P U N Y A E-M A I L...!!
...........
so, aku terpaksa lah main dengan diorang yang terer tahap dewa ni selama 2 jam...
selamat aku tak bayar registration fees tuk masuk team sebanyak 40 euros...
lepas abes main selama 2 jam...
ok sumpah aku cakap..aku memang kelihatan tak terer bila bermain dengan gergasi-gergasi ni...
pastu coach bagi rehat jap minum air...
then, aku terus cabut berlari sampai bilik...
harap-harapnya..coach tu tak call aku la...
sebab aku beri phone number tadi...
aiseyh.....kalau dia call...mati aku nak jawab aper...
mintak-mintak dia tahu bahawa aku memang tak terer and tak call aku...
ok bye...mahu mandi dan revise subjects hari ni...
salam...
salam..
Waah.. terasa nak main volleyball dgn encik amal!!!