kita tahu hidup susah..

:: Baik-Buruknya berperut seperti Bulan (3 minutes)::

Posted by A m a l - -

Sebelum aku memulakan sebarang kata-kata, aku harap entry ini tidak akan menyinggung mahupun mensigung perasaan mahupun hati kecil sesiapa...ianya adalah mengenai aku, dan pengalaman burukku yang pernah menempuhi pahit-getir zaman membawa perut yang agak berat atas tabiiku yang suka tidur waktu petang dan selalu menolak pelawaan Encik Mc The beruang untuk pergi berjogging petang-petang...

Tapi setelah bersusah-payah melawan takdir itu, aku kini mampu mendabik dada dan mencebik bibir atas kerana keberjayaanku meluruskan semula segala yang pernah bengkok serta membulat suatu ketika dahulu...jadi, bagi mengingati peristiwa-peristiwa yang tragis itu...

Terimalah, satu post yang khas untuk 'bekas' Perutku...
"semoga rohmu dicucuri rahmat, dan bukannya dicucuri udang (cucur udang) kerana ianya akan hanya meburukkan lagi keadaan yang sudah sedia buruk"



Beberapa Kebaikkan Yang boleh didapati daripada 'Berperut Bulan' ini adalah:

1. Mempunyai simpanan lemak yang mencukupi selama beberapa bulan sekiranya Kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat serta-merta dan berkuat kuasa malam ini..
2. InsyaAllah, tidak akan kebuluran sewaktu Perang Saudara.
3. Menjadi tempat perlindungan orang lain daripada panas terik matahari ketika Sesi Fotografi Kelas dan sejuknya angin (Windchill Effect) ketika berjalan pulang ke rumah.
4. Menjadi aset yang beharga dalam permainan Paintball kerana anda mampu menjadi 'Portable Bunker' ataupun Kubu Mudah alih..
5. Mendapat Pahala yang banyak serta besar kerana selalu menjadi bahan kutukan rakan-rakan seperjuangan dan selalu dijadikan bahan ketawa ketika jamuan dan majlis Berbuka Puasa.
6. Senang mendapat duit lebih ataupun extra pocket money dengan bekerja 'part-time' sebagai maskot A&W ataupun berlakon dalam Siri Kegemaran Ramai iaitu 'A.L.O.N.G' di Saluran Perdana.
7. Boleh jatuh dari tingkat 5 tanpa sebarang kecederaan.
8. Boleh bermain Ski tanpa perlu membazir membeli atau menyewa peralatan Ski, kerana kebolehan kita 'sliding'.
9. Boleh memakai baju Kemeja ke class mahupun tempat kerja tanpa menggosok baju, kerana perut kita kini telah mengambil alih tugas dalam men'strecth'kan baju kita tanpa kita sedari.
10. Boleh mencipta aksi break dance yang baru iaitu "Stomach Spin' selain daripada "Head Spin'.
11. Boleh berlakon dalam Filem 'SumoLah 2' arahan Afdin Shauki.
12. Boleh mendapat value of money jika pergi ke Rumah Urut.
13. Boleh memakai seluar abang-abang yang mahal-mahal tanpa perlu menunggu 2 tahun lagi untuk berbuat sedemikian.
14. Tidak perlu khuatir atas kebarangkalian untuk lemas ketika terjatuh ke laut China Selatan mahupun Selat melaka dan Tebrau, atas kebolehan terapung dengan secara semulajadi.
15. Selalu dijadikan tempat berpaut oleh kanak-kanak ketika pergi ke Wet World Shah Alam mahupun Sunway Lagoon bandar Sungai Wei.
16. Selalunya dianugerahkan dengan suara yang merdu gemersik..(Suara Perut)..
17. Tidak perlu risau sekiranya tayar kereta anda terlanggar paku ataupun bocor di tengah jalan kerana anda sentiasa membawa tayar lebih..Ini kejam!!
18.
Mampu menyorokkan hanset tanpa dikesan oleh warden dan prefect ketika waktu spot check dijalankan di asrama.


Beberapa Keburukan yang perlu ditempuhi pula adalah:

1. Selalu disalah-tafsir kerana sering dianggap orang ramai sebagai orang jahat atas ketelanjuran melakukan perbuatan seks luar nikah.
2. Kehilangan beberapa organ penting tubuh seperti pusat dan leher.
4. Selalu disalah erti meminati sukan Sumo walaupun pada hakikatnya kita meminati permainan Sepak Raga.
5. Susah untuk melepasi pintu yang hanya dikuak kecil.
6. Susah untuk berasak-asak dalam Train ketika di town.
7. Sangat leceh ketika hendak membeli talipinggang kerana acapkali perlu menebuk 'extra hole' ataupun lubang tambahan.
8.
Sering terkejut ketika dalam bilik air setiap pagi dihadapan cermin kerana menyangkakan adanya raksaksa Ultraman di dalam cermin tersebut.
9. Seringkali terpaksa berhabis membeli katil yang baru yang lebih utuh.
10. Berasa rendah diri jika berjalan-jalan dengan awek kita yang hot.
11. Anda berasa gusar dan risau sekiranya menyertai larian Amal ataupun membuat kerja-kerja sukarelawan yang membekalkan baju 'Free Size', kerana semestinya anda tahu t-shirt itu bukanlah untuk anda.
12. Anda takut untuk ke ZOO Taiping mahupun Zoo Australia kerana bimbang anda akan selalu diziharkan dengan beberapa binatang-bintang buas yang sensitif kepada diri anda seperti Gorilla, Badak Sumbu, mahupun Gajah Afrika.
13. Selalu disisihkan oleh budak-budak yang kurus.
14. Hanya mampu berkawan dengan golongan-golongan yang senasib ataupun golongan yang datangnya seperti spesies terancam seperti Zorro.
15. Terlampau leceh kerana perlu sentiasa berselindung di sebalik beg mahupun di sebalik beberapa teman-teman yang lain untuk menyembunyikan perut itu ketika bergambar.
16. Perlu berpakaian litup dan menutup aurat semata-mata untuk ke Swimming Pool.
17. Tidak muat untuk memasukkan kesemua tangan ke dalam seluar jeans yang ketat untuk berjalan macho.
18. Selalu diarahkan keluar lif ketika lif berbunyi menandakan 'overweight' walaupun kita adalah antara orang yang pertama memasuki lif tersebut..Perbuatan Kejam ini.
19. Dinafikan hak untuk membeli kereta kancil.
20. Terpaksa berjalan kaki ke class kerana selalu menghadapi sakit pinggul ketika menaiki basikal oleh kerana seatnya yang terlampau kecil.
21. Terpaksa menerima hakikat yang anda bukanlah atlit yang sesuai untuk berlari trek ketika acara sukan sekolah.
22. Dinafikan hak untuk duduk di barisan paling hadapan dalam lecture theater mahupun dalam panggung wayang kerana seringkali dilabelkan sebagai Gunung Tahan mahupun Gunung Everest...isk..isk...
23. Selalu disalahertikan sebagai orang paling berkemungkinan melepaskan gas beracun ketika berada di tempat sempit seperti dalam kereta kawan ataupun pakcik saudara.
24. Jarang menerima pelawaan ke jamuan makan daripada masyarakat setempat, contohnya majlis Hari Jadi ataupun kenduri kecil-kecilan.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika mempunyai perut yang sedemikian:

1. Memakai Baju yang ketat untuk kelihatan lebih cantik.
2. Menyertai group spesies terancam dan merasakan diri hot.
3. Memakai baju yang mempunyai gambar haiwan buas dan raksaksa Ultraman.
4. Memakan secara berlebihan.
5. Menolak pelawaan Encik Mc the Beruang untuk berjogging petang-petang.
6. Menonton rancangan masakan dan memakan secara berlebihan.
7. Selalu berkunjung ke Restoran Fast Food seperti KFC dan McDonald tanpa kawalan.
8. Merasakan diri masih kurus.
9. Mengedit gambar dalam photoshop dengan mengecilkan gambar secara horizontal untuk kelihatan lebih sempurna.
10. Dan meletakkan gambar tersebut dalam Main Photo dalam account Friendster, Tagged, MySpace mahupun Facebook.
11. Tidak mahu bersenam.
12. Melengah-lengahkan Program Diet walaupun telah bersumpah beberapa kali untuk memulakannya minggu depan.
13. Menjangkakan kita akan kurus seperti sediakala dalam masa sebulan..In your dreams! serious2..I've tried and it's not easy...
14. Memakan roti selama beberapa hari untuk mengurangkan nasi. Akan tetapi, memakan roti sebanyak 3 bungkus sehari adalah satu cara yang hanya mebesarkan lagi keadaannya.
15. Mencuba Pil Kurus yang tidak diluluskan oleh SIRIM adalah membunuh diri.
16. Jangan seringkali memikirkan untuk memotong lemak anda bila melihat pisau di dapur kerana sesungguhnya ianya adalah sangat berbahaya.

Sebagai pengajarannya...Kalau kita berperut seperti pengalaman yang saya ceritakan di atas, lakukanlah sesuatu kerana kebarangkalian anda untuk mendapat penyakit seperti tension yang melampau(Hypertension) dan Coronary Heart disease(Sakit jantung) adalah sangat tinggi....

Bagi rakan-rakan yang di luar sana, bagi saya tidak ada masalahnya berbadan besar...asalkan berperangai baik dan mulia....bagi saya janganlah melabelkan seseorang itu kerana rupa parasnya yang tidak sempurna, asalkan dirinya baik dan berbudi pekerti tinggi, itu adalah lebih mulia dari mereka-mereka yang berwajah dan berbentuk badan sempurna tapi mempunyai hati sebusuk nangka busuk yang diperam selama 12 minggu...

Tapi, janganlah pula kalau kita ni mempunyai badan kurang sempurna tapi masih lagi berperangai comel dan mengada-mengada kerana sesungguhnya, percayalah...bahawa orang-orang di sekeliling anda tidak pernah langsung berasa teragak-agak untuk mem'flying kick' anda tanpa banyak soal bicara....

Notakaki: Elakkanlah daripada berperangai sedemikian....


10 Responses so far.

  1. haha....tu la...aku ajak jogging xnk...kaw2 nye ko bg ek mal...haha...

  2. A m a l says:

    iya...maafkan saya ye encik mc...

    saya akan pastikan tiada lagi alasan untuk berjogging selepas ini...

  3. sepoy2 says:

    amal mane nk cari spesis2 manusia mcm nih????
    aku curious la

  4. Anonymous says:

    huhuhuhuhuhuhuhu..

    terigt cite sumpahan abg senio0or u..

    huhuhuhuhuhu

  5. Anonymous says:

    huhuhuhuhuhuhuhu..

    terigt cite sumpahan abg senio0or u..

    huhuhuhuhuhu

  6. A m a l says:

    kepada sophy:

    Tak usah cari jauh...pandang sahaja ke hadapan ketika kelas bermula...

    nescaya anda akan menemuinya, kalau tidak satu pun mungkin lima...

    hahaha....

  7. A m a l says:

    iya cik wan nurshahilla aqilla...

    saya telah disumpah...

    dan berjaya break the curse...

    hihi, i'm survive...

  8. Anonymous says:

    helo saye beyonce, saye pn ade problem ni gak...cane nak ilangkan ha??

  9. ari putar says:

    wow!!!
    aku nampak...aku nampak
    aku try nak tgk slide kat depan tapi tak dapat...sebab ade spesies2 jadian terancam kat situ..time tu spesies tu berubah jadi bentuk asal sebab bulan perut mangambang

  10. A m a l says:

    ye cik beyonce....

    anda kenalah rajin bersenam petang2...

    dan kurangkan pengambilan lemak dan nasi...

    selamat mencuba...