kita tahu hidup susah..

:: Ada Apa dengan Tudungku? (4.5 minutes)::

Posted by A m a l - -

....Hari ni rasa 'down' sket cos tak sempat nak menyambut dan menghayati Hari Keputeraan Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w due to some inevitable reasons...tapi sempat gak berselawat barang seminit dua lepas solat zohor dan maghrib tadi...

...Antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika maulidurrasul ni in which i got from the net are berpuasa sunat,
bersolat sunat, berselawat sebanyak mungkin, berdoa kepada Allah agar Nabi kita ditempatkan ke tempat tertinggi seperti yang dijanjikan, membaca Quran dan sebagainya...tiada amalan khusus...hanyalah beberapa ibadah-ibadah sunat yang perlu dilipatgandakan sebagai tanda memperbesarkan hari ini...

..So harini, Al Fadhil Ustaz Amaluddin Razali ingin memberikan sedikit tazkirah ringkas tentang kelebihan bertudung...mungkin saya bukanlah orang yang begitu arif dan sesuai bagi membicarakan topik yang sensitif dan bakal mengundang kontroversi di kalangan rakan-rakan yang membacanya, tapi tak kisahlah...kalaulah itu harganya untuk berkata sesuatu yang baik, saya sanggup membayarnya...tapi, sebelum tu juga, ribuan ampun dan maaf dipinta kepada rakan-rakan di luar sana yang tidak bersetuju dengan apa yang bakal saya kupaskan, jika luahan dan pandangan hati ini akan disalahtafsir...percayalah, bukan niat hati untuk mengata, memburukkan sesiapa apatah lagi menghina...tapi ini hanya sekadar renungan...renungan kita bersama...agar ianya mungkin membuka hati segelintir insan yang membacanya untuk menuju ke arah yang lebih sempurna dalam menghayati keindahan beragama...

...Tudung...bukanlah sekadar penutup kepala atau rambut dari pandangan mata dan nafsu liar golongan adam kepada golongan hawa,apatah lagi sekadar menurut suruhan agama untuk menutup dosa...tapi sedarlah rakan, tudung adalah lebih daripada itu...tudung diintepretasikan sebagai lambang maruah wanita islam yang penuh dengan keayuan, kelembutan dan kesucian...wanita bertudung tampak lebih cantik dan indah serta mampu menyejukkan mata mereka yang memandangnya...Mereka yang bertudung kelihatan lengkap dan sempurna berbanding wanita di sekelilingnya yang terbuka auratnya...

...Mungkin ada di antara kita merasakan bahawa tudung itu panas, berat,leceh, rosak rambut mahal,membusukkan rambut, masalah dandruff dan sebagainya, ternyata benar pada zahirnya tapi tidak dari segi batinnya...Permasalahan yang dibangkitkan tentang tudung membataskan pergaulan dan aktiviti harian bagi wanita sering dibangkitkan pabila persoalan tudung diutarakan...Pada pendapat saya, segala reasons yang diberikan oleh wanita yang memilih untuk tidak bertudung seriously make sense and mereka bukan sengaja mereka-reka alasan untuk menyokong tindakan mereka...

...Tapi rakan, hendak seribu daya dan tak hendak seribu dalih, tapi kalau
mahu, seribu cara...memanglah kalau nak diikutkan segala tuntutan agama ni berat sikit untuk kita tunaikan macam sembahyang dan berpuasa tapi ianya adalah yang terbaik untuk kita kerana ianya adalah suruhan yang Maha Pencipta...katakanlah,kalau kita baru beli motor(i dunno whether the anology is applicable or not)...selalunya, penjual motor tu akan recommend kita untuk pasang sport rim...maybe macam tak penting pun cos tanpa sport rim pun motor boleh jalan macam biasa...and selalunya tak ramai yang nak pasang sport rim cos sayang ar nak tukar rim yang sedia ada cos rim yang sedia ada pun da sangat cantik...tapi lepas 3-4 bulan bawa motor, katakanlah nasib tidak menyebelahi kita seperti kebiasaanya, tayar motor kita ditakdirkan terlanggar besi jalan mana2 ker, surely bengkoklah rim tu and terpaksa tukar rim baru and rim baru tu pun kalau terlanggar besi pun bengkok jugak and kena tukar yang baru lagi sampai ar bila2 tak pernah habis tukar...Tapi, lain pulak halnya kalau dah tukar pakai sport rim, sport rim lebih kukuh and sempurna...kalau langgar besi 18 juta kali pun still ok lagi(cuma tayar ar meletup)...and kalau pakai sport rim ni, motor yang tak berapa cantik pun akan nampak cantik dan berseri-seri jugak...jadi, lepas lama sikit bawa motor, barulah kita nak sedar dan menyesal cos kenapalah tak pakai sport rim dulu...sure senang hidup...

...begitulah jua halnya dengan tudung, walaupun agama telah menyuruh dan menyarankan
agar wanita yang telah cukup umurnya mengenakan hijab di kepala sebagai satu bentuk perisai bagi rambut dan maruah wanita supaya lebih terhindar dari sebarang cacian,fitnah dan perkara buruk yang bakal melanda, tapi tak ramai yang benar-benar mengikutinya... selalunya wanita yang tidak bertudung ini seringlah terlibat dalam gejala-gejala sosial yang tidak bermaruah sebab bila seseorang itu sudah tidak lagi merasakan berdosa ketika melakukan dosa(tak pakai tudung), selalunya mereka juga tidak rasa teragak-agak untuk membuat dosa lain dan akhirnya mereka-mereka ni mudah terjerumus dalam melakukan perkara-perkara yang melanggar batas-batas agama...

.......Tapi lain pula halnya dengan mereka yang bertudung...Selalunya, tudung ni berfungsi sebagai reminder kepada wanita-wanita bertudung dari melakukan dosa, dan selalunya juga wanita bertudung ni lebih beringat-ingat sebelum melakukan sesuatu agar ianya tidak mencemar maruah dan imej tudung yang mereka pakai...(* Please note the word 'selalunya' means*) ...

...Tapi bagi aku, kalau orang tanya aku...apa pendapat aku tentang wanita bertudung...honestly, the first word that will pop out from my mouth is "CANTIK...AYU SANGAT..."....seriously wanita yang bertudung ni nampak lebih cantik daripada biasa berbanding dengan diri mereka yang sebenarnya ketika tidak bertudung...Ialah, mungkin tak patutlah meletakkan niat memakai tudung itu untuk kelihatan cantik semata, tapi tak salah asalkan tidak membuka aurat yang lebih berharga...macam kadang-kadang orang kata,"tak guna sembahyang" kalau niat nak menunjuk-nunjuk...tapi takpelah, asalkan dirinya bersolat,lebih baik daripada mereka yang tidak bersolat...'tak guna puasa, kalau setakat menahan lapar dan dahaga jer", tapi oklah daripada mereka yang tidak berpuasa langsung...mungkin apa saja amalan yang kita buat taklah begitu sempurna dan mungkinlah juga pahala yang kita peroleh itu sangatlah kurang berbanding orang yang lebih tinggi imannya, tapi kira oklah jugak,asalkan kita tak menambah dosa kan?...

...but, on the other hand i also aware that not necessarily the girl who wear hijjab are better in akhlak, as compare to the girl who choose to 'free-haired'...sering juga kita terdengar dan terlihat dengan mata kepala sendiri perilaku yang tidak baik yang dilakukan oleh wanita yang bertudung...dan kita juga sedar, bahawa tak semua mereka yang tak bertudung ni tak baik or lebih sosial...even, ade jer among our free-haired friends yang kita kenal, mempunyai perilaku dan adab yang lebih baik dari mereka yang bertudung...ader je,bukan takde...for an example, there's one friend that i know whom always terkejar-kejar tuk solat zuhur waktu lunch and seringkali berpuasa sunat isnin khamis(not sure whether it was ganti or sunat)...she's very soft-spoken type but the one only thing that is so weird about her faith is tudung...tak pernah tol nengok dia betul-betul pakai tudung, pakai pun waktu class agama jer camtu cos taknak kena marah ngan ustaz...bila tanya dia elok-elok, she would answer "dah kau tu knape tak pakai songkok? panas kan? ha, aku pun camtu, rimas arr"...terkejut gak dengan kata-kata dia....sampai kengkadang tu ramai rakan2 di sekeliling tak dapat nak elak dari memikirkan soal kuat atau rapuh iman dalam dada si budak ni....sampai ader yang menegur bersahaja padanya sambil mengatakan..."solat itu sebenarnya mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, jadi kalaupun kita solat siang malam tapi masih lagi tak dapat mencegah kita dari perkara2 yang mungkar,apa gunanya kita tonggang-tonggek dok menyembah Yang ader kat atas tu, kalau kita masih lagi buat apa yang dilarang"...walaupun agak kasar caranya, tapi serious kalau kita look closely to his words, memang ada benarnya....

...saya rasa cukuplah sampai disini sahaja coretan untuk kali ini, marilah sama-sama kita berusaha dalam menuju ke arah kesempurnaan iman kita kepada agama kita, agama ibu kita dan agama nabi-nabi kita ni....terpulanglah kepada saudara-saudari sendiri untuk menterjemah setiap baris ayat yang sempat saya lakarkan di sini mengikut tafsiran iman masing-masing...Kita sepatutnya bersyukur kerna kita dapat mengamalkan cara pemakaian islam tanpa ada sekatan...lihat sahajalah di tanah kelahiran pengkhianat islam Kamal Atarthuk, Turki....Mereka yang bertudung dan mengamalkan cara pemakaian islam dianggap satu kesalahan yang besar seperti mencuri,merompak,membunuh dan sebagainya hinggakan setiap wanita yang enggan membuka tudung di khalayak ramai akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam trak polis untuk disumbat serta diseksa di penjara Turki...Nauuzubillah, janganlah sampai negara kita sendiri menjadi sedemikian rupa nanti disebabkan kebobrokan kita dalam menidakkan apa yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta kepada kita...

Sekian akhir kata marilah kita berselawat sebentar buat Junjungan Mulia Nabi kita, sebagai tanda sayang dan kasih kita kepada diri baginda...

"Allahumma Solli A'la Saiyidina Muhammad, waa'ala ali Saiyidina Muhammad"3x.....




5 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    suka pic no 2.

    btw, bukan kau pegi berjoli ke hari tu ke tempat merah naik merah.

  2. =)
    lov the way u ceramah...
    apa lak hukumnya kalu bertudung tapi pkai sua baju ketat??opsss...=)

  3. A m a l says:

    urm, basically like this...

    islam tak melarang kita untuk bergaya dan berfashion..

    dalam kes wanita bertudung and pakai baju dan seluar yang terlampau ketat sehinggakan menampakkan bentuk2 badan, memanglah salah...

    tapi jika bertudung tapi memakai pakaian yang tidak terlampau ketat dan selesa mengikut citarasa si pemakai tidaklah salah...

    takkanlah, semua wanita nak pakai seluar jeans yang menggelebeh dan baju yang besar macam sarung guni kan?

    think about it...

  4. yela..tp napak gak figura badan kan...
    lawa pe pakai baju geleber...
    aku mcm x setuju je pakai tudung tp pakai jeans ketat...
    napak irritating...heheh,,,

  5. A m a l says:

    we cannot change the way people talk...

    but we may able to change the way people think...

    but, sometime people rather die to change the way their think...

    so, let them think the way they want...

    at least we have tried anyway...