kita tahu hidup susah..

Archive for September 2009

Yes, it's  you..

I use to make one entry for anyone who followed my blog..

It's just like a tradition that i think any followers of mine, deserves it...

and this entry is for you..

........

You don't know who i am...

and i also didn't know u for sure...

I'm in Dublin...and u in Shah Alam..

separated by giant seas..

but, we're connected in this blogosphere with our words and thoughts...

joy and tears that we shared....
........

and thank you...for the willingness to follow this blog...

I'm not in the mood of writting anything...so, I just try to make it as simple and sweet as possible...

enjoy your reading....

salam...

...................

Apa itu babi?




babi ialah sejenis binatang berkaki empat yang telah disyariatkan haram kepada umat islam..

Kerna babi itu haram, sesetengah orang di Malaysia terutamanya Guru Bahasa Melayu telah menukar namanya menjadi khinzir, bagi mengurangkan sifat ke'babi'an binatang ini..

tapi bagi saya..memanggil babi sebagai khinzir sama sekali tidak mengurangkan tahap dan sifat kebabian binatang ini..

........................

Hal ini kerana, kita masih lagi tidak boleh memakan binatang ini walaupun setelah namanya ditukar kepada khinzir dan kita masih lagi perlu menyamak atau menyertu diri dengan air tanah sekiranya kita tersentuh binatang ini..

.................................

Jadi khinzir bukanlah nama yang tepat bagi babi...biarlah babi dikenali sebagai babi sahaja kerna ianya memang babi dalam apa jua rekabentuk sekalipun..

....................

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa babi itu haram dimakan kan?

selain cara pemakanan dan cara hidup babi ini yang memang kotor, babi juga adalah host kepada seribu satu macam microb...

kepada sesiapa yang telah khatam matapelajaran medical microbiology tentu anda semua tidak boleh melupakan perkataan 'taenia solium' kan?

taenia solium merupakan pork tapeworm, atau pun cacing pita babi yang selalunya terdapat dalam najis babi...

.........................

Jadi, kalau dijumpai dalam najis babi..maka tidak berbahayalah kepada kita kan?
sebab kita bukan hendak makan najis babi, kita nak makan daging babi..

ha, jawapannya terletak kepada cara pemakanan babi itu sendiri...

babi merupakan haiwan rhodensia di mana ia memakan kembali najis nya yang pertama kali diberaki untuk menyerap saki baki nutrient yang ada pada najis tersebut...

dan secara tak langsung, babi juga telah memakan taenia solium yang berada pada najisnya..

dan jika manusia memakan babi..taenia solium ini akan  menembusi saluran usus dan bergerak ke striated muscle di mana ianya akan tinggal di situ...

jika tidak dirawat ianya boleh menyebabkan maut kerana taenia solium ini berupaya memasuki nervous system manusia dan menggangu sistem saraf tunjang dan seterusnya membunuh host nya iaitu manusia..

selain itu, babi juga merupakan host kepada cacing ascaris yang tinggal di usus babi serta seribu satu macam lagi jenis microb yang berupaya membunuh manusia..

dan sebab itulah babi itu haram dimakan...

kerna ianya membawa banyak mudarat kepada manusia..

..........................

memang tidak dinafikan, bahawa parasit ini boleh dibunuh dengan memasak babi pada jangkamasa yang lama pada suhu yang tinggi, tetapi selama mana babi mahu dimasak dan setinggi mana pula suhu yang sesuai untuk membunuh parasit ini tidak diketahui kerana sesetengah cacing yang dewasa berupaya menahan suhu yang ekstrim...

jadi, konklusinya babi itu haram dimakanlah...

....................

tetapi di sini, sebenarnya saya cuba tekankan bahwa babi juga berupaya berubah bentuk dan sukar dicam oleh manusia melainkan kita telah mempunyai pengalaman dengannya...

Seperti contohnya Mesin Dryer di Belgrove, UCD ni...

ia juga merupakan sejenis BABI..

hal ini kerana, sifat-sifat kebabiannya telah teserlah semenjak dari kecik lagi sampailah sekarang masih lagi berperangai seperti babi yang tidak berubah-rubah..

di antara sifat-sifat babi yang dapat dikenalpasti berada dalam diri Mesin Dryer di Belgrove ini ialah:

1. tidak menerima coin 10sen..
walaupun harganya adalah sebanyak 1.50euro..tetapi jika anda tidak mempunyai duit 50sen ngam-ngam anda mungkin terpaksa membayar sebanyak 1.60 euro, kerana mesin ini tidak menerima duit 10sen...Walau dengan apa cara sekalipun anda cuba memaksa mesin dryer ini menerima duit 10sen anda, sebanyak itu jugalah mesin ini berusaha memuntahkan kembali duit 10sen anda...(diharap anda tidak mencuba sebanyak 20kali seperti saya..tolonglah..)

2. Sentiasa rosak...
Kerana mesin ini mempunyai perkaitan yang jelas dengan makhluk bernama babi..jadi tak hairanlah jika perangainya juga seperti babi..contohnya, sentiasa merosakkan diri...jadi, bagi anda yang dah biasa terkena dengan dryer yang rosak...anda akan dapat mengelakkan daripada dosa mencarut pada mesin dryer secara free2...

3. tidak pernah kering dengan betul-betul kering...
hal ini ternyata jelas lagi bersuluh...walaupun telah diprogramkan untuk mengeringkan pakaian manusia, mesin dryer yang berperangai babi ini tetap jua berdegil tidak mahu mengeringkan pakaian umat manusia...mesin ini lebih suka menyeksa manusia dengan memaksa manusia menunggu lama untuk mendapatkan pakaian yang kering tetapi akhirnya setelah habis mesin ini berpusing...pakaian anda tidak pernah-pernah kering secara total..

4. Selalu disumpah dan disifatkan HARAM oleh manusia berbangsa malaysia di serata ireland...
hal ini telah cuba dibawa beberapa kali kepada majlis fatwa ireland, tetapi ditolak secara mentah-mentah...Hal ini kerana secara puratanya, mesin dryer di Belgrove telah menerima sumpahan yang berbunyi seperti "Menatang haram betul la kau ni dryer" atau " Natemu Dryer" dalam bahasa ibunda kelantan, sebanyak sekurang-kurangnya 65 kali saban hari...Jadi saban hari kita lihat sifat keharaman dan kebabian mesin dryer ini makin teserlah dari masa ke semasa...

Sekian...

Say no to babi in this form..




P/s-Aku demam panas...tolong jangan bikin aku lebih PANAS ya, wahai Cik Dryer..aku sembelih kau jap lagi...




kehadapan blog aku yang tercinta lagi dikasihi..

aku rasa aku tak pernah cerita pada kamu tentang adik aku kan??

so, aku nak story telling la sikit2..

ini adik aku..



nama dia sama cam nama aku cuma diubah perkataan Amal jadi Azim..

nama penuh dia Muhammad Azimuddin bin Razali..

dia bercita-cita mahu menjadi pilot..and aku yakin dia dapat jadi pilot melihatkan kesungguhannya...

dan dia baru masuk 15 tahun satu hari..

maknanya besday dia semalam la kan..

iaitu 23 September 2009..

dia lahir tahun 1994, kalau tak silap..

masa tu aku darjah satu..

.....................


sebelum adik aku lahir..aku selalu minta ngan mak bahawa aku nak sorang adik..

aku selalu janji ngan mak..kalau aku dapat adik..aku nak jaga dia baik2..

aku nak sayang dia baik2..

aku nak didik dia sampai aku mati...

bayangkan waktu umor aku 7 tahun, aku dah janji ngan mak aku benda2 yang serius macam ni..

so, mak ngan abah pun 'berilah' aku adik seawal usia aku 7 tahun a.k.a darjah satu..

..................

masa tu aku macam happy giler-giler rasa cam nak melompat...

masa adik aku baru lahir and mak aku nak bawa adik aku masuk rumah..

aku tutup muka dia dengan kedua tapak tangan aku, supaya cahaya matahari tak merosakkan kulit and mata dia..

masa, dia kecik2..aku yang buatkan nestum dia before pergi sekolah agama..

and masa dia masuk tadika, aku yang hantar dia pergi tadika even dia selalu jer nanges2 and membuatkan aku terpaksa hantar dia balik rumah semula sampaikan aku selalu kena marah ngan ustazah sebab datang sekolah lambat..

tapi aku tak kisah cos aku sayang adik aku...

aku bersumpah di atas nyawa aku yang aku akan lindung dan jaga dia sebaik mungkin..

kalau ader sesiapa berani 'sentuh' adik aku..aku akan patahkan tangan dia..

kalau ader sesiapa yang berani kacau or buli adik aku..aku akan pastikan aku akan belasah dia sampai lumat..

lantaklah kau senior ker, cikgu ker, anak datuk ker, anak polis ker...aku tak takut...

tuk pertahankan adik aku, aku sanggup taruhkan nyawa dan diri aku...

kalau ader kereta nak langgar dia pun, aku sanggup biarkan diri aku dilanggar dahulu...

............................

masa dia kecik2 aku selalu nyanyikan dia lagu2 pengakap tuk buaikan dia sampai tidur...

aku selalu janji kat dia yang aku akan belikan barang yg dia nak, even aku sendiri terpaksa ikat perut tuk belikan dia barang tu...and aku masih buat lagi benda ni sampai sekarang..

tapi takpelah...aku kan abang dia...

dah tu dia nak minta kat siapa lagi kan..

...............................

masa dia baby..

aku bersumpah dengan sebenar-benar sumpah..bahawa adik aku lah baby yang paling comel sekali kat dunia ni waktu tu....

tak percaya??

ni gambar2 dia yang aku masih simpan lagi dalam hanset aku sampai sekarang...





nilah gambar2 azim..

waktu ni, dia pertama kali belajar berjalan..

semangat dia kuat..

even, banyak kali dia jatuh..

dia still tak pernah give up tuk berusaha lagi sampailah dia penat..

and, aku rasa perangai dia masih lagi camtu kot sampai sekarang..

that's one of the thing that i'm proud of him..

..........................

kadang2 tu, ramai orang tanya aku kenapa aku rapat and sayang giler ngan adik aku..

ader orang cakap.. kalau diorang kat rumah, main sepak2 jer adik2 diorang

....................

jadi tulah bezanya..korang ader 3-4 adiks..aku cuma ader sorang jer adik..

sorang jer adik yang membuatkan aku dipanggil 'abang'...

kalau aku hilang sorang adik ni..

aku kehilangan title 'abang' kat dlam dunia ni..

aku kehilangan insan yang aku jaga dari kecik sampailah umor dia sekarang..

insan yang mengajar aku erti tanggungjawab seawal usiaku 7 tahun sampailah sekarang..

and bertambah pulak..adik aku tengah sakit sekarang..

aku selalu menangis lepas solat minta Allah kurangkan ujian terhadap adik aku..

kadang2 tu sampai aku minta agar aku dapat menanggung sedikit daripada beban dia..

sebab aku dah tak sanggup lagi menderita melihat adik aku tersiksa..

........................

azim...


di sini abg ingin berpesan...


tabahkan hatimu menempuh dugaan..


kuatkan semangatmu merentasi cabaran..


bulatkan tekadmu tuk menggapai impian..


sesungguhnya percayalah..mungkin sekarang kau terseksa menderita dengan cubaan..


tapi percayalah dik...bahawa satu masa nanti kau akan bisa terbang tinggi di awan..


dengan kepuasan melangkaui jangkauan fikiran...

.......................

Jadi dengan bersempena hari Jadi Azim yang ke-15 ni..

abg nak ambil kesempatan masa ni, tuk wish happy birthday kat azim..

dan semoga Allah sentiasa sayang dan selamatkan Azim dari sebarang musibah dan malapetaka...

Amin2..

......................

Allah Selamatkan Azim..

Allah Selamatkan Azim..

Allah Selamatkan Azimuddin Razali..

Allah selamatkan Azim...


gambar azim selepas terjaga dari koma hampir sebulan..


azim ketika aku bawa dia ke bukit bendera penang

Chapter 15: Menghadiri kelas Mixed martial art buat kali pertama..

ceritanya bermula pabila aku datang sedikit lewat daripada waktu yg ditetapkan..

(biasalah..nama pun amal kan?)

aku datang pada pukul 4.15pm (class start at 4.00pm)

sesampainya aku dia Hall C Student Sport Center..

aku dikejutkan dengan aksi2 gay hampir kesemua orang disitu seperti ini...


dan juga sebegini..



......................

serta dengan bau peluh yang agak tengik...

kesemua orang-orang di situ berbadan seperti bagini..


dan aku pula berbadan seperti biasa2 sahaja..tidak gemuk, dan tidak juga kurus..

mula2, aku diperkenalkan oleh seorang trainer yg juga sangat fit tapi agak boroi sedikit..

dia menyuruh seorang senior mengajar aku basic2 nak escape from submission and armbar..

...................


perghhhhhhhh....sikit punya penat..

macam nak putus nafas aku...

dahla senior tu tough giler dari aku...

setelah nak dekat sejam aku berlatih macam nak mati, aku minta diri untuk keluar daripada Hall C untuk beli air...

sesampainya kat vendor machine baru aku sedar yg aku tak bawa coins..

jadi aku pun minum air paip je dekat tepi toilet..

(peringatan: air paip di dublin adalah sangat bersih serta selamat diminum serta rasanya lebih sedap daripada air mineral water lembah klang..)

Chapter 16: Escape Training Mixed martial Art..

..selepas itu aku tidak masuk2 langsung ke Hall C..

aku pergi nyorok kat tempat budak archery..

aku nampak pali pakai baju pmc and tengah tunggu turn nak memanah..

Chapter 17: Berjumpa sorang Mamat UK yang bernama 'jostwacthwachxk"

sedang aku lepak kat archery..

aku ternampak satu advert yang mengatakan ninjutsu class tuesday pukul 6-8 pm..

aku pun apa lagi..terus angkat barang tuk pergi kat ninjutsu class..

cos waktu tu dah nak dekat pukul 6.00 pm

..then aku, terjumpa ngan sorang mamat uk ni yg bernama ntah, aku susah nak sebut..

and, aku malas nak tanya dia 3 kali...

dia kuat giler bersembang cam nak mati...

daripada cerita dia masuk taekwondo, akido, karate do sampailah cerita dia kena buli ngan budak2 main bola and cerita dia jatuh beskal sebab mabuk malam kelmarin..

aku asyik gelak jer cerita dia and aku reply skit2 bila perlu...

dia cakap macam haram jugak la laju dia..

tapi ntah lama2 macam aku dapat follow pace kata2 dia..

and lama2 kitorang macam jadi kawan baik pula..

aku cakap, aku datang dari Malaysia..

dia cakap dia nak datang Malaysia cos dia pernah belajar bahasa cina kat shanghai tahun lepas and dia rasa nak pergi thailand tahun ni cos nak langgan pelacur asia..

aku pun...angguk2, geleng2 sahaja kata2 dia..

...

Chapter 17: Belajar basic Ninjutsu..

Mula2 masuk class tu, semuanya macam fresh lagi..ader la beberapa orang senior yang pakai baju ninjutsu and aku rasa diorang dah boleh terbang..

sebab diorang masuk gelaggang ninjutsu tu dengan melompat jer dari atas..

sumpah aku cakap...inilah kali pertama aku becakap benar dalam blog..

aku pun macam .."walaweiiiiiiiiiiii..phewitt...are these guys really flying???"

ternganga and kagum sikit cam nak mati..

ninjutsu ni best...

sebab masuk2 jer kitorang dah diajar untuk berlawan...

tak macam martial art lain...

ader buah la, bunga la, tumbuk angin la, sepak layang la..

macam bodoh jer..

satu lagi aku kagum akan ninjutsu ni ialah dia mengajar teknik2 serangan yang pantas dan deadly...

memang benarlah mengikut history ninjutsu ni, sebenarnya martial art ni telah diasaskan oleh sekumpulan doktor2 di jepun untuk melawan pihak atasan yang zalim...

this is because, most of the technique ninjutsu ni, semuannya berkaitan dengan mencengkam tulang, mematahkan tulang, menyerang nerve dan juga menyerang tempat yang paling sakit pada anggota badan...

dalam masa 2 jam sahaja, aku telah belajar lebih kurang 5 teknik yang begitu berkesan, pantas dan berbahaya...

so, aku telah membuat keputusan untuk join ninjutsu untuk tahun ini..

satu lagi yang best tentang ninjutsu ni is uniform ninjutsu adalah seakan2 dan semirip-mirip pakaian silat aku...

tak percaya, cuba tengok baju2 ni..

ninjutsu

ni silat..

hampir2 sama kan?

..............

Chapter 18: Menyertai Ninjutsu beerti aku akan rugi sebanyak 20 euro..

aku dah bayar fees tuk mixed martial art sebanyak 10 euro..yang mana aku tak akan pergi dah..

dan juga aku dikehendaki bayar fees tuk ninjutsu sebanyak 10 euro lagi..

jadi secara totalnya aku akan rugi sebanyak 20 euro..

mula2 tu aku pikir memang lah rugi..

tapi bila aku pikir kan dalam2, yang sebenarnya ninjutsu ini punyai banyak kelebihan yang akan aku gunakan dalam life nanti, aku rasa..takpelah kot..

maybe bagi sesetengah orang better masuk club2 lain seperti archery dan sebagainya..

tapi bayangkan, kalau lah nanti bila2 masa nanti, kau berada dalam situasi di mana kau kena pertahankan diri kau and orang2 yang kau sayang..

sempat ke kau nak ambik anak panah, and panah orang tu??

tak sempat kan..??

so, aku pikir better aku belajar martial art ni..

sekurang-kurangnya aku boleh gunakannya bila perlu nanti...

so, sekarang ni aku dah tahu silat..

and aku dah belajar sikit mixed martial art...

and aku akan belajar ninjutsu dengan lebih banyak lagi..

and aku akan juga berhasrat tuk masuk class akidoo or kick boxing..

so, lepas ni mungkin orang akan pikir 2 kali before dia decide nak hayun penumbuk kat aku..

sekian...

p/s- siapa ader plaster dan minyak panas?? aku sedang menderita sakit di ankle, bengkak di peha..sakit di pinggul serta luka di siku...semuanya adalah gara-gara mixed martial art dan ninjutsu..





Ini bukanlah baju pinjam, mahupun baju yang dibeli..

tapi, ini adalah baju yang aku dapat masa main bola tuk House 23 Merville petang tadi..

fisrt match menang..3-2..

second match menang 5-0..

tapi sebenarnya boleh score lebih lagi..

maybe takde stamina kot..

dahle lawan ngan irish plak tu..

nasib baik, team diorang ader ramai girls..tu yang bleh menang tu..

but then, team diorang ader 2 orang players gaelic..giler hebat..

main laju nak mati..

but, after all maybe today is our day..

alhamdulillah..menang...

esok ader mixed martial art training plak..

tak sabar rasanya nak berm-mix martial art ni..

nantikan pengalaman hari esok pula k?

salam..



Hari ni hari raya kan??

tapi mana lemang?

mana ketupat?

mana kuah kacang?

mana lotong?

mana mak?

mana abah?

mana wani?

mana azim?

mana ibrahim?

mana cerita raya?

mana salam lebaran?

mana semua tu??

mana?? mana?? mana??

...........................


semua takde...hilang...takde di hadapan mata..

yang ader di sini adelah masjid clonskeagh..

dublin mosque....

malaysian hall...

kawan-kawan...

senior-senior...

pegawai mara..

pegawai jpa...

attache student..

dan bilik yang bersepah...

..............................

malam ni sejuk..macam biasalah dublin kan..

tapi sejuk malam ni, macam lain macam jer sejuknya...

sejuk yang lebih sejuk...

gelap yang lebih gelap...

dan deruan angin yang lebih lembut, sayu, sepi...

ibarat mengetahui rintihan hati ini yang ingin mencari sinar lebaran di hari suci...

...............................

mana semua orang??

mana orang2 yang ku sayang??

mana?? mana?? mana??

....................................

sedih rasa hati...aku berjaga sampai pukul 2.00 pagi ni semata-mata mahu online dengan keluarga and wani..

tapi maybe kali ni aku tidak berkesempatan kot, tuk online dengan mereka..

nak call international pun, aku dah takde credit...

sedih...sedihh...

.........................

teringat raya tahun lepas...pada waktu2 begini aku berada di hospital menemani azim yang patah kaki..

masa tu azim masih sakit teruk lagi...

aku tertidur di surau hospital...tak jauh dari katil azim...

sedih...sedih...

azim, abang sentiasa doakan agar kau cepat sembuh dik...

.......................

pada hari daya yang mulia ni, amal nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...

atas segala salah dan silap amal selama ni...

harap2 mak dan abah maafkan...

...................

kepada azim, di hari raya ni..

abang nak minta maaf juga atas segala kekasaran mahupun teguran yang selama ni, sekiranya ada yang mengguris hati kecil azim..

dan begitu juga dengan ibrahim...

....................

kepada wani si cumils...

di hari raya ni, abang nak sangat jumpa awak..

nak tengok awak pakai baju raya yang sama colour ngan abang...

nak tengok kereta Getz baru awak...

nak pergi beraya dengan awak...

tahun ni abang pakai baju raya color purple yang awak gosokkan hari tu..

tadi masa abg gosok baju tu, tengok kesan2 awak gosok baju tu..rasa sayu jer hati ni..

rasa nak jer suruh awak gosokkan lagi...

hihi...

............................

takpelah kan, maybe semuanya tak dapat nak online ngan aku pada pagi raya ni..

takpelah...harap2 semuanya ceria di hari raya ni...

salam...

kepada semua pembaca...

"Selamat hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin"


salam perantauan dari saya,
Dr Mohd Amaluddin Razali



Garda mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka Dublin helaian ke enam belas, merupakan sebuah Unit beruniform yang berperanan sebagai Polis, Jaga(security guard), Imigresen, Kastam dan juga sebagai Kad Pengenalan..

iya, Garda juga ialah Kad Pengenalan ataupun bahasa mudahnya ialah I.C..

................

Kepada sesiapa yang bukan EU citizen (european union citizen) dan mahu masuk ke ireland dalam satu jangka masa yang lama, anda dikehendaki melalui satu proses penyeksaan minda dan fizikal yang dinamakan Proses membuat Kad Garda...

...............

Secara ringkasnya di sini, saya mulakan proses yang menyeksakan ini dimulakan sebaik sahaja anda memijakkan ibu jari kaki belah kanan anda di bumi ireland ini...

anda akan dikehendaki beratur dengan panjang...di satu line yang sempit...bersama-sama orang afrika dan kandahar selama labih kurang satu jam sebelum nama anda dipanggil untuk diperiksa oleh garda di lapangan terbang..

sebelum itu, anda akan dikehendaki mengeluarkan surat tawaran ke university beserta dengan passport di tangan kanan serta muka yang tidak bersalah..

jika muka anda kelihatan meragukan seperti Encik Bulu Ai yin(bukan nama sebenar), anda mungkin membuatkan alarm di airport itu berbunyi seketika dan anda akan ditempatkan di kawasan tahanan yang lebih lama..

setelah anda melalui pahit getir proses di lapangan terbang ini yang disulamai dengan jutaan perkataan yang anda tidak paham pabila berhadapan dengan Garda di airport, anda akan dianugerahkan sekeping kertas hijau beserta satu pesanan ringkas dari penaja Garda iaitu:

" You only hava one month to make your Garda Card...I repeat One MONTH!...UNDERSTAND?"

dengan muka yang sayu-sayu sepi, anda dikehendaki meninggalkan airport tuk menuju ke university masing-masing...

....................

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari...

hari yang aku sangkakan pembuatan kad garda ini adalah mudah atau kacang mengikut loghat anak muda tempatan ternyata meleset...

di university masing-masing, anda dikehendaki beratur lagi untuk mengisi borang lain yang juga mempunyai perkaitan yang jelas dengan proses peng-Garda-an diri anda di Ireland..

dalam mengikuti proses yang 'menarik' ini anda juga haruslah berupaya untuk mengangkat sumpah dengan loghat irish yang sebenar, yang menyatakan anda tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah di negara asal anda dan juga sepanjang anda berada di ireland(walaupun anda baru sampai semalam)...

selepas melafazkan kalimat garda yang suci itu anda diminta menurunkan tanda tangan di hadapan lawyer yang bertugas.......

............

habis??

selesai???

gembira???

seronok????

ceria??????

senang hati??????????


hai...nanti dulu, anda masih lagi belum merasa 'nikmat sebenar' proses pembuatan kad garda yang tersirat itu...

setelah anda berpenat-lelah menyiapkan account bank anda..dan setelah juga anda menerima debit card daripada bank anda barulah anda dikatakan hampir bersedia untuk terus diseksa oleh garda lagi...

tapi, sebelum anda mahu terpikir-pikir untuk pergi ke city bagi menyempurnakan proses kad Garda anda...anda haruslah dipastikan cukup 'fit' untuk beratur dan menuggu dalam satu jangka masa yang lama....

menyedari kepentingan hakikat ini, pihak university yang dibantu oleh beberapa pekerja daripada student desk telah menawarkan khidmat latihan yang dicipta khusus bagi tujuan ini di student office university anda...

di sini, anda akan diuji untuk beratur sambil berdiri selama lebih kurang 30-45 minit bagi mendapatkan Surat pengesahan 'Certificate of attendance' dan 'Confirmation of scholarship Letter' unutk dibawa bersama ketika menghadap garda nanti...

tapi, harus diingat juga bahawa anda mestilah telah memasukkan alamat irish anda di dalam personal details anda di sis web...

kalau tidak, sesampainya giliran anda setelah beratur dengan sangat lama, anda akan diminta beredar bagi melengkapkan irish address anda dan datang semula untuk beratur sejam kemudiannya, yang selalunya anda tidak akan sempat tuk beratur semula pada hari dan waktu sama...(sabor jelah)

.................

setelah semuanya selesai....

ya, tahniah anda telah pun layak untuk menyempurnakan kewajipan anda sebagai 'irish-celup' dengan pergi ke city untuk Final Destination Garda Card...

amaran dari pihak penaja, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya serta mempunyai stamina dan daya tahan tekanan yang tinggi pada malam sebelum hari kejadian Garda anda...

.....................

jalan punya jalan, akhirnya sampailah di pintu hadapan Garda...

walaupun telah dikatuhui umum bahawa pintu Garda hanya akan dibuka seawal pukul 9.30 pagi...tapi pada pukul 6.00 pagi pun telah kelihatan begitu ramai umat manusia seperti rombongan jemaah haji di lembaga Tabung Haji negara di kelana jaya...

iya, terlalu ramai umat manusia di sana untuk menyiapkan Garda masing-masing pada setiap hari dan setiap masa tanpa henti...

.....................

setelah pintu dibuka, anda kini berada dalam fasa pertama dalam siri penyeksaan garda card..

anda dikehendaki melengkapkan borang lagi dan beratur sekurang-kurangnya satu jam setengah semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran...

sekiranya hari tersebut ditakdirkan anda bertuah dan berjaya mendapatkan angka giliran, maka secara automatisnya anda telah dilonjakkan kepada fasa kedua dalam siri penyeksaan kad garda...

di tahap ini, maka bermulalah siri penyeksaan garda card yang sebenar...

anda akan diminta menuggu lagi dalam keadaan sesak di tengah-tengah kawanan umat manusia sekurang-kurangnya selama EMPAT JAM!!!

itupun kalau anda sangat-sangat bernasib baik dan datang awal...

..................

mengikut pengalaman penulis yang hadir di pejabat garda pada pukul 10.30 pagi...

penulis telah diminta menunggu selama LAPAN JAM!!!

DIULANG LAPAN JAM!!!


sebelum nama penulis dipanggil, penulis telahpun pergi berjalan-jalan cari barang di sekitar bandar Dublin, hinggakan tiada tanah lagi di bandar ini yang tidak dipijak oleh kaki penulis ini(maksudnya: sampai dah tak tahu nak jalan ke mana and tak tahu nak beli apa dah)..

setelah penat berjalan ke luar, penulis kembali semula ke pejabat garda tepat pukul 3.30pm waktu Dublin...

waktu penulis sampai di pejabat garda itu, nombor giliran baru sahaja mencecah ke angka 163, sedangkan angka giliran penulis adalah 231...

kadar pergerakan angka giliran pula adalah tidak menentu dan dipercayai sangat lambat mengikut kepada mood si kerani counter garda itu...mengikut perkiraan kasar, kadar pergerakan nombor giliran adalah lebih kurang, 10 orang sejam...

jadi penulis yang penat dan mengantuk itu pun mengambil keputusan untuk terlelap di kerusi yang disediakan sampailah pukul 5.30pm pabila penulis merasakan bahawa penulis sudah tiada berdaya
lagi untuk meneruskan tiduran ...

setelah menunggu nak dekat-dekat pukul 7.oopm barulah nombor penulis dipanggil...

"Number 132 at Counter 13 please.."

setelah duduk counter 13, barulah penulis menyedari bahwa dengan sesungguhnya segala isi guni surat-menyurat yang disuruh oleh garda untuk dilampirkan bersama pasport di hari kelahiran kad garda anda, adalah sesuatu yang sia-sia sahaja..

Hal ini kerana, setelah membelek-belek pasport dan borang yang anda isi semasa datang pagi tadi, garda memulangkan semula kesemua surat-surat anda itu kepada anda tanpa menyentuhnya atau menjelingnya sedikit pun...(alahai, selamat ler bulan puasa...kalau tak puasa harini, dah lama aku gigit lobus telinga kiri kerani tu...)

setelah anda membuat pembayaran kad garda yang merompak 150 euro daripada debit card anda dalam sekelip mata...anda dikehendaki untuk membuat satu 'pose' yang ceria pada camera yang disediakan...

amaran lagi:
menurut pengalaman si penulis...tolong jangan alihkan kerusi tempat anda duduk, jika tidak gambar anda pada garda card anda akan terkeluar sedikit daripada petak yang disediakan..

setelah itu anda diminta beredar dan dikehendaki untuk menunggu selama SEKURANG-KURANGNYA 15 MINIT TAPI SEBENARNYA SEJAM....bagi menunggu proses kelahiran kad garda anda yang sebenar...

bagi mereka-mereka yang selesai mendapat kad garda tepat pada pukul 7.30pm, anda hendaklah serta-merta dengan berat hatinya membatalkan niat untuk berbuka dengan nasi briyani pak Usop di Dublin Mosque kerana percayalah anda tidak akan sempat ke sana ...

...jadi anda haruslah akur dan menerima qada' dan qadar ini dengan membawa diri pulang ke UCD(bagi pelajar-pelajar UCD) beserta garda card anda yang masih panas sambil berbuka air mineral yang baru sahaja dibeli di kedai SPAR yang berdekatan..

akhir kata, saya selitkan sedikit motto Garda bagi tatapan semua peminat-peminat garda card di serata ireland iaitu:

TAK BERSIH, TAK CEKAP, dan TAK BETUL

p/s-ikhsan daripada motto PDRM, tetapi diberlawanankan bagi kegunaan pasukan garda di Ireland..

"saya sayang imigresen di malaysia"






Alkisahnya bermula sebaik sahaja aku selesai pulang ke rumah daripada class tengah hari tadi..

seperti biasa aku buka laptop tuk check e-mail, facebook and etc...

tiba-tiba, mataku tertarik akan sesuatu notification pada dashboard account blog aku..

11

11..

fo..

follo....

followw..

followerss.......??

betul ker ni??

terkebil-kebil mataku melihat akan fenomena yg pada akalku agak pelik sekali..

lantas, aku terus click pada follower list aku untuk mengetahui 'who's that pokemon' itu...

OoOoOo...ok..

aku kenal budak ini..

ridhuan ahmad samsuri...

kawanku di kmb dahulu...

terima kasih pada kamu kerana sudi mengikuti 'hujungnya jauh ,pangkalnya belum tiba ini'..

p/s-kepada follower2 lain..terima kasih juga ya..

Chapter 13 : Escape class Prof. Chandrahalal

aku malas giler nak pergi class pagi ni...

dah ar class start kul 9am..

seriously malas...

mata berat jer...

dahi rasa cam nak demam..

badan sengal-sengal jer nak bangun..

pukul 7.30am, alarm hanset bunyi suruh pergi class..

aku capai alarm, off-kan and terus berlingkar di bawah duvet yg tebal lagi warm...

sangat selesa rasanya..

ntah camner ntah, aku termimpi yg Prof.Chandrahalal masuk dalam mimpi aku and paksa aku pergi class..

aku bingkas bangun, buka laptop tengok weekly schedule...

''alamak, betul ar..."

first class mmg class dia...

siyot tol...

waktu tu, kepala aku terbayang-bayang akan wajah Prof.Chandrahalal yg tak pernah puasa walaupun namanya halal itu, sambil menggogok air dengan rakusnya selepas menyampaikan lecture biochem-nya dalam bahasa inggeris tetapi sangat thick dengan indian accent dia...

aku terus buka lecture notes kat dalam laptop...

alhamdulillah...semuanya macam aku dah belajar...so, aku mengambil keputusan tuk sambung tidur semula before bangun kul 9.30am tuk attend next lecture...

Chapter 14: Berjalan-jalan di hadapan Astra Hall sempena 'Fresher Week'..

bagi yang tak biasa dengar nama 'Fresher Week' ni, aku rasa korang pun boleh expect apa maksud dia..

maksud Fresher week ni adalah week for juniors or first year student at university..

so, ader banyak giler club yang pelik2 ar macam Lolipop party, Homosex Soc, Green Soc and macam2 lagi ar...

aku tgok banyak gak club yang best2 tapi sebab aku taknak ler active sangat, aku just join ISOC(islamic society) and International Student Society...

aku tibai banyak gak ar Goodies Bag yg mempunyai banyak coklat dan lolipop yg best2 di dalamnya..

Untuk Sport pula, aku join Mixed martial Art Club...cos aku sangat2 teruja akan cerita Never back Down tahun lepas...

Pali sound aku, "kang kena tumbuk ngan Irish kang padan muka"...

alar, mentang2 ar dia masuk archery club....

apa dia ingat archery club takde injuries ker??

kang bontot terkena anak panah irish kang baru tahu...

haha..

alar, lantak ar aku nak masuk aper..

dah memang martial art sebati dalam diri aku, so takkanla aku nak lepaskan peluang ni...

tanpa bersalahan dan segan-silu lagi aku terus register masuk club ni and terpaksa membayar 10 euros for registration fees...

pastu aku terus menuju ke Sport Shop tuk beli Gumshield bagi melindungi gigi aku yang comel ini...

dan aku berharap sangat pasni aku jadi sangat2 hebat dalam martial art ni, seperti hero never back down itu...



hopefully...



ok jumpa lagi k? salam....



.............

Bercakap dalam diam..tertawa dalam sepi...
Berbisik pada hati...manakah hilangnya si wani....

Merajuk dalam mimpi...terjaga mencari-cari..
Di manakah dirinya kini..sunyi membawa diri..

Tak sembang bukan bermakna tak rindu..
Tak call bukan bermakna tak sayang..
Tak message bukan bermakna tak rasa hilang..
Tak bersua tak semestinya jiwa tak tenang...

Banyak perkara perlu kita ubah..
Hati perasaan selalu mesti dijaga...
Tapi segalanya tidaklah sesusah..
Kalau kita berusaha bersama-sama..

Rindu...Sayang..Sedih..Sepi...
Begitulah resam hidup berjauhan
yang perlu dihadapi..
Senang, Suka, Duka..dan Nestapa..
Bersabarlah sayang segalanya tak lama..

Lama-kelamaan kita kan biasa..
Menjalani hidup seperti sediakala..
Menempuhi hidup dengan ceria..
Walau jauh dari pandangan mata..
Tapi di hati, sering dekat sentiasa..

coretan ikhlas,
Man of the words..


Picture profile facebuku aku

Kadang-kadang aku juga runsing dan bingung memikirkan kenapa aku ber-facebuku..

adakah mahu mengikut-ngikut trend remaja masa kini yang gemar membuang masa pada facebook??

atau..

aku tidak lagi mahu dikenali sebagai Amal yang tidak mempunyai facebook??

entahlah...

tapi bagi aku, dulu aku tidak mahu melayan facebook kerana aku tidak mahu menjadi seperti rakan-rakanku yang lain..yang duduk 24jam depan laptop melayan facebook yang tak berkesudahan...tak ke membuang masa namanya...

lepas satu, satu kawan yang di-add..

lepas satu, satu lagi gambar yang di-upload...

lepas satu, satu lagi quiz yang telah dicuba...

jadi aku bertanya pada diriku...sampai bila???

sampai bila mahu begitu??

.........................

mungkin ramai yang tidak bersependapat dengan aku tentang hal ini..

tapi takpelah, kamu semua mungkin punyai banyak masa untuk berbuat demikian...aku paham semua itu..

aku tidak mahu berdebat dengan kamu semua pasal ini...kamu juga punyai reason tersendiri untuk ber-facebuku...so, suka hati koranglah korang nak buat apa..asalkan benda tu membuatkan kamu happy dan ceria sentiasa, ianya tidak menjadi masalah bagiku..

bagi aku, aku tidak punyai banyak masa seperti yang lain...

aku punyai banyak bebanan dan tanggungjwab yang harus ku utamakan dahulu...

aku ada tanggugjawab sebagai seorang anak...

seorang abang kepada seorang adik...

seorang kekasih kepada seorang perempuan bernama wani...

seorang pelajar dalam jurusan perubatan..

seorang kawan kepada ramai orang...

dan yang paling penting

seorang hamba kepada Yang Maha Pencipta...

......................

tapi reason aku kali ni, untuk ber-facebuku ialah semata-mata untuk keep in touch dengan rakan-rakanku di serata dunia, itu sahaja...

dan juga untuk me-monitor activity waniku di facebook...

harap-harap facebook ini tidak melalaikan aku sepertimana friendster melalaikan aku...

dan harap2 juga, aku tidak active sangat dalam facebook ini hingga terabai tanggungjwabku kepada tanggunganku...

p/s- bila nak start buat notes anatomy ni???ok, chow dulu..salam..






Chapter 7: Attend the first Class


Ceritanya bermula pabila aku dan Pali sibuk berjalan mundar-mandir di UCD mencari Science Building tuk subject Biochem..

First Class pukul 9.00am tapi kitorang da kuar 8.30am tuk mencari lecture thater yg tertera dalam jadual..

sebenarnya memang kitorang da cari da Science Building ni hari Ahad aritu, tapi disebabkan UCD ni sangat besar maka tersesat la jugak...

selamat la kitorang ternampak beberapa orang budak perempuan malaysia menuju ke satu arah, then kitorang follow la diorang sampaila ke tempat yg dituju..

Chapter 8: Berjumpa dengan Ridhu..

Sementara aku menunggu di hadapan Lecture theatre C004, aku terserempak dengan Awang Ridhu dan Dila...

kami bersembang kejap before masing2 masuk ke class masing2..

Class yang aku attend aritu adalah CSI...macam patient care+clinical skills punya class ar..

class dia nampak cam exciting giler...lecturer dia a bit young ar...and cakap pun tak laju sangat..so senang nak paham la ape yg dia cakap...

Part paling best kat class ni is where dia suruh kita bangun ikut country...

mula2 dia suruh Irish semua bangun...agak ramai ar irish,dalam 96 something...

then dia suruh budak US bangun, tak ramai dalam 5-6 orang jer...

last sekali dia suruh malaysian Student bangun....gilerrrr ramai...dalam 80 orang student malaysia...cam agak bangga ar dengan Malaysia pada waktu tu samapaikan ramai jugak irish yg terkejut dengan quantity malaysian student waktu tu...

class ni macam best, tapi senior kata paling susah sekali nak score...dalam subject ni ader diajar ttg paramedic, patient history and so on...

Chapter 9: Bersembang dengan wani menggunakan Skype

Tahu2 jer aku nak sembang ngan wani guna skype, harini skype aku buat hal pulak...

tiba2 jer tak boleh online..

berjam2, aku try nak online..tak dapat2..

finally, aku install skype semula baru dapat connect ngan wani...

dapat juga aku bersembang ngan mak dan azim walau sebentar guna skype ni...aku suruh wani call mak and azim then aku sembang ngan diorang guna loudspeaker..

Chapter 10: Akhirnya aku tahu camner nak buka tingkap bilik aku...





Tingkap bilik aku ni berada di bumbung...

sekali tengok memang macam tak boleh buka...

tapi setelah beberapa cubaan akhirnya aku berjaya membuka tingkap bilik aku ni dengan cemerlangnya....

barulah wangi skit bilik aku ni...

klau tak bau mcam kedap jer cos takde ventilation...

Chapter 11: Bermain bola bersama senior di Clonskeagh...

Agak seronok ar main bola...

jumpa ramai senior2 kmb and intec...

senior semuanya hebat2 belaka...

dribble laju nak mati...

aku dahla pakai kasut futsal...

memang licin giler....

main bola agak penat cos dah lame tak main, tapi yg best nya sebab sejuk so peluh tak keluar sangat pun...baju pun tak berbau...

Chapter 12: Solat Di masjid Clonskeagh sambil memakai kain pelikat..

lepas main bola terus change seluar yg kotor tadi dengan kain pelikat tu solat...

tapi disebabkan kat sini sejuk so kitorang pakai kain pelikat ngan sweater ar...

memandangkan kat sini diorang tak tahu or tak pernah nampak orang pakai kain pelikat so diorang pandang kitorang macam pelik giler...

aku terdengar ader 2 orang budak kecik bercakap dengan adiknya yang kitorang pakai skirt......

sumpah malu giler........

tapi yang paling memalukan is Encik Bulu cos dia pakai kain pelikat dengan stokin and pakai slipper...

macam orang baru lepas bersalin...

lepas solat makan nasi dengan lauk ayam ala-ala arab dekat masjid clonskeagh...

nampak cam sedap...tapi semuanya tawar...

rasa cam nak balik rumah and remake semula jer kari dia...

tapi ntah-la, maybe kat sini macam tu kot taste diorang...

so, aku pelahap jela cos perut lapar...

lama2 makan, kira okla jugak...


ok tu jer la setakat ni jumpa lain kali k?












salam...




Sebelum berangkat ke Dublin tu, adik aku ajak aku menonton cerita Will Smith Pursuit of Happyness..


Cerita itu menggambarkan kisah sedih suka duka seorang yg bergelar ketua keluarga and ayah tuk menyara keluarganya...daripada papa kedana hinggalah menjadi billionaire...

based on that story, I finally digested something...

which is..

an idea to write...

it's more or less writting in a proper way-lah ...

so, i've decided to start my amazing journey to Dublin with the 'Pursuit of Happyness' - style...

And here it goes...


Chapter 1: Bergerak ke KLIA sambil menulis Kad Raya dalam kereta..

sepanjang perjalanan ke KLIA, jari-jemari dan fikiranku sibuk menulis Kad Raya a.k.a amanat terakhir aku kepada adik aku Muhammad Azimuddin bin Razali..

aku bergerak dari rumah pukul 4.30 pm and pukul 6.00 pm on the dot, aku sampai ke KLIA..

and guess what, akulah orang pertama yang sampai di Counter L17 pada hari tersebut...

sesampainya aku, aku terus bersalaman dengan beberapa orang pegawai Mara di situ...

dan akulah orang pertama yang menimbang berat beg aku tuk di-check in...

dengan penuh debaran, takut-takut ter-overweight and end up with bayar lebih tuk ke Dublin, akhirnya aku menarik nafas lega pabila weighing counter appeared around 24.0 kg(max is 25.0 kg)...



selepas aku check-in, perkara yang aku buat is menelefon Pali dan Bulu bertanyakan lokasi mereka...

Selepas itu pegawai Mara melepaskan kami semua tuk berbuka puasa...

Chapter 2: Berbuka Puasa di Food Court KLIA..

2 things that best describe KLIA's Food Court is 'Super-Duper Crowded with People' and the food is like 'Super-Duper taik-taste'...

Iya...memang sangat2 benar...pada waktu tersebut orang sangat ramai and makanan sangat taik rasanya...

aku beli Mee Hailam and had prepared myself to taste the 'Mee Kicap' taste for the meal, but then the real taste is worse than I've ever imagined...it's more or less like 'Mee longkang'

tapi lapar punya pasal aku baham jua...walaupun tekakku dah macam dah tak boleh masuk dah...

lepas berbuka aku pergi solat maghrib terakhir dengan abah di Surau KLIA...

Chapter 3: Meet the Old Friends..

Aku tak pernah expect aku akan jumpa kawan2 lama kat airport accidentally...

the first person yang aku jumpa is my best friend kat MCKK which is Amin Safwan Alikasturi...



dia nak hantar adik dia pergi Dublin gak...

adik dia perempuan...

he keep on reminiding me to take a very good care of his sister in Dublin...

I promised to him that, his sister will be fine and I'll be keeping my eyes on her...

so don't worry that much...

Orang kedua, yang aku jumpa is classmate aku kat KMB iaitu encik Nabil Ali...

aku jumpa nabil dengan ayah dia...

Nabil baru pulang dari university dia kat Belfast...

and dia on the way nak masuk ke food court taik tu tuk berbuka ngan family dia...

dia agak terkejut jumpa aku and dia sempat menyampaikan salam dia kepada semua classmate aku yg akan berangkat ke Dublin malam tu...

Then, aku jumpa kawan aku kat Tualang iaitu Amizam Jabbar...

dia nak hantar kawan2 dia fly ke Dublin...

and aku terjumpa jugak sorang cikgu kat kmb...

aku tak ingat nama dia, but then she recognised my face...

we just have lil' chat and then separated just like that...alar, macam tanya2 kabar jer...

Chapter 4: Dilantik Menjadi Ketua Rombongan Pelajar Ke UCD Dublin..



tepat pukul 8.30pm, Pegawai=pwgawai Mara yg diketuai oleh Pn Ayu pun mengumpulkan kitorang...beberapa briefing ringkas dibuat dan kami hanya diberi masa sehingga pukul 10pm tuk bersama keluarga dan orang tersayang buat kali terakhir...

waktu tu hati terasa sebak sedikit cos rasa macam menerima hukuman gantung pulak bila Pn Ayu mention bout kali terakhir...

Setiap rombongan perlukan ketua, bagi mewakili Pegawai Mara sepajang perjalanan...

dan dengan secara tak prepare-nya, Pn Ayu mention nama aku...of course la tiada bantahan yang dibuat kerana sesiapa pun taknak jadi Ketua Rombongan Palajar cos tugasnya berat ...you are required to not just taking care of yourself and your luggage but also the others as well..

Chapter 5 : Mengahantar Wani ke ERL..



satu saat yang paling berat buat aku bila nak menghantar Wani pulang ke ERL...aku cuba act macam biasa cos waktu tu dah nak dekat pukul 10pm and aku kena mula mengumpulkan budak-budak cos aku dah dilantik jadi ketua...perasaan sedih, hiba, takut, dan berat hati bercampur-baur dalam fikiran waktu tu..

Aku renung wajah wani dalam-dalam, bagi melepaskan rindu...

Tanpa ku sedari, lirikan matanya dan lenggokan gerak gerinya menaiki train pada malam itu merupakan perlakuannya yang terakhir yang bermain-main dalam fikirankanku..

esok mungkin tiada lagi peluang tuk melihat dirinya...dan esok itu bukannya sekejap...mungkin 2-3 tahun lagi aku balik malaysia, baru aku dapat bertemunya semula...

Moga-moga umur kami panjang...

Amin...

Chapter 6: Memulakan tugas sebagai Ketua..



Selepas menghantar wani aku bergegas naik ke atas dan mula memanggil pelajar-pelajar Mara yang akan bertolak ke Dublin pada malam itu seramai 29 orang...

Punyalah penat dan kuat aku panggil, ader beberapa kerat jer yang datang...hampeh betul...

yang lain ader yang macam tak peduli jer aku panggil...ader yang masih lagi bersembang ngan kawan...berkepit ngan awek dan juga memeluk erat tangan si family...

aku tahu memang sukar nak melepaskan orang-orang yang tersayang buat kali terakhir...tapi consider la sikit...aku pun tak sempat nak peluk family lagi...

akhirnya setelah semua pelajar dapat dikumpulkan kami bergambar buat kali terakhir dan aku melepaskan mereka satu persatu ke bahagian departure gate...

selamat mak dapat pass masuk, so semua family members aku dapat masuk ke dalam departure gate dengan senang...

Chapter 6: Meninggalkan Family dan Adikku Azim...

saat-saat ini yang aku takuti semenjak sekian lama...

iaitu tuk meninggalkan family dan lebih-lebih lagi adik aku...

aku lihat wajah azim..ader takungan air di sebalik kelopak matanya yang bewarna merah itu...

aku cuba tenang...ku renung matanya dalam-dalam dan mendakap erat tubuhnya itu...

"ah, sudah besar nampaknya azim"..

selama 15 tahun aku menjaganya, melihat gerak-gerinya, mengikuti perkembangan hidupnya, menghantar dia ke sekolah dan menghabiskan waktu-waktu ku bersamanya...kini, tanpa aku sedari , aku cuma punyai 5 minit lagi bersamanya...

badannya ku peluk erat, sambil mulut ku terkumat-kamit memberikan nasihat-nasihat terakhir kepadanya dalam keadaan linangan air mata...berat betul dadaku pada waktu itu kerna terpaksa menahan sebak di dada...

aku tahu mungkin inilah kali terakhir aku berjumpa dengan adikku, mungkin...kerna ku tahu salah sorang daripada kami mungkin akan berpisah buat selamanya...aku terpaksa redhakan dengan hati yang berat..

Aku serahkan segala tanggungan aku menjaga adik aku selama 15 tahun kepada Allah...kerna ku tahu tiada jagaan sebaik dan sesempurna jagaan-Nya..

akhirnya tibalah giliran aku untuk check-in buat kali terakhir...ku cium dan peluk erat tubuh mak dan abah buat kali terakhir...dan bila tiba masanya ku longgarkan genggaman jari-jemariku pada azim, dan akhirnya ku lepaskan terus...

walaupun pada waktu itu ku rasa seperti mahu membawa kau tinggal bersamaku kerna ku tahu kau tak mungkin dapat hidup kesorangan tanpa abang....tapi ku redha..

redha dengan ketentuan-Nya...

yang mungkin tangisan dan senyumanmu buat kali terakhir itu merupakan satu semangat untukku teruskan hidup walaupun azim sudah tidak lagi bersama denganku...

"azim, walau dimana pun azim berada..doa dan harapan abang sentiasa mengiringi hidup azim...abang akan selamanya menjadi abang azim...dan azim akan selamanya menjadi adik abang yang abang sentiasa sayang..walau di mana pun azim berada, abang harap azim pandai jaga diri azim sendiri...abang hanya mahukan azim hidup dengan tenang dan aman walaupun ketenangan dan aman itu bermaksud kita tidak mungkin bersua lagi...kau pergilah ke 'tempat itu' dan abang redhakan pemergianmu jika itu lah yang terbaik untuk azim...tapi dengan satu syarat...azim jangan lupakan abang sampai bila-bila dan bila abang dah balik semula ke malaysia nanti..azim datanglah jenguk abang sekali-sekala k?..azim take care tau...salam..."


azim is always the best!!!