kita tahu hidup susah..

:: Secret Interview with The Big Boss(3.5 minutes) ::

Posted by A m a l - -

Amaran keras kerajaan Malaysia: Di atas sebab-sebab confidential yang tidak dibenarkan oleh Pihak InterPol(International Police), dan Pegawai Tinggi FBI...sekutu-sekutu Big Boss adalah diharamkan sama sekali untuk membaca recording interview ini...Jikalau mahu membaca juga, anda mesti jangan memberitahu Big Boss tentang pendedahan interview ini di khalayak ramai...Bagi menjaga airmukanya dan keluarganya...Jika anda rasa anda tidak boleh menyimpan rahsia, sila hentikan sebarang jenis pembacaan sekarang; dan hendaklah anda segera menutup screen laptop anda serta mencabut plug-nya agar segala aktiviti anda tidak boleh di-trace oleh kroni-kroni Big Boss iaitu Big Makcik a.k.a Mama Bossan...Jika anda masih berdegil lagi...terpulanglah....berani baca berani tanggung...Jadi, Selamat menanggung akibatnya...

Tepat pada pukul 12.15 malam waktu tempatan, kelihatan seorang lelaki berbadan gempal berkulit sawo matang dan berusia sekitar lewat 60-an,(walaupun mempunyai sifat sekitar usia 3 hingga 4 tahun) diheret ke dalam bilik siasatan jenayah akta 512 kurungan 3, perenggan 15 baris 3 tahun 1995 iaitu Mencabul Akta Hak Asasi Remaja dengan menonton Filem Upin dan Ipin secara sembunyi-sembunyi bersama 13 orang kanak-kanak yang lain yang tidak berkad pengenalan di Pawagam yang berhampiran...Beliau juga disabitkan kesalahan kerana gagal menunjukkan identiti diri kerana sengaja meninggalkan walletnya di Car Park yang berhampiran atas alasan mahu mengaku dirinya berumur 4 tahun 6 bulan pada hari dan waktu yang sama....ketika kejadian, semua rakan-rakan Big Boss didapati tiada di rumah akan tetapi di atas kerjasama jiran sebelah rumahnya, akhirnya kegiatan Big Boss ini dapat dihidu juga oleh Pihak berkuasa....

Kelihatan juga beberapa orang Pegawai FBI dari Jabatan Kes Juvana bersama-sama seorang Pegawai Ranjer Hutan dari Hutan Simpan Ulu Tembeling, Pahang turut turun padang untuk membantu siasatan...

FBI: Kamu adalah yang bernama Big Boss bin Big Bossman bin Big Show didapati bersalah atas beberapa tuduhan Juvana, adakah kamu mengaku bersalah!!!

Big Boss : Aku, mengaku bersalah??? hello Sorry sikit...kau kenal ker diri kau tu siapa???
Kau ingat Tak masa kau baru sampai sini dulu...siapa yang hantar kau masuk rumah?? Siapa yang carikan rumah untuk kau?? Kalau bukan aku-lah, takkannya kau menjadi Pegawai FBI macam sekarang...Jadi aku ni bukannya apa, bukannya nak berkira...tapi sekurang-kurangnya kau tu ingatlah jasa sikit...Takkanlah, kesalahan aku yang sikit ni pun kau nak berkira...kau memang dasar Lembu yang tak reti kenang jasa betullah...chieeettt!!!(Sambil meludah ke arah muka Pegawai FBI tersebut).

...Pegawai FBI tersebut kelihatan tenang dan bersabar atas segala perilaku Big Boss tersebut.
..dia lantas mengeluarkan sapu tangan dan mengelap ludah Big Boss tersebut yang berbau lolipop perisa Strawberri di Kedai Pak Abu dan Menantunya di hujung jalan sana....

FBI : Jadi adakah itulah alasan kau selama ini untuk tidak membenarkan sesiapa pun menegurmu, apatah lagi meninggikan suara terhadapmu di atas segala perbuatanmu yang begitu menjelikkan dan sungguh 'annoying' itu??

Big Boss: Annoying??? halluuu...Sorri sikit lagi k...nak mencelah ni...Ha, apa ni...di awal-awal interview dah nak buat orang marah ni...ni yang boleh sakit hati ni....ni yang rasa nak hempas segala pintu rumah ni, termasuk pintu Gril sekali...ni yang rasa nak tekan-tekan computer orang and buat perangai budak-budak macam comel ni...ni yang rasa nak datang kat orang buat muka seposen pastu tumbuk dada dia dengan kuat and check nadi dia, nak tengok whether dia still hidup ke tak, and then gelak-gelak macam babi ni...ni yang rasa nak buat semua benda-benda tu ni sekarang....cepat lepaskan ikatan aku...cepat....And one more thing, bout ungkit-menungkit tu....Of Course-lah....siapa suruh korang bodoh sangat termakan budi...selagi aku hidup, aku akan ungkit benda ni sampai mati...dan sebab itulah korang semua kena sujud kepada aku....dan sekarang lepaskan ikatan aku...cepat!! Lembu Bodoh...korang semua hanya sekadar Lembu jer di mata aku...aku adalah Tuan Rimau yang menjaga Wilayah ini dan haruslah selamanya dihormati dan bukannya dilayan seperti Banduan Begini....

...Terdengar sahaja perkataan Banduan tersebut, maka tersentaklah Encik Baddy(bukan nama sebenar), lantas beliau bergegas masuk serta terus sahaja menyanyikan Lagu Banduan di situ juga tanpa segan-silu..."Bertahun sudah ku menunggu dirimu...akhirnya kau menjadi milikku...Tapi Sayang..."...Melihat akan perkara tersebut, beberapa orang Warden Penjara telah dikerahkan untuk membawa Encik Baddy pergi dari situ....

....Interview diteruskan lagi...

FBI : Saya ingin bertanya kepada Encik Big Boss ya...

Big Boss: Ape diaq?

FBI: Selama Big Boss menjaga wilayah ni kan, seperti yang Big Boss mention-kan tadi...cuba Encik Big Boss senaraikan apa perkara-perkara yang Encik Big Boss dah buat?

Big Boss: Oooohhhh, perkara yang saya dah buat semenjak menjadi wakil rakyat di sini bannnyyaaakkkkkk...Berjuutaaa-jutaaa.......tak terkira banyaknya...antaranya, saya masih lagi menjadi 'Ceti' bulan-bulan mengutip duit sewa rumah serta ,membiarkan pintu rumah tak berkunci untuk memudahkan pencuri masuk setiap kali saya keluar rumah...dan yang lain tu bukan tanggungjawab saya...semua tu tanggunggjawab lembu-lembu saya...antaranya Lembu yang paling saya sayangi; lembu JENDOL dan lembu BUDGET PANDAI....yang lain tu semua lembu-lembu bodoh jer, yang kerja dia meragut rumput jer di padang hadapan Universiti nun...(sambil menjuihkan bibirnya ke sedikit hadapan, bagi menunjukkan arah lokasi lembu-lembunya meragut rumput itu)

Renjer Hutan: Jadi kerja-kerja lain seperti menutup suis lampu rumah, mengemas dapur, membersihkan bilik air, menyapu sampah, mengemop lantai, mengira dan membayar bil serta banyak lagi adalah hanya dikategorikan sebagai 'meragut rumput'-lah juga??? Yang mana kau tak perlu buat!!! (Gertak Si Ranjer Hutan dengan nada marah dan geram sambil mukanya merah menyala menahan marah)..

Big Boss : Tepat sekali...itu adalah kerja-kerja bodoh lembu-lembu sahaja...aku yang sebagai Big Boss ini tidak layak untuk disuruh membuat kerja-kerja sebegitu...kalau aku buat habislah bulu-bulu dan lemak-lemak aku ini bertaburan dan bercerai-berai atas lantai...Ewwww(menunujukkan kegelian)...itu semestinya bukan kerja aku k? bukan sama sekali....(sambil menggeleng-gelengkan kepalanya yang tanpa leher itu)..

FBI : Jadi, kalau semua itu kau mengaku perangai kau, kenapa kau masih salahkan kami lagi???

Big Boss : Biasalah, Big Boss memang suka buat begitu...aku kan Big Boss....

FBI : Kalau begitulah kata-kata kau...takpelah...Sarjan, Lepaskan Big Boss ni dan biarkan dia bersembunyi di Ofis dia...kita tiada apa-apa bukti tuk mahu mendakwa dia lagi...di mata dia, hanya kita sahaja yang salah...hanya kita sahaja yang tak kena dan tak betul...tapi pada dirinya, semuanya sempurna...dialah tuhan dialah dewa...kita hanya pacar hina yang menumpang budinya sahaja di sini...

Sarjan : Takpelah Tuan, biarkanlah dia buat sesuka hatinya...kita biarkanlah sahaja lagipun dirinya-kan adalah begitu berharga...

FBI : Iya, betul juga katamu itu Sarjan...tapi sebelum kamu lepaskan dia, jangan lupa ya ajarkan dia cara-cara bercukur dengan betul...jangan sampai dia tercukur lemaknya lagi selepas ini....

Sarjan : Baik Tuan! sambil mendukung Big Boss pergi meninggalkan bilik siasatan tersebut...

Selepas, susuk tubuh bayang-bayang Big Boss hilang dari pandangan mata kasar mereka...Pegawai Renjer dan FBI saling berpandang-pandangan sesama mereka...biru wajah mereka menahan gelak lantas setelah tidak tertahan lagi...Maka, tergelak besarlah mereka di situ...

-TAMMAT-

Notakaki: Cerita ini tidak kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...Cerita ini hanyalh Ehsan daripada Fail Jenayah 999 seperti yang diceritakan oleh En.Karam Singh Walia dan En.Mazidul Akmal Sidek...

6 Responses so far.

  1. haha....klaka seyh....stylo2....nmpk baek macho hensem bergaya di luaran....di rumah siape tahu...mereka dan keluarga mereka....haha...chow...

  2. A m a l says:

    part macho tu takbley blah...

    haha...

  3. tp mal....pegawai FBI tu pn cm serupe je peranai nye....haha...sesori...

  4. sepoy2 says:

    wey ni kes baru ker nih????
    apsal aku x tau

  5. A m a l says:

    ni bukan kes baru...

    ni kes berbangkit...

    ataupun kes mengungkit...

    bukan kau jer yang tak tahu..

    aku pun tak tahu-menahu...

  6. Anonymous says:

    wakaka...

    stylo seh...

    sungguh bongkak big boss mu itu..

    eeeee....watak big boss 2 terlampau bajet..

    tp best r cra cite ni..

    haha...terhibur2...

    maceh ye en amal...

    =)