kita tahu hidup susah..

:: S e d i h ::

Posted by A m a l - -

kadang-kadang hati ini rasa sedih..

dan agak terguris...

bila diri mahu kembali kepada ajaran Islam dan berubah..

ada saje suara-suara yang menerjah...

mengatakan kau dulu seperti orang tak tentu arah...

mengamuk, mengutuk sambil bersumpah seranah

" eleh, kau tu mal dulu lagi teruk bergelumang dengan dosa dan jahilliyah"

sambil mengatakan aku ni dulu tak pernah langsung nak beribadah...

sedih....sedih...sedih...ya Allah..


...................

tapi bila aku fikir-fikirkan balik...takpelah..

sekurang-kurangnya aku kini telah cuba berubah...

solat, quran dan sunnah sudah menjadi lumrah...

tidak lagi menjadi orang yang tak tentu arah...

yang dah lepas tu..lepaslah...

mengapa harus kita utarakan ke tengah...

ampun dan minta taubatlah kepada Allah...

dan hanya kepada Dialah kita berserah...

Moga peluang untuk ke Syurga lebih cerah..

moga Allah izinkan malaikat maut tuk cabut nyawaku dengan mudah...

dalam keadaan diriku masih mampu mengucapkan kalimah syahadah..insyaAllah..

..........................



" Jika Allah mahu kurniakan kebaikkan kepada hambaNya..nescaya Allah akan berikan dia kefahaman pada Agamanya "

Hadith Rasulullah (s.a.w)

4 Responses so far.

  1. bila nak buat perubahan memang susah especially kearah kebaikkan apatah lagi dalam ramai2x yang rapat dengan kita tu kita sorang je yg berubah. manusia memang susah terima perubahan tapi kalau kita yakin dan istiqamah Insyallah lama2x org akn terima jugak..=)

  2. ingt mal....dosa dgn tuhan blh mintak ampun dgn tuhan...dosa dgn manusia kne mintak ampun dgn manusia....kalau nk btol2 berubah pertama skali clear kn dosa2 dgn manusia.....brape ramai org yg jadik bahan ko dlu....semua menyumpah seranah kt ko.....mintak ampun kt diorg semua...kwn2....guru2....bkn yg da lepas tu blh maen lepas je.....jgn ingt org sesuke hati blh memaafkan...dosa ni bwk smpai mati mal....bkn aku baek sgt.....tp sronok la ngk prubahan kau kearah kebaikan....tp biarlah kne dgn cara dan matlamat....tp terpulang la kn....kalau x blh terime xpe....

  3. A m a l says:

    sahabat baikku azri haris :

    seribu kali ucapan terima kasih atas peringatan itu..buat pengetahuan, alhamdulillah..aku sudah ketemu dengan beberapa orang yang aku banyak berdosa dulu dan meminta maaf kepadanya secara berdepan..contohnya beberapa sahabat-sahabat kita di UCD ni termasuk zhoriff sekali..alhamdulillah mereka semua tunjukkan feedback yg positif...

    aku paham maksud kau dalam comment kau pada status aku tu..cumanya ada dia antaranya susah aku buat, tapi tidaklah aku inform semua orang aku mintak maaf dengan siapa..dan tidaklah mampu aku nak meminta maaf pada semua secara drastik..biarlah kena dengan masa dan keadaannya...insyaAllah, doakan aku..

    terima kasih sebab menyokong perubahan aku..kerna sebaik-baik kawan adalah kawan yang menghalakan kita ke arah kebaikkan..oh, tidak lupa juga sumbangan ikhlas kau utk perubatan aku..demi ALLAh yg mengutus dengan haq, sampai bila-bila pun aku tak tahu bagaimana aku hendak membalas jasa kau..sekalung doa aku panjatkan kepada kau agar kau sentiasa dikurniakan kesenangan dan kemudahan dalam pelajaran..dan tidak lupa juga..hubungan kau juga sentiasa aku doakan berkekalan..insyaAllah..

    terima kasih Encik MC de bear..