kita tahu hidup susah..

:: Hari ini dalam sejarah ::

Posted by A m a l - -

Aku nak bercerita tentang hari ni...

tapi sebelum tu, aku nak bagi amaran bahawa cerita ini agak panjang dan tiada gambar porn dan agak membosankan bagi sesetengah individu...

kalau kamu setakat nak singgah-singgah tengok gambar-gambar serta tiada masa terluang sangat, maka tolonglah...aku merayu pada kamu supaya jangan baca dahulu...

kalau kamu masih terus berdegil dan tiada apa yang mahu kamu lakukan dalam sekurang-kurangnya 5 minit dari sekarang, bolehlah kamu teruskan pembacaan...

tapi jika kamu mahu study, dan belum menunaikan solat fardhu serta belum lagi membuat susu cicahan tiger susu dan sedikit gula, aku cadangkan baik kamu melakukan perkara itu dahulu...

............................

....Hari ini secara rasminya, class telah menghabiskan kesemua syllabus yang ada dalam 'course' tuk tahun ini...buat pertama kalinya, class habis dengan begitu awal iaitu pada pukul kira-kira 10.47 am...

Lepas tu aku balik rumah berkejaran seperti anak ayam main berlari-lari...agak malu dengan senior waktu itu...

ok, apa yang aku buat lepas aku balik sampai pukul 3, aku taknak bagitau...kerna aku menyesal dengan perbuatanku sepanjang waktu tu...nak tahu aku buat apa? kau pikirlah sendiri, benda apa yang kau buat mempunyai sama maksud dengan 'merebahkan badan di atas tilam yang empuk sambil memejamkan mata dalam jangka masa yang begitu lama?'...ok sudah tahu bukan? dah, aku taknak cakap lagi..what a waste of precious time...

.................................

lepas itu, rakan-rakan mengajak aku bermain futsal...bak kata Encik Shuren 'FUTSOL'...
ini adalah di antara aktiviti yang paling best the bebest setiap minggu dalam life kami as medical student kat sini...di sinilah kami lincah bermain, menggelecek bola dan menyepak sekuat hati tuk melepaskan 'tension study' sepanjang minggu....

Tapi lepas main bola tadi, aku rasa penat sengat...letih dan lesu rasa badan dan kaki...
rakan-rakan pun rasa begitu...tapi aku rasa condition aku mungkin lagi teruk sedikit kot...
cos, sebenarnya before main tadi aku dah pelahap se-packet biskut tiger susu bersama secawan susu...
Jadi, lepas main bola aku rasa heartburn yang panas sangat kat dalam Gastrointestinal tract aku, mostly kat upper part...
dan aku rasa dah bukan heartburn dah lagi, aku rasa seakan-akan aku mengalami esophagus burn+trachea burn+liver burn+heart burn...semuanya rasa macam terbakar kat dalam...selamat ar kat bawah tempat 'futsol' ni ader supermarket...so, aku dengan Encik Sophy Sepoy2 Lines pergi berlari grab sekotak Manggo juice yang sejuk-mejuk,sedap-lazat serta segar-bugar di situ...
setelah 18 kali tegukan, maka habislah Mango Juice tersebut...

"Gulp...Gulp...ahhh....nyaman sekali"


........................


Hari ni, juga aku sempat menghubungi si 'dia' yang comel-loteh itu...setelah 2 hari tidak mendengar khabar berita, rindu di hati terasa meluap-luap pula(ok, anda dibenarkan muntah)...
Masa mula-mula terdengar suara dia tu, dia kata dia tengah makan mee goreng...dia dah habis exam...
dia masih lagi tak beberapa ok kot daripada amatan intonasi suaranya....tapi seingat aku, aku mampu membuatkan si 'dia' tertawa kecil seketika walaupun tak lama(hanya setengah saat)...tapi cukuplah untuk mengubat hati yang lara ini buat seketika(ok, anda dibenarkan membuat muntahan yang terakhir)....takpelah, dapat dengar suaranya pun dah cukup indah untuk membuatkan aku ceria sepanjang hari ini....kepada sesiapa yang berkenaan 'thanx a lot'...
"Saya sayang bangat pada kamu"...

............................

Dan tak lupa juga kepada Encik Mat Yie The mUse...aku minta maaf sebab tak pasal-pasal kau kehilangan sejumlah wang pada aku...aku tak pernah mahu menyalahkan kau...mungkin kalau kau tak pinjam 'bike' aku pun tube dia akan bocor dengan sendirinya...sebab tu bila akuu balik, daripada tukar tube tempoh hari, aku cuba buat-buat biasa seperti tiada apa yang berlaku....sebab aku tahu tak semestinya salah kau....mungkin salah aku....atau mungkin salah tube tayar tu...atau mungkin salah cuaca yang hujan tak menentu....atau mungkin,mungkin dan mungkin....
tapi bila kau menghulurkan sekeping note itu, aku rasa terharu dan rasa mahu menangis...serta rasa seperti mahu menjemput kau saja, makan biskut tiger susu bersama aku sekali di bilik...
thanx Encik mUse, semoga Allah sentiasa merahmati kamu...

.............................

Abang aku dapat offer kerja lagi....semenjak abang aku terlepas daripada musibahnya....rezekinya datang tak putus-putus....sebelum ni, abang aku dapat diterima bekerja di Hotel Palace of Golden Horses sebagai Sales and Marketing Executive....gajinya tak payah cakaplah,,,agak lumyan...dan terkini, abang inform kat aku yang dia dapat tawaran kerja di Hotel Concord Shah Alam jawatan Executive juga katanya....Alhamdulillah, moga segala-galanya dipermudahkan dan dimurahkan rezekimu, Abang Iman....

Iklan: " Ya Allah, Kau kurniakanlah rezeki buat Mohd Imanuddin Razali di Hotel Concord Shah Alam...amin..amin"

.......................

Last sekali aku nak cakap, terima kasihlah kepada Encik Buloo Ai Yin kerna membantu menjadi gatekeeper di tempat masuk ke padang 'futsol' sebentar tadi...kerna tanpa tanganmu yang menarik serta memegang pintu masuk yang ketat itu, nescaya susahlah kami semua mahu masuk ke gelanggang 'futsol' tersebut....Encik Buloo, jasamu akan dikenang sampai bila-bila(ok, aku sudah masukkan nama kau, cepat belanja aku burger)...

................................


Hari ni lagi nampaknya aku terpaksa mematikan semangatku sebentar untuk menghabiskan Module 7(Pharmaceutical Chem)...dan perlu memulakan study Module 8 dan 9 yang meliputi tajuk-tajuk seperti Olfactory & Gustatory, Nervous System, The Eye , The Ear, Cardiovascular System (CVS) serta Respiratory System.....iya, aku tahu bunyinya macam menarik sahaja...tapi cubalah kamu sendiri yang baca dan hafal semua itu selama 8 jam, nescaya muka kamu akan berubah mirip-mirip seekor tenuk liar belaan makcik munah di kampung pinang sebatang....percayalah, kami hampir-hampir menjadi begitu....

Hal ini kerana, Jadual Waktu Exam yang lebih memihak kepada Module 7 tapi tidak pada Modul 8 dan Module 9...maksud aku, Module 7 ada banyak gaps, tapi bagi Module 8 dan 9 tiada gap hari langsung....tapi takpelah, yang penting aku dah semangat giler nak study ni...

....................................

Sebenarnya, tiada apa yang berlaku hari ini untuk aku jadikan sebagai sejarah....maaf kerana membuat kamu semua tertunggu-tunggu akan peristiwa sejarah itu....tapi sebenarnya , hari ni hanyalah merupakan hari-hari biasa aku sahaja, yang berlalu begitu dan akhirnya menjadi satu lembaran sejarah buatku....

Dan juga buat sekian kalinya aku telah melanggar janjiku untuk berhenti menulis blog seketika tuk menumpukan
lebih pada study ku...tapi apa kan daya...aku mahu menulis juga....sebenarnya aku bukanlah addicted....cuma aku sangap sedikit sahaja!
iye, sangap sedikit tuk menulis rentetan diari peribadiku....sekadar sebagai satu kenangan tuk aku bila aku sudah beranak cucu nanti....tu jer...

........................

ok, tu jerlah setakat ini...bye....

jumpa lagi di lain masa...

p/s-Wani, maafkan abang kerna sudah lama tidak menghubungi awak...

One Response so far.

  1. sepoy2 says:

    wey mango jus dh abes dow