masih segar di ingatan akan lawak bersahajamu dalam rancangan Ah-Ha, Spontan, Mandi, dan Wuhai beramboi..
tidak kurang juga filem-filem arahan Afdlin yang kau libatkan diri..ternyata nilai tambah lakonanmu terhadap filem itu sendiri memang tidak dapat dinafi..
Din Beramboi..dari kecil ku simpan hasrat tuk bersua denganmu dan dari dulu lagi aku ingin masuk PROGRAM DRAMA SEBABAK di radio era bersamamu..tapi apakan daya Din, Allah lebih menyayangimu..
...............................
Allah mampu menarik nyawa sesiapa sahaja tanpa memberikan sebarang tanda..
Oleh itu selalulah mengingati mati, agar kita lebih bersedia tuk bertemu dengan Ilahi..
p/s- sedih tak dapat ke Spring Camp..
Post a Comment