kita tahu hidup susah..

:: Bila Ditakdirkan Kita Berpisah (3.5 minutes)::

Posted by A m a l - -

(please play the video below before read,coz it takes time to load)

...Exam tinggal 3 hari lagi...study ntah ke mana...bengkak di ankle sebab disepak accidentally oleh boot senior third med semalam masih tak hilang...ku buka laptop...singgah di blog,kosong..takde aper...ku buka slide nephrology, tak sampai 10minit ku tutup...buka cerita house,tak sempat lagu intro abes aku tutup...aku pegang pen nak bwat notes, ku letak pen balik...ku duduk atas sofa,pegang gitar walaupun tak pandai main, ku petik2,ku letak semula gitar mat yie, bosan...ku bangun, angkat dumbell tak sampai 100x aku letak semula, takde semangat...ku pergi ke luar ambil angin, tengok pool, tak rasa pun macam nak swimming...tengok motor, tak rasa pun macam nak bawa...klau bawa pun,dah tak tahu nak pergi mana...

Tiba-tiba sahaja segala pahit manis, suka duka, gelak tawanya, lirikan manja matanya, serta senyuman nakalnya hilang...hilang begitu sahaja...dia dah pergi...pergi jauh...jauh dariku...tiada lagi dirinya untuk hilangkan segala resah diriku...tiada lagi tempat tuk ku bermanja...tiada lagi sayang tuk ku berkongsi...masa yang diberikan Allah tuk ku bersama dirinya,rasanya terlalu singkat...tiada lagi cerita manis untuk ku kisahkan...tiada lagi sakit hati tuk ku luahkan...tiada lagi pendengar setia tuk ku dambakan...Aku kosong, sedih, jauh, sepi, pilu, sakit, kesorangan tanpa berteman...

Rasanya masih terngiang lagi di telingaku akan panggilan mesranya...masih terang lagi di mataku akan telatah nakalnya...masih segar di ingatanku akan senyuman manjanya...masih hangat lagi di telapak tanganku akan lembutnya jemarinya...masih harum lagi di hidungku akan wangiannya...Tapi kini, segalanya hanya tinggal kenangan indah di suatu sudut dalam ingatanku...

Sayangku,
Maafkan diriku ini jika selama ini,
Pernah kataku memanah,
Pernah amarahku membakar,
Pernah tafsiranku menyimpang,
Pernah perilaku ku menjauh,
Pernah teguranku menyakit,
Pernah tanganku ini ringan mencubit,
Pernah suaraku membingit,
Dan segalanya yang pernah menguris hati kecilmu,
Kerna semuanya kulakukan untuk mu, sayang,
Demi kebaikkan mu.
Demi mematangkan dirimu,
Demi mengajarmu sesuatu yang baru,
Yang ku rasa penting untuk kegunaanmu,
Semasa ketiadaan diriku di sampingmu....

Sayang,
Selama kita bersama,
Ku rasa hidupku ini begitu indah,
Ku rasa pelajaranku semakin mudah,
Ku rasa hari-hariku semakin cerah,
Dan Ku rasa seperti hatiku tak mungkin akan gundah,
Jika kau berada disebelah,
Menenteramkanku dengan bermadah,
Menghulurkan tangan tika kakiku lelah,
Memapah tubuhku tika laluanku payah,
Mambantuku tika rintanganku susah,
Membisikkan kata hikmat agar aku tidak mudah mengalah,
Dalam mengharungi lautan berdarah,
Demi Masa Depan kita yang cerah...
Dan kau menghalangku dari berpatah....

Sayangku,
Kini baru ku sedar,
Betapa pentingnya kau dalam hidupku,
Betapa kosongnya jiwaku tanpa dirimu,
Betapa lemahnya diriku tanpa dukunganmu,
Betapa rapuhnya semangat tanpa raut wajahmu,
Betapa tawarnya madu tanpa senyummu,
Betapa sejuknya angin tanpa hangat tanganmu,
Betapa kelamnya mentari tanpa sinar matamu...
Kau sayangku, kaulah yang satu...tiada dua, tiada seribu...
Dalam hatiku hanya ada kamu, permaisuri yang sentiasa bertakhta di singgahsana hatiku,
sejak dari dulu, kini dan selamanya...

Sayangku,
Di sini abang ingin berpesan,
Agar kau selalu menjaga maruah keluarga, diriku dan dirimu,
Agar kau selalu berhati-hati dalam pergaulanmu,
Agar kau selalu berjaga-jaga dalam membalas budi orang di sekelilingmu,
Agar mukamu sentiasa basah dalam wudhukmu,
Agar Quranmu sentiasa kemas dalam pelukan dadamu,
Agar Sejadahmu sentiasa terbentang 5 kali sepanjang waktu,
Agar Semangatmu sentiasa kuat untuk berjaya,
Agar Dirimu sentiasa tabah dalam mengharungi pahit-getir alam pekerjaan,
Dan agar kau menungguku hingga ku pulang nanti....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas dirinya...
Kau hujanilah kasihMu ke atas jiwanya,
Kau bersihkanlah sebarang kotoran dosa silamnya,
Kau peliharalah zahir dan batinnya dari segala malapetaka yang datangnya dari langit mahupun dari bumi, Ya Allah...
Ya Allah, Kau berkatilah perhubungan ini Ya Allah, jika benar selama ini kami ikhlas dalam menghargai nikmat bercinta yang telah Kau ciptakan untuk kami,hambaMu, Ya Allah...
Ya Allah ku menyembah dan sujud padaMu setiap pagi dan petang...peliharalah hati-hati kami dari sebarang perkara yang mampu mendatangkan murkaMu, Ya Allah...
Dan Kau satukanlah kami, bila sampai waktunya jodoh kami berkunjung, Ya Allah...
Ya Allah Kau peliharalah orang-orang tuaku dan orang-orang tuanya....adik-beradikku dan adik beradiknya...saudara-saudaraku dan saudara-saudaranya...agar kami tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh dan baik keturunannya...
Ya Allah Kau permudahkanlah urusan hidupku dan urusan hidupnya, tetapkanlah hati kami dalam iman daripada rindu yang membelengu ini Ya Allah, jauhkanlah hati kami dari sebarang prasangka buruk dan perasaan benci-membenci sesama kami...dan bantulah diriku ini untuk menjaga dirinya, Ya Allah...
Sesungguhnya diri ku tahu bahawa tiada sebarang jagaan sebaik jagaan dan lindunganMu Ya Allah....


...................................


Di saat diriku menulis coretan ini, hatiku terasa begitu sebak, dadaku terasa begitu sesak dan kelopak mataku terasa begitu berat sekali untuk ku menahannya...Ku tahu takkan begitu senang ku biarkan air mata ini mengalir lagi...setelah pelbagai onak dan ranjau berduri yang terpaksa ku tempuhi untuk mendapat tempat di sini...belajar bertungkus-lumus untuk menyelamatkan orang yang belum pun mungkin sempatku kenali...tapi jika inilah bayarannya untuk ku kecapi cita-citaku, untuk menyelamatkan insan lain yang memerlukan bantuan tangan dan ilmuku, ku sanggup.....dan air mataku, jika kau masih berkeras mahu mengalir sebagai janji dan saksi kasih dan sayangku padanya, kau mengalirlah....ku takkan tahan kehendakmu lagi...kau mengalirlah sepuas hatimu....kerna ku benar-benar mencintai dirinya....
dan Waniku kau jagalah dirimu baik-baik...serta...

"Perjuanganku ini, kau restuilah....cukuplah saat kita bergembira dan tertawa,walaupun ianya hanya untuk seketika cuma...."

Yang Benar-benar merinduimu,


Dr Amaluddin bin Razali

Khas untukmu:

Siti Salwani binti Ali
Pelajar Tahun Akhir Medical Imaging UITM Shah Alam






One Response so far.

  1. what happen Dr Amal???
    mcm sedey je...cheer up...