kita tahu hidup susah..

.:: Penyerang-penyerang Blog...Mana etika anda?(3 minutes)? ::.

Posted by A m a l - -

..Tempoh hari, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon oleh seorang rakan seperjuangan di RCMP...dia tanya aku whether, aku ada berdendam dengan dia tak pasal kes 'Surat Student PMC kepada MARA' tahun lepas...ketika kitorang tengah terdesak duit dan dia sedap-sedap mengutuk kitorang dalam blog entry nya...dia inform kat aku, bahawa blog site dia kena serang dengan orang yang tak bernama...penyerang tak bernama tu kutuk dia macam2...cakap ape ntah, pasal dia jendul ar(teringat entry kat blog fiq tentang lembu jendul yang kena serang gak oleh penyerang pengecut tak bernama..)...dia mention gak whether aku ade lawat blog dia ke tak...ok ni ar jawapan sebenar aku,kawan...

STILL MARAH??

OF COURSE!!!!

BERDENDAM??

MUNGKIN...

LAWAT BLOG KAU??

......Hallo kawan, blog kau tu dah melukakan ramai hati student2 kat sini...kebebebasan bersuara pun yang kau katakan, bukan itu caranya....mungkin kau boleh minta maaf berguni-guni kat kitorang, tapi kata-kata kau tu sungguh menikam perasaan dan hati kitorang yang tengah terdesak takde duit waktu tu...jadi bagi aku, insan yang bernama "Amaluddin, kaulah yang paling hebat!!" seperti entry blog kau haritu, tuk melawat mahupun menyinggah apalagi menyinggung blog kau tu....bagi aku, orang nak bagi 18juta pun aku tak ingin...biarlah kau dengan diri kau dengan apa yang kau tulis di dalamnya yang kau rasakan betul dan tepat beserta dengan fakta-fakta yang kau rekakan sendiri dalam kepalamu untuk penambah perasa ajinomoto blog kau, berada di situ....buat apa untuk aku menjenguknya....walaupun dulu, aku amat menyanjungi seni penulisanmu yang kau peroleh dari Reader's Digest kiriman ibumu...tapi sejak peristiwa itu sehingga sekarang, ku tak sanggup lagi untuk menjenguknya,kawan...kerna kau begitu bebas berkata dan terlalu cepat membuat judgement mengikut amarahmu yang tak tentu-pasal itu, kawan....

Kita berbloging ni perlu ada etikanya, sebenarnya tujuan utama kita menulis blog adalah untuk menceritakan tentang diri-sendiri, pengalaman sendiri, ideologi sendiri, kisah sendiri, baik-buruk tindakan diri sendiri untuk tatapan dan muhasabah diri sendiri serta rakan-rakan yang membacanya...

Keduanya, adalah untuk memberitahu sesuatu yang baik dan yang kita kagum serta sanjung tentang kebaikan peribadi orang lain, yang kita rasa ianya mampu membuka mata dunia bahawa tak semua orang di dunia ni jahat dan busuk hatinya...

Ketiga, mungkin ada tujuan-tujuan tertentu seperti politik, promotion, buat duit dan sebagainya....

.....................................

...Bercakap pula tentang etika...bagaimana pula tentang isu penyerang-penyerang blog yang tidak bernama yang tidak berani diketahui identitinya tapi berani menyerang si pemilik blog tanpa memikirkan perasaan dan maruah serta imej si pemilik blog tersebut....Walaupun kita ada berdendam atau tidak bersetuju dengan ideologi mahupun pendapat yang dikeluarkan oleh si pemilik blog tersebut, menyerang dengan membuta-tuli bukanlah itu caranya, kawan...beranilah untuk tampil memberi comment tentang post si pemilik blog tersebut, supaya mereka sedar tentang kesilapan buah fikiran meraka yang mungkin ada terlepas pandang beberapa aspek yang difikirkannya remeh dan dipandangnya temeh...menyerang secara anonymous adalah begitu tidak beretika, rakan(hey,jangan serang page aku plak lepas ni k?)...beranilah untuk berkata yang benar selagi kau punyai bukti-bukti yang kukuh untuk menegakkan proksimu itu...

Jadi, to whom it may concern...if i ever hurt your feelings with whatever things that i've posted before, i ask for an apology...i try to write a better things then...

........................................

Iklan yang berkaitan...

Kepada fiq, aku turut bersimpati atas keputusanmu yang terlalu singkat untuk menghapuskan 'marhaendesa' buat selama-selamanya di alam virtual atas alasan diserang bertalu-talu oleh si penyerang blog yang tak bernama itu, kerna hasil tulisanmu juga pernah menjadi sumber-sumber inspirasiku satu ketika dulu...semoga blog barumu itu kekal hidden dari intipan penyerang-penyerang yang tidak bermaruah itu, rakan..