kita tahu hidup susah..

:: Siapa kau? mengapa kau ganggu hidup aku?? ::

Posted by A m a l - -


..Dan Selepas lampu bilik ditutupkan,aku bingkas merangkak masuk ke dalam duvet tuk tidur..aku dapat menangkap satu perasaan lain macam malam ni..tiba-tiba hati rasa tak sedap...aku rasa macam serba tak kena...

Aku guling-guling kiri dan kanan..mencari posisi yang selesa tuk tidur...aku cuba lelapkan mata...sekali-sekala buat-buat paksa pejam mata..tuk tidur tapi susah benar nak lelap...

Aku pandang ke tingkap atas bilik aku...sesekala limpahan suram-suram pantulan lilin sang rembulan masuk ke dalam bilik aku menerangi satu pertiga bilik...sedang-sedang aku mengelamun kesorangan,aku rasa satu perasaan mengantuk yang amat sangat menangkap terus kelopak mataku...hati mula rasa tak sedap balik..tapi aku biarkan sahaja mainan perasaanku berlalu dan mengikut belaian mata yang kian berat dan akhirnya terlelap...

selang beberapa minit, selepas terlelap..tiba-tiba badanku terasa seram sejuk...dan diikuti dengan satu macam hembusan haba yang naik dari kaki ke kepala dan turun naik semula berulang-ulang...nafasku tersekat-sekat dan tubuhku kaku seperti mayat...tatkala itu mindaku bingkas memberitahuku bahwa 'DIA dah DATANG'...

mulutku terkumat-kamit membaca hafalan ayat kursiy dan satu potongan ayat penghalau jin...kerna sudah bertahun menghadapi kejadian ini...pembacaanku ketika ditindih memang berlaku secara spontan dan fasih...selepas habis dibaca kesemuanya,aku kumpulkan tenaga menghembus ke hadapan mukaku..kerna kebiasaannya menurut kata arwah atukku, jin yang menindih kita memang mukanya betul-betul menghadap si mangsa tindih..sebaik sahaja,aku hembus dengan saki baki tenaga yang tinggal...tatkala itu juga aku 'dilepaskan' dari beban tindihan...
 
Aku terus membuka mata,, dan melompat bangkit dari tempat tidurku...sambil tangan meraba-raba mencapai suis utama bilikku di Rumah 17-6-1 Belgrove...sejurus selepas lampu neon yang tergantung di tengah bilik menerangi kegelapan malam di bilikku..aku nampak sisa-sisa kepulan-kepulan asap betul-betul atas penjuru kepala katilku...Buluku meremang-seremang remangnya sambil aku terjelepuk duduk dan mengucap panjang....Lailahailallah,Muhammadarrasulullah..

Malam itu aku takut nak tidur semula...aku ambil air sembahyang dan solat sunat 2 rakaat...ayat-ayat hafalan pendinding diri amalan nabi dan surah-surah pembakar jin pemberian Ibrahim Khalilullah aku baca ulang-ulang sampai aku mengantuk sendiri dan tertidur di tikar sejadah sampai pagi keesokan harinya...

.............................

Pagi tu aku mengntuk gila ke kelas..aku bank holiday kan jer hari tu sebab aku memang benar-benar mengantuk...tambah pula sakit-sakit badan sebab tidur dekat lantai semalam...

"Amal, kalau amal tidur malam jangan tutup lampu,,benda tu suka datang kat amal dalam gelap"..terngiang-ngiang amanat arwah atukku 10 tahun dulu ketika aku mula-mula berubat di kampung atas sebab ditindih ni...tahun demi tahun...ke mana sahaja aku pergi, akan ada satu dua kali kejadian ini berlaku dekat diriku...paling kerap sekali ianya berlaku di rumah aku sendiri ketika aku tidur sendirian...sampai kadang-kadang tu, benda ni dah menjadi kebiasaan dalam hidup aku...perasaan takut setiap kali ditindih mestilah ada...tapi semakin lama ianya semakin berkurangan...dan akhirnya aku dah mula menerima kehadiran benda tu dalam episod kehidupan seharian aku...

Tapi, yang aku tak puas hati benda ni datang jugak ke ireland..jauh kot...kalau setakat kat malaysia, aku admit lah cam dekat jer...kalau naik bas transnasional pun sampai juge...tapi ni,Dublin Ireland..jauh giler...17jam naik flight...tak ker tersesat kat india ker german ker masa on the way nak sampai Dublin ni...tapi aku rasa agak logik juga dia sesat..sebab first sekali aku ditindih di Dublin ni,adalah selepas 3 bulan aku sampai ke sini...lame jugak benda ni sesat,bisik hati aku..haha..

Well, bercerita sikit tentang benda ni...aku tak tahu sangat...benda ni apa..tapi sebagai muslim, aku percaya dia adalah dari bangsa jin...nak kata dia baik ke jahat wallahualam...tapi menurut pembacaan aku jin islam tak tindih orang..so, aku rasa dia jin kafir....kenapa dia suka tindih aku..ha, tu yang aku tak tahu...aku bukannya sedap sangat tuk ditindih..kadang-kadang tu masa zaman-zaman sekolah dulu, aku suka juga bergiat aktif dalam sukan tindih menindih kat asrama dulu...iaitu di mana akan ada sorang mangsa yang akan dipilih secara random selection tuk ditindih atau di-burgerkan secara berjemaah oleh ahli-ahli dorm yang lain......jadi, berbalik kepada isu best sangat ker tindih-menindih ni..aku dapat rumuskan ianya adalah satu perkara yang tak best...lebih memburukkan lagi apabila menyedari hakikat berdasarkan ilmu medic aku bahawasanya aktiviti yang tidak sihat sebegini mampu merosakkan buah pinggang jika dilakukan tanpa kawalan pihak berkuasa tempatan...

Jadi kenapa benda tu selalu sangat tindih aku pun aku tak tahu...aku tak pernah berpeluang berjumpa dengannya untuk meng-interview makhluk tu secara berdepan bagi bertanyakan asbab yang jelas dia menindih aku bertahun-tahun...Apa yang aku tahu tentang benda ni..dia tak boleh berdiri tegak...dia selalu merangkak dan dia mempunyai tapak kaki dan tangan yang mempunyai tiga jari...sebab tu aku selalu menyakat adik aku dengan perkataan 3 jari..sebab dia pun kadang-kadang kena tindih juga...macam mana aku tahu... 

sebab ada satu masa tu, masa aku kecik-kecik...aku nampak ada kelibat orang merangkak laju masuk ke dalam bilik aku...aku ingat abang aku, so aku slumber berger nya pun pergi kejarlah...tapi bila sampai masuk bilik aku..aku baru perasan takde seorang manusia yang bernama abang pun dekat dalam bilik tu..barulah aku tahu benda yang aku kejar tadi bukanlah abang aku...and berbalik dengan cerita tiga jari ni..aku tahu dia ada 3 jari sebab dia akan tinggalkan tanda bekas tapak kaki dan tangan dia di dinding dan tingkap bilik aku..so, setelah di amati dia memang ade 3 jari jer so aku merumuskan tuk memanggil dia " Si 3 Jari"...

kalau korang rasa cerita aku ni menipu..lantak korang lah..aku bukan tulis tuk buatkan korang percaya...sebab takde gunenya aku menipu di blog dan diari peribadi aku sendiri..sebenarnya ada satu lagi cerita seram berkenaan 3 jari ni..tapi aku tak sempat nak cerita sekarang..kalau korang nak tahu boleh request kat comment...kalau takde request aku malas nak cerita...benda ni aku alami semalam..and aku ade bukti yang aku tangkap semalam pasal kewujudan entiti yang bernama 3 jari ni..ok lah to be continued...


ni sekadar gambar hiasan..tapi asap tu memang macam ni lah lebih kurang...

“Untuk Kami beri cubaan kepada mereka padanya. Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, niscaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.”

Al jin-Ayat 17 

5 Responses so far.

  1. Aku request Amal nak tau!

  2. A m a l says:

    weyh lajuu benar curiosity...malam nilah aku update..aku tengah trauma lagi pasal semalam..haha...tapi yang penting aku ade gambar bekas tapak tangan dia..dekat tingkap aku..

  3. Anonymous says:

    sheikh amal...aku pun nk tau [-____-]
    cepat sket update-horror giler
    -mooyeeh-

  4. amal, nak tau! =)

    "horror giler weyh!!"

  5. Anonymous says:

    saya pon nak tau....(org luar)