kita tahu hidup susah..

:: Anda Tahu Anda berada Di Dublin Jika....::

Posted by A m a l - -


1. makanan yang paling murah ialah berharga 6.50 euros..


2. Anda akan ditertawakan jika memanggil 'Pennys' sebagai 'Primark'...


3. Bas tidak lagi bewarna Merah mahupun Biru...tetapi kesemuanya bewarna Kuning Biru(Dublin Bus)..


4. Anda akan sering melihat makcik-makcik menjual seedless grape 1euro dan anda berkata 'ey, murahnya..'


5. Apabila susu tidak lagi beharga 1-2 pounds...


6. Apabila 1 euro anda kelihatan sangat-sangat tidak beharga...


7. Apabila rakan-rakan anda dari luar Dublin bertandang ke rumah anda..dan meminta anda membawa mereka bersiar-siar ke tempat-tempat menarik di Dublin....dan anda hanya mampu terduduk sambil menggaru kepala...


8. Apabila anda sering terserempak dengan kumpulan budak-budak nakal bernama 'Anak Dol'..


9. Apabila badan anda menggigil  seperti anjing kurap pabila angin sejuk Dublin menerpa ke tubuh anda...


10. Apabila winter dan keadaannya sangat sejuk...tetapi anda hanya mampu melihat salji yang sangat nipis(itupun kalau anda bernasib baik)


11. Apabila hujan turun 3 kali sehari dan jarang berhenti.....


12. Apabila anda hanya mampu menelan air liur sahaja ketika melihat restoran fast food (Mc Donald, KFC,Burger King)..kerna ianya tidak halal...


13. Apabila anda jarang makan sayur sebab mahal...


14. Apabila maggi kari berharga 3.00 euros untuk 5 packets..


15. Apabila anda tidak jumpa kedai aiskrim yang menjual aiskrim Faluda yang yaman...


16. Apabila anda pergi ke supermarket dan tidak berjumpa dengan Honey Star...


17. Apabila ada perkataan SALE tertulis di hadapan kedai...dan anda keluar dengan tangan kosong cos tiada apa yang benar-benar murah...


18. Apabila anda baru sahaja pulang dari UK dan menjejakkan kaki ke Dublin.....lantas anda terus ingin ke UK semula....


aku nak ambil bas ke airport terus nak ke UK balik..

7 Responses so far.

  1. KA says:

    salam bro
    menarik2
    aku paling suka no 7, 17 dan 18
    that's so true....huhuhuhu

    knapa la dublin ni mahal aisyh

  2. anda akan tahu anda berada di Leeds, UK bila?

    1. makanan berharga 4 paun itu sangat mahal berbanding elaun anda yg hanya 650, dan elaun bersih utk hidup hanya kurg dr 200 bila ditolak semua bil, sewa rumah dll

    2.susu yg berharga 1-2 pound itu sangat mahal berbanding elaun anda

    3.apabila rakan2 anda dtg, dan anda terpaksa bawa mereka ke york utk berjalan2 (mcm dtg kedah tp bawak jln2 g kelantan)

    4.apabila anda berasa semak dengan warna koko, dan org mabuk mengangu anda

    5. apabila anda boleh ke dublin dan mensyukuri nikmat dapat berjalan pakai selipar dikala winter, dan mengalir air mata kerana nyamannya cuaca dublin

    6. apabila winter, terdapat tanda minus di depan suhu walaupun ketika ada matahari (kalau ada)

    7. apabila salji bertukar jadi ais, dan anda kerap jatuh

    8. hujan? anda sudah lupa apa makna 'hari ini tak hujan'

    9.apabila rakan2 anda dtg dr dublin dan berkata 'korg patut bersyukur sebab makanan sini murah', sambil hati anda berkata 'dude, elaun kami berapa yg kata murah tu?'

    10. anda menyedari bahawasanya, keadaan satu EUROPE semuanya begitu, dan bersyukur, sekurg2nya saya dapat fly, dan mula tidak komplen

    =P

  3. PeRaNTau says:

    haha...awatnya nk uk balik?

    :p

    ~salam ziarah drpd the land of the faluda...letak jazera skali~

    p/s: taco fries murah drpd 6.5 euros kan?

  4. kdng2 rindu jugak dengan life kat dublin...=) manfaatkan msa anda di sana spnuhnya...hehe

    lagi satu nk tambah - hari2 makan lauk ayam kot..=p

  5. A m a l says:

    KA : betul2..mahal bangat seyh...rasa nak puasa jer pasni..haha...

    Hadzrul: Aku tak nafikan kau punya comment itu juga best....tergelak sampai jatuh katil aku...bukan bermaksud aku tak bersyukur....cuma, inikan blog...tempat luahan hati dan perasaan...so, just sekadar luahan...

    perantau: uk best..bleh makan makanan hala yang murah2...6.50 euro tu merujuk kepada buffet yg termurah di dublin...taco fries itu hanyalah sekadar snek ringan..bukannya makanan yg mengenyangkan...

    kak najlaa: haha...betul2..hari2 makan lauk ayam...nak juga makan ikan sekali-sekala...

    p/s- mengkritik bukan bermaksud merungut...bukan bermaksud tak bersyukur...cuma, memikirkan alangkah bagusnya jika keadaan menjadi lebih baik...sekian...

  6. mahalnye harga maggi dgn susu korg kat dublin...ish3..
    mai la dtg manchstr lg skali...bleh dpt rs faluda dan semua mknn yg murah dan halal di sini...hehe

  7. A m a l says:

    faiz: begitulah hakikatnya...harap2, dapat datg ke manchester semula...