kita tahu hidup susah..

:: Mari Belajar Bahasa Inggeris (3minutes)::

Posted by A m a l - -

...Aku tahu sekarang budak-budak semua dah tahu cakap bahasa inggeris...yelah, PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris) Generation-lah katakan...Aku dulu taklah pandai sangat cakap bahasa inggeris ni...tapi, nak compare ngan budak-budak kat sekitar taman aku dulu, bolehlah dikatakan aku ni kira hebat jugalah sebab mak aku kerja sebagai Pegawai KLIA..so, bolehlah nak 'speaking-speaking' sikit ngan mak kat rumah...

...Mak aku memang suka 'speaking-speaking' ni...terutamanya bila aku dapat markah yang rendah dalam maths... mulalah
mak aku mengajar maths dalam bahasa Inggeris...dan aku memanglah seperti kebiasannya akan terkebil-kebillah mata belajar ngan mak....tapi, at the end aku mesti nanges punya...bukan sebab mak rotan ke ape, tapi sebab aku tak paham apa yang mak cakap...so, aku buat-nanges minta simpati agar mak bagi berhenti dan beri RM2.00 kat aku tuk pergi ke pasar malam beli 'Roti John'...

....Ini adalah beberapa rentetan pencapaian aku dalam bahasa Inggeris....

1. Tadika Kemas: "Yes, How are you?"..."I'm fine, thank you..bye"...

2. Darjah Satu: "I love you so much" and "I Miss you like crazy"...

3. Masa Darjah Tiga, lagi 'up' sikit...aku dah pandai cakap, "Sorry the number that you dialled is not in service..thank you"...sebab aku selalu dengar benda ni bila aku cuba mula nak menelefon aweks-aweks yang comel dalam kelas aku malam2 tuk bertanyakan kerja sekolah(eleh nak tunjuk rajin lah tu depan aweks)...

4. Darjah Empat: "Seven...five...five...'tupai'..'tupai'...Pizza Hut Delivery"

....dan sampailah seterusnya, aku belajar dan terus belajar...sampailah sekarang...aku akhirnya berjaya memperoleh Grade 7 for English SL dalam IB Exam; klik di sini....(iya...sebenarnya aku tahu ader 18 juta orang seluruh dunia dapat 7 jugak...so what? aku saje jer mention...anyway, thanx to Madam Nora Azany kerana selalu 'mengejar'ku sewaktu english
class kerna aku tak pernah prepare tuk Individual oral...)

....Ok, tamat segala 'intro'...Ceritanya bermula begini, beberapa bulan yang lepas aku pulang ke kelantan cos mak aku dapat posting jadi Pegawai kat Airport sana..jadi Adik aku pun mengambil keputusan tuk bersekolah di sana tuk meneman mak aku...

...Memandangkan adik aku ni dikira sebagai 'Orang Luar' yang mampu bercakap secara normal serta ditambahkan lagi oleh mukanya yang cute...maka dirinya selalulah menjadi kegilaan remaja muda, comel loteh, putih gebu di sana...Cop...cop...sebelum tu anda pernah tengok tak, awek kelantan??...Setelah meng'google'...aku rasa, lebih kurang macam nilah aweks-aweks kelantan....




....Dan oleh kerana itu, aku sudah mula meragui niat suci adik aku; Azim dalam kesanggupannya menukar sekolah yang Grand di Klang(High School Klang) kepada SMK Pengkalan Chepa 1 semata-mata untuk mengikut emak....

...Pada suatu hari, sedang aku duduk bersantai atas kerusi malas sambil membaca Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan, selepas memakan Nasi dengan Budu(Nyum...Nyum)...aku terdengar Azim tergelak berdekah-dekah kesorangan dalam bilik....

"...kah...kah...hahaha...
kah...kah..haha..."


...Dengan penuh rasa 'curious'-nya...Lantas aku pergi mendapatkan Azim...aku lihat Azim dalam keadaan yang separa sedar berguling-guling di tengah bilik sambil menghentakkan kakinya berkali-kali dan sebelah tangannya memegang perut menahan geli hatinya...

...Aku tanya," Kenapa Zim, apa yang kelakar sangat ni?"...

...Dalam keadaan ketawanya itu, dia cuba membuka mulut memberitahu sesuatu...lantas kerana tidak berjaya, dia menghulurkan kepadaku sekeping surat yang ditulis kemas dalam hasil tulisan tangan seorang perempuan....hurm..wangi surat itu...dalam ketika itu juga aku mampu mengagak surat apakah ini...

"...Macam Surat Cinta jer ni..."
.:: Lantas Aku memulakan Pembacaan ::.

"Fronting my dear love,

Azim...I hope this letter arrives u in the condition of healthy-healthy 'belaka'...Sorry,my english is not as good as u...but, like Sir Kamil said, good start now and old-old it will become better-lah kan...

...I think I have to say this to you...not because I afraid to meet u face to face but I afraid that people will look bad to us if we do so...

Azim.....
...I WANT TO CUT CONNECTION US....
I have think about this very cook-cook and I know I clap one hand only...
Correctly, I have seen you and she(Diana) walk-walk together from school two-three times with my eyes myself....

Sometimes, You grab hand she...then, you always ask apology back-back...

...I don't trust You AGAIN !!!!!!.....

....You are really crocodile land !!!!!...

...My friend speak you play wood three...
...First-first I think my friend lie me....But now, I know you correct-correct play wood three...

...So, I break connection to pull my body from this love triangle...

I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me...

....So, I cut this connection to go far from here...

...I dont want you to play-play with my liver...

I have been crying until no more eye water thinking about you...

...Please, I really don't want banana to fruit two times..."

Safe Walk,
Athirah...

...belum pun sempat aku menghabiskan pembacaan...perut aku terasa satu kegelian yang amat sangat dan kakiku seperti lemah longlai...lantas aku pun turut serta dalam aktiviti penggelakan berdekah-dekah itu sampailah adik aku kata dia dah tergelak sampai terkencing sikit...

"...Wargh..kah...kah..kih..kih....." lagilah kelakar...

...Tapi kan, seriously...setiap kali bila teringat balik, tentang perkara ni...pasti aku akan terjatuh tergelak berhamburan ataupun sekadar tersenyum sendirian mengenangkan akan kelucuan peristiwa tersebut...

.:: Seperti biasa, Inilah gambar budak yang memang suka bermain 'word three' tersebut ::.


p/s- Azim...Azim mengapalah kau main 'wood three' dengan minah tu...kesian dia...hahaha

.:: Sekian, majulah bahasa Inggeris untuk negara ::.




5 Responses so far.

  1. hurm..ni mesti kes tulis surat tgk dictionary,translate real pnye lah...takpe..improve2,aku pon dari kampong gak eh..so dapat memahaminye:p

  2. A m a l says:

    samalah kita...

    kita kan orang temerloh..

    haha, jom balik kampung...

  3. W-A-N-I says:

    you...

    you play wood three with me by putting 2 pics of other gurl...

    huhu..

    dont play-play with my liver!!!

    hahhahahaha...
    siot r membe azim ni...
    bek kecek kelate jer..
    tp xpe r die nk blaja..
    cm sir kamil diorang ckp...
    'good start now and old-old it will become better-lah kan...'

    huhuhu...
    nice entry...
    hlg mood penat org dgn bce entry ni...

    ni terase nk col azim skunk, nk speaking 'english athirah' kt die nie...hehehe...

  4. haha...nice2.....tp nice lg artial mart aku...xde sape blh celen...haha...

  5. A m a l says:

    artial mart,mart,mart...

    memang tip top...

    tiada siapa mampu mengcelennya

    semua orang tahu tu...

    tapi plis ar, don't play-play with my liver k...

    so, sekarang aku nak cut connection us...termasuk internet connection rumah ni sekali...

    haha...padan muka kau encik mc the beruang...