kita tahu hidup susah..

:: Warkah usang berlagu sepi di hari lebaran ini::

Posted by A m a l - -


Hari ni hari raya kan??

tapi mana lemang?

mana ketupat?

mana kuah kacang?

mana lotong?

mana mak?

mana abah?

mana wani?

mana azim?

mana ibrahim?

mana cerita raya?

mana salam lebaran?

mana semua tu??

mana?? mana?? mana??

...........................


semua takde...hilang...takde di hadapan mata..

yang ader di sini adelah masjid clonskeagh..

dublin mosque....

malaysian hall...

kawan-kawan...

senior-senior...

pegawai mara..

pegawai jpa...

attache student..

dan bilik yang bersepah...

..............................

malam ni sejuk..macam biasalah dublin kan..

tapi sejuk malam ni, macam lain macam jer sejuknya...

sejuk yang lebih sejuk...

gelap yang lebih gelap...

dan deruan angin yang lebih lembut, sayu, sepi...

ibarat mengetahui rintihan hati ini yang ingin mencari sinar lebaran di hari suci...

...............................

mana semua orang??

mana orang2 yang ku sayang??

mana?? mana?? mana??

....................................

sedih rasa hati...aku berjaga sampai pukul 2.00 pagi ni semata-mata mahu online dengan keluarga and wani..

tapi maybe kali ni aku tidak berkesempatan kot, tuk online dengan mereka..

nak call international pun, aku dah takde credit...

sedih...sedihh...

.........................

teringat raya tahun lepas...pada waktu2 begini aku berada di hospital menemani azim yang patah kaki..

masa tu azim masih sakit teruk lagi...

aku tertidur di surau hospital...tak jauh dari katil azim...

sedih...sedih...

azim, abang sentiasa doakan agar kau cepat sembuh dik...

.......................

pada hari daya yang mulia ni, amal nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...

atas segala salah dan silap amal selama ni...

harap2 mak dan abah maafkan...

...................

kepada azim, di hari raya ni..

abang nak minta maaf juga atas segala kekasaran mahupun teguran yang selama ni, sekiranya ada yang mengguris hati kecil azim..

dan begitu juga dengan ibrahim...

....................

kepada wani si cumils...

di hari raya ni, abang nak sangat jumpa awak..

nak tengok awak pakai baju raya yang sama colour ngan abang...

nak tengok kereta Getz baru awak...

nak pergi beraya dengan awak...

tahun ni abang pakai baju raya color purple yang awak gosokkan hari tu..

tadi masa abg gosok baju tu, tengok kesan2 awak gosok baju tu..rasa sayu jer hati ni..

rasa nak jer suruh awak gosokkan lagi...

hihi...

............................

takpelah kan, maybe semuanya tak dapat nak online ngan aku pada pagi raya ni..

takpelah...harap2 semuanya ceria di hari raya ni...

salam...

kepada semua pembaca...

"Selamat hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin"


salam perantauan dari saya,
Dr Mohd Amaluddin Razali

3 Responses so far.

  1. kesian aku mendengonye cerita ko ni. i'm feel sorry la eh. sabo je la ye. DUGAAN, COBAAN...satu hal nk bg tau, ari2 b4 raya aku anyam dkt 80 ketupat. first day raya ni semua ketupat2 tu almost finish been eaten. kasi kat org sket, mkn family sendiri & utk sdare yg beraya kat umah aku td mlm... (tambah lg la rasa sedey ko kan. merasa la..) ups terlebey sudaa... saje je nk knekan ko haha. yg penting aku nk ckp kat sini, slamat hari raya & maaf zahir batin drp org kat Malaysia.

  2. amilia says:

    poyonye gambo amal.. kekekeke

  3. A m a l says:

    kepada amilia: poyo itu mesti..