kehadapan blog aku yang tercinta lagi dikasihi..
aku rasa aku tak pernah cerita pada kamu tentang adik aku kan??
so, aku nak story telling la sikit2..
ini adik aku..
nama dia sama cam nama aku cuma diubah perkataan Amal jadi Azim..
nama penuh dia Muhammad Azimuddin bin Razali..
dia bercita-cita mahu menjadi pilot..and aku yakin dia dapat jadi pilot melihatkan kesungguhannya...
dan dia baru masuk 15 tahun satu hari..
maknanya besday dia semalam la kan..
iaitu 23 September 2009..
dia lahir tahun 1994, kalau tak silap..
masa tu aku darjah satu..
.....................
sebelum adik aku lahir..aku selalu minta ngan mak bahawa aku nak sorang adik..
aku selalu janji ngan mak..kalau aku dapat adik..aku nak jaga dia baik2..
aku nak sayang dia baik2..
aku nak didik dia sampai aku mati...
bayangkan waktu umor aku 7 tahun, aku dah janji ngan mak aku benda2 yang serius macam ni..
so, mak ngan abah pun 'berilah' aku adik seawal usia aku 7 tahun a.k.a darjah satu..
..................
masa tu aku macam happy giler-giler rasa cam nak melompat...
masa adik aku baru lahir and mak aku nak bawa adik aku masuk rumah..
aku tutup muka dia dengan kedua tapak tangan aku, supaya cahaya matahari tak merosakkan kulit and mata dia..
masa, dia kecik2..aku yang buatkan nestum dia before pergi sekolah agama..
and masa dia masuk tadika, aku yang hantar dia pergi tadika even dia selalu jer nanges2 and membuatkan aku terpaksa hantar dia balik rumah semula sampaikan aku selalu kena marah ngan ustazah sebab datang sekolah lambat..
tapi aku tak kisah cos aku sayang adik aku...
aku bersumpah di atas nyawa aku yang aku akan lindung dan jaga dia sebaik mungkin..
kalau ader sesiapa berani 'sentuh' adik aku..aku akan patahkan tangan dia..
kalau ader sesiapa yang berani kacau or buli adik aku..aku akan pastikan aku akan belasah dia sampai lumat..
lantaklah kau senior ker, cikgu ker, anak datuk ker, anak polis ker...aku tak takut...
tuk pertahankan adik aku, aku sanggup taruhkan nyawa dan diri aku...
kalau ader kereta nak langgar dia pun, aku sanggup biarkan diri aku dilanggar dahulu...
............................
masa dia kecik2 aku selalu nyanyikan dia lagu2 pengakap tuk buaikan dia sampai tidur...
aku selalu janji kat dia yang aku akan belikan barang yg dia nak, even aku sendiri terpaksa ikat perut tuk belikan dia barang tu...and aku masih buat lagi benda ni sampai sekarang..
tapi takpelah...aku kan abang dia...
dah tu dia nak minta kat siapa lagi kan..
...............................
masa dia baby..
aku bersumpah dengan sebenar-benar sumpah..bahawa adik aku lah baby yang paling comel sekali kat dunia ni waktu tu....
tak percaya??
ni gambar2 dia yang aku masih simpan lagi dalam hanset aku sampai sekarang...
nilah gambar2 azim..
waktu ni, dia pertama kali belajar berjalan..
semangat dia kuat..
even, banyak kali dia jatuh..
dia still tak pernah give up tuk berusaha lagi sampailah dia penat..
and, aku rasa perangai dia masih lagi camtu kot sampai sekarang..
that's one of the thing that i'm proud of him..
..........................
kadang2 tu, ramai orang tanya aku kenapa aku rapat and sayang giler ngan adik aku..
ader orang cakap.. kalau diorang kat rumah, main sepak2 jer adik2 diorang
....................
jadi tulah bezanya..korang ader 3-4 adiks..aku cuma ader sorang jer adik..
sorang jer adik yang membuatkan aku dipanggil 'abang'...
kalau aku hilang sorang adik ni..
aku kehilangan title 'abang' kat dlam dunia ni..
aku kehilangan insan yang aku jaga dari kecik sampailah umor dia sekarang..
insan yang mengajar aku erti tanggungjawab seawal usiaku 7 tahun sampailah sekarang..
and bertambah pulak..adik aku tengah sakit sekarang..
aku selalu menangis lepas solat minta Allah kurangkan ujian terhadap adik aku..
kadang2 tu sampai aku minta agar aku dapat menanggung sedikit daripada beban dia..
sebab aku dah tak sanggup lagi menderita melihat adik aku tersiksa..
........................
azim...
di sini abg ingin berpesan...
tabahkan hatimu menempuh dugaan..
kuatkan semangatmu merentasi cabaran..
bulatkan tekadmu tuk menggapai impian..
sesungguhnya percayalah..mungkin sekarang kau terseksa menderita dengan cubaan..
tapi percayalah dik...bahawa satu masa nanti kau akan bisa terbang tinggi di awan..
dengan kepuasan melangkaui jangkauan fikiran...
.......................
Jadi dengan bersempena hari Jadi Azim yang ke-15 ni..
abg nak ambil kesempatan masa ni, tuk wish happy birthday kat azim..
dan semoga Allah sentiasa sayang dan selamatkan Azim dari sebarang musibah dan malapetaka...
Amin2..
......................
Allah Selamatkan Azim..
Allah Selamatkan Azim..
Allah Selamatkan Azimuddin Razali..
Allah selamatkan Azim...
gambar azim selepas terjaga dari koma hampir sebulan..
azim ketika aku bawa dia ke bukit bendera penang
sweet =)
(er...jadik x bt nasik ayam raye ni? =P)
erm...rumah terbuka first year nanti aku buat ler ek?
sabar2..tahu masing2 perut laparr..
amin...amin ya rabbal alamin...
sweet =)
he's a lucky boy.
thanks alotz bang... azim sntiasa mndoakan ksjhtraan abg disana... missh u so much!!!!!!!
hurmmm.... this is sooo sweet...
eh adik kamu koma? kenapa dgn die? die sakit apa? atau accident? huhu...
semoga allah pelihara kamu dan keluarga.. amienn...
mcm bergenang air mata. adik ko saket ape sampai koma2? anyway, mesti result PMR dia bagos kn?