kita tahu hidup susah..

:: Kerna aku bukan Sazali Samad (4.5 minutes)::

Posted by A m a l - -

Dulu masa aku kecil-kecil dulu aku pernah dimarahi oleh emak kerana bermain nyorok-nyorok waktu senja dan tak suka makan makanan yang mempunyai klorofil(sayur)...emak aku dulu mempunyai satu tabii atau tabiat(suka hati kamulah mahu guna mana satu, aku tahu aku tak reti bezakannya) iaitu suka memukul tanpa bicara...alar macam sekarang, orang kata tangkap tanpa bicara atau ISA...Iya, emak aku pun begitu juga suatu ketika dahulu...

Maka, berlebamlah tapak tangan atau berbiratlah badan mahupun merah pijarlah muka dek kerana terkena penangan emak..sakit??? tentulah...takkanlah seronok pulak...dan sebenarnya aku mahu bercakap tentang sakit...kerana baru2 ini aku asyik dilanda sakit demi sakit dan demi sakit....semasa aku menulis inipun aku masih lagi sakit yang tak berkesudahan...

Ceritera ini berlaku kira-kira sebulan lalu di mana aku memulakan episod kesakitan aku secara tidak sengaja(sengaja rasanya)...apabila aku menjalani latihan pusat bola sepak bersama senior2 aku yang kini berada di tahun tiga pengajian medikalnya...dan seperti yang telah aku beritahu dulu ketika ringan kaki aku ini mahu melepaskan tendangan padu maut kerana jarak bola hanya satu inci setengah sahaja daripada pintu gol, dengan tidak semena-menanya ada pula satu kaki yang lengkap berBut bola datang menerjah tepat timingnya dengan terajangan kaki aku ini...

Dan oleh kerana aku tidak ingat apa-apa selain aku menjerit macam budak perempuan tingkatan dua yang kena histeria di tengah-tengah padang bola yang dipenuhi umat manusia, rupanya buku laliku bengkak dengan tanpa segan silunya...lalu aku dipapah oleh beberapa senior yang berbadan masam dek peluhnya tapi wangi hatinya, di suatu sudut tepi padang bola untuk aku menyalak seorang diri tanpa mengganggu sesi latihan pusat tersebut...Iya, aku lupa tuk berkata, "Terima kasih ye abang-abang"...

Siri kesakitan aku diteruskan lagi dengan tersuratnya perpisahan aku bersama gigi geraham bongsu aku yang tumbuh secara sesuka hatinya tanpa memikirkan perasaanku yang sabar dan setia menunggu kelahirannya selama 2 tahun lamanya...setelah menjalani beberapa proses yang mebosankan di sebuah klinik swasta yang berjauhan, maka termaktublah sudah satu proses kesakitan yang membuatkan ku tak lupa akan betapa enaknya tuk berkata-kata dan menelan air liur tanpa perlu menangis untuk melakukannya....

Iya semestinya ianya sungguh sakit...bayangkanlah diriku ini yang tidak pernah menangis semenjak daripada kematian labah-labahku yang ku terbunuh secara sengaja kira-kira 18 tahun dahulu, kini amat mudah menangis sepanjang masa...

Hari kedua selepas pembedahan aku masih lagi tidak menjamah apa-apa melainkan beberapa biji antibiotik dan paracetamol yang dibekalkan oleh doktor gigi yang tidak beberapa lawa tapi muda...aku menganggak bahawa semestinyalah gigi aku ini diserang infection; kerna kepalaku berdenyut-denyut hampir setiap masa tanpa mengira waktu dan ketika...dan tengkuk ku merah menyala seperti buah delima serta pipiku bengkak seperti ku tak lepas menelan buah kelapa muda laut afrika...

Begitulah sadisnya kesakitan yang aku alami...tapi dalam sakit-sakit itu ku gagahkan jua pulang ke rumah yang jaraknya jauh seperti mengelilingi dunia selama 16 hari dengan berbasikal sahaja...sakit punya sakit,sampai jua aku ke pintu rumah dan ku pengsan tersungkur di situ juga kerana kesakitan yang sudah tidak tertahan lagi peritnya....

Belum pun sempat ku menyuap bubur nasi, air tangan emak yang baik lagi penyayang, kesakitanku yang ketiga terus menerjah tiba...emak menyuruh aku menutup tingkap di bilik atas kerna hari sudah senja...emak kata nanti setan masuk rumah...iya, aku tak mahu melawan cakap orang tua..jadi, dengan segala kudrat tenaga yang ada ku gagahkan juga kakiku untuk bangun dengan seribu kepayahan untuk menutup jendela di tingkat dua...

Maka, tanpa meragui lagi kesahihan kata-kata orang tua iaitu malang tidak berbau...apatah lagi waktu itu ibuku tengah memasak kari...jadi tentulah hidung aku enak sekali dibuai keharuman kari kepala ikan yang sedap itu tanpa memikirkan malang yang tidak berbau bakal menerjah tiba...memandangkan yang perutku sudah 4 hari tidak terisi, tentulah 12 babi panggang juga mampu ku makan tanpa memikirkan halal-haramnya juadah itu...

Dalam sedap-sedap itu tanganku teraba-raba mencapai jendela...dan...dan...dan....'Chak!! erggghhh!!!'....sakitnya terus menyambar bagaikan gigitan ular tedung selar berkepala dua,tapak tanganku tercucuk paku yang telah ditakdirkan untuk berada di tepi jendela itu untuk merobek tanganku...maka dengan sesungguhnya, perkataan yang mampu ku ucapkan sebelum aku terjelepuk jatuh dengan hormatnya ialah 'Allah'....dan aku pengsan lagi buat kali yang keduabelasnya...

Sedar-sedar emakku tengah membalut tanganku sambil membacakan selawat dan meniupkan ke tempat luka tersebut...'Ah, apalah nasibku', bisik aku sendirian....dan walaupun luka itu dalam dan darah ku memancut-mancut sebentar tadi...tapi ku tak rasa seperti ingin menjerit...iya mungkin kerana ku tak boleh berkata-kata macam biasa ...ataupun kerana luka operation gigiku lebih sakit daripada segalanya dan ataupun kerna ku malu untuk menjerit seperti ku jerit bilamana kakiku disepak oleh senior third year medicine tempoh hari, kerna ku tahu aku kelihatan begitu huduh sekali melakukannya...Jadi ku diam sahaja dan membiarkan emakku meneruskan balutannya...

Selepas semuanya sembuh aku mencium pipi emak dan abah untuk pulang ke perantauan...ku kucup pipi emak dan abah kerana telah menjagaku hingga sihat...

Tapi belum lagi ku sempat untuk memulakan pelajaran yang telah lama tertangguh dek mc operation tempoh hari, badan ku mula terasa panas...seperti tidak selesa...sengal-sengal tulang ayam dan tulang kambing rasanya...uratku terasa berbelit-belit sakitnya...lalu untuk tidak lagi membiarkan si sakit bermaharajalela aku cepat-cepat mencapai 2 butir paracetamol dan menelannya laju-laju dengan doa agar Allah sembuhkan daku dari sebarang sakit-sakit yang bakal menerpa kerna tanggungjawabku masih berat...

Aku rebahkan kepala, badan dan kaki semuanya di katil untuk berehat seketika sambil memejam-mejam mata buat-buat seprti hendak rehat seketika tapi hendak tidur sebenarnya...hihi, ketawa aku sendirian...lepas 2 jam aku lena dibuai keempukan katil dan kedinginan malam, aku bangun untuk melepaskan sesuatu yang terbuku di dada sejak sekian lama..

"Hhaa..hahaachuumm!!!"
dan itulah dia....sakit yang ku cuba elak, akhirnya ditakdirkan untuk singgah jua...aku cepat-cepat bangun tuk bersolat isyak dan melupakan hajat untuk masak pada malam itu...

Pagi itu aku bangun awal(ku tahu kamu semua tidak mahu percaya ini), seawal pukul 7.30 pagi untuk bersembahyang dan menyediakan sarapan pagi...sebenarnya aku ingin mandi awal kerana aku tidak mahu terlibat dalam drama P.Ramlee yang beratur untuk mandi setiap pagi...atau sekurang-kurangnya, aku tidak mahu terlibat dalam watak mahupun perwatakan yang bertengkar sambil menyebut perkataan yang menggelikan hati seperti "aku bangun dulu"..."arh, aku sampai dulu"..."aku dah letak berus gigi aku dekat depan bilik air tadi"..."aku dah bangun awal dah,cuma tadi aku tidur balik jap".....atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya...aku tak mahu k?

Tapi rupanya aku bukan bangun kesorangan...aku bangun berteman...teman yang dari malam tadi asyik memerhatikan aku, setiap sudut gerak-geri tidurku yang datang sekali dengan bunyi "Hacchummm" ku malam tadi...Iya, tak lain tak bukan...ia adalah demam... "Terima kasih kerana menemani ku ya Cik Demam bin Panas..."

Aku demam panas, tapi ku gagahkan diri jua untuk ke kelas kerna sudah lama ku tidak datang ke kelas....Aku tidak mahu menjadi manusia medik yang bodoh berbakul-bakul lagi dengan tidak datang ke kelas sekian lama...jadi aku datang juga....

Masuk-masuk kelas rupanya aku dikehendaki ambil satu test yang aku tak buat last week....dengan sakit badannya dan tak preparenya aku ketika itu; aku mengomel sendirian di suatu sudut yang sunyi dan tenang di pinggiran kesorangan...eh, tidak...aku tidak kesorangan...aku bersama salleh yang tak salah lagi tidak hadir juga ke kelas minggu lepas atas sebab-sebab yang aku juga lupa walaupun dia telah memberitahu aku sekurang-kurangnya 3 kali kerna sebanyak itu juga aku bertanyakan kepadanya....aku tersenyum sipu malu...aku tengok Paper...aku jumpa banyak perkataan yang pelik-pelik seperti...carbonic anhydrase dan glaucoma dan octa peptide apa ntah, aku juga lupa walhal baru saja aku menjawab soalan itu sebentar tadi...

Tapi dalam kebengongan aku itu, masih juga ada insan yang baik hati seperti Encik Bulu Ai yin, Sopi sepoi-sepoi bahasa dan Mat yie the mUse...mereka membuat lakonan ala-ala filem James Bond dengan menyeludup beberapa lecture notes tuk kegunaan ku sepanjang waktuku di sisihkan itu...Sungguh baik hati mereka...aku hampir mengalirkan air mata lagi dek kerana begitu terharu dengan sokongan rakan-rakan yang tidak mahu melihatku berdiri atas meja atau dihalau keluar dari kelas secara terpaksa kerna memberi jawapan yang melucukan hati si pemeriksa jawapan kertas test tersebut....dan aku menyalinnya dengan penuh rasa terharu hinggalah habis segalaya ku salin dari muka ke muka...tapi aku sengaja salahkan satu dua jawapan takut menimbulkan rasa cemas dan was-was pemeriksa atas kecekapan akalku yang begitu bijak yang dapat mengingat bulat-bulat ayat dalam lecture notes tersebut...huish, akhirnya lepas juga satu beban..."terima kasih rakan-rakan,kamu sungguh pandai berlakon filem"...

Aku tahu anda akan berkata "Sabarlah ye Amal, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"...tapi setelah anda membaca kisah ini sudah tentu anda dapat mengagak kan berapa banyak dosa aku sebnarnya kan?...Iya, aku bukan orang baik...tapi sekurang-kurangnya aku tahu mana dosa mana pahala...aku tidak main wanita dan apatah lagi meneguk air kencing syaitan durjana...walaupun diri aku kelihatan jahat seperti Rosyam Nor dalam filem Lenjan ataupun Castello the biskut...tapi hatiku tahu tanggungjawab pada agama dan tahu untuk menunaikan yang lima...

Tapi aku rasa ini adalah akibat aku terlalu banyak musuh-musuh yang gemuk dan selalu menyakitkan hatiku ketika mereka mengumpat dan aku terdengar umpatan mereka...

Seriouly 'ter'...bukan aku segaja pasang telinga...tapi kalau umpatan mereka sehingga boleh didengar di wilayah timur laut Afrika dan sempadan Kandahar, India; itu bukan pasang telinga namanya...itu memanglah terdengar secara tidak sengaja(ataupun sengaja)...dan ianya memanglah menyakitkan hati....tapi, biarlah mereka terjun dengan labu-labu mereka ataupun dengan lemak-lemak mereka...Aku ingin ambil position tidak peduli selepas ini....

Dan aku sedih juga kerna ramai rakan-rakanku(yang aku masih anggap kawan) yang berada nun jauh di sana sudah mula menampakkan bibit-bibit memulaukanku...aku tahu ini adalah disebabkan fitnah-al-kubra sepasang makhluk hodoh yang namanya tak perlulah disebutkan disini..

Tapi Allah itu Maha Adil...semakin ramai yang pergi, makin ramai pula yang mula menunujukkan diri...ramai juga kawanku yang sudah lama menghilang...mencariku sedaya-upaya seperti saudara Amri bin Rahamat dan Saudara Sabri bin Abdul Uloom serta ramai lagi....Dan tidak ketinggalan juga rakan-rakan disekeliling yang kini begitu baik sekali padaku seperti Encik Bulu Ai Yin, Encik Mc De beruang, Encik Mat yie the mUse, Encik Saleh al-Udin, Encik Sopi sepoi-sepoi bahasa, dan Encik Nasarudin Ayubi serta ramai lagi yang tidak sempat kusebutkan namanya...terima kasih semuanya...


Jika benar segala sakit-sakit ini adalah tanda kerna Allah masih sayangkan aku,makhlukNYA yang lemah ini dari disiksa dan dibakar dalam Api neraka aku redhakan segalanya...Moga-Moga kita sentiasa dalam lingkungan rahmatnya....Amin...

tapi aku pikir2 balik, kalau badan aku 'tough' macam sazali samad, sure aku takkan rasa sakit2 macam ni...sure aku relax jer...

Iklan: Marilah sama-sama berdoa untuk adik saya agar cepat sembuh dari penyakitnya,InsyaAllah..."Ya Allah aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar kau sembuhkan dan permudahkan urusan hidup Muhammad Azimuddin bin Razali...Sembuhkanlah dirinya dari sakitnya, Ya Allah...Amin..."






9 Responses so far.

  1. haha..bengong!aku tokan seludup, bulu ai yin jd dealer org tgh..pndai2 la ko!membe pny pasal la kan..

  2. ..haha..bengong!aku jd tokan seludup je..bulu ai yin jd dealer org tgh..haha..

  3. A m a l says:

    terima kasih encik mUse...

    sesungguhnya engkau memanglah seekor mUse yang sejati..

  4. bulu hensem says:

    oi!!!
    asal name aku same dgn lecturer chem???
    Member2...kongsi2 amalan kite
    tapi roti je la x ley share...nanti jd lembu jendul lak
    hahaha

  5. sopy says:

    apsal aku sepoi2 bahase??

  6. A m a l says:

    haha..

    kpd bulu...kau mmg kelakar tahap rimau bunting...

    kepada sopy....

    maafkan aku itu sahajalah yg termampu aku keluarkan disaat hidung bertakung semalam...

    p/s-yg penting aku tak letak nama korang sebagai bolo dan sopho kan?

  7. ko byk sgt dosa dowh mal bhn2 org....haha....sempoi la beb....bak kate pali pn lek2 sudehhhhhh.....xpn asus mmg mahal....haha....chow2...

  8. A m a l says:

    semestinya asus memang mahal..

  9. Amri Rahamat says:

    InysaALLAH.

    Keep on... =]