kita tahu hidup susah..

:: Siapa kata babi je HARAM?? ::

Posted by A m a l - -

Apa itu babi?




babi ialah sejenis binatang berkaki empat yang telah disyariatkan haram kepada umat islam..

Kerna babi itu haram, sesetengah orang di Malaysia terutamanya Guru Bahasa Melayu telah menukar namanya menjadi khinzir, bagi mengurangkan sifat ke'babi'an binatang ini..

tapi bagi saya..memanggil babi sebagai khinzir sama sekali tidak mengurangkan tahap dan sifat kebabian binatang ini..

........................

Hal ini kerana, kita masih lagi tidak boleh memakan binatang ini walaupun setelah namanya ditukar kepada khinzir dan kita masih lagi perlu menyamak atau menyertu diri dengan air tanah sekiranya kita tersentuh binatang ini..

.................................

Jadi khinzir bukanlah nama yang tepat bagi babi...biarlah babi dikenali sebagai babi sahaja kerna ianya memang babi dalam apa jua rekabentuk sekalipun..

....................

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa babi itu haram dimakan kan?

selain cara pemakanan dan cara hidup babi ini yang memang kotor, babi juga adalah host kepada seribu satu macam microb...

kepada sesiapa yang telah khatam matapelajaran medical microbiology tentu anda semua tidak boleh melupakan perkataan 'taenia solium' kan?

taenia solium merupakan pork tapeworm, atau pun cacing pita babi yang selalunya terdapat dalam najis babi...

.........................

Jadi, kalau dijumpai dalam najis babi..maka tidak berbahayalah kepada kita kan?
sebab kita bukan hendak makan najis babi, kita nak makan daging babi..

ha, jawapannya terletak kepada cara pemakanan babi itu sendiri...

babi merupakan haiwan rhodensia di mana ia memakan kembali najis nya yang pertama kali diberaki untuk menyerap saki baki nutrient yang ada pada najis tersebut...

dan secara tak langsung, babi juga telah memakan taenia solium yang berada pada najisnya..

dan jika manusia memakan babi..taenia solium ini akan  menembusi saluran usus dan bergerak ke striated muscle di mana ianya akan tinggal di situ...

jika tidak dirawat ianya boleh menyebabkan maut kerana taenia solium ini berupaya memasuki nervous system manusia dan menggangu sistem saraf tunjang dan seterusnya membunuh host nya iaitu manusia..

selain itu, babi juga merupakan host kepada cacing ascaris yang tinggal di usus babi serta seribu satu macam lagi jenis microb yang berupaya membunuh manusia..

dan sebab itulah babi itu haram dimakan...

kerna ianya membawa banyak mudarat kepada manusia..

..........................

memang tidak dinafikan, bahawa parasit ini boleh dibunuh dengan memasak babi pada jangkamasa yang lama pada suhu yang tinggi, tetapi selama mana babi mahu dimasak dan setinggi mana pula suhu yang sesuai untuk membunuh parasit ini tidak diketahui kerana sesetengah cacing yang dewasa berupaya menahan suhu yang ekstrim...

jadi, konklusinya babi itu haram dimakanlah...

....................

tetapi di sini, sebenarnya saya cuba tekankan bahwa babi juga berupaya berubah bentuk dan sukar dicam oleh manusia melainkan kita telah mempunyai pengalaman dengannya...

Seperti contohnya Mesin Dryer di Belgrove, UCD ni...

ia juga merupakan sejenis BABI..

hal ini kerana, sifat-sifat kebabiannya telah teserlah semenjak dari kecik lagi sampailah sekarang masih lagi berperangai seperti babi yang tidak berubah-rubah..

di antara sifat-sifat babi yang dapat dikenalpasti berada dalam diri Mesin Dryer di Belgrove ini ialah:

1. tidak menerima coin 10sen..
walaupun harganya adalah sebanyak 1.50euro..tetapi jika anda tidak mempunyai duit 50sen ngam-ngam anda mungkin terpaksa membayar sebanyak 1.60 euro, kerana mesin ini tidak menerima duit 10sen...Walau dengan apa cara sekalipun anda cuba memaksa mesin dryer ini menerima duit 10sen anda, sebanyak itu jugalah mesin ini berusaha memuntahkan kembali duit 10sen anda...(diharap anda tidak mencuba sebanyak 20kali seperti saya..tolonglah..)

2. Sentiasa rosak...
Kerana mesin ini mempunyai perkaitan yang jelas dengan makhluk bernama babi..jadi tak hairanlah jika perangainya juga seperti babi..contohnya, sentiasa merosakkan diri...jadi, bagi anda yang dah biasa terkena dengan dryer yang rosak...anda akan dapat mengelakkan daripada dosa mencarut pada mesin dryer secara free2...

3. tidak pernah kering dengan betul-betul kering...
hal ini ternyata jelas lagi bersuluh...walaupun telah diprogramkan untuk mengeringkan pakaian manusia, mesin dryer yang berperangai babi ini tetap jua berdegil tidak mahu mengeringkan pakaian umat manusia...mesin ini lebih suka menyeksa manusia dengan memaksa manusia menunggu lama untuk mendapatkan pakaian yang kering tetapi akhirnya setelah habis mesin ini berpusing...pakaian anda tidak pernah-pernah kering secara total..

4. Selalu disumpah dan disifatkan HARAM oleh manusia berbangsa malaysia di serata ireland...
hal ini telah cuba dibawa beberapa kali kepada majlis fatwa ireland, tetapi ditolak secara mentah-mentah...Hal ini kerana secara puratanya, mesin dryer di Belgrove telah menerima sumpahan yang berbunyi seperti "Menatang haram betul la kau ni dryer" atau " Natemu Dryer" dalam bahasa ibunda kelantan, sebanyak sekurang-kurangnya 65 kali saban hari...Jadi saban hari kita lihat sifat keharaman dan kebabian mesin dryer ini makin teserlah dari masa ke semasa...

Sekian...

Say no to babi in this form..




P/s-Aku demam panas...tolong jangan bikin aku lebih PANAS ya, wahai Cik Dryer..aku sembelih kau jap lagi...



13 Responses so far.

  1. saye.. says:

    hahahahahahahahhahahahahhahahah!

    cool la weyh~ br 1.6, aku ari 2 xtau kena brape puluh euro tau! haha. free2 jek org laen dpt 80mins drying tyme (mmg kompem kering gler ah bj die.haha)

    p/s: erk. maknenye, ko xleh la sentuh machine dryer tu lg pasni ek? da kate haram~ =P

  2. A m a l says:

    pasni aku suruh housemate aku jer yang sentuh mesin tu..aku dah malas dah nak gi jumpa mesin dryer tu...

  3. wakakaka. Gillleerrr ar...(nada suare pok). Tp ade point gak post nie. hahahaha. Terhibur org2 mesia kat Belgrove bce post ko nih.

  4. A m a l says:

    adiladarmawi: selalunya bila aku demam..otak aku akan lebih ligat dari biasa..sebab aku tak banyak bercakap tapi banyak berfikir...bagusla kalau menghiburkan..

  5. hahaha~ amal~ sakit perut ak gelak. demam2 pon kau bleh wat lwak antarabgsa lg eh. seyez ingt kau nk ckap pasal piggy semate2. haha~

    ak kene 3euro lebih kot dryer tu. tp ak x sebut "haram" lg. cuz ak still nk sentuh.hehe~

  6. hahaha~ sakit perut ak gelak. kau ni amal~tgh2 demam pn leh buat lwk antarabgsa lg. anyway, harap cpat sembuh =)

    ak kene 3euro aritu ngan malin. tapi tak sumpah "haram" lg~ cuz ak still nk sentuh bende tu~hehe

  7. A m a l says:

    maaf ye izyan...

    hati dan badan yang sakit ini, memang tak berniat tuk menyakitkan perut sesiapa...hihi..

  8. aNtu_BaEk says:

    salam....

    stakat ni alhamdulillah aku still x kene ngan penangan babi tuh..haha...aku ngan die berkawan baek jer...hahaha...

    n still, sal pengharaman babi tu, aku rase better ko tulis sbb utame : Allah S.W.T yg haramkan babi...pastu baru masuk sbb saintifik...bukan ape, takut2 nanti ade org tanye ko balik...eg " camne kalau aku ternak babi tu lam lab biology UCD yg bersih berkilat tu tanpe sebarang kuman n bagi makanan yg bersih lagi halal"? xkan babi nk jadi halal gak kan?..hehhe...sekadar berkongsi...:))

  9. A m a l says:

    kepada Pok: hurm..sebenarnya aku nak juga masukkan sebab utama Allah haramkan babi..tapi klau kau baca ayat2 aku kat dalam post ni...macam tak berapa meng'halal'kan aku tuk mencemari ayat2 suci Al-Quran tu dengan meletakkannya sebaris dengan kata2 nista....
    And lagipun..benda ni pun bukannya serious matter pun...seperti berdakwah dan sebagainya...just another way to express my dissapointment..

  10. aNtu_BaEk says:

    hahaha....pandai ko belokkan ayat...ok2..

  11. A m a l says:

    To Pok: Anyway, thanx for the thoughts...insyaAllah lepas ni maybe lebih ilmiah kot post yg aku publish...

  12. IkaZainol says:

    len kali wt laundry kt merville je weh. hahaha =p

  13. IkaZainol says:

    len kali wt laundry kt merville je weh. hahaha =p