kita tahu hidup susah..

:: Memulakan Epik Pengembaraan ke Dublin ::

Posted by A m a l - -

Sebelum berangkat ke Dublin tu, adik aku ajak aku menonton cerita Will Smith Pursuit of Happyness..


Cerita itu menggambarkan kisah sedih suka duka seorang yg bergelar ketua keluarga and ayah tuk menyara keluarganya...daripada papa kedana hinggalah menjadi billionaire...

based on that story, I finally digested something...

which is..

an idea to write...

it's more or less writting in a proper way-lah ...

so, i've decided to start my amazing journey to Dublin with the 'Pursuit of Happyness' - style...

And here it goes...


Chapter 1: Bergerak ke KLIA sambil menulis Kad Raya dalam kereta..

sepanjang perjalanan ke KLIA, jari-jemari dan fikiranku sibuk menulis Kad Raya a.k.a amanat terakhir aku kepada adik aku Muhammad Azimuddin bin Razali..

aku bergerak dari rumah pukul 4.30 pm and pukul 6.00 pm on the dot, aku sampai ke KLIA..

and guess what, akulah orang pertama yang sampai di Counter L17 pada hari tersebut...

sesampainya aku, aku terus bersalaman dengan beberapa orang pegawai Mara di situ...

dan akulah orang pertama yang menimbang berat beg aku tuk di-check in...

dengan penuh debaran, takut-takut ter-overweight and end up with bayar lebih tuk ke Dublin, akhirnya aku menarik nafas lega pabila weighing counter appeared around 24.0 kg(max is 25.0 kg)...



selepas aku check-in, perkara yang aku buat is menelefon Pali dan Bulu bertanyakan lokasi mereka...

Selepas itu pegawai Mara melepaskan kami semua tuk berbuka puasa...

Chapter 2: Berbuka Puasa di Food Court KLIA..

2 things that best describe KLIA's Food Court is 'Super-Duper Crowded with People' and the food is like 'Super-Duper taik-taste'...

Iya...memang sangat2 benar...pada waktu tersebut orang sangat ramai and makanan sangat taik rasanya...

aku beli Mee Hailam and had prepared myself to taste the 'Mee Kicap' taste for the meal, but then the real taste is worse than I've ever imagined...it's more or less like 'Mee longkang'

tapi lapar punya pasal aku baham jua...walaupun tekakku dah macam dah tak boleh masuk dah...

lepas berbuka aku pergi solat maghrib terakhir dengan abah di Surau KLIA...

Chapter 3: Meet the Old Friends..

Aku tak pernah expect aku akan jumpa kawan2 lama kat airport accidentally...

the first person yang aku jumpa is my best friend kat MCKK which is Amin Safwan Alikasturi...



dia nak hantar adik dia pergi Dublin gak...

adik dia perempuan...

he keep on reminiding me to take a very good care of his sister in Dublin...

I promised to him that, his sister will be fine and I'll be keeping my eyes on her...

so don't worry that much...

Orang kedua, yang aku jumpa is classmate aku kat KMB iaitu encik Nabil Ali...

aku jumpa nabil dengan ayah dia...

Nabil baru pulang dari university dia kat Belfast...

and dia on the way nak masuk ke food court taik tu tuk berbuka ngan family dia...

dia agak terkejut jumpa aku and dia sempat menyampaikan salam dia kepada semua classmate aku yg akan berangkat ke Dublin malam tu...

Then, aku jumpa kawan aku kat Tualang iaitu Amizam Jabbar...

dia nak hantar kawan2 dia fly ke Dublin...

and aku terjumpa jugak sorang cikgu kat kmb...

aku tak ingat nama dia, but then she recognised my face...

we just have lil' chat and then separated just like that...alar, macam tanya2 kabar jer...

Chapter 4: Dilantik Menjadi Ketua Rombongan Pelajar Ke UCD Dublin..



tepat pukul 8.30pm, Pegawai=pwgawai Mara yg diketuai oleh Pn Ayu pun mengumpulkan kitorang...beberapa briefing ringkas dibuat dan kami hanya diberi masa sehingga pukul 10pm tuk bersama keluarga dan orang tersayang buat kali terakhir...

waktu tu hati terasa sebak sedikit cos rasa macam menerima hukuman gantung pulak bila Pn Ayu mention bout kali terakhir...

Setiap rombongan perlukan ketua, bagi mewakili Pegawai Mara sepajang perjalanan...

dan dengan secara tak prepare-nya, Pn Ayu mention nama aku...of course la tiada bantahan yang dibuat kerana sesiapa pun taknak jadi Ketua Rombongan Palajar cos tugasnya berat ...you are required to not just taking care of yourself and your luggage but also the others as well..

Chapter 5 : Mengahantar Wani ke ERL..



satu saat yang paling berat buat aku bila nak menghantar Wani pulang ke ERL...aku cuba act macam biasa cos waktu tu dah nak dekat pukul 10pm and aku kena mula mengumpulkan budak-budak cos aku dah dilantik jadi ketua...perasaan sedih, hiba, takut, dan berat hati bercampur-baur dalam fikiran waktu tu..

Aku renung wajah wani dalam-dalam, bagi melepaskan rindu...

Tanpa ku sedari, lirikan matanya dan lenggokan gerak gerinya menaiki train pada malam itu merupakan perlakuannya yang terakhir yang bermain-main dalam fikirankanku..

esok mungkin tiada lagi peluang tuk melihat dirinya...dan esok itu bukannya sekejap...mungkin 2-3 tahun lagi aku balik malaysia, baru aku dapat bertemunya semula...

Moga-moga umur kami panjang...

Amin...

Chapter 6: Memulakan tugas sebagai Ketua..



Selepas menghantar wani aku bergegas naik ke atas dan mula memanggil pelajar-pelajar Mara yang akan bertolak ke Dublin pada malam itu seramai 29 orang...

Punyalah penat dan kuat aku panggil, ader beberapa kerat jer yang datang...hampeh betul...

yang lain ader yang macam tak peduli jer aku panggil...ader yang masih lagi bersembang ngan kawan...berkepit ngan awek dan juga memeluk erat tangan si family...

aku tahu memang sukar nak melepaskan orang-orang yang tersayang buat kali terakhir...tapi consider la sikit...aku pun tak sempat nak peluk family lagi...

akhirnya setelah semua pelajar dapat dikumpulkan kami bergambar buat kali terakhir dan aku melepaskan mereka satu persatu ke bahagian departure gate...

selamat mak dapat pass masuk, so semua family members aku dapat masuk ke dalam departure gate dengan senang...

Chapter 6: Meninggalkan Family dan Adikku Azim...

saat-saat ini yang aku takuti semenjak sekian lama...

iaitu tuk meninggalkan family dan lebih-lebih lagi adik aku...

aku lihat wajah azim..ader takungan air di sebalik kelopak matanya yang bewarna merah itu...

aku cuba tenang...ku renung matanya dalam-dalam dan mendakap erat tubuhnya itu...

"ah, sudah besar nampaknya azim"..

selama 15 tahun aku menjaganya, melihat gerak-gerinya, mengikuti perkembangan hidupnya, menghantar dia ke sekolah dan menghabiskan waktu-waktu ku bersamanya...kini, tanpa aku sedari , aku cuma punyai 5 minit lagi bersamanya...

badannya ku peluk erat, sambil mulut ku terkumat-kamit memberikan nasihat-nasihat terakhir kepadanya dalam keadaan linangan air mata...berat betul dadaku pada waktu itu kerna terpaksa menahan sebak di dada...

aku tahu mungkin inilah kali terakhir aku berjumpa dengan adikku, mungkin...kerna ku tahu salah sorang daripada kami mungkin akan berpisah buat selamanya...aku terpaksa redhakan dengan hati yang berat..

Aku serahkan segala tanggungan aku menjaga adik aku selama 15 tahun kepada Allah...kerna ku tahu tiada jagaan sebaik dan sesempurna jagaan-Nya..

akhirnya tibalah giliran aku untuk check-in buat kali terakhir...ku cium dan peluk erat tubuh mak dan abah buat kali terakhir...dan bila tiba masanya ku longgarkan genggaman jari-jemariku pada azim, dan akhirnya ku lepaskan terus...

walaupun pada waktu itu ku rasa seperti mahu membawa kau tinggal bersamaku kerna ku tahu kau tak mungkin dapat hidup kesorangan tanpa abang....tapi ku redha..

redha dengan ketentuan-Nya...

yang mungkin tangisan dan senyumanmu buat kali terakhir itu merupakan satu semangat untukku teruskan hidup walaupun azim sudah tidak lagi bersama denganku...

"azim, walau dimana pun azim berada..doa dan harapan abang sentiasa mengiringi hidup azim...abang akan selamanya menjadi abang azim...dan azim akan selamanya menjadi adik abang yang abang sentiasa sayang..walau di mana pun azim berada, abang harap azim pandai jaga diri azim sendiri...abang hanya mahukan azim hidup dengan tenang dan aman walaupun ketenangan dan aman itu bermaksud kita tidak mungkin bersua lagi...kau pergilah ke 'tempat itu' dan abang redhakan pemergianmu jika itu lah yang terbaik untuk azim...tapi dengan satu syarat...azim jangan lupakan abang sampai bila-bila dan bila abang dah balik semula ke malaysia nanti..azim datanglah jenguk abang sekali-sekala k?..azim take care tau...salam..."


azim is always the best!!!





4 Responses so far.

  1. mr pensonic says:

    hoi.. dramanya.. haha.. rilex la bro.. percayalaa ko akan rasa baru semalam ko fly. tup2 ari ni ko da balik for summer. and percayala ko konfem akan balik for summer. time will fly bro.. time will fly.. so fast.. haha. take care!

  2. A m a l says:

    to mr pensonic:

    Just for your info, my brother is sick and it may be terminal..anyway thanx for the concern...

  3. Unknown says:

    abana... thaknxxzz bnyak2 cz slama nie abng jga & lyan karenah azim ngan pnuh sbar.. abang slalu ad wktu azim prlukan abang .... abang is the best abang in the world.... i meant it!!!!!!!!!!!!

  4. mr pensonic says:

    oh i didn't that. aku mintak maaf byk2 for that. anyway insyaAllah jika Dia izinkan surely u'll meet ur lil bro again. time will fly... yea time will fly... let's pray for the best for both of you.