kita tahu hidup susah..

:: Siapa kau? mengapa kau ganggu hidup aku?? Siri 2 ::

Posted by A m a l - -


...Sebenarnya sejak dua tiga minggu ni,aku didatangi makhluk lain..dia dah tak tindih dah..tapi dia suka tarik tangan aku..sebenarnya bukan tarik..dia sentap tangan aku sampai aku terjaga...

Mula-mula tu aku ingat kan Ibrahim Khalilullah;  jin pendamping adik aku...tapi bila lepas 2-3 kali dia buat camtu, aku dapat rasakan yang benda ni bukan Ibrahim...cara dia kasar..dan setahu aku, Ibrahim tidak pernah menyentuh aku pun..paling kasar pun dia main sorok-sorok barang-barang aku or campak-campak barang..paling horror pun dia tulis tulisan cina dekat cermin bilik air aku and dia buat muka macam opera cina masa aku tengah solat..tu jer..tapi benda ni lain...aura yang aku rasa pabila dia  berada di sekeliling aku tidak seperti aura si ibrahim...

Bercakap tentang aura..sebenarnya, kita semua mesti tertanya-tanya mengapa kalau kita jumpa makhluk halus jer kita rase bulu roma kita meremang or menegak...sebenarnya itu adalah tindak balas tenaga yang dipunyai oleh Jin or makhluk halus yang berada di sekeliling kita tu...Hal ini kerana, Jin diciptakan oleh Allah daripada Api...:

“Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (QS Al-Hijr 15:27).
...Oleh kerana Api atau haba adalah salah satu bentuk tenaga..jadi apabila dia bertemu dengan manusia yang jelas zatnya dari tanah..kita akan merasa tenaga itu...dan sebab itulah bulu roma kita meremang apabila dikenalpasti adanya makhluk jin di sekitar kita...tapi kita perlu tahu bezakan meremang yang macam mana...bukannya meremang kejap-kejap macam korang rasa sekarang apabila membaca tentang jin ni..tapi meremang yang lama...dan disusuli satu perasaan yang sangat-sangat tak sedap hati...selalunya nafas kita akan menjadi sedikit sesak, macam orang tua-tua kata, rasa macam ketat dada..ha, kalau macam tu, barulah petanda yang jelas bahawa makhluk Jin ni berada sekurang-kurangnya beberapa jengkal jer mengadap korang!!!



Sebelum tu, aku nak cerita sikit tentang Jin yang bernama Ibrahim khalilullah ni...takut korang kata syirik ke ape ker...camni, beberapa tahun lepas..adik aku terkena sihir dan santau orang..so, dia sakit teruk...sampai bertahun-tahun berubat..Allah turunkan bantuan seorang jin islam yang datang tolong mengubat adik aku dengan izin Allah..nama dia Ibrahim Khalilullah...dia ni kelakar, kebudak-budakan, suka makan kfc dan suka menyakat kucing hitam....dia berikan adik aku nampak alam makhluk halus dengan izin Allah katanya, supaya mudah adik aku mengelak santau yang dihantar kepadanya...secara tempiasnya aku terkena juga sikit-sikit ilmu adik...Ibrahim pernah tanya aku, aku nak lihat ke alam jin..aku pernah tanya adik aku best ker dapat tengok benda-benda ni..adik aku cakap kalau aku berani membuka mata dan terjaga dari tidur serta tiba-tiba melihat ada lembaga mata merah atas almari, ada perempuan berambut panjang berwajah lebih hodoh daripada cerita seram di tv bertenggek sisi katil dan ada toyol botak berbadan hijau bertaring tajam semua merenung tepat ke arah kau pada tengah-tengah malam buta tu dengan wajah yang bengis,,ambil ar ilmu tu...so, aku terus ter'gulp' sebentar dan tobat aku cakap aku taknak nampak..cukuplah adik aku sorang..

So, Ibrahim ni dia selalu lah datang tolong adik aku masa kitorang tengah susah lawan santau ni dulu...and macam mana aku berinteraksi dengan ibrahim? aku pun tak tahu macam mana aku nak jelaskan..tapi aku just faham apa yang dia cakap and dia paham apa yang aku cakap..kitorang bersembang dalam hati dalam kepala..orang tak dengar...hanya aku dan ibrahim jer dengar...macam ala-ala telepati ar...cuma aku belum boleh move object dengan mata jer..haha..so camtu ar kitorang berinteraksi...Ibrahim ni kelibat dia tinggi...kalau dia berdiri di rumah aku, dia kena tunduk even kepala dia dah cecah syiling pun...dia berbangsa cina dari Guangzhou...bermuka berseri bercahaya berkat amalan dia..berjanggut putih lebat dan berjubah putih..muka dia macam manusia tapi agak lonjong sedikit dagu dia macam ala-ala muka hantu scary movie 1...tapi takde la sebijik camtu..sebab dia jin islam..muka dia bersih dan agak hensem juga seperti pelakon hong kong..cuma muka dia putih pucat macam pelakon opera...lebih kurang macam inilah..tapi tinggi lagi..


...Tapi sekarang, bila adik aku dah nak makin sembuh...Ibrahim dah tak datang menjenguk sangat dah..bila ditanya mengapa..dia menjawab ringkas,tugas dia sudah selesai dan Allah tak izin kita bersama(boleh rujuk surah jin kenapa)...dia kata lagi,manusia itu diutuskan sebagai khalifah dan tugasnya besar...manusia tidak boleh minta bantuan pada Jin tanpa izin Allah,takut mendatangkan SYILIK (syirik sebenarnya,tapi sebab dia bangsa cina dia sebut syilik).....bila ditanya Ibrahim, apa yang dia nak buat selepas ni..Ibrahim kata, dia nak merantau ke seluruh dunia dan hendak menjadi seorang pendakwah tuk menyebarkan agama Allah..and kalau kitorang nak panggil ibrahim tuk tanya something tentang benda-benda ghaib ni, kitorang akan baca surah waqiah dan niatkan tuk sampai di telinga ibrahim...nescaya dengan Izin Allah, dekat mana pun kita berada atas dunia ni, dia boleh sampai dekat kitorang..kerna Jin boleh bergerak selaju bunyi...dia bergerak tersangat pantas...tapi tak boleh kalah pergerakan malaikat..malaikat boleh bergerak selaju cahaya..lagi laju...pasal surah waqiah tu, itulah surah yang mula-mula menggetarkan hati Ibrahim tuk peluk islam...just tuk makluman, Ibrahim peluk islam melalui keluarga aku dalam badan adik aku to be specific..masa mula-mula dia datang dekat kitorang dia belum islam lagi...dia kata dia 'free thinker'..korang nak percaya ke tidak lantak ar...tapi lama-lama, dia terbuka tuk peluk islam setelah abang aku selesai membacakan surah waqiah padanya...pada waktu tu dia menangis dengan begitu kuat seperti tangisan seorang bayi..dan bergegar rumah aku dengan suara tangisan dia..dan pada itu rahmat Allah sampai padanya dan dengan lafaz bismilah dia mengucapkan Pengakuan saksi dua kalimah syahadah di hadapan kami...to be continued..aku ade kerja sket..esok-esok la aku update lagi...


11 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    pergh.. bro,. cmne adik ko blh handle tgk bende2 tuh,.. fuhh,..

  2. akhi....gle horror kot cite ko...tak sabar nak dgr satu lagi

  3. salam akhi....horror kot cite ko...anyway, nice one, tak sabar nak baca sambungan...

  4. amal says:

    salam semua...

    nanti akan ada sambungan part last..aku malas type semalam sebab aku ade tetamu..yang bernama amin safwan dari belfast..dia bace blog aku sampai pucat2..so, aku malas nak sambung da...takut nanti dia tak bleyh tido pula..haha, sorry min..aku terpaksa cakap ikhlas..haha..

  5. reality ker fantsi nie?? susah nak caya.. betol3 ka??

  6. Anonymous says:

    yelah2 tp ak saje je bg mood seram sket mlm tu.. he2 ak pun tak sabar menunngu smbungannya (walaupun dah leh agak dah) he2

  7. warga Dublin nak blaja bahasa Cina says:

    suruh la Ibrahim tu ajr bahasa cina kat dak2 ucd yg ambik bhse cina....sng ckit....klu x phm je tnye die....suruh die tulis kat cermin toilet ke....huhu.....satu lagi klu dah jin boleh bergerak selaju bunyi, x kan la (bak kte ko tuk post sebelum ni) dia boleh sesat??? ye tak???

    Ko ke aja Ibrahim cakap bahasa melayu since die kan dtg dr China??? so maybe ko boleh speaking English dgn jin yg tindih ko tu......logik je...

  8. amal says:

    1. nak suruh dia ajar bahasa cina dekat budak UCD?? bukan semua orang boleh nampak dan kenal dia..kalau orang nampak dia maybe boleh takut sampai taknak keluar rumah(aku quote adik aku ni)..and bahasa cina dia bukan bahasa cina biase..dia cakap bahasa kantonis kuno..bukan mandarin sperti yg kita belajar dkat UCD..aku speaking chinese dengan dia pun, kadang2 dia tak paham..

    2. jin memang boleh bergerak selaju bunyi, tapi mesti boleh sesat..sebab, selaju bunyi tu kelajuan dia..bukan accuracy hala tuju dia..sebab tu orang,kalau guna sihir atau santau akan ambil rambut,baju or apa2 benda yg berkitan dgan mangsa tuk pastikan jin tu pergi ke tempat yg betul..wallhualam..sihir itu adalah syirik..

    3. aku tak ajar ibrahim cakap melayu..dia pandai cakap melayu sebab adik punya ilmu..so in return,adik aku pandai cakap cina and bahasa general jin..so much to tell la kat sini..tak bleyh beritahu semua..harap maklum..pasal jin yang ganggu aku tu, nanti kalau aku dah bleyh speaking dgan dia, nanti aku suruh dia tindih kau pulak ye?? aku suruh ibrahin trace kau ni siapa..haha..main2 jer..even benda tu boleh berlaku, tapi ianya syirik...apabila kita boleh berinteraksi dengan jin ni mesti kena ingat jgna mintak benda pelik2,kerna ianya boleh mendatangkan kerosakan aqidah..sila rujuk surah jin...harap maklum semua..

  9. afif says:

    btull kata amal tu...kita x boleh berkawan rapat @ selalu minta pertolongan dgn jin.....bhya...takut lari akidah kita.....ak pun ader saka yg menganggu ak dah lama dah....cuma selama nih ak x tau yg dia memgganggu ak...tp lebih kurang 2 tahun lepas, gangguan makin kuat, ak menjadi letih, xder fokus (<15 min), pelupa, mimpi jatuh, hantu, kena tindih, cekik dan mcm2x lg....tp ak ingat gejala tuh normal, ak anggap mimpi mainan tidur, tindih pulak gejala sleep paralysis

  10. afif says:

    samb..

    ak anggap semua tuh perkara biasa sampai la ak gagal peperiksaan final perubatan(prof III xam), ak gagal lagi sewaktu mengulang 6 months..kemudian peluang terakhir ak mengulang(next 6 months) ak x duduk xam...

    masatu ak x tau apa yg berlaku kat ak...setiap kali ak nk duduk xam esoknya, malam tu ak jadik pelupa habis... x ingat lgsg apa yg ak prnh baca dlu...dah la ak jadik pelupa+susah giler nak fokus semenjak ak di tahun 5(fresh final year)...ak ssh nak faham, ssh nak ingat...pastu banyak perkara malang berlaku bertimpa2x kat diri ak..mcm x logik...sengsara betul hidup ak...sampai ak dah rasa nak gila+confused(x sedar apa yg berlaku kat sekeliling ak)
    tp kini ak bersyukur, dgn rahmat Allah lah, ak bnyk pulih...kesemua 5 ekor jin yg menumpang badan ak.

    Alhamdulillah telah dikeluarkan dan dibuang...cuma ak rasa ader seekor(jin saka) yg still berdamping ngan ak...tunggu masa sesuai nk masuk semula badan ak..kalau ak tidor, suka peluk atau tindih ak....

    tp selagi dia x masuk dlm badan ak, otak ak boleh well functioning...doakan ak berjaya dalam xam yg lg 2 bulan bakal ak duduki...apa2x pun, bg mereka yg x prnh alami, mmg sukar nk percaya cerita saudara amal mahupun cerita ak ni....

    p/s : salam perkenalan saudara Amal :D

  11. amal says:

    To afif:

    MasyaAllah syeikh..berat sungguh ujian yang menimpa saudara...tapi aku rasa perkara yang berlaku kat saudara tidak kurang beratnya seperti perkara yang berlaku kepada aku dan keluarga...semoga Allah membalas segalanya...amin2..semoga terus tabah..