kita tahu hidup susah..

:: Adab tidak hadir ke Kelas ::

Posted by A m a l - -

AMARAN : Entri kali ini mengandungi unsur-unsur racism dan hatred kepada Class, Class Rep, Class Timetable, dan Class Trip...kepada sesiapa yang mempunyai jiwa yang lemah dan lembut kepada class anda sendiri, anda disaran untuk meninggalkan blog ini dengan kadar yang segera..

.......

ADAB TIDAK HADIR KE CLASS ~ juga dikenali dengan nama-nama saintifik lain seperti Adab Tuang Kelas, Adab ponteng class, Adab Skip Class(jangan confius dengan ADIB skip class, itu sudah perkara syubhah) dan lain-lain yang sama suku dengannya bergantung kepada lokaliti si Pelaku pemontengan class...

Bila bercakap tentang tindakan tidak hadir ke class...Ramai yang berambiguiti tentangnya..Saban hari kita lihat begitu banyak serangan dan gerakan Pro-Mahasiswa yang dilancarkan terhadap mereka yang sering ter-skip class ini...

Ada yang mengatakan tak pergi class ini berdosa, Allah marah, sponsor marah, merugikan duit rakyat..duit mak bapak diorang bayar cukai kerja penat-penat(macam mak bapak diorang jer yg bekerja dan bayar cukai)...merugikan diri sendiri dan macam-macam lagi...

DAN TIDAK KURANG JUGA...yang mempunyai beberapa reason tuk tidak hadir ke class...yang agak relevan tuk diterima pakai sebagai hujah yang kukuh bagi mempertahankan tindakan mereka yang skip class tadi...

Apa-apa pun..jom kita tanya diri kita balik..TUJUAN ASAL kita dihantar ke luar negara...Tujuan asal kita ialah untuk menuntut ilmu dan lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang kita duduki..itu MATLAMATNYA...dan antara usaha yang harus kita lakukan tuk capai matlamat tersebut adalah dengan STUDY...

Tak kiralah bagaimana sekali pun kita STUDY, dengan pergi lecture ker, dengan tak pergi lecture tapi study di bilik ker...dengan pergi library sahaja tapi tak pergi class ker..or apa sahaja cara yang membuktikan kita STUDY tuk mencapai matlamat CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN dan MENUNTUT ILMU...

......................
Jadi kepada Geng-Geng ter-skip class ini tadi..JOM KITA LIHAT, ADAB-ADAB yang perlu kita patuhi sebagai Peng-Skip Lecture yang Tegar..:

1. Mempunyai alasan yang benar-benar kukuh untuk tidak ke class..terlampau mengantuk kerna study lewat malam, tidak sihat, emotionally unstable, keadaan cuaca yang membimbangkan, mempunyai prioriti yang jauh lebih penting pada waktu tersebut dll...

2. Memastikan diri di-update dengan pelajaran yang terlepas pada hari ini dan tidak membiarkannya bertimbun sehingga membebankan.

3. Bertanya kepada rakan tentang apa yang telah kita tertinggal pada hari ini, dan bahagian mana yang perlu kita fokuskan tuk membuat self-revision...dan minta rakan-rakan membantu kefahaman kita...

4. Berazam untuk sedaya-upaya memenuhi jadual waktu yang telah diberikan pada hari-hari yang mendatang.

5. Tidak dengan sengaja tuk tidak pergi class yang mempunyai markah kepada attendance..eg: Language Class, CAL class and etc...

....

jadi itu sahajalah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya sharekan pada kali ini...

HAL YANG SEBENARNYA~ saya masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan saya tuk pergi ke Hospital St Vincent hari ini...kerna terpaksa pakai kemas-kemas...mengayuh basikal dalam keadaan yang sejuk membeku dan angin ganas menggila...lecak terkena pada seluar dan mengotorkan hampir keseluruhan superficial fascia pada seluar slack yang cun melecun...tersesat dan mempunyai probability tuk digilis kereta yang amat tinggi...semata-mata untuk mendengar 1 hour lecture yang taklah best sangat...

akhir kata: AKU MENYESAL KE CLASS HARI INI...semua ini adalah salah Nia Nabila a.k.a Nea teysco kerna meletakkan aku dalam keadaan guilty kerna tak pernah pergi Hospital Visit...

p/s- BELIA BENCI CLASS di Hospital !!!!



9 Responses so far.

  1. jukep says:

    Kalau kena pada tempat dan lecturernya...menghadiri kelas selama sejam seumpama belajar sendiri 10 jam... (pengalaman sendiri...terutamanya lecture J.F.X Jones yg lecture notenye sukar nk faham)

  2. adib mohsin says:

    nice la amal, name ak pun ade mention

  3. Anonymous says:

    salam akhi. hanya kerna anda tidak suka ke kelas jgn suka2 mengjustifikasikan skip class tu ok. matlamat tidak menghalalkan cara.
    jangan disebabkan nk dpt result gempak, cara apa pn x kisah.
    dtg ke kelas bukankah juga amanah ya akhi??
    keberkatan ilmu tu penting.
    jgn smpai menjadi fitnah. fitnah kepada agama apabila dilihat oleh student bkn muslim. kan bagus kalau blh hadir kelas, membuktikan kita ni mmg niat kat luar negara ni nk stdy. x blh la ponteng sesuka hati walaupun blh blajar sendiri, kalau x apa guna hire lecturer, apa guna universiti dibina...

    sekadar renungan akhi...

    wsalam.

  4. Anonymous says:

    lol... masalhnye yg ko g ponteng tu apasal???

    pg je la...
    ape kes nk ponteng....

  5. aku says:

    salam.

    1st persoalan, ponteng kelas tu elok ke x?

    blog kau org leh bc, jgnla promote benda2 x bermanfaat. promote la cara hidup sehat ke, galakan ke masjid ke, baca quran ke...

  6. A m a l says:

    anonymouses : lol..kalau kau nak promote benda2 yang kau nak promote...buat ler blog sendiri...bila masa ntah aku promote benda ni..aku just nak menyatakan pendapat..it's my place to ponder something...and it's not a valid kind of statement where u inject something in somebody's mind..it's a page where u wanna read for fun...(the absence of hadith and quran in my post justify this as something vague and merely an opinion)and u are free to agree to disagree...peace..hug and kisses!!

  7. bulu hensem says:

    jgn mempositifkan benda yg negatif...tp lebih baik memandang benda negatif dari sudut positif (agak putar belit gak la ayat)...demm

    camtu aku pilih emotionally unstable sbg alasan aku tak pg kelas selama ni...no bad judgement ok kalau tak nmpk aku kat kelas..hahaha

    p/s: ape brg emo2 bila ade komen negatif mal...lek2 sudey

  8. A m a l says:

    bulu: aku emotionally unstable juga..haha...susah la bile ade manusia yang serious membaca di blog yang tidak serious...pergilah buat benda lain yang serious(like always)..agar masalah ni tak jadi bertambah serious..(dem aku pun tak tahu apa yang aku cakap..)..chillz,