di kala diri sibuk nak buat kerja Population health, tiba2 diri ni rasa terpanggil lak nak bercerita tentang topik ni...
kalau bercakap dengan orang yang kuat agama sikit la kan..rata-ratanya menidakkan cinta sebelum khawin or bahasa pasarnya "COUPLE"...
kalau istilah Couple tu kita tafsirkan dengan berkepit, berpegang tangan, serta merendek dekat taman berdua-duaan..jelaslah haram..
tapi kalau istilah couple tu kita tafsirkan dengan berkenalan rapat di antara berlainan jantina, bertukar-tukar pendapat dan masalah serta kita sirami dengan baja ukhuwah, serta masing-masing cuba berusaha untuk menuju ke arah menghalalkan hubungan mereka(nikah)...erm..macam ok jer kot...takkan kita diharamkan mengenal muslimah pula kan?sekurang-kurangnya kita nak juga memperisterikan calon pilihan kita..takkan lah calon tu kita nak biar lepas jer..tanpa ada usaha nak beritahu niat kita...
tapi kat sini, aku rasa ramai ulamak yang mentafsirkan cinta sebelum khawen ni sebagai haram because ianya membawa lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan dek kerana ramai anak-anak muda islam sekarang yang kurang didikan agama..tapi, aku rasa benda ni depends jugak kepada individu tu sendiri..sejauh mane bentuk hubungan mereka itu sendiri..
bagi aku..aku rasa lah untuk diri aku Cinta sebelum khawin ni tak salah asalkan niat kita ikhlas nak ambil calon pilihan yang kita kenal tu sebagai isteri yang sah...bukan cinta monyet, diulang bukan cinta monyet ok?
1. CINTA SEBELUM KHAWIN MENGAJAR ERTI TANGGUNGJAWAB.
-apa kau ingat khawin tu macam makan chewing gum ker? habis manis dia, kau lekat kat bawah kerusi?..khawin itu bermakna telah bermula episod baru dalam hidup kau yg bergelar suami dan bakal bergelar ayah..so, kau ingat mudah2 ker kita nak belajar erti tanggungjawab dan menjaga hubungan dalam masa yang singkat..so, cinta sebelum khawin ni sedikit sebanyak mengajar kita erti bertanggungjawab dalam menjaga hubungan yang lebih serius,,,
2. CINTA SEBELUM KHAWIN MEMBOLEHKAN KITA MEMILIH KESERASIAN DAN MENCAPAI JALAN TENGAH UNTUK SEGALA PERBEZAAN.
-di sinilah kita belajar untuk mencari keserasian, bukan semua girl yang boleh masuk dengan tune kita..sekali dapat yang sosial abes, wah masak kita lepas khawin nanti..kalau dapat yang kuat agama kira ok gak..tapi nanti kita plak yang below standard..so, bila dah kenal2 and tahu hati budi masing-masing..tentulah mudah untuk hidup selepas khawin nanti..
3. CINTA SEBELUM KHAWIN BOLEH DIJADIKAN MOTIVASI UNTUK MAJU KE HADAPAN.
-boleh nak dikatakan ramai lelaki yang ambil positif tentang couple dan khawin mereka ada matlamat sikit jika nak dibanding dengan lelaki yang entah apa2(aku tak compare dengan orang yang dah ade matlamat ek?itu hal lain)..kita boleh nampak, dekat dalam lelaki yang ambil serious dalam relationship dia..dia ade matlamat hidup..contoh nak mendalami ilmu agama, nak belajar rajin2, dapat kerja yang best2, nak jadi lebih bertanggungjwab, taknak buang masa dan sebagainya..
dan banyak lagi la kalau aku nak list kat sini, malas tulis banyak2 korang bukan baca pun(chit poodah!)
....................
tapi selain tu banyak jugak argument orang kata, cinta sebelum khawin ni ibarat sudah tak sweet lagi cos semua benda kita dah tahu tentang pasangan kita..
erm, tentang perkara sweet tak sweet ni..aku rasa sudah menjadi lumrah manusia lah..bila dah kenal mula timbul rasa boring plak kan?
tapi benda ni, bukanlah satu argument yang kuat..sebagai contohnya, kalau kita bercinta lepas khawin pun, 5 tahun dah khawin nanti pun kita dah tahu semua benda tentang pasangan kita so, masalah yang sama juga akan timbul..and lepas tu nak buat apa bila dah bosan?? cerai?? haha, argument ni bagi aku agak kurang munasabah..
aku mengambil pendirian, cinta sebelum khawin ni ade banyak juga kebaikan pada diri aku..selagi aku rasa ianya sekadar berkawan rapat..tapi pada diri korang entahler..walaubagaimanapun, aku tak nafikan bukan senang untuk membentuk hubungan yang benar-benar bersih dari segala perkara yang lagha..
aku dah banyak dengar dan baca artikel, buku, and semua dalil tentang benda ni..tapi bagi aku, aku tetap dengan pendirian...haram or tidak cinta sebelum khawin ni terletak pada individu yang terlibat dengannya..kalau ber-couple ni, menjerumuskan kita membuat benda2 haram, maka jatuh haramlah ia..tapi selagi ianya dijaga dan disirami dengan baja ukhuwah dan taqwa, maka ianya terpulanglah pada individu tersebut(tidak semudah yang dikata)...
and, tolonglah..aku malas dengar cerita tentang orang yang berhujah tentang cinta sebelum khawin ni haram ke halal ke..naik muak aku...seriously, ramai jugak yang bercinta selepas khawin berakhir dengan penceraian..tak caye, bleyh tanya pakcik aku, dia jurunikah..banyak gak dia cerita tentang ni..
so, kalau nak tahu banyak tentang cinta ni..mintaklah doa banyak-banyak kepada PENCIPTA CINTA..WALLAHUALAM...
p/s- pendapat peribadi, tiada dalil AL-Quran, and tiada sumber rujukan yang sah..peace no war..tapi seingat aku Allah ada kata, " La taqribu zina"..yang bermaksud jangan hampiri zina..so, korang rasa kalau couple ni menghampiri zina..jangan pulak berani buat ek? Allah cakap jelas dalam Quran pasal benda ni..
p/s 2- STATUS HUBUNGAN AKU - aku dah bercincin tanda, family dah jumpa AND dah tetapkan tarikh..dalam islam aku sah bertunang...ITULAH ISTILAH COUPLE AKU, ISTILAH COUPLE KORANG, AKU TAK TAHU LER..
gambar khawen aku, jangan marah ek?hihi..