Anda waras Jika:
Anda hanya menonton TV1,TV2,TV3 dan membaca surat khabar Berita harian sahaja kemudian anda memangkah untuk BN
Anda masih lagi waras Jika:
Anda hanya menonton malaysianews, malaysiakini di utube dan membaca sinar harian, suara keadilan dan harakah sahaja kemudian anda memangkah untuk Pakatan Rakyat
Anda ternyata bijak dan reformis jika:
Anda menonton TV1,TV2,TV3 di kaca televisyen serta anda menonton juga malaysianews, malaysiakini di utube kemudian membaca pula surat khabar Berita harian, sinar harian, suara keadilan dan harakah kemudian anda memilih untuk memangkah sama ada BN atau pun Pakatan Rakyat
tapi ternyata kurang waras jikalau:
Anda hanya menonton TV1,TV2,TV3 dan hanya membaca surat khabar Berita harian sahaja kemudian anda memangkah untuk Pakatan Rakyat.
lebih kronik ketidak warasan anda jikalau:
Anda hanya menonton malaysianews, malaysiakini di utube dan membaca sinar harian, suara keadilan dan harakah sahaja kemudian anda memangkah untuk BN
walaubagaimanapun ANDA JELAS SEORANG HANTU JIKA:
Anda tidak tahu menahu apa itu BN,apa itu Pakatan Rakyat..anda tidak pandai membaca mana-mana akhbar apatah lagi mengetahui kewujudan U-tube, serta anda tidak tahu apakah itu pilihan raya and even anda tidak pun mempunyai kad pengenalan yang sah..tetapi anda diberi RM500 supaya mengundi untuk salah satu parti di Prk Hulu Selangor...
MALANG SUNGGUH JIKALAU ANDA pula DIJADIKAN SEBAGAI HANTU walaupun:
Anda mempunyai kad pengenalan yang sah, anda layak untuk mengundi, anda sudah membuat keputusan, tetapi bila tiba hari mengundi..anda di sahkan sudah meninggal dunia..atau ada orang lain yang sudah membuang undi untuk anda..
...................
sedikit desas-desus...walaupun hakikatnya,BN memang satu parti yang kuat...tetapi kelihatan kini Pakatan Rakyat pula makin bertakhta di hati rakyat...semua sedia maklum,BN adalah parti gergasi tuk disentuh akan tetapi Calon Pakatan rakyat, Dato' Zaid Ibrahim juga bolehlah didbaratkan gergasi yang cukup besar dan gah sebagai seorang calon...
Hakikatnya kalau nak jatuhkan seorang personality yang strong and clean seperti Zaid Ibrahim,BN sekurang-kurangnya perlu meletakkan seorang yang begitu clean dan strong juga seperti Shafie Afdal, Abdul Ghapur dan yang lain-lain yang sekufu dengan personality Zaid Ibrahim...Kali ini, BN menempuh jalan sukar lagi..
sebab semua rakyat tahu trio Ibrahims(Khalid,Anwar,Zaid) dalam PKR bukan calang-calang pemimpin Rakyat...
p/s- pandangan neutral dari hati seorang rakyat..tidak terikat oleh mana-mana parti..SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT...undilah dengan bijaksana..
Kalau memilih tempat mandi,
Yang Pertama teluk,Yang kedua Pantai,
Kalau memilih pemimpin negeri,
Yang pertama Elok, yang kedua Pandai..
Post a Comment