...Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT  untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat  nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk  mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan  anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut  akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut  diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan...
.........................
Subuh:
 Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu  ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara  pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang  amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun  bersembahyang dua rakaat.
 Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan  malam.
 Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
.......................
Zohor:
 Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.  iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih  anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir  matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
 Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
 Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga  anaknya.
 Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
 Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan  tebusan kibas.
p/s- kalau nak tahu asal-usul  solat asar, maghrib, isyak tunggu post yang seterusnya..

 
 

terima kasih atas perkongsian ini :), abg dapat info ni dari mana? tazkirah ustaz, pembacaan buku atau internet ye?
just asking if u dont mind :)
regards,
khabir
rawang
selangor