kita tahu hidup susah..

:: Bercinta selepas Khawin vs Cinta sebelum khawin ::

Posted by A m a l - -


di kala diri sibuk nak buat kerja Population health, tiba2 diri ni rasa terpanggil lak nak bercerita tentang topik ni...

kalau bercakap dengan orang yang kuat agama sikit la kan..rata-ratanya menidakkan cinta sebelum khawin or bahasa pasarnya "COUPLE"...


kalau istilah Couple tu kita tafsirkan  dengan berkepit, berpegang tangan, serta merendek dekat taman berdua-duaan..jelaslah haram..

 tapi kalau istilah couple tu kita tafsirkan dengan berkenalan rapat di antara berlainan jantina, bertukar-tukar pendapat dan masalah serta kita sirami dengan baja ukhuwah, serta masing-masing cuba berusaha untuk menuju ke arah menghalalkan hubungan mereka(nikah)...erm..macam ok jer kot...takkan kita diharamkan mengenal muslimah pula kan?sekurang-kurangnya kita nak juga memperisterikan calon pilihan kita..takkan lah calon tu kita nak biar lepas jer..tanpa ada usaha nak beritahu niat kita...


tapi kat sini, aku rasa ramai ulamak yang mentafsirkan cinta sebelum khawen ni sebagai haram because ianya membawa lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan dek kerana ramai anak-anak muda islam sekarang yang kurang didikan agama..tapi, aku rasa benda ni depends jugak kepada individu tu sendiri..sejauh mane bentuk hubungan mereka itu sendiri..

bagi aku..aku rasa lah untuk diri aku Cinta sebelum khawin ni tak salah asalkan niat kita ikhlas nak ambil calon pilihan yang kita kenal tu sebagai isteri yang sah...bukan cinta monyet, diulang bukan cinta monyet ok?

1. CINTA SEBELUM KHAWIN MENGAJAR ERTI TANGGUNGJAWAB.
-apa kau ingat khawin tu macam makan chewing gum ker? habis manis dia, kau lekat kat bawah kerusi?..khawin itu bermakna telah bermula episod baru dalam hidup kau yg bergelar suami dan bakal bergelar ayah..so, kau ingat mudah2 ker kita nak belajar erti tanggungjawab dan menjaga hubungan dalam masa yang singkat..so, cinta sebelum khawin ni sedikit sebanyak mengajar kita erti bertanggungjawab dalam menjaga hubungan yang lebih serius,,,

2. CINTA SEBELUM KHAWIN MEMBOLEHKAN KITA MEMILIH KESERASIAN DAN MENCAPAI JALAN TENGAH UNTUK SEGALA PERBEZAAN.
-di sinilah kita belajar untuk mencari keserasian, bukan semua girl yang boleh masuk dengan tune kita..sekali dapat yang sosial abes, wah masak kita lepas khawin nanti..kalau dapat yang kuat agama kira ok gak..tapi nanti kita plak yang below standard..so, bila dah kenal2 and tahu hati budi masing-masing..tentulah mudah untuk hidup selepas khawin nanti..

3. CINTA SEBELUM KHAWIN BOLEH DIJADIKAN MOTIVASI UNTUK MAJU KE HADAPAN.
-boleh nak dikatakan ramai lelaki yang ambil positif tentang couple dan khawin mereka ada matlamat sikit jika nak dibanding dengan lelaki yang entah apa2(aku tak compare dengan orang yang dah ade matlamat ek?itu hal lain)..kita boleh nampak, dekat dalam lelaki yang ambil serious dalam relationship dia..dia ade matlamat hidup..contoh nak mendalami ilmu agama, nak belajar rajin2, dapat kerja yang best2, nak jadi lebih bertanggungjwab, taknak buang masa dan sebagainya..

dan banyak lagi la kalau aku nak list kat sini, malas tulis banyak2  korang bukan baca pun(chit poodah!)

....................

tapi selain tu banyak jugak argument orang kata, cinta sebelum khawin ni ibarat sudah tak sweet lagi cos semua benda kita dah tahu tentang pasangan kita..

erm, tentang perkara sweet tak sweet ni..aku rasa sudah menjadi lumrah manusia lah..bila dah kenal mula timbul rasa boring plak kan?

tapi benda ni, bukanlah satu argument yang kuat..sebagai contohnya, kalau kita bercinta lepas khawin pun, 5 tahun dah khawin nanti pun kita dah tahu semua benda tentang pasangan kita so, masalah yang sama juga akan timbul..and lepas tu nak buat apa bila dah bosan?? cerai?? haha, argument ni bagi aku agak kurang munasabah..

aku mengambil pendirian, cinta sebelum khawin ni ade banyak juga kebaikan pada diri aku..selagi aku rasa ianya sekadar berkawan rapat..tapi pada diri korang entahler..walaubagaimanapun, aku tak nafikan bukan senang untuk membentuk hubungan yang benar-benar bersih dari segala perkara yang lagha..




aku dah banyak dengar dan baca artikel, buku, and semua dalil tentang benda ni..tapi bagi aku, aku tetap dengan pendirian...haram or tidak cinta sebelum khawin ni terletak pada individu yang terlibat dengannya..kalau ber-couple ni, menjerumuskan kita membuat benda2 haram, maka jatuh haramlah ia..tapi selagi ianya dijaga dan disirami dengan baja ukhuwah dan taqwa, maka ianya terpulanglah pada individu tersebut(tidak semudah yang dikata)...

and, tolonglah..aku malas dengar cerita tentang orang yang berhujah tentang cinta sebelum khawin ni haram ke halal ke..naik muak aku...seriously, ramai jugak yang bercinta selepas khawin berakhir dengan penceraian..tak caye, bleyh tanya pakcik aku, dia jurunikah..banyak gak dia cerita tentang ni..

so, kalau nak tahu banyak tentang cinta ni..mintaklah doa banyak-banyak kepada PENCIPTA CINTA..WALLAHUALAM...

p/s- pendapat peribadi, tiada dalil AL-Quran, and tiada sumber rujukan yang sah..peace no war..tapi seingat aku Allah ada kata, " La taqribu zina"..yang bermaksud jangan hampiri zina..so, korang rasa kalau couple ni menghampiri zina..jangan pulak berani buat ek? Allah cakap jelas dalam Quran pasal benda ni..

p/s 2- STATUS HUBUNGAN AKU - aku dah bercincin tanda, family dah jumpa AND dah tetapkan tarikh..dalam islam aku sah bertunang...ITULAH ISTILAH COUPLE AKU, ISTILAH COUPLE KORANG, AKU TAK TAHU LER..

gambar khawen aku, jangan marah ek?hihi..

17 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    "matlamat x menghalalkan cara"

  2. This comment has been removed by the author.
  3. pakcik says:

    assalamualaikum
    tinggi benor ka ilmu den? kuat benor ka den tahan napsu?

  4. Anonymous says:

    haha..ak tertarik ngn kate2 ko "haram halal terletak pd individu 2 sendiri..bole ke manusia meletakkan hukum..?? dan ak tertarik bile ko ckp Allah ckp jgn hampiri zina..x ke bende ni somehow memg menghampiri zina..? zina mate..zina hati..zina mulut..zina ape lg..hmm...

  5. Anonymous says:

    haha..ak tertarik ngn kate2 ko "haram halal terletak pd individu 2 sendiri..bole ke manusia meletakkan hukum..?? dan ak tertarik bile ko ckp Allah ckp jgn hampiri zina..x ke bende ni somehow memg menghampiri zina..? zina mate..zina hati..zina mulut..zina ape lg..hmm...

  6. Anonymous says:

    hmm..btul..niat x menghalalkan cara..

  7. A m a l says:

    terima kasih kepada yang sudi comment..sebenarnya point aku yang sebenarnya hanya pada bahagian p/s jer...harap maklum...tapi aku stuju sangat2,niat tidak menghalalkan cara...

  8. Anonymous says:

    haaahaaa..amal...amal...,

    apa-apa pun..nice approach...

    -malaysia-

  9. sriuz menyakitkan jantung baca........ish2....

  10. Rhazes says:

    nice one,

    obey god's law
    not man's exaggerated law

  11. Unknown says:

    lowh, kawan nadzir ke~

    ish, tepuk dada tanya selera sejauh mana hati tak terbang bila bercinta, dlm kata lainnya, "sejauh mana diri da terjebak dlm zina hati"

    nway, nice~

  12. Anonymous says:

    ade soklan atau komen pedas sket...

    1.ko tak tanye pun lagi ulamak tu sebab-sebab pengharaman cinta sebelum kawin? dalam tulisan ko tulis ko 'rase' je...bukan islam suruh kita verify sesuatu berita yg sampai kepada kita? pastikan sumber dan sebab-sebabnya kenapa ulama buat sesuatu...jadi soalan nye dah tanye ke ulama2/org yg yg ko kate alim tu bila bincang isu couple ni? org ckp ikut hati, mati, ikut rasa binasa...

    2. Sumber-sumber dlm islam yg asli ini ialah quran dan sunnah...kalo dah check dalil2 org yg kumpul berkaitan benda ini dan still ko rasa itu tidak ter'apply' kepada ko..ikut individu katanya...maka reflect lah kat diri ko balik...jangan ngaku nak ikut islam tapi bila terkena batang hidung sendiri.. pastu justify ikut suka hati..IKUT LA JUSTIFICATION ISLAM JUGAK....bukan syaitan kene buang dari syurga sebab 'ego' ke? Syaitan:"aku kan dari api, mana boleh aku sujud pada adam!!!"pengajaran: jangan ego...manusia lebih mulia jika die mengaku kesilapan...Allah pun suka hamba-hambanya yg bertaubat...(buat salah takpe kalo bertaubat..Allah lagi suka org betaubat) - ini tak bermaksud ko buat salah...aku sebenarnye buat salah ni sebab kondemn tulisan ko...

    3. tulisan yg penuh emosi seperti komen aku ini memang byk mengundang padah...
    tapi dalam mengambil hukum hakam islam, emosi tak boleh dicampuradukkan...kita suka ke, kita tak suke ke, hukum tetap hukum...penilaian tentang hukum kene dipisahkan dengan emosi...
    -ingat sahabat nabi dulu pun suka gila kat arak...tapi bila arak diharamkan direct oleh Allah,tak pulak die beremosi cakap ikut individu, siapa kuat, die boleh stop..aku takleh lagi..

    4. mintak maaf banyak2...ini pendapat aku...sila baca dari perspektif agama ini nasihat...bukan dari perspektif 'aku saje2 nak kondemn tulisan ko sebab aku rase tak best...'
    senyum sket..:)

    5. aku tak kesah ko nak delete comment ni..malah aku galakkan ko delete kalo ko rase malu..sebab jauh disudut hati aku tak berniat nak memalukan sesapa...malah aku yg malu kalo ko post benda ni. komen seorang yg tak berani nak mengaku diri (anonymous)..
    (aku nak ko bace je...pastu ko berhak nak buat apa ngan komen aku ni)

    -moga Allah beri hidayah-

  13. A m a l says:

    To anonymous: the best thing is baca sampai abes and baca semua comment yang ade..baru bleyh comment..ni baca 2-3 baris da nak marah giler2 kan?hihi..tak baca bahagian p/s ker??kena baca dulu..kan nabi kata,"jangan marah, jangan marah, jangan marah"..btw, aku dah pun bertunang..so, peace no war..

  14. A m a l says:

    anonymous: and btw, aku tahu pun kau siapa..tak perlu anonymous..ade live traffic feed..nice comment my friend..moga yang membaca comment itu akan dapat manfaat..insyaAllah..

  15. Salam...
    Nice one~

    Yup matlamat xmenghalalkan cara.
    bertunang juga tak bermaksud apa-apa, melainkan mewarwarkan "aku dah chop dia".
    Juga tidak menghalalkan yang haram.

    Ada juga satu hadith :

    “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

    Sekadar memberi komen. =)
    Peace!

  16. khai says:

    bagi aku,couple tu xharam lau kite betul2 nakkan dia sebagai bakal isteri kita satu hari nanti..ingatlah,cinta tu suci..fitrah insani..jangan kerana nila setitik rosak susu sebelengga..jangan kerana sesetgh couple diluar sana yang duduk mengagungkan erti cinta dengan berdua2 an,bercium pipi tnga,istilah couple itu sendiri dikatakan haram..ingat,tiada ayat al-quran yang menerangkan couple itu haram secara jelas yang ada hanyalah jangan menghampiri zina..zina hati: bila kita mengingati seseorang menyebabkan kita lupa allah dan ibadat kita kepadanya kurang..zina mata: apabila kita melihat aurat pasangan..ada couple yang berlandaskan jalanNYA dan ingat bercouplelah kerana mahukan dia isteri kita dan kerana ALLAH SWT..hanya ALLAH yang mengetahui segala2 nya..AMIN